buat pemeriksaan gigi. doktor suh pegi x-ray gigi. *done*
x-ray gigi - 4 batang gigi bongsu dah tumbuh.atas-bawah-kiri-kanan.
doktor perempuan-unknown perhati-kaji-tenung gambar x-ray itu. dia asyik tanya pasal gigi bawah. tapi sebenarnya ketidakselesaan adalah di bahagian atas-kiri. kemudian,dia decide. kene rujuk ke HKB. *okay*
temujanji seterusnya selepas 3 hari. doktor perempuan-unknown lagi sekali. dia tengok x-ray gigi. tanya pasal gigi bawah juga. sekali lagi, kene explain tentang ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri.
respon doktor, tak perlu rujuk sini pun..tapi nevermind. tanya-soal-siasat sakit itu sakit ini.
temujanji seterusnya adalah 6 bulan kemudian - yang mana tidak menghadirkan diri kerana kad tidak dijumpai.
temujanji baru dibuat pada awal 2010. pilih tarikh sesuai. 16februari.
harinya telah sampai. di kad merah itu ditulis mos 28 yang mana tidak diketahui apakah maksudnya oleh seorang pesakit biasa.
nama dipanggil dikaunter yang rasa aura-tak-nak-mesra dengan abang-baju-putih. dia beritahu kene buat pembedahan kecil. bayaran RM 5 untuk pendaftaran. dan RM 50 untuk pembedahan kecil. pembedahan kecil!!!! cuba bayangkan wajah ketika itu -mesti muka macam nak nangis. cuak. boleh tak saya tak nak buat - cuba rayu dalam hati. tapi rela dengan pasrah.
seketika kemudian nama dipanggil,masuk. doktor perempuan-unknown datang memeriksa gigi. again. dia tengok x-ray tersebut. again. beritahu dia ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri. bukan bawah. kemudian doktor tersebut kata doktor lain akan uruskan. *Ok*
sambil menanti, another doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis rasanya sebab dia pakai mask datang tanya apa-apa yang patut. setelah itu, doktor lain tersebut datang. again. dia tengok x-ray gigi. dan telah mengenalpasti tentang hakikat sebenar bahagian tidakselesaan itu. "mcm mana awak pasti bukan gigi bawah?" huh! doktor, gigi saya.saya tahu lah saya sakit gigi mana. saya nk makan pun tidak selesa.
keputusannya, gigi tersebut hanya akan dicabut tidak akan dibuat pembedahan kecil. fuhh,lega. tapi bila kene suntik ubat bius agak la... kalau buat pembedahan kecil mesti haru.
telinga ni dengar je doktor lain buat kesimpulan, "jgn terpedaya pada x-ray" heh.tau tak pe.
doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis yang cabut gigi tersebut bukan doktor lain. dia
balik-balik, umi beli nasi sumatera-yang-dah bertahun-jadi-pelanggan-tetap-mereka-sampai-tauke-kedai-pun-kenal-wajah -ini tapi telan air liur je la. abe ngoh beli pau pon tengok hujung mata je. sbbnya gigi ini.
sedang menyesuaikan diri dengan kekosongan ini. ha-ha. hu-hu.