ke hadapan kamu,
rasanya tak perlu tulis muqaddimah. mari kita terus kepada topik. cabaran hari ni memang dinantikan. teruja mahu tulis surat ini untuk kamu.
masih ingat lagi kata-kata Mr Ooi. dia bilang, untuk berada dalam bidang ini kita mungkin akan kehilangan kawan. ya, mengikut pengalaman Mr Ooi sendiri. dia kehilangan teman apabila berada dalam bidang ini.itu belum lagi dalam alam pekerjaan tetapi ketika masih belajar. dan sehingga habis belajar masing-masing tidak bertegur sapa apatah lagi untuk duduk berbual. sampai kini, walaupun telah bekerja.
situasi kita juga mungkin begitu. walahupun terserempak di kaki lima atau dalam kelas, cuba-cuba sedaya upaya elak untuk tidak bertegur. kalau boleh tak terasa untuk mengatakan kita pernah saling kenal-mengenali. walaupun tiap kali ternampak mahu sahaja baling buku neufert or modern architecture berkulit tebal berkali-kali supaya kamu rasa sakit. tetapi tidak memadai. kerana sakit itu hanya sebentar. ia tidak seperti sakit yang dirasai sekarang. ada juga kadang-kadang niat rasa nak sidekick saja. tapi itulah tak elok buat anak orang sakit. walaupun kamu telah buat diri rasa sakit.
walaupun sebenarnya sebagai orang islam, tak bertegur selama tiga hari pun dah berdosa. tapi untuk situasi ini tidak layak lagi untuk mengatakan kita bersahabat. sekarang kita seperti orang asing sepertimana kita belum pernah kenal.itu lebih baik.
kerana peristiwa itu, ya. satu peristiwa kecil tetapi memberi impak yang besar. beginilah jadinya. jangan harapkan untuk kembali seperti dulu. semua kesalahan itu diletakkan atas bahu kamu. walaupun cuba untuk memaafkan kamu tetapi hati tak mampu memaafkan. orang kata mungkin ia mengambil masa. entah. sendiri tidak pasti untuk itu. walaupun kamu kata maaf berkali-kali ia masih tidak mampu untuk menghapus atau menukar sejarah yang telah berlaku itu. setengah orang mungkin boleh maaf dan lupa tapi untuk diri ini tak mungkin lupa dan maaf. bukan tak pernah berusaha untuk itu tetapi sangat sukar.
untuk pengetahuan kamu, bilamana rasa sakit itu datang sangat berharap ia sekadar mimpi. atau seperti ayat dalam secret garden, kamu datang dan hilang menjadi buih. atau seperti lagu peterpan, menghapus jejakmu. biar hujan menghapus jejakmu.
akhir kata, kita kini orang asing. kita lagi bukan kawan atau teman. mungkin boleh diletakkan status sebagai seseorang belajar bidang yang sama itu sahaja. kejam. ia seperti kejam tetapi tidaklah kejam dengan kesakitan yang dialami. terima kasih memberikan kegelapan dan kesakitan untuk diri ini. seolah-olah kamu bahagia melihat diri ini sebegini.
p/s: walaupun ini adalah surat terbuka untuk kamu, hakikatnya belum tentu kamu akan baca.lagi bagus sebenarnya.
tension buat surat ni tetapi release bila memasak.