Monday, January 18, 2010

straight through my heart

merapu lagi...

bila tak ok,
semua nk benda nk dipersalahkan..
semua benda jadi masalah..
terus putus asa..
terus jadi malas..
kalau boleh mahu tido saja...
harapkan ia hanyalah mimpi...

satu pagi,
bangun tido...
bukak buku Don't be sad..
cari inspirasi...
bukak secara rawak..
keluar tajuk.. they agree on three points.. 

1. one should have a close relationship with ALLAH.. [Quran 19:65]
- kita harus mempunyai hubungan dekat dengan ALLAH 
2.one must close the files of the past.
- kita harus menutup fail-fail masa lalu.
3. one should leave future alone. [Quran 28:39]
- kita harus meninggalkan masa depan sendirian

jadi, selepas membaca yang ini..
memang terus buat apa yang sepatutnya.
terus tutup buku-buku memori daun pisang itu..
terus berhenti bermimpi.
yang pasti, cuba kekalkan untuk no. 1 itu.


cuba sibukkan diri.
dua-tiga hari ni,
buat kerja-kerja yang agak gila-gila. 
search lagu kuat-kuat di youtube habis bising satu kampung
pastu uji kegedikan diri  habis sakit badan. padan muka.

sekarang ni rajin sangat buat kerja-kerja mengelap.
lap lantai. lap tangga. lipat baju. kutip semua baju tersadai atas lantai kemudian basuh x kira lah pakai ke tak lagi. nnt kipas pulak. oh, tandas! eh, buku dalam kotak...

biasalah rumah orang ramai. selalu bersepah sana-sini.tapi 2-3 hari ni keadaannya agak terkawal sedikit. 
lagi, sangat rajin tolong sepupu ayah buat jadual waktu dan jadual bertugas mengikut kekreatifan dan bahan-bahan yang ada.

lagi, berdating dengan muhammad. biarpun dia meraung-menjerit-mengamuk mahu pergi ke rumah tok ma mahu main dengan sepupunya si kasyfi tapi buat-buat tido atau tak dengar sebab tak nak bukakkan kunci pintu supaya dia terus menemani di rumah. heh! tu lah sapa suruh tak nak pergi sekolah. ada unsur-unsur sedikit kekejaman di situ.

petang-petang melepak di rumah ucu sambil makan biskut beras + cuci mata. errrr..bukan. disebabkan rumah ucu itu mengadap jalan jadi nampak lah orang yang lalu-lalang. tapi amat mengecewakan. setiap yang lalu itu diberitahu sudah berpunya biarpon umur baru 13tahun. oh, umatku dikampung...


inilah aktiviti orang yang terlalu banyak masa lapang.
internet 24/7. lagi haru. kalau boleh tak mahu tido sebab nk beronline.
tapi sekarang ini terasa agak kebusanan dengan internet.
bukak facebook. main game.FARMVILLE.tak ada yang lain.
YM jarang-jarang bukak. mode: unfriendly.
bukak google reader. baca subscribe blog. 
dan PLURK! semestinya.
jugak youtube. search la apa-apa yang terlintas difikiran.
itulah rutin bila online.heh.


bila time tido.agak susah sedikit.
ada masalah tido tidak lena-lena.
tido memang tido tetapi akan terjaga setiap jam.
pastu, lagi-lagi bila ada kes kecurian kebelakangan ni.

terus tak boleh nk tido kalau tak capai jam 3-4 pagi.
oh, masih trauma dengan itu. tragedi 4jan2009.
solution: bila nk tido pakai stokin.tarik selimut.dan lena.
tapi, masih lagi jadi masalah. ia teramat lena sampai susah nk jaga. adesh.

tapi tolong. tolong. tolong sangat-sangat.  
jangan tanya. tanya apa-apa tentang apa yang berlaku. 
tanya apa-apa about myself 
jangan tanya soalan yang macam anda sangat-sangat mengambil  berat tentang diri ini. like you care
if  you read my blog then you know me.







ok.cukup. the end.
this is straight through my heart..