Wednesday, August 10, 2011

8 ramadhan 1432H: KL-Bentong

design master kata kepada yang muslim dibenarkan untuk tidak pergi.

hati berkeras mahu pergi. site visit. ke bentong. masuk ladang getah. berjalan lebih kurang 4km pergi.4km balik.

mahu pergi sebab berkumpulan dengan kumpulan asing. pertama kali.

dalam hati sebenarnya risau, mampu ke? boleh bertahan ke nak berjalan 4km tu. orang lain tak pe la. mereka golongan bukan berpuasa.

dalam 9.10 pagi bertolak. bertawakal.sampai bentong. lebih tepat tapak untuk berdirinya bangunan tersebut dalam lebih kurang pukul 11.25. hampir setengah jam berhenti, beratur menunggu tandas yang satu pengguna berderet.huhu.

sampai-sampai mula menapak. awal-awal tak rasa sangat, matahari dah tinggi. makin lama makin panas, pakai topi. menahan panas. oh ya, site visit kali ini classmate yang selalu bersama tiada. hanya saya. bersendirian.

sampai ke site lebey kurang dah tengah hari. sitenya kene jauh berjalan. sitenya kawasan ladang getah. sitenya mahu dibina chalet persendirian untuk berehat. tanahnya berbukit. ada pokok. pokoknya bermacam-macam buah. tempat paling tinggi berangin walaupun sudah tengahhari. pemandangannya hanyalah pokok. gunung juga. tapi lebih banyak pokok. ada anak sungai, kecil saja tapi airnya jernih. kalau tak puasa, mahu saja minum. huhu. ada juga kolam.

sebab penat, apa pun tak buat. bukan tak mahu. ramai sangat yang dah amik gambar dengan kamera DSLR. ramai juga dah buat sketch. ada 3 site yang boleh pilih. mata menyeluruh kawasan. cuba mengingati. sambil-sambil tu teringat kebun tok abah. tanah umi. rasanya tanah mereka lagi menarik dan best.ha-ha.

selesai sesi soal jawab dengan client. selesai bergambar. selesai bersketch. balik. balik semula ke tempat bermulanya 4km. penat jangan kata. lagi-lagi dengan keadaan selsema tak berapa nak sihat begini.

naik-naik bus semua cari air-cond. panas. kemudian bas bergerak. tapi sempat berhenti di Petronas. classmate, ramai yang beli air bikarbonat. Ya Allah, perasan dahaga tak boleh nak kata. tapi sabar je lah. seronok saja mereka teguk air dengan penuh kelegaan. tekak yang tak berapa sihat ni bertahan saja.

orang musafir diharuskan berbuka. tapi sayang. sebab sudah semestinya berganti puasa. tak mahu menambah beban. tapi kawan-lelaki yang turut berpuasa masing-masing dah tak senang duduk. tak dapat menahan.  saya diam. keputusan nekad. berpuasa.

tazkirah untuk diri sendiri, zaman Rasulullah, para sahabat tahan je puasa masa perang badar. takkan sebab jalan 4km ni dah lembik. sabar je la. bas kemudiannya terus bergerak.

namun, site visit tidak berhenti di ladang getah saja. tapi ke tempat pembinaan...errr..tidak tahu sangat. nak terangkan juga susah. tapi yang pasti, cik yummy-chan pernah cakap ada jambatan dia pakai polysterine. ya, benda itu lah yang saya pegi tengok dan didedahkan.

benda itu ada nama. inshaALLAh, i'll share it here someday. tapi untuk rumah satu tingkat boleh pakai bahan ni. mudah. ringan. rumah..errr..bukan rumah tapi entah yang kami lihat tu ia hanya ambil 10 hari dengan 4 orang pekerja menyiapkan bangunan tersebut - hanya pakai polysterine tu.gamba nnt-nnt share. menarik. harganya RM 8/kaki persegi. penerangan yang lain tidak didengar dengan sepenuh perhatian kerana terlalu ramai.

kemudian setelah itulah, baru sebenar-benar pulang. naik bas, balik. sepanjang perjalanan, memang tido habis. tapi bila da sampai walaupun dah lembik, perlahan-lahan gerak balik rumah. sungguh penat!

buka-buka puasa. terkam air coke housemate. tapi tak da rasa. sebab selsema. kesian sungguh. minum coke sebab tak dapat tengok classmate teguk mountain dew, soda la segala bagai.

tapi apapun, alhamdulillah untuk nikmat hari ni. muga tabah untuk teruskan beribadah di bulan ramadhan.

kejutan tengok kawan-kawan pakai phone touchscreen. hampeh. tergoda! tidak!

2 comments:

sufiyyah zulkifli said...

la. la. qana'ah la lala!!!
hm.... 4km? tahniah!

Kha said...

baik. baik cik piya.
yes, i am. plus 1.5 km may be. i think.