Sunday, January 29, 2012

bawaku pergi 2

minggu yang sudah ke seremban.

minggu ni pula ke jitra dengan pengembaraan terbaik. ha-ha.

dengan tiket beli pukul 7 petang naik bas 9.30malam hari yang sama menuju ke jitra.



sampai jitra 4.30 pagi. terus dibawa ke program katibah akhawat jitra. sampai-sampai, elok dengan waktu qiyam. berqiyam dengan tilawah quran. sebab ingatkan dah masuk waktu subuh.

lepas-lepas subuh bersiap. kemudian riadah dengan aktiviti menarik.

terus sambung dengan sarapan nasi lemak sejemput yang comel. dan terus bengkel. bengkel lebih kepada perbincangan tentang keadaan daerah-daerah masing. saya mendengar. dan memikirkan untuk daerah saya juga.


sambil berbincang. ada orang belanja. senyum.


selesai berprogram. ukhwah tu indahkan? seorang akhwat bagi pakai keretanya. maka berdatinglah kami berdua ke kenduri seorang sahabat. bersama dengan tour guide.


ini kawasan rumah pengantin. gambar pengantin sangat ekslusif, disimpan elok-elok. seketika sahaja di sini. ampun juga pada pengantin kerana sebentar saja. sedikit buru-buru. sempat juga jumpa mak pengantin. alhamdulillah, masih segar diingatan.


sebelum meneruskan perjalanan. singgah di masjid kepala batas. cantik masjidnya.


tukang driver separuh jalan. separuh confuse. separuh putus asa. diganti dengan co-pilot merangkap tetamunya. :P



perjalanan jitra-butterworth. seperti mencari jalan ke hujung dunia.



selepas dua jam setengah. akhirnya sampai. apapun, jangan putus asa.

sempat juga berimaginasi sepanjang jalan. cari tol tak jumpa. kesimpulan dibuat, makan angin dari jitra ke butterworth seperti perjalanan dari pulai chondong ke pasir mas masuk ke tumpat lalu pantai sri tujuh tiba-tiba ke pengkalan chepa. hebatkan imaginasi kami. hiburan untuk orang disangka sesat rupanya mengambil jalan jauh. :)

sampai destinasi. meredah lagi mencari tiket. butterworth - kl. tanpa fikir panjang. redah bas pukul 7. selamat tiba di pudu hampir pukul 12. juga bantuan yang penuh keseganan seorang sahabat sambil berteman. terima kasih banyak-banyak!!

perjalanan butterworth-kl adalah keputusan berani mati. kalau ikut hati, dah serik. kene rancang betul-betul perjalanan lain kali. huhu. habis buatkan orang semua risau.tapi apa pilihan yang ada. adoi.

p/s: live well!

No comments: