Wednesday, June 23, 2010

jangan bersendirian..

18.6.2010.
drawing axono saiz A1.5pagi siap.ditemani bunyi keretapi.rasa mcm dalam citer jab we met.siap dalam sedih.haru.
sempat buat panggilan bantuan.minta dipujuk. ayah cakap.pegi baca LUVLETTER banyak-banyak.
syukur.DIA beri ketenangan.dipermudahkan urusan.

 

20.06.2010.
hari bersejarah.menjadi saksi.famili reunited.
bersama buku history yang esoknya exam.
like ayah said,
awak selalu boleh buat.senang je.ameen.
^.^
terima kasih.kerana memberi kekuatan hati.disaat-saat sedang rapuh.
[salam,peluk,cium umi& ayah.rasa nk ikut balik je.hati sabarlah]


Wednesday, June 16, 2010

airplanes

duduk bersantai di ruang tamu. nampak cahaya kelip-kelip di luar.kapal terbang.sedang berlepas.barangkali.
kebetulan lagu ini kedengaran...


Can we pretend that airplanes in the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Can we pretend that airplanes in the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now 
airplane;B.O.B

INDAH.CANTIK.^_^.

Friday, June 11, 2010

praise to ALLAH

piya ask.salam.cik lala,are u ok?

replied: *sengih* siap buat keje luar alam lagi,adikku!adesh.
cuba cari masa nk jumpa cik piya.4 bulan x jumpa!

then.text umi.cakap ALHAMDULILLAH.

tak sampai seminit dapat panggilan.sengih.

me: ALHAMDULILLAH. dah boleh sengih.otak pom weng ni...

umi: ALHAMDULILLAH.thanx umi sebab dah jentik-slap-ketuk kepala.
dia pesan,jgn bergantung pada orang lain lagi.jangan berharap pada orang lain.sebab dia tahu anak dia mampu berdikari.dan she believes in me.sila kuat semangat!

lagu too phat pon ALHAMDULILLAH.

maher zain song tajuk ALHAMDULILLAH.

syukur.DIA bagi rasa susah dan DIA juga yg tunjukkan jalan. ;)




 
 

Wednesday, June 09, 2010

rain

tamat je cakap dengan umi.terus bersiap.sapu air mata.

umi: pegi keluar.pegi library.cari idea.jgn duk dalam bilik.nnt pecah x habis-habis.

action: bersiap.keluar.jalan kaki.pegi jelajah pyramid.lepak di popular.dapat idea. kerana sebelum ini diancam tempat ini tidak selamat.tapi redah saja.buat keje berani mati.jadi,kenapa takut.ALLAH kan ada. :)
balik.makan aiskrim.belasah 2bijiburger.dan mulakan kerja. ^.^

sebelum itu.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

kalau janji berdua.jangan tinggal dia sorang-sorang.

buat panggilan.minta bantuan.dia- princess umi pun sayu.sedang pecah-hancur-berderai.

nasihat princess-umi: solat sunat.maathurat.baca LuvLetter. kalau x ok.minta bantuan,my knight-shining-armor.

lega.dah nk tarik senyum.

tapi.sekali lagi.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

cari ketenangan.tido.bangkit.zohor.selesai zohor,dapat panggilan.sebelum jawab lagi dah pecah. dua hari sebelum tu, mahu dengar suara dia.rela dengar suara dia marahkan diri.tapi dia tiada suara.pecah.tapi akhirnya,dia ada suara.dengar dia bicara.ok.dia tahu apa yang terbaik.

bila dia suh buat begitu.ingat balik.dulu dia bila stress,pegi window shopping.ha-ha.salah satu therapy yg jadi ikutan.he-he.

kalau kat umah,drive malam-malam pusing KB - bukak tingkap luas-luas.rasa angin malam masuk. tak pun, makan aiskrim 20sen umah ucu.rindu ucu.tak pun,lepas send umi pegi sekolah,pegi pantai.tak pun dalam plurk, buat ayat *terjun bangunan* ha-ha.

to cik yummy-chan,sekarang dah rasa perasaan blank itu.. tapi aku pecah.hu-hu.

to cik momo- kalau aku tau mu ada uia.aku  buat keje aktiviti pelarian da smalam.

to me - hari sabtu idea datang,buat keje-berani mati. balik hari selasa.sehari.tapi sebab cuti sekolah.cancel.hari tu jugak,lpas terpikir keje gila - dapat tau ayah demam.umi no voice.wu-wu.

terima kasih sebab HOLD MY HAND, kalau tidak nnt jatuh-berderai.  :)

Thursday, June 03, 2010

slow reaction

awal mei lagi tak lalu nak makan..
bila makan rasa nk keluar balik.
kalau nk makan, kene pilih jugak.silap makan.habis.nnt rasa nk keluar balik.
lepas hampir sebulan,
buat kesimpulan.
mungkin sebab stress.
effect pada perut.
until now, still cannot eat macam-macam.

nasi ayam. sebab ada sup.tapi harga da naik 10sen.sup pulak da tak pure.macam tambah perisa je.
burger boleh terima.mungkin sebab bila tengok mak cik penjual burger ada feeling motherly love kot.haha.
nasi goreng macam terpaksa telan je.sebab da lapar.
choc bar as supplement bila da tak ada energi dan tak boleh nak makan walaupun perut rasa macam  kene hiris dgn pisau.

listing for next cuti: nak makan masakan umi and wishlist food...perut sabarlah..

Thursday, May 27, 2010

siang dan malam

a beautiful morning. taken in the middle last week. the sunset at that day also nice. *smile*



bulan purnama.last nite. teman saya tidak tidur sepanjang malam.



the view from the place. hari-hari tengok pyramid.huhu.




minggu-minggu yang tidak cukup tidur.

Wednesday, May 26, 2010

mei.jun.

psst: sebelah parking lot tu is kandang lembu.


after mei.jun.then july.cuti.

one of friend said that, may is wonderful month.
means we went to pulau redang.doing project 3.
its good.
but jun is terrible.the final.final exam coming.
july most month i've been waiting. holiday.yay!
want to runaway.

may give a short notice to me.
its shocked me.
change.
clueless.
i cant accept.
what should i do?
i miss my normal life back. which is i enjoy it eventhough its tough.
i rather life like that than NOW.

to much thing i missing.
famili.home.umah nenek.everything that give strength to me.
and i listing it.because i want do it during the semester holiday.
huhu.

ok.i'm off.

Sunday, May 23, 2010

memory in pulau redang.

040510.070510. [RIP]
site visit.project 3.


malam bertolak.


day 1:the bag.waiting the boat.

day 1: reached the pulau.play.waiting for lunch.


day 1:jungle trekking.exercise1-sketching

 

 

 



i like this.

 






i sketched this.

my friend sketched this.

 


wondering,what's this?


 
day 1: jalan keluar jungle trekking.very beautiful.rasa nk lompat mandi kat situ jugak.

last day :sunrise. alhamdulillah.nice.tengok sambil baca maathurat. ^.^

last day: sebelum naik boat.ini je yg termampu amik.

last day: nak amik bayang-bayang blakang.tapi jadi macam ni.hihi

second day:sibuk siapkan exercise skecthing.no photos.sorry.

Wednesday, May 12, 2010

award


1. THANKS LINKS THAT THE PERSON GIVE YOU THE AWARD

2. PASS THE AWARD ONTO 15 BLOGGERS YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC
siapa-siapa?


3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD
none!
 
4. STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF


>> stuck dgn lagu patah hati-saujana
>> sangat aktif dlm melarikan diri
>> suka sangat blue sky
>> mampu BERDIKARI!
>> rindu dgn keluarga + kelisa + innova
>> selalu sorang-sorang
>> mahu beli MP4!

psst: tolong aku!
 

Thursday, April 22, 2010

melankolik

awal mingu aku senyum
tengah minggu aku diam
tiba-tiba aku jadi perasa
tiba-tiba aku jadi sedih

ini bukan aku
aku tak suka sedih
sedih tu sakit
sedih tu sepi
sedih tu sunyi
sebab itu aku jadi sedih

aku rasa kosong
aku tak suka kosong
aku suka penuh

aku pujuk hati berkali-kali.
aku tak boleh diam-diam
nnt aku jadi terlebih rasa

jangan tinggal aku sorang
nnt aku jadi terlebih rasa

aku kini sendiri
aku kini seorang
aku kene terima hakikat
aku kene belajar untuk hidup begini

*ketuk kepala aku boleh?*

Tuesday, April 20, 2010

Luvletter

"dan tatkala dibacakan Al-Quran.maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat," (Surah al-a'raaf: 204)

7 bulan di rumah, ada masalah tido. sebelum tido tiap-tiap malam mesti dengar ayah mengaji. macam a lullaby song for me barulah dapat tido.

sama juga bila tido sorang tatkala ditinggalkan, dapat dengar ayat al-quran,alhamdulillah dapat tido dengan lena.

kalau kita tak dapat mengaji,sekurang-kurangnya mendengar orang tilawah al-quran.dapat pahala.bahkan dlm ayat al-quran (di atas) telah menegaskan. tapi sesetengah orang lari sebab kononnya tak mahu ganggu. sepatutnya, kita dengar dan kalau waktu tu hati tengah serabut-serabai dapat menenangkan.damai.trully deeply.

hari sabtu lepas,balik umah.sampai-sampai pagi tu ayah mengaji. oh, i missed that lullaby. at my place susah nk jumpa orang mengaji al-quran. cuma masjid la yang pasang tapi bukan dgr sangat.sayup-sayup je.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

Sunday, April 18, 2010

american idol




sebelum tak pernah pon tengok american idol.ia berlaku bilamana setiap hari jumaat tu ada kelas design communication.dan malam sebelumnya selalu bekejar menyiapkan assigmen.dan american menemani sepanjang menyiapkan tugasan.

bukanlah melayan american idol.tapi nk cakap suka tengok TIM URBAN [bukan cim TIM FATIMAH ye!].salah satu peserta american idol.bukanlah suka kerana vokalnya. tapi kerana senyumannya.saat-saat terasa mahu jatuh rebah, tapi mengagumkan melihat TIM URBAN senyum macam memberi sedikit kekuatan. dia mampu senyum sahaja walaupun dikritik teruk oleh SIMON COWEL.sungguh dia sangat bertahan.

senyuman dia comel.itu sahaja. tengok dia senyum tanpa sedar diri dah tersenyum.

benarlah senyumlah, dan dunia akan tersenyum padamu...

walaupun dikritik dengan sangat teruk teruskan untuk tersenyum.

belajar untuk terus tersenyum.



psst: sebenarnya nk update tajuk lain.tapi gamba pula bermasalah.haish.lain kali ye!

Thursday, April 15, 2010

sem break

fuh..

sebelum ini dia beritahu awak kene stay..

terkejut.sakit.stress.

tapi sekarang. ia akan tiba.

mereka sedang bergembira di rumah.

momo.yummy-chan.yiba.abe ngoh.junaid.ali.muhammad.

tapi aku kene tahan rasa.

bulan 7 la baru dapat jejak sana balik.

tapi tak mengapalah.

hati ini terpujuk dengan teman-teman yang lagi jauh dari diri ini.

sedangkan keadaan aku ini lebih baik dari mereka. kenapa perlu bersedih..

sedang hafal surah al-fajr.dan tadabbur sekali.

[27](Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ [89:27-30]

INDAH...

Thursday, April 08, 2010

kaca itu fragile

aku ingat aku dah kuat. aku ingat aku makin gagah.
kelas dah habis.kalau boleh aku tak mahu balik.bukan ada siapa-siapa di sana.aku nak lari. sebab aku tak suka kosong.aku tak suka sunyi.aku tak suka sepi.aku tak suka sorang-sorang.

aku jalan-jalan. mereka panggil aku join.aku ikut.sebab aku nk makan roti telur.pengen bangat! aku tak peduli.

dia usik aku. berkali-berkali.aku tak kisah.kepala aku duk fikir masalah.aku tengah tensen.aku tengah sedih.aku tengah pujuk hati.dia usik apa saja.aku buat biasa.kadang-kadang aku balasa balik.heh!

sekali,waktu klimaksnya.masa tu rasa sangat-sangat sedih.sekali ayat dia keluar "mulut kau ni tak padan dengan tudung kau.." aku dah tunduk.aku nk nangis.tapi tahan.aku buat bodoh.aku tak tau apa dendam dia pada aku.pedulikanlah!!

lalu,mereka berangkat.pulang.aku ikut.dia juga sekali.

sebelum berpisah,lagi sekali aku dikenakan.dengan tidak sengaja. lalu,aku benar-benar rasa mahu jatuh.sedar-sedar aku dah pecah.

mereka melihat tertanya-tanya.aku cakap bukan sebab dia.tapi ayat dia tu menjadi asbab aku pecah. aku pecah sebab lain.tapi kerana aku jadi terlalu sensitif aku pecah.aku marah diri aku kenapa mudah sangat pecah.

dia tidak tahu aku sudah pecah sbb dia tidak nampak.nasib baik.

itulah,aku ingat aku ni iron lady skali aku ni glass lady.
kerana itu keyakinan yg aku bina lebur.
aku jadi kabur.

Thursday, April 01, 2010

week 5

bagitau dia,
tak cukup tido.

dia balas,
ulama dulu pon tak cukup tido.

ok.its motivation.

bagitau dia,
sedih.stress.

dia balas,
you have HIM.mengadulah pada dia.

ok.its give me strength.

bagitau dia,
tak sihat.ulcer.lidah tasteless.

dia bagi,
spirulina.jangan lupa vitamin c sekali.

ok.its additional energy.

dalam hati jerit NAK BALIK!

tapi hakikatnya, sabarlah. orang lain duk jauh tu lagi sengsara tahan perasaan tu.

aku: tak boleh ada masa kosong. nnt aku rasa mahu terbang dan balik rumah sekarang jugak!

Saturday, March 06, 2010

change

dulu tak suka perubahan.
kerana perubahan itu menyakitkan.
kerana perubahan itu menjadikan ia berbeza.
kerana perubahan itu satu kelainan.
tidak sama.

kerana itu lebih suka kepada statik. tidak berubah.tetap.kekal.
hakikatnya, secara perlahan diri ini juga semakin berubah.
menerima perubahan. kerana perubahan kini adalah satu perubahan positif.baik.
cuba menyesuaikan diri. suasana. tempat.

dakwah. sentiasa bergerak. sama ada cepat atau lambat. ia tetap berlaku.
ia seperti air sungai mengalir dan bergerak serta menyebarkan serata alam.
bukan seperti air yg bertakung. sudah tentu ia berbau.dan busuk.

dakwah. ia tidak akan menunggu sebab itulah ia sentiasa bergerak.
kalau tertinggal kitalah yang harus kejar balik....no u-turn.
ia seperti kereta api. laju dan pantas.

wahai diri, muga sentiasa tabah..

Monday, February 22, 2010

supplication



tahun ni bila solat berjemaah, lepas solat mesti rasa nak tersenyum. bila dah jadi kakak dan punya adik lelaki seramai 5 orang. lepas solat diorang mesti cium tangan. kalau ada 5 kakak, lima-lima kakak la diorang kene salam. ha-ha. bila lagi nk merasa peluang sebegini . he-he. dari ahmad sampai muhammad. heeee~

itu satu bab, bab lain pulak, melihat karenah ali dan junaidi. lepas saja ayah selesai doa, mesti berebut nk salam ayah dulu. lepas ayah,umi pula mereka rebutkan. si kakaknya gelak saja.

ya, dulu-dulu masa kecik pom macam tu jugak. duk lawan dengan momo-chan dan piya-chan. tapi lain sikit la, bila dah kalah tak dapat salam first dengan ayah tapi dapat salam umi  first dulu pun rasa dah puas hati. asalkan dapat salam pertama di antara kedua-duanya.

bila,ingat-ingat balik.jadi rindu pada kenangan itu.ho-ho.
 

Saturday, February 20, 2010

google reader


view di setting ada 59 blogs saya follow.mungkin akan bertambah lagi. kebanyakannya as public.


kalau tengok di dashboard boleh la tau sapa yg update blog dia.. tapi tak best sebab kene klik blog tersebut. kalau blog tersebut berat, lambat la loading. it takes time. jadi selalunya view in google reader. blog daichiviolet ni lambat loading tak? kalau lambat sila tinggalkan blog ini sekarang jugak. :P



jadi selalunya di sini la tempat rahsia saya baca blog yang saya follow. saya akan baca satu persatu. tiada yang tinggal. see, i'm good-loyal-silent-reader but not good to leave comment sbb itulah aku disabled comment diblog aku.heee. kerana saya bukan kaki komen. jadi, jangan ingat saya tidak baca blog anda. saya jamin buat masa ini. kalau ada 100 new update 100 itemslah saya baca. 



tapi kalau blog yg saya follow buat read more pada blognya..atau dah set mcm ni... sayang sekali..sependek inilah entrinya muncul pada google reader. apa boleh buat. kalau tajuk menarik baru lah saya TERpaksa klik pada blog mereka untuk baca dengan lebih lanjut. since saya malas nk tekan dan ziarah blog mereka, saya baca apa yang ada sahaja. mintak maaf ye.

untuk waktu-waktu yang mendatang, inshaALLAH saya pasti akan meluangkan masa untuk membaca blog yang saya follow. :)

Friday, February 19, 2010

tooth fairy

pertengahan 2009

buat pemeriksaan gigi. doktor suh pegi x-ray gigi. *done*

x-ray gigi - 4 batang gigi bongsu dah tumbuh.atas-bawah-kiri-kanan.

doktor perempuan-unknown perhati-kaji-tenung gambar x-ray itu. dia asyik tanya pasal gigi bawah. tapi sebenarnya ketidakselesaan adalah di bahagian atas-kiri. kemudian,dia decide. kene rujuk ke HKB. *okay*

temujanji seterusnya selepas 3 hari. doktor perempuan-unknown lagi sekali. dia tengok x-ray gigi. tanya pasal gigi bawah juga. sekali lagi, kene explain tentang ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri. 

respon doktor, tak perlu rujuk sini pun..tapi nevermind. tanya-soal-siasat sakit itu sakit ini.

temujanji seterusnya adalah 6 bulan kemudian - yang mana tidak menghadirkan diri kerana kad tidak dijumpai. kemas tadi baru jumpa.

temujanji baru dibuat pada awal 2010. pilih tarikh sesuai. 16februari.

harinya telah sampai. di kad merah itu ditulis mos 28 yang mana tidak diketahui apakah maksudnya oleh seorang pesakit biasa.

nama dipanggil dikaunter yang rasa aura-tak-nak-mesra dengan abang-baju-putih. dia beritahu kene buat pembedahan kecil. bayaran RM 5 untuk pendaftaran. dan RM 50 untuk pembedahan kecil. pembedahan kecil!!!! cuba bayangkan wajah ketika itu -mesti muka macam nak nangis. cuak.  boleh tak saya tak nak buat - cuba rayu dalam hati. tapi rela dengan pasrah.

seketika kemudian nama dipanggil,masuk. doktor perempuan-unknown datang memeriksa gigi. again. dia tengok x-ray tersebut. again. beritahu dia ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri. bukan bawah. kemudian doktor tersebut kata doktor lain akan uruskan. *Ok*

sambil menanti, another doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis rasanya sebab dia pakai mask datang tanya apa-apa yang patut. setelah itu, doktor lain tersebut datang. again. dia tengok x-ray gigi. dan telah mengenalpasti tentang hakikat sebenar bahagian tidakselesaan itu. "mcm mana awak pasti bukan gigi bawah?" huh! doktor, gigi saya.saya tahu lah saya sakit gigi mana. saya nk makan pun tidak selesa.

keputusannya, gigi tersebut hanya akan dicabut tidak akan dibuat pembedahan kecil. fuhh,lega. tapi bila kene suntik ubat bius agak la... kalau buat pembedahan kecil mesti haru.

telinga ni dengar je doktor lain buat kesimpulan, "jgn terpedaya pada x-ray"  heh.tau tak pe.

doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis yang cabut gigi tersebut bukan doktor lain. dia sangat baik.

balik-balik, umi beli nasi sumatera-yang-dah bertahun-jadi-pelanggan-tetap-mereka-sampai-tauke-kedai-pun-kenal-wajah -ini tapi telan air liur je la. abe ngoh beli pau pon  tengok hujung mata je. sbbnya gigi ini.

sedang menyesuaikan diri dengan kekosongan ini. ha-ha. hu-hu.

Monday, February 15, 2010

meet me halfway

waktu maghrib. kete di pecut lagi. nk solat maghrib di rumah.

trafficlight tendong dari arah rantau panjang (lebuhraya). agak jammed.bagi signal kiri sebab mahu ke kiri.jadi tak perlu la beratur panjang kan?

di depan,pajero putih.pintu keretanya di bukak.ia menahan laluan.

"encik telah memotong queu"

"saya mahu ke kiri.saya dah bagi signal.salahkah?"

"sebab sini tiada susur ke kiri " ngaaaaaaaaaa...apakah??

"tunjukkan saya dalam buku undang-undang"

"maaf encik.hari ini saya x bawa" ngaaaaaaaaaaa...apakah???

tak tahu pulak nk ke kiri di kira potong jalan jugak...

ingatkan selagi ada ruang, selagi boleh lalu, boleh jalan je...

agak-agak yusoff haslam boleh jawab tak? ye lah. diakan tukang buat drama roda-roda kuala lumpur.  :P