Monday, October 10, 2011

prolog 23 tahun

sungguh hati diuji lagi. saat-saat otak kacau fikir mana satu yang harus di dahulukan. lalu, ambil keputusan ikut saja apa yang terjadi.

lintasan hati datang mengingatkan. hari sabtu. bila waktu tiba untuk keluar hujan turun dengan menggila. ada lagi agenda yang harus dilakukan hari tu. hati berbelah bahagi. redah atau tidak.

berteduh 2-3 minit sebelum membuka langkah untuk meredah hujan. peduli saja kalau demam di kemdian hari. yang penting harus pergi.

sampai rumah masuk tergesa-gesa. berkemas, masa semakin suntuk. buat kerja laju-laju. bila selesai terus keluar. dalam hati berdoa dapat kejar bas pula. diluar masih lagi hujan tapi tidak selebat tadi.

keluar dari kawasan perumahan bas terpampang depan. terus rentas jalan tanpa peduli kereta. alhamdulillah. dapat naik. dapat kejar masa. masuk bas, cari purse. purse yang warnanya purple. dimana? hati berdegup kencang. jangan kata... TIADA!

oh, hati makin mendebar. bas bergerak makin jauh. text housemate. dengan pantas dia membalas, ya, purse ada di rumah. ohm tuhan! ditangan di dalam beg langsung zero duit. hati berdoa dan meredah. mohon seringgit dengan seorang kakak.sungguh, dia baik. kerana percayakanku. seringgit sangat besar nilai waktu itu.  hanya ucapan banyak-banyak terima kasih sahaja padanya yang turun di sunway pyramid.

menarik nafas panjang. lega. tapi masih belum berakhir. diuji lagi. salah komunikasi. orang yang menunggu tidak menunggu ditempat sepatutnya.  terduga lagi. macam mana. duit tiada. hanya telefon comel itu saja tempat bergantung. sampai di subang. masih lagi hujan.

akhirnya dipermudahkan.seorang kakak boleh tumpangkan dari situ ke putra height. hati mahu saja menangis. mahu saja. tiba-tiba marah dengan sendiri. sedih sebab susah dengan kenderaan awam. susah untuk bergerak. selalu saja tumpang orang. cuba, cuba untuk berdikari. guna kenderaan awam. tetapi pilihan yang ada hanyalag teksi yang cekik darah. mahu makan apa kalau selalu guna teksi.

hati memujuk. ini hanya ujian. ujian bila ingin buat baik. untuk lihat sama ada kita makin kuat atau makin lemah. untuk melihat kebergantungan kita padanya. untuk melihat sama ada kita ingin terus melangkah atau berhenti di situ. kesimpulan, jangan mudah kalah!

alhamdulillah. akhirnya sampai putra height. untuk balik fikir nanti. berprogram. tentang layanan anak terhadap ibu bapa. nampak ringan tapi secara aplikasinya sangat berat dan bukan senang. lebih-lebih lagi anak perempuan. bincang nnt entri akan datang.

selesai. tempat seterusnya, kajang! sekali lagi, dipermudahkan. ada yang akan ke kajang. purse yang tertinggal tidak menjadi masalah. benar-benar mudah urusan petang itu. selamat sampai ke kajang dan bertemu ayah. menikmati masakan timur tengah.

saat-saat makan terasa sangat nikmat. hari ni perut tak perlu rasa tidak selesa. makanan orang arab tidak. warnanya merah. merah tomato. kenyang dan berpuas hati sebab bila selesai terus saja terlena. penat. ya, hari ni bangun pagi siapkan keje sekolah untuk hantar hari isnin. hampir siap. tinggal untuk fasa kedua.

berseronok sehingga hari ahad. ahad yang dinanti. ahad bersama keluarga. dan kembali lagi ke UIA. seronok. terasa jiwa tertinggal di situ. UIA terlalu banyak kisah untuk di kenang. ha-ha. menanti orang yang berconvo berpusing di kawasan tengah uia tu. duit yang diberi untuk pujukan juga habis. paling terkesan bila belon seorang budak kecil ini terbang tinggi. bukan sekali tapi dua kali! sedih. mcm hati saya. uhuh!

sungguh ada rasa di UIA. nikmat yang tidak dikecapi di sini. saat-saat ini sangat berharap untuk tidak jauh. tapi untuk sebuah kejayaan inilah yang harus di hadapi. selamat bertabah!

dua kali belon dia terbang. kali kedua muka dia merah. sedih.tapi comel!

No comments: