Monday, August 08, 2011
tazkirah 6 Ramadhan 1432H
Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mafhumnya "Hadirlah ke mimbar!" Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda SAW naik satu anak tangga mimbar, Baginda SAW berkata 'Amin' dan apabila Baginda SAW naik tangga yang kedua Baginda SAW berkata 'Amin' dan apabila Baginda SAW naik anak tangga yang ketiga Baginda SAW berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah, Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar daripada Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar." Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Jibrail a.s telah muncul kepadaku dan berkata, 'Binasalah sesorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan'. Maka aku berkata 'Amin'. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata 'Binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebutkan kepadanya, tidak pula dia menselawatimu'. Aku juga berkata 'Amin' dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata 'Binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibubapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga' Aku berkata 'Amin'.." (HR Hakim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment