kau marah aku
kerana aku bukan seorang pencari
kau marah aku lagi
dan masih menyuruh aku untuk mencari
tetapi bukan aku tidak mahu mencari
aku bimbang kerana aku tahu apa yang aku cari
lain pula yang aku temui
aku mahu kau tahu
aku adalah seorang yang peganglah tanganku
dan bawalah aku bersama
iya, akhirnya kau bawa aku ketika kau temui aku di persinggahan jalan
tapi aku kecewa
bagi kau aku adalah beban yang memberat di bahumu
sanggup kau mengganggap aku begitu...
kau umpama keretapi yang memecut laju
lalu aku tercampak di pertengahan jalan
kau tidak bisa berundur untuk bawa aku bersama
kau tinggalkan aku
tetapi aku masih perlu teruskan perjalanan walaupun ia sangat perlahan
di perjalanan perlahan ini
aku seronok menikmati suasana yang aku lihat
sedangkan kau deras meninggalkan aku
hingga sukar untuk aku capai pada kau
kali ini aku berhenti di sebuah petempatan
namun, tidak sekali aku sangka kau kembali
kembali untuk membawa aku bersama kau
tetapi sisa sakitnya yang ditingalkan kau dulu masih terasa
kali ini, marilah! cubalah!
kejarlah aku kalau kau mampu
biar kau sendiri mengerti
rasa sakit dan pedihnya berada jauh di belakang
sedangkan aku masih ingin bersama kau
dan rasailah lelahnya aku untuk mengejarmu suatu ketika dulu...
dengarlah,
bukannya aku tak mahu ikut
tapi ketika aku sedia untuk kau pegang tanganku
aku dengan rela cuba untuk mengikuti cara kau
tapi kau sanggup lepaskan aku...
sekarang, aku mahu lihat
apakah kau mampu menangani aku atau tidak lagi
bersedialah dengan permainanku ini..
bukan kau seorang ingin jadi hebat
tapi aku juga punya perasaan yang sama...
dariku,
mencari hati yang hilang...
