hari jumaat, saya ada satu kelas sahaja. yang mengambil 3 jam terus. dari 9-12.
subjek ini adalah subjek elektif. namanya thinking of architecture.
kelihatannya seperti bosan. bosan kerana akan perlu banyak membaca dari pelbagai buku.
tetapi lecturer menasihatkan kalau rasa architecture tidak sesuai dengan anda. then STOP. (tapi habiskan lah course ni dulu baru fikir yang lain. kalau berhenti tanpa habis rugi juga.)
kerana ramai sahaja yang belajar architecture tetapi pengakhirannya bukanlah seorang arkitek.
tanya pada diri sendiri, walaupun sekarang adalah masa kritikal saya. yang pasti saya mahu jadi arkitek. (walaupun impian saya sangat bercabang)
tidak pernah saya menceritakan tentang architecture. sesungguhnya architecture sangat menyeronokkan.
ya, ada saja beberapa rakan sekelas saya sudah buat pengakuan mereka hanya belajar bidang ini tetapi mereka mungkin tidak akan jadikan ia sebagai kerjaya. ada yang ingin menjadi pengarah filem. ada yang ingin jadi artis (memang dah ada). dan macam-macam lagi.
sama juga masa praktikal hari tu, orang-orang yang berpengalaman kerja nasihatkan juga fikir dari sekarang lebih baik putus asa sekarang sebelum jadi gila. kerja ini juga stress.
ok. kalau saya tak jadi arkitek, saya nak jadi apa?
suri rumah tangga! wedding-planner! jaga ladang! buat bisnes! jadi penulis!cikgu! ha-ha.
4 comments:
baguslah letak cikgu paling akhir!
the last and forever that i wish to do. its not easy to be a teacher ok!
hahaha, of cozzz
Post a Comment