semalam isnin. kelas pukul 6 nanti. sedang bergolek-golek di rumah. sebenarnya pukul 11-1 ada briefing untuk futher study ke seberang laut. tapi sebab fikir itu bukan perancangan dalam tempoh terdekat maka tidak kepergian.
namun, masih lagi ada satu perjumpaan. dalam pukul 3. jadi awal-awal sudah bersiap. sebelum kepergian buat study research dulu untuk meeting tu. walaupun untuk briefing and divide group work load. amik masa juga bila ahli tidak menepati masa yang terlampau kan.
untuk dijadikan cerita, cuaca hari isnin sangatlah elok sewaktu keluar rumah. redup. cerah. panas.
untuk kebiasaannya, rumah ini sebelum ditinggalkan akan pastikan semua tertutup rapat dan berkunci. tapi kerana amalan teman-teman lain yang tinggalkan rumah tanpa amalan tersebut. yalah, mereka keluar awal jadi tidak fikir pasal benda tersebut. jadi, saya orang terakhir meninggalkan rumah juga berfikir demikian. (ketidak pedulian)
kerana memikirkan tidak lama lagi mungkin ada yang balik sebentar lagi. dan cuaca juga sangat baik.
tapi cuaca juga macam perasaan. tiba-tiba sahaja boleh berubah. hampir sejam kemudian, hujan bersama kilat petir datang. sedang berbincang di perpustakaan. tidak teringat langsung pasal rumah. padahal hati juga terdetik untuk bawa payung. tetapi saya tertipu dengan cuaca.
sungguhlah ALLAH nak beri peringatan pada sentiasa beringat kadang-kadang juga lupa, habis kawasan meja studi di ruang tamu dan bilik utama basah kebanjiran. hanya satu perkara yang tidak dibuat iaitu tutup tingkap. maka, habis terkena hujan. hujan hari isnin sangat menggila. kesian laptop housemate saya yang elok saja terletak di atas meja studi. habis air masuk.
habis permaidani abstrak saya juga basah. malah planner semester saya terlekat di dinding juga kebasahan. tak lupa juga alas tidur narita saya yang selamat dalam karungnya juga basah. alhamdulillah, portfolio saya terselamat. laptop saya juga sipi terkena air. hingga tempat sangkut kain telekung juga terkena. beg laptop habis basah. itu di ruang tamu. tidak cerita di bilik utama.
rasa seperti terpukul. padahal itulah rutin yang selalu saya buat bilamana saya menjadi orang terakhir meninggalkan rumah. tetapi tidak pada hari isnin. benda yang kecil meninggalkan impak yang besar. malah saya turut menyusahkan orang lain. ( my housemate laptop)
itu ketika meniggalkan rumah. sewaktu di dalam rumah juga harus perlu fikirkan keselamatan. sebelum tidur juga kunci pintu dan tingkap. tetapi tidak diamalkan juga. benda kecil tetapi ia membukan mata saya untuk perkara-perkara lain juga.
p/s: kata housemate tsunami kecil di dalam rumah. rabu kemudian, gempar dengan tsunami sebenarnya.
No comments:
Post a Comment