Wednesday, May 02, 2012

yellow weekend

hari tu, tarikh 28.4.2012 sebenarnya telah dirancang. ada program. talk pasal ISK tapi dalam english version. tapi ada permintaan untuk menemani seorang akhawat. lalu, memberi persetujuan. namun, keputusannya masih diatas pagar.dilemma.

pada pagi itu, keputusan masih belum muktamad. dalam pukul 10 seharusnya ISK sedang berlangsung tapi ketika itu masih belum ada keputusan. pergi atau tidak. akhawat yang harus ditemani masih lagi dalam perjalanan. waktu berkumpul pukul 11.30pagi. jadi, dia tidak dapat menyertai. dalam kelam-kabut itu, ada seorang akhawat lagi juga mahu menyertai saya bersama akhawat ini. oleh kerana akhawat Z tidak ikut maka saya ikut bersama akhawat Y.

waktu itu hati sangat berat bila mana saya ingin pergi program OUH (ISK). oleh kerana hati berada antara dua, lalu saya text ayah. apa yang diharap lain pula jadinya. ayah benarkan saya pergi. aduh. saya dengan restu umi ayah, berpergizn. dengan naqibah juga saya mohon doakan. seolah-olah seperti mahu pergi berperang.

sewaktu melangkah keluar, saya hanya membawa diri. selepas itu,baru ada yang memberi tips. bersedia sedia untuk yang terburuk.

pukul 11. bertolak. melalui LDP. sampai ke KL sentral. rupanya disitu, jalan ditutup. lalu kami letak kereta berdekatan stesen Tun Sambanthan. kemudian berjalan ke KL sentral - Kuala Lumpur - Pasar Seni - Masjid Jamek - Masjid India. adalah hampir 3km berjalan.

sampai disana, menanti waktu zuhur dan Masjid India dibukak. bila masjid dibuka, bersiap dgn wudhu. dan zuhur berjemaah. selesai solat, ada yang sedang memberi ucapan sepatah dua. orang yang sepatutnya kami temui terpisah kerana ramainya orang. mendengar ucapan dari beliau. ada statistik yang mengejutkan.

sebelum itu, sepanjang perjalanan, hati tertanya-tanya. kenapa ikut sertai ini. engkau tahu apa tujuan untuk tarikh ini? aku imbas kembali. ya, saya tahu. saya tahu tujuan saya. saya tahu apa yang saya lakukan ini.

setelah selesai ucapan, bergerak ke tempat utama. merdeka square. berjalan. duduk. kemudian bangun. masih menanti tempat utama dibuka. panas. mencari tempat berteduh. antara pukul 2.45 hingga 3, talian disekat. talian komunikasi dihalang. hati berdebar. bersiap sedia!

kemudian bangun, bila mana disuruh berundur. ketika itu saat cemas kerana kumpulan tinjauan sedang melihat sesuatu. seperti buka atau tidak. manakala orang dibawah menyeru semua terutama wanita patah balik. lalu kami berundur perlahan-lahan. berjalan. sampai di shoplots, gas pemedih mata telah merebak.

orang ramai kelam kabut. panik. masing-masing lari. mereka tahu kesan gas tersebar.  saya yang kecil, memaut tangan akhawat tersebut dengan kemas. ada 4 lagi ahli yang kami ikuti juga tersepit. terpisah. entah ke mana. dalam hati tidak pernah henti berzikir.

maat perit. hidung dipaksa menyedut gas. tekak juga pedih. antara bernafas atau tidak. sempat saya tutup dengan kain tudung. walaupun keadaan panik, saya masih boleh bertenang. tahu apa yang patut dibuat. saya tahu saya perlukan air. dan garam. air dalam beg. garam tiada. yang saya tahu bertahan. rasa loya. akhawat bersama saya hampir tersepit. saya selamatkan dia kalau tidak pasti dia tercedera.

setelah keluar dari kelompok yang kacau-bilau, saya berhenti di bazar. ada yang hulurkan garam. saya capai. makan macam makan gula-gula. telan. disuruh basuh muka. saya ikut apa saja yang mereka suruh. tidak peduli tudung saya akan basah. selamatkan diri lebih penting.

alhamdulillah, saya ketemukan kumpulan saya bergerak. kemudian kami bertenang. namun, masih ada seorang yang belum ditemui. masih lagi rasa pedih. ambil lagi garam. minum air. kemudian kami lari lagi. kembali ke masjid india. bertenang di sana. ketemu dengan mereka yang saya kenali. juga ahli terpisah dari kumpulan kami. senyum.

kemudian. lari. bukan lari. berundur lagi. mereka tidak benarkan kami lari. hanya berjalan. kemudian, menerima arahan untuk bersurai.

kumpulan saya bergerak mencari stesen lrt. sambil mencari ada juga kami selamatkan diri. sehingga di stesen bandaraya - sogo. kami ingin naik star lrt tetapi ada kekecohan disitu. kami berundur lagi. sehingga hampir ke jalan TAR. saya kenal Tune Hotel. saya tahu disitu ada monorail.

dan itulah tempat tuju kami terakhir. sepanjang jalan pergi dan balik. kami lihat kuning. juga dalam monorail. kami tuju stesen Tun Sambanthan. di situ ada kereta kami. tanpa sedar kami telah buat satu pusingan.

dan alhamdulillah, kami selamat. ada pengajaran dan pengalaman.

rasa: seperti seorang hero. bak kata momo: khaulah al-azwar merasuk. i'm part of history.

No comments: