1 Mei 2012.
awal-awal pagi sudah bersiap untuk ke pesta buku. dalam 8.30 pagi sudah keluar tunggu bas. naik lrt kelana jaya- masjid jamek- pwtc.
malam sebelumnya sudah siap buat senarai buku utk dibeli. ada juga buat kira-kira. sambil memohon untuk dapat tajaan. rasanya senarai itu banyak juga. ada lah dua muka surat saiz kecil dari A5.
tidak pasti seberapa tepat kami sampai PWTC. orang ramai tapi tidak sesak. nampak budak al-amin bangi berserta muallimnya. ha-ha. cik yiba sudah lari-sembunyi risau kalau tuan itu mengenali dia. ha-ha.
booth pertama dituju Pustaka Salam. kerana buku tarbiah adalah yang terpenting manakala novel kemudian. setelah Pustaka Salam. ke booth Ameen books. untuk momo. buku jawinya.
dan ke telaga biru. kerana dalam senarai buku sudah kami tandakan booth buku yang ingin kami tuju. di telaga biru tiada buku yang saya mahu. cinta Granada kesinambungan rindu Andalusia. dibooth ini terasa sedikit kerugian bila mana harga buku hanya dipotong sebanyak 10% sahaja banding dengan booth-booth yang lain. ada makluman tambahan selepas kami pulang baru tahu ada booth kedua di tempat lain. erm, kalau orang ramai sedang bersesak-sesak di dalam tidaklah berbaloi untuk kami panjat tangga pergi ke booth yg diskaun lebih murah. hal-hal ni tidak harus dibezakan di pesta buku yang sememangnya ramai orang pergi.
habis disitu, terserempak juga dengan booth lain dimana bukunya sangat menggoda jiwa. yiba apatah lagi sudah pesan awal-awal tiada dalam senarai haruslah diabaikan. begitu juga bila mana yiba gatal saja tangan capai buku yang menarik. apakan daya tahun ini budgetnya kurang. terpaksalah menahan rasa.
setelah itu bergerak ke booth novel. yay, jemari seni. ada penulisnya di situ. potongan harga juga sebanyak 25% sangat puas hati. begitu juga dengan gempak starz, walaupun potongan harga hanyalah 50sen, tetapi pengurusannya puas hati.
manakala di galeri ilmu, booth sangat kecil tidak sesuai dengan terbitnya buku-buku terbaru dari ustaz hasrizal, fatimah syarha dan seangkatannya. lagi-lagi hari tu juga diheret masuk rabbani ke booth mereka yang mana telah menambah sesak jalan di booth mereka. mungkin itu yang mereka. oleh kerana masalah ini telah buat saya terus hilang mood untuk membeli buku. seharusnya negative komen begini tidak seharusnya saya lontarkan pada booth yang menerbitkan buku ilmiah, motivasi dan beragama. tetapi sekiranya pengurusan tidak bagus bukankah boleh menimbulkan fitnah.
apa yang saya beli di galeri ilmu? majalah anis 3 naskhah sahaja. 3 naskhah harganya dibayar dengan orang bersesak dan dengan sistem cashier yang lembap dan tak produktif. kecewa saya bukanlah pada pesta buku tahun ini. begitu juga dengan tahun lepas. sekiranya mereka menambah baikkan tidak lah banyak komen dari saya tetapi tahun lepas sama dgn tahun ini malah lebih buruk, apa lagi boleh kata? jangan tanya saya kenapa tidak beli buku lain.
setelah itu, PTS menyejukkan hati saya yang terkilan dengan booth diceritakan diatas. boleh tarik senyum. kemudian mencari selebihnya.
oleh kerana, bekejar dengan group meeting terpisah begitu sahaja antara saya dan yiba. malah, tidak berkesempatan utk bertemu kak natt comel.terkilan, kecewa pun ada. hu-hu.
inilah hasilnya.sebelum balik.sempat kami snap sebelum berbagi-bagi buku. tapi yang penat saya lah. dua beg bawa balik. esoknya sakit satu badan. tapi berbaloi. puas hati!
4 comments:
Assalamu'alaikum
Fiqh al-sirah dapat discount brp percent?
wassalam
10% sbb bukan beli dibooth publisher.
cepat lah buku balik micasa!
sabarlah. seminggu ja lagi!
Post a Comment