Monday, January 24, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.

pulau ketam, klang.
akhir tahun. akhir semester 2. complete first year. sebelum balik kelantan.
berjalan menghilangkan tensen. bersama 5 orang classmate dan seorang pasangan seseorang.
jadi 3 perempuan, 4 lelaki. sebelum tu ada beberapa orang nak join tapi cancel.

ada kata pulau ketam tiada yang menarik. tapi biarlah. asal boleh berjalan. melihat dunia sudah memadai.
jadi, naik ktm berhenti di klang. end of station. kemudian berjalan sedikit ke jetty.
harga tiket depends on bot yang anda naik.

sampai di sana. ada pro and cons.
pulau ketam boleh dikatakan separa mesra alam. sebab, takkan jumpa kereta di sana. betul.
sebab ia adalah pulau-not-so pulau. jadi mereka hanya pakai basikal. motorsikal pula agak rare nak jumpa.
best pula nampak mereka naik basikal. masa tengah jalan nnt ada bunyi loceng basikal dr belakang. supaya tak da la block penungang basikal mau lalu nanti.

tapi buruknya sebab banyak sampah sarap.
penduduknya masih belum sedar tentang kebersihan.
mereka hanya buang sampah begitu sahaja.
kalau mereka menjaga kebersihan sudah tentu boleh jadi tempat tarikan pelancong yang menarik.
tapi kalau anda pencinta alam, tempat ini sesuai untuk research tentang environment sustainability design.
lebey kurang la.

rumah di pulau ketam juga macam best je.
rumah kayu. ada je rumah batu bata. setingkat.
pattern rumah juga macam lebih kurang sama saja.
mereka design sesuai dengan climate pulau ketam.
kelihatan ruang tamu sangat luas. dan beberapa bilik.
bukan mengintai tapi nampak sebab mereka bukak pintu luas-luas jadi nampak la.
walaupun siang hari panas. tapi malamnya mesti best. sejuk je. tak payah pakai aircond. agak je ni.

apa sebab orang suka pegi pulau ketam adalah kerana makanannya.
pulau ketam femes dengan makanan laut mereka.
tapi kena hati-hati untuk cari kedai halal. sebab majoriti penduduknya adalah kaum cina.
kalau boleh pergi ramai-ramai lagi bagus. enjoy sikit makan.

tapi classmate saya kebanyakannya terkilan.
sebab environmentnya kotor. tiada yang menarik sangat untuk di lihat.
makanannya agak mahal.
saya *shrug*

sebenarnya 2-3 hari lagi dah nak habis short sem. dan dah merancang dengan kawan-kawan mau ke broga hill. tapi cancel. tiket habis balik kelantan. sibuk dengan cuti raya cina. jadi untuk sem ni tidak merancang ke mana-mana sebelum balik.huhu.cuma termimpi-mimpi mahu ke pantai saja. tapi inshaALLAH untuk next sem nt sy merancang untuk berjalan lagi. ke mana kene search tempat menarik la. bila lagi nak spend masa dengan kawan-kawan. tapi next sem nampak banyak je trip nak kene pegi. huhu.

teringin nak main archery!

Sunday, January 23, 2011

Day 25 – What’s in your purse?

resit.duit.ic,lesen & card bank

saya bukan feminin.
saya tak da purse.
saya ada beg kecil saja.
balik rumah baru saya pakai handbag.
ye lah. suri rumah yang berjaya bukan.haha.
ini saja apa yang ada dalam purse saya sekarang.

dulu, sy ada purse. hadiah dari sahabat. saya pakai until terkoyak rabak.
saya suka purse yg dia bagi. tapi saya tak pandai jaga.ganas sangat barangkali.
sekarang saya masih belum pakai purse.
oh, saya ada beli. online.
mungkin raya cina break nnt saya dapat.
nnt saya show off di sini. hehe.

bila la betul2 nak feminin ni...haila~

Saturday, January 22, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

forever hold my hand
the last daughter with the last son.cute. 
last year aidilfitri.
cabaran hari ini: hold my hand and walk together with me. 


they make me strong. they are my tulangbelakang

Friday, January 21, 2011

Day 23 – 15 facts about you.

1.  i have 3 names. not include my father's name.
2.  looks younger than her age. [read: cute]
3.  the third daughter.
4.  best therapy when stress get in the car and bring her anywhere.
5.  had 2 purple shoes.
6.  had a syndrome not talking to people.
7.  never go cinema. and karaoke.
8.  can play bowling but...
9.  just finished watch sungkyunkwan scandal.
10. had syndrome hard to sleep at night.
11. had lots of note book.
12. prefer train than bus.
13. got college thumb drive for free.
14. like vanilla and ice cream potong [ kacang merah]
15. people said if u had warm hand then u had cold heart...really?

comel kan?
beautiful jumaat~!

Thursday, January 20, 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

ke hadapan kamu,

rasanya tak perlu tulis muqaddimah. mari kita terus kepada topik. cabaran hari ni memang dinantikan. teruja mahu tulis surat ini untuk kamu.

masih ingat lagi kata-kata Mr Ooi. dia bilang, untuk berada dalam bidang ini kita mungkin akan kehilangan kawan. ya, mengikut pengalaman Mr Ooi sendiri. dia kehilangan teman apabila berada dalam bidang ini.itu belum lagi dalam alam pekerjaan tetapi ketika masih belajar. dan sehingga habis belajar masing-masing tidak bertegur sapa apatah lagi untuk duduk berbual. sampai kini, walaupun telah bekerja.

situasi kita juga mungkin begitu. walahupun terserempak di kaki lima atau dalam kelas, cuba-cuba sedaya upaya elak untuk tidak bertegur. kalau boleh tak terasa untuk mengatakan kita pernah saling kenal-mengenali. walaupun tiap kali ternampak mahu sahaja baling buku neufert or modern architecture berkulit tebal  berkali-kali supaya kamu rasa sakit. tetapi tidak memadai. kerana sakit itu hanya sebentar. ia tidak seperti sakit yang dirasai sekarang. ada juga kadang-kadang niat rasa nak sidekick saja. tapi itulah tak elok buat anak orang sakit. walaupun kamu telah buat diri rasa sakit.

walaupun sebenarnya sebagai orang islam, tak bertegur selama tiga hari pun dah berdosa. tapi untuk situasi ini tidak layak lagi untuk mengatakan kita bersahabat. sekarang kita seperti orang asing sepertimana kita belum pernah kenal.itu lebih baik.

kerana peristiwa itu, ya. satu peristiwa kecil tetapi memberi impak yang besar. beginilah jadinya. jangan harapkan untuk kembali seperti dulu. semua kesalahan itu diletakkan atas bahu kamu. walaupun cuba untuk memaafkan kamu tetapi hati tak mampu memaafkan. orang kata mungkin ia mengambil masa. entah. sendiri tidak pasti untuk itu. walaupun kamu kata maaf berkali-kali ia masih tidak mampu untuk menghapus atau menukar sejarah yang telah berlaku itu. setengah orang mungkin boleh maaf dan lupa tapi untuk diri ini tak mungkin lupa dan maaf. bukan tak pernah berusaha untuk itu tetapi sangat sukar.

untuk pengetahuan kamu, bilamana rasa sakit itu datang sangat berharap ia sekadar mimpi.  atau seperti ayat dalam secret garden, kamu datang dan hilang menjadi buih. atau seperti lagu peterpan, menghapus jejakmu. biar hujan menghapus jejakmu. 

akhir kata, kita kini orang asing. kita lagi bukan kawan atau teman. mungkin boleh diletakkan status sebagai seseorang belajar bidang yang sama itu sahaja. kejam. ia seperti kejam tetapi tidaklah kejam dengan kesakitan yang dialami. terima kasih memberikan kegelapan  dan kesakitan untuk diri ini. seolah-olah kamu bahagia melihat diri ini sebegini.

p/s: walaupun ini adalah surat terbuka untuk kamu, hakikatnya belum tentu kamu akan baca.lagi bagus sebenarnya.

tension buat surat ni tetapi release bila memasak.

Wednesday, January 19, 2011

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

senyuman lebar - telinga ke telinga. ^^




inilah gambarnya. yang buat saya gembira. lupa apa yang buat kami tak tahan senyum sampai kamera pon sempat snap aksi kami. bagi saya, gambar ini sgt PRICELESS.. tapi apa yang saya ingat ia adalah malam raya aidilfitri. ayah panggil semua orang. kumpul. cakap nak amik gambar. walaupun pakai baju biasa-biasa je.

sebelum tu, ayah da cakap nanti nak ambil gamba famili. ingatkan kene bersiap cantik-cantik ambil dekat kedai gambar. walaupun impossible sbb mestila kedai dah tutup sebab nak raya. rupanya amik dekat rumah je. hihi. bukan senang nak tunggu ayah cakap amik gamba. susah nk amik gamba dengan ayah secara proper walaupun kami adik beradik suka bergambar.

sedar tak sedar 3 tahun dah berlalu. dan tahun ini. umah hanya tinggal 5 brothers. muhammad gelak-gelak cakap umi sorang je perempuan dekat rumah. haila. okes. minggu depan da start cuti. masing-masing the 5 daughters counting days to go back home.

cabaran hari ni: SAYA SUKA! SEMINGGU JE LAGI! ^^


i scream. i shout. i keep calling. MY JAANE!

Tuesday, January 18, 2011

Day 20 – The meaning behind your blog name.

the meaning behind your blog name. hmmm.

first, mula-mula blog dulu nama dia, adventurous of good girl. two years. kerana masa tu bersemangat untuk jadi good girl. semangat gadis remaja yang baru tamat sekolah. semangat gadis remaja baru tengok dunia luar. juga dengan semangat novel advencer si peniup ney.

dua, change. menjejak melangkah. still in the same theme. adventurous. move into anther world. dunia dari angka satu kepada dua. sungguh. terasa mencabar. kerana tidak mahu berhenti dari terus melangkah. dari terus menjejak dari membuka lembaran baru. you see another world. dunia bukannnya di kelantan. dunia luar. terpisah dari keluarga. tak pernah berhenti dari melakukan aktiviti melarikan diri. untuk jaga diri. untuk jaga iman. untuk tetap dalam tarbiyah.

tiga, now. say it what you mean it. mcm dah berhenti dari dari mahu meneruskan perjalanan. mungkin kerana untuk beri peluang supaya lebih berfikir. think before u act. bila mengalami masalah. terasa depressi. tak mampu untuk berbicara. terasa seperti tiada yang mahu mendengar. tapi bila mahu berbicara harapnya boleh beri inspirasi dan deep meaning pada diri sendiri. pernah dengar orang kata, words can change world. begitu besar impak words kepada dunia. apatah lagi kepada seseorang.

someone said kalau saya cakap menusuk kalbu tapi saya tak pernah berniat begitu. itu buat saya lebih berhati-hati bila bercakap. bukan niat nk kecikkan hati mereka. huhu. entah la. tapi bila berblog i can write watever i want but i have to consider what im going to say.

kalau lihat corak saya berblog sentiasa berubah. berubah ikut mood. haha. kalau mood ok. baik la isi entri kalau mood tak berapa ok still try to do the best. still. im not perfect.

ada juga orang kata, dia tidak mahu baca blog saya sebab lebih kepada diari. huh? is it? betul ke? tak pernah sedar pon. tapi selalunya saya tulis apa yang nak tulis. tulis dari hati. tulis apa yang terlintas dalam fikiran. tapi kalau itu pendapatnya dan tak perlu untuk dia baca.

tapi buat masa sekarang oleh kerana saya dalam cabaran 30 hari. maka saya tulis mengikut tajuk la. hihi.

walau apapun, kalau cakap pasal url blog saya -daichiviolet-, saya mungkin takkan ubah. saya hanya akan imported entri ini ke tempat lain. tapi url ini saya akan cuba kekal. huhu. sebab ia adalah kenangan. kenangan yang saya nak ingat selalu. kenangan yang masih boleh buat saya tersenyum. terlalu banyak kasih sayang yang saya kumpul dan simpan di dalam nya.

tak kisah la orang susah nk ingat apa url nya. asalkan ia buat saya rasa gembira sudah memadai.


mengimbau kembali kenangan saya berblog. dah 6 tahun.

Saturday, January 15, 2011

Day 18 – Something you crave a lot.


satu, last makan masa bulan 11 hari tu. dekat klsentral. agak sedap jgak la.

dua, siap mimpi lagi kak izz masakkan spahgetti ni special untuk saya. siap hantar ke rumah. perghhh. nampak sedap. tapi dalam mimpi tu saya tak sempat nk makan. huhu.

tiga, sub-leader janji kalau saya siapkan part saya dan buat dengan usaha sendiri dia nk belanja lunch.sekarang, menanti subs-leader belanja lunch. as i request to eat spaghetti. dah dua minggu. tu la pandai sgt janji belanja lunch. skarang saya tuntut janji ni. nak beli sendiri sekarang bukan mampu. duit tak cukup.huhu. u promise right?

empat, tak sabar nak balik rumah n suruh umi masakkan spaghetti.

cabaran hari ni: SAYA SANGAT LAPAR SEKARANG!



my faveret food!

Thursday, January 13, 2011

Day 16 – Your celebrity crush.

celebrity? tiba-tiba otak blank.

kalau ikut current, saya sedang melayan drama korea.

kemudian, saya realize. kalau tengok drama budak sekolah. mesti tersuka pada senior. atau nama lain, sunbae. senpai.

kira ikut musim la. oleh kerana sedang menonton sungkyunkwan scandal.




walaunpun heronya good-looking.heroinnya sweet + comel. tapi sun bae playboy inilah buat saya gelak pecah perut. mari saya kenalkan dia. dia sentiasa di bahagian kanan dengan senyuman yang CANTIK.




nama wataknya dalam citer ini adalah goo yong ha. atau nick namenya yeorim. sebab dia adalah lelaki gatal tapi dialah yang pertama boleh detect heroin itu adalah perempuan. dia juga suka berpakaian agak mewah dan pada pendapat saya penampilannya agak sedikit jambu kerana warna-warna pakaiannya semuanya lembut. pedulikan.



kalau perhati setiap gambarnya, dia mesti pegang kipas-susah-mati. itu adalah trademark. selalunya dia tidak terkesan dengan orang lain dengan kata lain tidak mudah dimanipulatif oleh orang lain. dia punya pandangannya sendiri. dan dia sentiasa melihat sesuatu perkara disudut berbeza.

dan matlamat dia masuk sungkyunkwan sebab bukan kerana ingin jadi official government. tapi kerana dia terpaksa mengikut arus...


 antara expression sun bae.
sahabat 10 tahun.

sun bae sangat loyal dengan sahabat baiknya. walaupun sahabatnya agak hati kering. tetapi sentiasa di sisi.


apapun, saya bukan promote untuk tonton cerita ini tapi kerana ingin menjawab cabaran hari ini : celebrity crush.

setiap kali tengok episode seterusnya tertunggu-tunggu apakah yang bakal dia lakukan. satu lagi perkara comel tentang sun bae ini, sewaktu dia pegang kanak-kanak dalam episode 10 or 11. walaupun dia seorang yang berada tapi still boleh layan kanak-kanak yang kerja di sungkyunkwan. COMEL.

dua, sun bae ini agak materialistik. ada dalam satu episode dia telah kehilangan forbidden citynya. orang lain sibuk mencari siapa pesalah tapi bagi sun bae, dia lebih utamakan forbidden citynya itu walaupun dalam masa yang sama dia menyelesaikan masalah tersebut.

tiga, sun bae sentiasa berusaha untuk me'reveal'kan heroin itu adalah perempuan tapi selalunya usahanya sia-sia.tapi dia pasti heroin itu adalah perempuan apabila sahabat baiknya mesti hiccups kalau bersama heroin. HAHA.

namun, cerita ini banyak pengajaran. macam sun bae, buat saya teringat zaman persekolahan. seronok jadi senior yang gila-gila seperti yeorim ini. its give colourful in our life.

conclusi: sun bae ini COMEL kan?

gambar saya amik di sini: sungkyunkwan scandal 

saya kurang kenal senior saya di sini!

Wednesday, January 12, 2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

note and pen

selalunya inilah yang sayab bawa kalau ke mana. akan pastikan dalam hangbag or beg sekolah mesti bawa benda ni. lagi-lagi pen. tiap kali keluar mesti nak guna.

satu, kalau ada urusan seperti di pejabat pos or bank, mesti nak guna pen. pastu lagi teruk bila bila pen yang disediakan dakwatnya tidak berkesan. oleh kerana sebab ini, dah satu habit bawa pen pegi mana-mana.

dua, walaupun shopping. kalau shopping guna kad plastic pon perlukan pen untuk sign. tapi saya mana kad plastic pun.huhu.

tiga, bila menghadiri walimah atau kenduri. dalam perjalanan la sibuk-sibuk baru nak tulis ucapan. maka saat-saat begini pen diperlukan.

empat, kalau keluar dengan parents. pastu tiba-tiba dapat call pastu nak kene salin contact no la, alamatla. pesanan la.  umi on the spot nk g shoppin la, pastu kene buat list la.maka nota dan pen la yang berguna.

lima, time menuggu la time paling busan, so buku nota dan pen ni mcm teman untuk isi masa lapang ketika menunggu. hihi

enam, mana tahu kene pegi ceramah or talk on the sport jadi buku nota dan pen sudah siap sedia dalam beg. hihi.

lastly, salah satu langkah nak mendidik bawa buku sketches ke mana saja saya pergi.

buku nota itu hampir habis diguna. pen itu telah banyak kali bertukar ganti.


psst: itu pen kesayang saya.

Monday, January 10, 2011

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

currently saya banyak melayan radio. pagi-pagi bangun lepas solat subuh. isnin-jumaat layan riuh pagi ERA sambil pejam mata. dengar celoteh pak nil. dengan segmennya CHAAAAAyunk. nanti pak nil call adik-adik kecil below 5 yang cakap banyak, comel je.tapi pak nil menyamar jadi ayah diorang sometimes. hehe.

pastu ada segmen CAN I HELP U? test orang-orang kita boleh speaking english tak. tak kira umur. tapi untuk warga emas tak da lagi stakat ni. hehe.

lagi segmen, MERISIK KHABAR.. bagi can pendengar luah masalah diorang.

last skali JANGAN LUPA NYANYI, tapi selalunya ramai tak ingat lagu. walaupun lagunya sometimes agak senang liriknya .haha.

tengok. dah boleh hafal apa yang ada dalam RIUH PAGI ERA.kadang-kadang tu dengar juga radio-radio lain. tapi yang tetap lekat dengar era la.

kembali kepada topik asal. jauhnya pegi tapi nasib baik ingat jalan balik. 

yang ni saya bukan addicted sangat.cuma tv show yang saya selalu tengok.


kalau dirumah, biasanya pagi-pagi saya akan layan MHI - malaysia hari ini. pukul 7 dah terpacak depan tv kalau tak send brothers pegi sekola la. selain boleh update berita boleh tahu event yang bakal berlangsung. isu-isu semasa. ada sedikit motivasi. ada juga berbincang pasal buku - recommend buku yang digalakkan baca. akhir sekali, kalau tahu ada citer baru bakal ditayangkan di tv3 boleh la tahu serba sedikit sinopsis ceritanya. dan artis undangan di akhir siaran.

selalunya, masa tengah bincang pasal isu semasa mesti tertido balik kalau tajuk sedikit busan la. kalau menarik boleh tahan sampai habis la kemudian  baru sambung tido. hihi. tak pun tengok pengacaranya. kalau ally iskandar yang jadi host. or wardina or abby  melekat la juga tengok. kalau orang lain boleh terus masuk alam mimpi la. haha. memilih sungguh.

sometimes tengok pada isi kandungan pada hari tu, kalau menarik memang layan. tapi kalau tak best sangat dah boleh agak siapa penerbitnya. kadang-kadang begitulah. sampai dah boleh kenal [baca: penerbitnya] melalui apa isinya hari tu walaupun tak kenal tuannya. ally iskandar pon dah jadi penerbit MHI jadi kalau dia tak jadi host dia akan jadi penerbit. hihi.

tapi untuk tahun 2011 ini masih belum berkesempatan untuk tengok tv. huhu.dengar kata tv di rumah pun rosak jugak. melekat layan drama korea online la. haha.


semalam melayan secret garden dan dengar AJL.

Sunday, January 09, 2011

Day 13 – Your favorite musician and why?


mari sambung cabaran hari ke-13!

musician: sami yusuf

why:
  • sebab satu kerana suaranya. mula kenal dia masa tahun 2003. first time dengar lagu dia dalam ikim. tetiba jatuh cinta dengan suaranya.
  • sebab dua kerana dia boleh bermain piano. bila diri sendiri tidak mahir untuk bermain alat muzik sungguh impressed bila tengok dia boleh bermain piano. nak belajar bukan senang.
  • sebab tiga kerana lagunya. 
  • sebab empat kerana rupanya. KACAK.agak la.

setelah seminggu tinggalkan cabaran 30 hari. kerana sibuk dengan kerja sekolah. haish. penat. 

Sunday, January 02, 2011

Day 12 – A photograph of the town you live in.

hari ke-12. kalau tajuk town you grown up mestilah kelantan. lahir di kelantan. membesar di kelantan. dan kalau boleh nak spend for the rest of my life di kelantan. the best place ever.

tapi tajuk town you live in. sekarang bersekolah di subang jaya. lebih tepat di bandar sunway. 3 kali bertukar tempat tinggal dalam kawasan yang sama. semuanya itu dalam tempoh setaun.


my first place.view from 25 floor. suka lepak di beranda. i can see the view. can feel the wind. tempat yang best untuk hilangkan tensen.15 min drive to my uni.
second place. terlalu comfort sampai tak boleh nak adapt. people said mewah. yup. tak sesuai dengan saya. 15 min  walk sampai block academic.

the third. i can see my uni from my place. hope boleh bertahan untuk 2 tahun seterusnya. rumah kami dapat wi-fi uni.free. hihi. 15 min + /-  walk nak sampai my uni.
tapi tinggal di sini, susah nak dapat public transport. tinggal di sini, kedai makan jauh walau hampir dengan sunway pyramid. sepanjang tinggal di sini, adalah 3 kali pegi sunway pyramid tu.

lalulintas tempat ini adalah paling teruk. di sarankan untuk memilih tempat ini sebagai tempat tinggal. penin dengan kereta yang banyak dan bersesak setiap masa.

tapi, kene betulkan niat balik. duduk di sini sebab nak belajar. bukan sebab lain.bukan berpuya-puya!


masih tiada mood untuk buat skecthes.haila!

Saturday, January 01, 2011

Day 11 – What’s in your makeup bag?


Alhamdulillah. hari ni bermulalah perkiraan tahun baru masihi. 01.01.2011.
cabaran saya hari ni adalah hari yang ke 11.gandingan nombor yang menarik tapi cabarannya kurang memuaskan saya sebab saya bukan tipikal gadis yang ada barang make-up segala bagai.poor me.

apa yang ada dalam makeup bag saya?
nothing.zero.
tapi mengikut gambar di atas adakah boleh dikira sebagai barang makeup?
hijau-kuning adalah hand and body lotion yang kadang-kadang saja saya pakai.
pink - hand sanitizer yang baru saja beli.
brooch yang saya kenakan pada tudung saya.

as student architecture, make up bag saya adalah alat lukisan.
pensil H,B,2B,8B.
technical pen.
felt tip pen 0.2, 0.5, 0.8.
T-square.
charcoal.
ha, banyak size nk lukis buat eyeliner. hehe.

tapi untuk awet muda, selalu minum air kosong.
makan buah-buahan. makan sayur-sayur.
selalu exercise.
dan yang penting JAGA AURAT.

sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.

"sungguh, yang mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. sungguh ALLAH Maha Mengetahui, Maha Teliti [Al-Hujurat:13]"


Dia jadikan kita sebaik-sebaik manusia. semua orang adalah cantik dan kacak.

Friday, December 31, 2010

Day 10 – A photo of our favorite place to eat.

inilah tempat kegermaran kami ber'bbq'

penat kepala berfikir dimanakah tempat kami sekeluarga suka makan selain dapur.
kemudian penat pula mencari gambar yang menarik utk show tempat kegemaran kami.
akhirnya inilah gambar bersama 2 orang kanak-kanak yang saya selalu jatuh chenta.

ini garden kami. tempat selalu kami berBBQ.
last sekali jun 2010 sebelum saya pulang cuti sem hari tu. meriah.
hari raya juga, selain living room kami bukakan tempat ini.
tapi, garden ini masih belum bertaman ala-ala anjung seri.
mungkin belum masanya lagi. hihi.
blakang sekali, nampakkan sliding door tu. tempat selalu kami duduk makan bila balik sekolah.
makan reramai. makan satu bungkus nasi kongsi 3 orang.
aman dan damai bila lepak di situ sambil menonton tv kecil kami yang sudah berusia.

p/s: ada gamba pandang dari atas tapi kurang menarik utk diletakkan di sini. ampun!


rasa mcm da balik rumah. saya rindu micasa!

Thursday, December 30, 2010

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

my last purchased : twiggies and choki-choki.

twiggies: RM 1.30 & choki: RM 1

bukan 2 paket tapi 6 paket twiggies (3 choclate & 3 vanilla) dan 2 paket choki-choki. sesungguhnya, saya telah addicted dengan twiggies. sehari tak makan rasa tak lengkap. pagi tadi dah makan satu paket. tapi sekarang ni rasa nak makan lagi. huwa~ rasanya uncle kedai tu dah kenal muka cik khaulah beli stock twiggies dgn banyak. 

p/s buat Encik Azril dalam Tentang Dhiya: saya dh addicted dgn twiggies sgt2.


hari ni saya sedikit tenang

Wednesday, December 29, 2010

Day 8 – A song to match your mood.


outlandish - aicha [piano version]

[Verse1]
So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

[Chorus]

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

[Verse2]

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

[1/2Chorus]

[Bridge]

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

[Verse3]

Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

isam sgt handsome.suara nya best. saya suka outlandish! 


im sad now. im fragile now. im not strong now. melancholic.

Tuesday, December 28, 2010

Day 7 – Your dream wedding.

sheeeesh~


cabaran hari ke-2 tu sangat susah tapi cabaran hari-7 juga sangat susah untuk saya. satu hari panjang saya berfikir.ha-ha. mari kita mulakan muqaddimah kita dengan peminangan.

pesanan dari my knight shining armour...
 kerana kami 5 beradik perempuan teratas. untuk peminangan mestilah mengikut cara yang sepatutnya. sila cari ayah saya.

so, adakah ini menjawab persoalan my dream wedding?
saya mahu dream wedding sepertimana pernikahan ayah dan ummi saya. tapi berkenaan tempat tu, boleh tak saya tak nak di malaysia? hihi. pernah je berangan dengan adik-beradik. nikah bukan di malaysia dan majlis yang simple tapi di hadiri oleh ahli keluarga. maksudnya, kalau pun di bukan di malaysia asalkan ahli keluarga lengkap sudah memadai. erti kata lain, kena support tiket ahli keluarga ke sana sudah cukup dan majlis yang simple. berangan la~



berbalik kepada topik hari ni, saya memang mahu majlis yang simple seperti ayah dan ummi tetapi sangat bermakna.
  • pertama, tema untuk walimah adalah vanilla. ya,warna vanilla. sebab bak kata Taufik dalam Tentang Dhiya, rasa vanila kau boleh kenal right away. lepas tu kau takkan lupa walaupun dah lama kau tak rasa.
  • kedua, tak nak make-up. wedding dress juga as simple as my ummi. tak nak dan tak suka labuci, manik segala bagai.
  • ketiga, saya nk sediakan makanan banyak-banyak. dari pembuka selera hingga kepada dessert. sebab untuk meraikan tetamu yang sudi hadir di walimah saya dan semestinya semua suka makan. kalau kebetulan walimah saya jatuh pada hari ramai yg buat walimah juga mereka boleh makan dessert sahaja. hehe.
  • empat, tempat walimah adalah di taman atau di padang yang luas. mesra alam sikit.  ye lah, kalau padang hijau yang luas senang nak sediakan parking. 
  • lima, menjemput tetamu tertentu dengan waktu tertentu. maksudnya, untuk sahabat saya, mereka dijemput antara waktu sekian hingga waktu sekian. jadi, saya boleh fokus untuk melayan mereka manakala tetamu seperti jiran tetangga waktu sekian hingga waktu sekian. jadi tak da lah yang kecik hati kalau saya tak sempat melayan. 
  • enam, untuk doorgift rasanya nak sediakan puding vanilla. yummy! 
huwa~ enam list je. tak nak tulis banyak-banyak. sebagai rough idea. segannya share di sini. tapi tak salahkan untuk bermimpi?




masih lagi dalam mode allergic.

Sunday, December 26, 2010

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

fakta: seorang yang takut dengan binatang.

 pet dream: appa dalam avatar
sebab: besar dan bulu nya gebu. serta boleh terbang.senang untuk ke mana-mana. heeee...
hakikatnya: appa hanya wujud dalam avatar. sila masukkan watak saya dalam avatar plz. heheh.


 
iklan semata.
maximus dalam disney rapunzel.




animal as a pet: horse either white or black. *tapi black lagi macho kan*
fakta:  termasuk dalam my wishlist. nak belajar tunggang kuda. siap berimaginasi naik kuda di tepi pantai. 
sebab:  
@ terpengaruh dengan filem barangkali. narnia - manusia separuh kuda. sangat cool.  
@ tengok pergerakan badan orang masa naik kuda rasa mcm harmoni saja. 
masalah: kuda sangat mahal. perdaftaran utk kelab kuda juga sangat mahal. jadi, mungkin bila dah stabil saya beli satu.
tahu tak: Rasulullah juga memiliki kuda bernama as-sakaf.
untuk maklumat tambahan: istimewanya kuda



Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda, "ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (riwayat sahih bukhari/muslim)


woah. rasa mahu naik kuda sekarang jugak!

Saturday, December 25, 2010

Day 5 – A photo of yourself two years ago


Create your own video slideshow at animoto.com.


30seconds slides show of my photo two years ago.hope u enjoy watch it. this one of best moment in my life. melangkah ke alam 20tahun. sekarang macam dah dewasa. ha-ha.