Thursday, January 26, 2012

bawaku pergi

ini kisah di daerah jauh dari subang.

kerana tak mahu pulang ke tanah asal. dia berkeputusan untuk menziarahi sahabatnya di seremban. atas faktor rumahnya dia tidak enak untuk tinggal berhabisan cuti di situ. rancangan ini sudah diketahui sahabatnya.

pada hari sabtu bermula penjelajahannya. disangka amik masa berjam-jam rupanya seketika. cukup untuk dia tidur seketika.

jejak tanah minang itu, dia menanti sahabatnya menjemput. dia menikmati gaya hidup bandar itu. tanpa sedar sudah sejam dia menanti. akhirnya ada yang menjemput mewakilkan sahabatnya. ramah tuannya bersama keluarga. siap belanja minum lagi. teringat keluarga.

ah, ayahanda menjengah kuala lumpur, uminda juga bertandang kota metropolitan itu tapi anaknya bawa diri ke seremban. jangan salahkan anakanda, sudah pun anakand war-warkan pemergian anakanda ini. malahanya kedua ayahanda dan uminda singgah buat sehari saja. nyata tidak sempat untuk bertemu muka. tak mengapa 10 hari saja lagi anakanda akan pulang jua. ceh, luahan perasaan pula.

dari awal lagi, dengan jemputan dari wakil sahabat telah buka mata. ramah sungguh orang seremban. tidak kenal sungguh-sungguh tapi boleh berbual mesra. belum lagi jumpa keluarganya.

soalan utama setiap kali bertemu orang adalah "kawan sekolah ke?"

maka bermula lah hikayat kisah kami. sungguh. bila ingat balik terasa sangat unik. dan sungguh saya sayangkan dia lebih. kalau dia dapat entri ini. harap buat dia terharu. seremban-kota bharu. kami tidak pernah sekolah sekali. apatah satu universiti. jauh sekali rakan sebilik. tapi prorgam nadwah. dia juga sama dengan saya tidak ramai kawan zaman sekolah menengah.

dia bawa saya pusing seremban. saya dapat kenal keluarganya. adik-beradiknya. rakan sekerjanya. rakan sekolahnya. dia bawa saya makan. walaupun seremban tiada makanan istimewa tapi cendol yang dia belanja sedap. dengan selamba juga, saya ikut dia ke kenduri kahwin.

itu cerita dia dan saya selama tiga hari. tapi saya ringkaskan. apa pun saya seronok.

cerita seremban pula. juga menarik. seremban kecil sahaja. pergi mana-mana jalan akan tembus. sesat pun tak mengapa. tapi saya belum sempat hafal jalannya cuma saya sudah familiar beberapa kawasan. seremban juga tidak kampung seperti tempat asal dia. bandarnya sedikit terancang. jalan lebar-lebar sahaja. tidak seperti kota bharu. banyak taman perumahan. kurang pula nampak rumah kayu. kalau kota bharu banyak juga rumah kayu. walaupun kurang pusat beli-belah tapi kemudahannya sangat mudah. tidak perlu keluar jauh-jauh. seremban masih hijau. banyak lagi hutan-pokok banding dengan kuala lumpur hutan-konkrit.

mungkin saya boleh pertimbangkan sebagai pilihan tempat kerja. lagipun seremban masih lagi dalam pembangunan. peluang juga cerah. apatah lagi, tamannya buat saya jatuh cinta.

menjelajah seremban pertama kali buat saya jatuh cinta. kos hidup juga tidaklah tinggi. masih lagi ok untuk sekarang.


saya ringkaskan jalan-jalan saya di seremban. sungguh saya seronok. mungkin akan pergi lagi.

No comments: