Wednesday, January 12, 2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

note and pen

selalunya inilah yang sayab bawa kalau ke mana. akan pastikan dalam hangbag or beg sekolah mesti bawa benda ni. lagi-lagi pen. tiap kali keluar mesti nak guna.

satu, kalau ada urusan seperti di pejabat pos or bank, mesti nak guna pen. pastu lagi teruk bila bila pen yang disediakan dakwatnya tidak berkesan. oleh kerana sebab ini, dah satu habit bawa pen pegi mana-mana.

dua, walaupun shopping. kalau shopping guna kad plastic pon perlukan pen untuk sign. tapi saya mana kad plastic pun.huhu.

tiga, bila menghadiri walimah atau kenduri. dalam perjalanan la sibuk-sibuk baru nak tulis ucapan. maka saat-saat begini pen diperlukan.

empat, kalau keluar dengan parents. pastu tiba-tiba dapat call pastu nak kene salin contact no la, alamatla. pesanan la.  umi on the spot nk g shoppin la, pastu kene buat list la.maka nota dan pen la yang berguna.

lima, time menuggu la time paling busan, so buku nota dan pen ni mcm teman untuk isi masa lapang ketika menunggu. hihi

enam, mana tahu kene pegi ceramah or talk on the sport jadi buku nota dan pen sudah siap sedia dalam beg. hihi.

lastly, salah satu langkah nak mendidik bawa buku sketches ke mana saja saya pergi.

buku nota itu hampir habis diguna. pen itu telah banyak kali bertukar ganti.


psst: itu pen kesayang saya.

Monday, January 10, 2011

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

currently saya banyak melayan radio. pagi-pagi bangun lepas solat subuh. isnin-jumaat layan riuh pagi ERA sambil pejam mata. dengar celoteh pak nil. dengan segmennya CHAAAAAyunk. nanti pak nil call adik-adik kecil below 5 yang cakap banyak, comel je.tapi pak nil menyamar jadi ayah diorang sometimes. hehe.

pastu ada segmen CAN I HELP U? test orang-orang kita boleh speaking english tak. tak kira umur. tapi untuk warga emas tak da lagi stakat ni. hehe.

lagi segmen, MERISIK KHABAR.. bagi can pendengar luah masalah diorang.

last skali JANGAN LUPA NYANYI, tapi selalunya ramai tak ingat lagu. walaupun lagunya sometimes agak senang liriknya .haha.

tengok. dah boleh hafal apa yang ada dalam RIUH PAGI ERA.kadang-kadang tu dengar juga radio-radio lain. tapi yang tetap lekat dengar era la.

kembali kepada topik asal. jauhnya pegi tapi nasib baik ingat jalan balik. 

yang ni saya bukan addicted sangat.cuma tv show yang saya selalu tengok.


kalau dirumah, biasanya pagi-pagi saya akan layan MHI - malaysia hari ini. pukul 7 dah terpacak depan tv kalau tak send brothers pegi sekola la. selain boleh update berita boleh tahu event yang bakal berlangsung. isu-isu semasa. ada sedikit motivasi. ada juga berbincang pasal buku - recommend buku yang digalakkan baca. akhir sekali, kalau tahu ada citer baru bakal ditayangkan di tv3 boleh la tahu serba sedikit sinopsis ceritanya. dan artis undangan di akhir siaran.

selalunya, masa tengah bincang pasal isu semasa mesti tertido balik kalau tajuk sedikit busan la. kalau menarik boleh tahan sampai habis la kemudian  baru sambung tido. hihi. tak pun tengok pengacaranya. kalau ally iskandar yang jadi host. or wardina or abby  melekat la juga tengok. kalau orang lain boleh terus masuk alam mimpi la. haha. memilih sungguh.

sometimes tengok pada isi kandungan pada hari tu, kalau menarik memang layan. tapi kalau tak best sangat dah boleh agak siapa penerbitnya. kadang-kadang begitulah. sampai dah boleh kenal [baca: penerbitnya] melalui apa isinya hari tu walaupun tak kenal tuannya. ally iskandar pon dah jadi penerbit MHI jadi kalau dia tak jadi host dia akan jadi penerbit. hihi.

tapi untuk tahun 2011 ini masih belum berkesempatan untuk tengok tv. huhu.dengar kata tv di rumah pun rosak jugak. melekat layan drama korea online la. haha.


semalam melayan secret garden dan dengar AJL.

Sunday, January 09, 2011

Day 13 – Your favorite musician and why?


mari sambung cabaran hari ke-13!

musician: sami yusuf

why:
  • sebab satu kerana suaranya. mula kenal dia masa tahun 2003. first time dengar lagu dia dalam ikim. tetiba jatuh cinta dengan suaranya.
  • sebab dua kerana dia boleh bermain piano. bila diri sendiri tidak mahir untuk bermain alat muzik sungguh impressed bila tengok dia boleh bermain piano. nak belajar bukan senang.
  • sebab tiga kerana lagunya. 
  • sebab empat kerana rupanya. KACAK.agak la.

setelah seminggu tinggalkan cabaran 30 hari. kerana sibuk dengan kerja sekolah. haish. penat. 

Sunday, January 02, 2011

Day 12 – A photograph of the town you live in.

hari ke-12. kalau tajuk town you grown up mestilah kelantan. lahir di kelantan. membesar di kelantan. dan kalau boleh nak spend for the rest of my life di kelantan. the best place ever.

tapi tajuk town you live in. sekarang bersekolah di subang jaya. lebih tepat di bandar sunway. 3 kali bertukar tempat tinggal dalam kawasan yang sama. semuanya itu dalam tempoh setaun.


my first place.view from 25 floor. suka lepak di beranda. i can see the view. can feel the wind. tempat yang best untuk hilangkan tensen.15 min drive to my uni.
second place. terlalu comfort sampai tak boleh nak adapt. people said mewah. yup. tak sesuai dengan saya. 15 min  walk sampai block academic.

the third. i can see my uni from my place. hope boleh bertahan untuk 2 tahun seterusnya. rumah kami dapat wi-fi uni.free. hihi. 15 min + /-  walk nak sampai my uni.
tapi tinggal di sini, susah nak dapat public transport. tinggal di sini, kedai makan jauh walau hampir dengan sunway pyramid. sepanjang tinggal di sini, adalah 3 kali pegi sunway pyramid tu.

lalulintas tempat ini adalah paling teruk. di sarankan untuk memilih tempat ini sebagai tempat tinggal. penin dengan kereta yang banyak dan bersesak setiap masa.

tapi, kene betulkan niat balik. duduk di sini sebab nak belajar. bukan sebab lain.bukan berpuya-puya!


masih tiada mood untuk buat skecthes.haila!

Saturday, January 01, 2011

Day 11 – What’s in your makeup bag?


Alhamdulillah. hari ni bermulalah perkiraan tahun baru masihi. 01.01.2011.
cabaran saya hari ni adalah hari yang ke 11.gandingan nombor yang menarik tapi cabarannya kurang memuaskan saya sebab saya bukan tipikal gadis yang ada barang make-up segala bagai.poor me.

apa yang ada dalam makeup bag saya?
nothing.zero.
tapi mengikut gambar di atas adakah boleh dikira sebagai barang makeup?
hijau-kuning adalah hand and body lotion yang kadang-kadang saja saya pakai.
pink - hand sanitizer yang baru saja beli.
brooch yang saya kenakan pada tudung saya.

as student architecture, make up bag saya adalah alat lukisan.
pensil H,B,2B,8B.
technical pen.
felt tip pen 0.2, 0.5, 0.8.
T-square.
charcoal.
ha, banyak size nk lukis buat eyeliner. hehe.

tapi untuk awet muda, selalu minum air kosong.
makan buah-buahan. makan sayur-sayur.
selalu exercise.
dan yang penting JAGA AURAT.

sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.

"sungguh, yang mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. sungguh ALLAH Maha Mengetahui, Maha Teliti [Al-Hujurat:13]"


Dia jadikan kita sebaik-sebaik manusia. semua orang adalah cantik dan kacak.

Friday, December 31, 2010

Day 10 – A photo of our favorite place to eat.

inilah tempat kegermaran kami ber'bbq'

penat kepala berfikir dimanakah tempat kami sekeluarga suka makan selain dapur.
kemudian penat pula mencari gambar yang menarik utk show tempat kegemaran kami.
akhirnya inilah gambar bersama 2 orang kanak-kanak yang saya selalu jatuh chenta.

ini garden kami. tempat selalu kami berBBQ.
last sekali jun 2010 sebelum saya pulang cuti sem hari tu. meriah.
hari raya juga, selain living room kami bukakan tempat ini.
tapi, garden ini masih belum bertaman ala-ala anjung seri.
mungkin belum masanya lagi. hihi.
blakang sekali, nampakkan sliding door tu. tempat selalu kami duduk makan bila balik sekolah.
makan reramai. makan satu bungkus nasi kongsi 3 orang.
aman dan damai bila lepak di situ sambil menonton tv kecil kami yang sudah berusia.

p/s: ada gamba pandang dari atas tapi kurang menarik utk diletakkan di sini. ampun!


rasa mcm da balik rumah. saya rindu micasa!

Thursday, December 30, 2010

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

my last purchased : twiggies and choki-choki.

twiggies: RM 1.30 & choki: RM 1

bukan 2 paket tapi 6 paket twiggies (3 choclate & 3 vanilla) dan 2 paket choki-choki. sesungguhnya, saya telah addicted dengan twiggies. sehari tak makan rasa tak lengkap. pagi tadi dah makan satu paket. tapi sekarang ni rasa nak makan lagi. huwa~ rasanya uncle kedai tu dah kenal muka cik khaulah beli stock twiggies dgn banyak. 

p/s buat Encik Azril dalam Tentang Dhiya: saya dh addicted dgn twiggies sgt2.


hari ni saya sedikit tenang

Wednesday, December 29, 2010

Day 8 – A song to match your mood.


outlandish - aicha [piano version]

[Verse1]
So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

[Chorus]

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

[Verse2]

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

[1/2Chorus]

[Bridge]

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

[Verse3]

Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

isam sgt handsome.suara nya best. saya suka outlandish! 


im sad now. im fragile now. im not strong now. melancholic.

Tuesday, December 28, 2010

Day 7 – Your dream wedding.

sheeeesh~


cabaran hari ke-2 tu sangat susah tapi cabaran hari-7 juga sangat susah untuk saya. satu hari panjang saya berfikir.ha-ha. mari kita mulakan muqaddimah kita dengan peminangan.

pesanan dari my knight shining armour...
 kerana kami 5 beradik perempuan teratas. untuk peminangan mestilah mengikut cara yang sepatutnya. sila cari ayah saya.

so, adakah ini menjawab persoalan my dream wedding?
saya mahu dream wedding sepertimana pernikahan ayah dan ummi saya. tapi berkenaan tempat tu, boleh tak saya tak nak di malaysia? hihi. pernah je berangan dengan adik-beradik. nikah bukan di malaysia dan majlis yang simple tapi di hadiri oleh ahli keluarga. maksudnya, kalau pun di bukan di malaysia asalkan ahli keluarga lengkap sudah memadai. erti kata lain, kena support tiket ahli keluarga ke sana sudah cukup dan majlis yang simple. berangan la~



berbalik kepada topik hari ni, saya memang mahu majlis yang simple seperti ayah dan ummi tetapi sangat bermakna.
  • pertama, tema untuk walimah adalah vanilla. ya,warna vanilla. sebab bak kata Taufik dalam Tentang Dhiya, rasa vanila kau boleh kenal right away. lepas tu kau takkan lupa walaupun dah lama kau tak rasa.
  • kedua, tak nak make-up. wedding dress juga as simple as my ummi. tak nak dan tak suka labuci, manik segala bagai.
  • ketiga, saya nk sediakan makanan banyak-banyak. dari pembuka selera hingga kepada dessert. sebab untuk meraikan tetamu yang sudi hadir di walimah saya dan semestinya semua suka makan. kalau kebetulan walimah saya jatuh pada hari ramai yg buat walimah juga mereka boleh makan dessert sahaja. hehe.
  • empat, tempat walimah adalah di taman atau di padang yang luas. mesra alam sikit.  ye lah, kalau padang hijau yang luas senang nak sediakan parking. 
  • lima, menjemput tetamu tertentu dengan waktu tertentu. maksudnya, untuk sahabat saya, mereka dijemput antara waktu sekian hingga waktu sekian. jadi, saya boleh fokus untuk melayan mereka manakala tetamu seperti jiran tetangga waktu sekian hingga waktu sekian. jadi tak da lah yang kecik hati kalau saya tak sempat melayan. 
  • enam, untuk doorgift rasanya nak sediakan puding vanilla. yummy! 
huwa~ enam list je. tak nak tulis banyak-banyak. sebagai rough idea. segannya share di sini. tapi tak salahkan untuk bermimpi?




masih lagi dalam mode allergic.

Sunday, December 26, 2010

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

fakta: seorang yang takut dengan binatang.

 pet dream: appa dalam avatar
sebab: besar dan bulu nya gebu. serta boleh terbang.senang untuk ke mana-mana. heeee...
hakikatnya: appa hanya wujud dalam avatar. sila masukkan watak saya dalam avatar plz. heheh.


 
iklan semata.
maximus dalam disney rapunzel.




animal as a pet: horse either white or black. *tapi black lagi macho kan*
fakta:  termasuk dalam my wishlist. nak belajar tunggang kuda. siap berimaginasi naik kuda di tepi pantai. 
sebab:  
@ terpengaruh dengan filem barangkali. narnia - manusia separuh kuda. sangat cool.  
@ tengok pergerakan badan orang masa naik kuda rasa mcm harmoni saja. 
masalah: kuda sangat mahal. perdaftaran utk kelab kuda juga sangat mahal. jadi, mungkin bila dah stabil saya beli satu.
tahu tak: Rasulullah juga memiliki kuda bernama as-sakaf.
untuk maklumat tambahan: istimewanya kuda



Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda, "ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (riwayat sahih bukhari/muslim)


woah. rasa mahu naik kuda sekarang jugak!

Saturday, December 25, 2010

Day 5 – A photo of yourself two years ago


Create your own video slideshow at animoto.com.


30seconds slides show of my photo two years ago.hope u enjoy watch it. this one of best moment in my life. melangkah ke alam 20tahun. sekarang macam dah dewasa. ha-ha.

Thursday, December 23, 2010

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

kami sedondon. ^^

hmmm....

cabaran hari le-3 sangat susah untuk saya buat. sampai buat research.ha-ha. singgah blog kak noi and kak izz buat reference.he-he.

setelah beberapa jam, baru dapat jawab persoalan ini "your idea of the perfect first date".

tiada pengalaman berdating. tiada pengalaman bercinta sebelum kawin *im single*.umi and ayah jugak tidak date sebelum nikah. dan kami adik-beradik tidak pernah keluar date. kalau ada pun bertemu rakan sekelas. sebab kami adik beradik active berunion.huhu. dating dengan kawan perempuan tu pernah la.huhu.

jadi  My perfect first date adalah selepas nikah. that would nice and sweeet. saya tidak pernah ke wayang jadi tempat itu tidak sesuai untuk perfect first date. saya lebih gemar mendekati alam. mungkin keluar and naik kereta keluar tetengah malam. atau tengok sunrise di atas bukit. menarik jgak.

since i belonged to my father, my perfect first date would be with my father and brothers. haha. if with ayah. i had it once. on this entry: flight mode. satu misi sahaja tapi amik masa yang panjang. lebih-lebih lagi nak pegi KLIA dgn cara murah. sangat best.^^
 
if my perfect first date with my brothers, i had it with ahmad ibrahim, abdul rahman, abdullah junaidi, ali akmal and muhammad. selalunya kalau keluar dengan amad and aman, orang mesti tengok. hari tu pegi market dengan amad sekali dan aman sekali. they thought we are couples. ha-ha. so nice.

dan pernah keluar berdua dengan muhammad. pegi pantai dengan dia. sebab masa tu dia tak nak pegi nursery.hihi.

conclusion, i belonged to wan zulkifli and mariah kadir.
my jaane are maryam abu ahmad, fatimah zulkifli, sufiyyah zulkifli and nasibah zukkifli.
ahmad ibrahim, abdul rahman and abdullah junaidi are my sigaraning.
i fell in love with ali akmal but always dating with muhammad.


so allergic utk cabaran hari ke-3 ni...

Wednesday, December 22, 2010

Day 2 – A photo of something you ate today.


since i start my challenge on thursday, this is what i eat on friday. aci tak. hehe.

ini makanan pertama yang saya makan bila sampai georgetown, penang. hari jumaat kami bertolak ke penang dan dlm pukul 3.30 petang sampai. kemudian ada talk pasal shophouse in penang yang mana saya hanya paham sedikit tentang  budaya dan design yang banyak dijelaskan dalam bahasa cina. hoho.

kemudian, lepas talk bertebaran kami mencari makan malam. sebab tak da gang dan saya tak berapa lalu nak makan. lebih-lebih lagi nasi kandar maka kami singgah saja kedai yang dekat tempat tunggu bas nak balik hotel.

dan inilah makan malam pertama di georgetown. iaitu chapati dengan 3 jenis kari. haha. tapi saya makan satu jenis kari sahaja. rotinya nice tapi kari tekak tak boleh nk terima.huhu. *i love kelantan food more*

dan hari-hari seterusnya, breakfast di hotel sangat mengenyangkan. manakala lunch dan dinner buat saya hilang selera. dan lepas ni sebelum datang georgetown memang kene survey dulu kedai makanan kalau tidak jadi mcm saya. dan dinasihatkan kalau nak datang georgetown, pastikan poket anda penuh. makanan di sini sangat MAHAL banding dengan KL. *now, im appreciate my uni foodcourt.ha-ha*

ini sahaja untuk cabaran hari ke-2.


hari ni saya makan ikan keli goreng dengan sayur goreng di KLsentral sendirian.padahal teringin nak makan spaghetti dengan chicken chop.tapi next time la. foodcourt di KL sentral jugak agak mahal. standard mcm my uni foodcourt.

Wednesday, December 15, 2010

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.


about the photo: photo ni captured by myfrens masa presentation day for final project. ni dekat bilik printing. tunggu turn nk print tapi sebab ada orang tak pandai guna print utk A0 or A1 paper habis stuck dan kene tunggu pekerjanya datang pukul 9. maka banyak berhabis masa dekat printing room la.

bercerita pasal hari ni adalah bersambung pasal semalam. how suffering and struggling am i to facing today. sungguh tak da passion nk tempuh hari ni sebenarnya. dengan masalah yang complicated. habis orang pegi mtak consultation. what should i do and considering what is the consequence of my act.

dan hari ni dengan niat dan cuba fokuskan target, pergi kelas pukul 9 dengan tabah. pastu kawan siap remind lagi result keluar hari ni. tapi hari ni sangat dipermudahkan urusan. mula-mula dengan berita baik about my complicated problem. ALLAH helps me! dan tengah-tengah kelas, semua heboh pasal result. sungguh semua berdebar.

and ALHAMDULILLAH, as what i expected i'm passed. syukur sangat. this sem i dont aim to be scored but i aimed to be passed only but next sem i will struggle more. well done khaulah!

dan tak excited pon nk penang hari jumaat ni. tak tahulah. but i will try my best. lagi-lagi bila leader divide group, and my sub group will doing detailing drawing which part yg saya sangat lemah dan sangat susah. dan pasal site plak, my group we'll do cheah kongsi. we just wait and see. but not forget to pray. :)

Friday, December 10, 2010

3 in 1

untuk pertama-tama kalinya bahawanya telah sempurna semester dua. yakni first year degree. alhamdulillah. sempat berbisik pada diri sendiri, tahniah kerana berjaya mengharungi semester yang mencabar ini wahai khaulah. muga tabah dan kental untuk hari-hari mendatang.

kemudian, untuk menjawab amanah dari cik tim walau agak lewat. sorry.


  1. Sila jelaskan kenapa anda suka ber-blog? 
    sebab..
    saya suka menulis. ia adalah sebuah terapi untuk saya. say it when you mean it. saya mahu berkongsi. p
  2. Apa motif anda tarik followers? Anda superstar kah?
    tiada motif apa-apa. Followers are people interested in your blog means mereka minat dan sayang saya jadi mereka ikut. tak perlu superstar. bagi saya, pandangan ALLAH lebih penting. 

  3. Cerita sikit perangai anda.
    saya yang dalam kesakitan kini dalam proses penyembuhan. heal and you will be healed.

  4. Pernah terfikir nak masuk magazine aka mewar-warkan mewara-warakan belog anda? Mengapa?
    untukmasuk magazine tidaklah tapi kalau ingat balik waktu permulaan saya menyertai blog dulu cuba hebahkan juga tetapi semakin lama semakin tidak kisah. anda suka anda baca.tidak suka tinggalkan.

  5. Sila tembak bloggers lain. 
    • cik che nurul husna [http://chenurulhusna.blogspot.com]
    • cik raja siti afiqah [http://rajactafiqah.blogspot.com/]
    • cik munirah [http://misznierah.blogspot.com]
    • cik murni  [http://mughny.blogspot.com]
    • encik edward hyde [http://redskullshapebur.blogspot.com/]
 satu lagi, saya menyahut cabaran yang disertai oleh kak noi. oleh kerana sangat malas untuk klik update blog maka ini adalah sebagai pemangkin untuk istiqamah dalam mengupdate blog.hehe. ini senarai pendeknya: 

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of youself today + three good things that have happened in the past 30 days

nantikan!

benci la internet hari kejap ok kejap weng. habis entry hari ni.wargh..

Tuesday, December 07, 2010

love-HATE

seorang yang takkan mula rasa love-love, hate-love, love-hate or hate-hate. thats not me.

kalaupun ada rasa it was hate-love, love-love. not love-HATE.


dulu, sangat teruja dan sangat minat. sampai tak boleh tunggu.

tapi sekarang perasaan ini seperti dibunuh. perasaan ini hilang rasa. lesu. sepertinya ditolak jatuh gunung.

sakit. sakit bila jatuh. sakit untuk bangkit. sakit melangkah naik semula.

ia bermula ketika mana dihalang untuk memulakan cinta pertama. its small matter but it was like a first love.
mana ada orang jatuh cinta.cinta pertama dengan bangunan. tapi ada. ada. that was me. bangunan itu macam cinta pertama. but now, its turns to love-HATE. i even can see or read about that building. the love feeling to that building complete lost. i HATE it now. (forever may be)

others, mereka mula menyukai kerana hebatnya seorang architect itu but not me, i like because of the building. tapi ia telah dibunuh. then turn to love-HATE.

now, dah hilang rasa. kalau dulu, tiap kali tgk bangunan2 mesti rasa excited tp sekarang feelingless. tak da perasaan. when i realized it, rasa mcm nk nangis. dah hilang perasaan itu. ia telah dibunuh. kejam nya. kembalikan perasaan ini!

sekarang seperti bermula digarisan awal semula. belajar bertatih. bermula dengan kosong. seperti tidak tahu apa-apa. bermula semula. perlahan-lahan. safe and sound.

sekarang melangkah dengan perlahan. dengan berhati-hati. takkan bagi ditolak jatuh gunung lagi. im taking another way.the safe way. walau jalan itu penuh liku. biar ia penuh ranjau di tengah jalan dari ditolak jatuh- sakit.

people may forgive and forget. but not this time. i cannot do both forgive and forget.


tak sukanya bila it turns to love-HATE.

Saturday, November 20, 2010

lelaki ideal

repons to yummy-chan nye contest walaupun dah expired. ha-ha.

hal ini kerana, setiap kali hari raya mesti terfikirkan tentang lelaki ideal.

lelaki ideal saya adalah seperti ayah saya.

kenapa ayah saya?

sebab, setiap kali hari raya.bukan sekali hari raya tetapi setiap dua kali hari raya  [baca:aidilfitri & aidiladha] mesti buat saya tak sanggup untuk beraya diperantauan. cewah. hal ini kerana, setiap kali hari raya, ayah akan amik turns untuk baca khutbah. dan seingat selama dua puluh dua tahun ini, mesti akan tunaikan solat sunat hari raya di mana ayah akan baca khutbah hari raya. ada la dua-tiga kali  raya tanpa ayah jadi tok khatib atas sebab-sebab tertentu. sekarang, adik lelaki cik ahmad ibrahim pula dah ikut jejak langkah ayah as tok khatib tapi ter'missed' atas sebab-sebab tertentu. jadi, lelaki ideal saya mesti kene pandai baca khutbah. ha-ha.

sebab kedua, setiap kali hari raya aidil adha ayah akan jadi  the most wanted people. kerana ayah adalah hero. heronya kerana berani tengok darah. heronya kerana dialah satu-satunya tukang 'jemeleh' lembu dalam keluarganya. ingat lagi, masa pergi mukhayyam tarbawi hari tu, last aktiviti - pertandingan memasak tapi kena sembelih ayam. masa tu lah boleh lihat betapa jantannya budak sekolah menengah islam aman ni. hey, igt senang ke nak sembelih ayam or lembu ini. kena ada keberanian tahu tak. nak kene lawan perasaan kesian lagi.kalau saya, memang tak sanggup la.

sebab ketiga, sempena aidiladha juga orang akan buat aqiqah. lagi best kebetulan kalau ada yang lahir musim haji ni, cukup tujuh hari terus boleh buat aqiqah. talking about this, bila da cukup tujuh hari atau selebihnya rambut bayi akan dicukur. perkara ini juga bukan senang nak buat. bayi yg baru tujuh hari masih lembik. kulit mereka juga mulus saja. siapa berani nk cukur rambut bayi ni.silap-silap tercukur kulit.kesian, luka bayi tersebut tapi adik-beradik kami yang sepuluh orang ni, semua ayah yang cukurkan. errr..ada sorang bukan dgn ayah sebab tapi dengan atuk. he-he. tapi ada antara my cousin ayah yang cukurkan. kamu igt senang ke nk cukur rambut ni.

sebab keempat, ayah akan protect anak perempuan dia. kalau request apa-apa, ayah akan cuba laksanakan. ho-ho. ingat lagi, masa sekolah dulu, nak pergi aktiviti outdoor ayah tak pernah say no. *senyum* ringkas sahaja penerangan utk sebab keempat.he-he.

dan satu lagi lelaki ideal saya ada pada hassan al-banna. kalau nak tahu sila baca buku  CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA menangis baca buku ni. bagaimana cara dia mendidik anak-anaknya tanpa marah tetapi sangat-sangat berhikmah. ini kerana, saya adalah yang orang garang dan cepat marah. jadi, lelaki ideal seperti ini mesti ada untuk saya. ha-ha.

kalau orang lain, mungkin lelaki ideal mereka adalah yang boleh menjadi imam. ciri itu ada pada ayah saya jugak. tapi saya dah upgradekan dengan menambah kene pandai baca khutbah dan bukan baca surah 3 qul sahaja. sekurang-kurangnya hafal beberapa surah like as-sajdah and al-mulk.hehe.

jangan kata lelaki ideal saya ini impossible. TIDAK. ia adalah kenyataan. kerana contohnya ada depan mata saya selama dua puluh dua tahun. dan hasilnya adalah adik lelaki saya.

dan anda, apakah lelaki ideal anda?



ayah is my first love.

Monday, November 15, 2010

manis rumah manis



rumah is kediaman.

kediaman adalah tempat yang selesa dan setiap kali keluar mesti rasa nak duduk rumah.

bila belajar jauh-jauh, ada dua pilihan tempat tinggal. hostel atau rumah sewa.hostel tempat pengajian sangat mahal. setiap kali kawan bertanya "where do u stay?" dengan berat hati jawab "hostel". sebab tau tindakbalas bila memberi jawapan itu.mereka akan berkata "wow, kaya,". ya,memang kaya.

kaya dan selesa definisi bila tinggal di hostel.mewah. ya, memang mewah. katil.wardrobe.meja studi cukup lengkap berjenama IKEA. tapi bilik tak besar 3mx3m sahaja. ada lah sikit ruang untuk solat.ngam-ngam dengan sejadah untuk seorang solat. kalau nk jemaah dengan seorang kawan tak dapat la. tilam yang empuk tidak sesuai dengan saya. selalu sakit belakang. itulah selesa dan mewah yang mereka kata.

bilik yang saya dapat sebelah dengan block lelaki. kalau nak keluar ke tandas, kene berhijab. kalau bukak tingkap nak bagi cahaya masuk kene berhijab sebab bila selak langsir mengadap jiran lelaki. itulah selesa dan mewah hostel saya.

boleh je request pindah bilik tapi sanggup ke amik risiko dapat roomate bukan non-muslim. housemate sekarang pon saya masih tidak kenal sepenuhnya lagi. pernah je kene kutuk dengan kawan kolej lelaki sebab tidak kenal housemate. saya orang last masuk hostel. jadi, tidak berkesempatan mengenali mereka. pernah juga tunggu untuk bertegur sapa mereka tapi masing-masing buat hal sendiri. masing-masing sibuk dengan hal  sekolah dan assignmen. jadi, mind your own business la. itulah mewah dan selesa hostel saya. weekend pula, saya selalu ditinggal sorang-sorang sebab housmate kebanyakannya orang KL.

bagusnya hostel saya, setiap pintu keluar-masuk ada cctv. jadi pak guard nampak la kalau anda buat vandalism.ha-ha.

namun, bila dapat peluang, untuk pindah keluar sangat gembira. hostel bagi tawaran untuk tamatkan kontrak awal. suka. sapa tak suka. dan awal-awal lagi dah jumpa rumah sewa. rumah sewa yang kosong.tiada tilam tebal yang empuk-tapi-buat-sakit-belakang.tiada meja belajar.tiada wardrobe. tapi serba kekurangan itu mendidik erti merasa cukup.

biarlah jalan jauh ke kolej, asal rumah itu memberi erti sebuah kediaman buat saya yang tinggal jauh ini. dan sekarang hostel dan rumah sewa itu dua-dua jadi rumah saya. memang saya kaya untuk bayar semua ini. rugi kalau saya keluar hostel sekarang sbb saya dah bayar untuk nov tapi  boleh refund balik untuk disember and januari. jadi kene lah bersabar supaya duit tak terbakar begitu sahaja. sayakan kaya. tapi tinggal di rumah sewa buat saya boleh tidur lena. hampir 3 bulan tak dapat tidur lena siapa tahu.

tidur atas toto sahaja sudah memadai andai dapat tidur lena berbanding tidur di atas katil tilam tebal yang menyakitkan belakang saya.

saya juga tahu tinggal di hostel lagi selamat sebab guard ada di setiap pintu berbanding rumah sewa tiada guard. kesayangan dah bising sebab bahaya. saya jalan berseorangan, selalu je berani keluar sorang-sorang. memang pasrah. pernah je kene tegur dengan kawan kolej. memang dah jadi berani mati tinggal di sini. jadi lali, sebab orang bukan selalu ada untuk saya.

sebab saya tinggal dua tempat adalah saya sangat lambat adapt dengan suasana,hampir 3 bulan saya tinggal di hostel,saya rasa selesa tapi untuk masa depan, saya terpaksa tinggal dua tempat supaya tidak mengalami masalah penyuasaian diri. selepas apa yang terjadi, kebanyakan tindak balas saya  jadi lambat dan perlahan.

dan untuk saat ini, kembali ke micasa. balik ke micasa is heaven. dapat nikmat makanan. dapat nikmat tido. dapat nikmat internet. dapat buat bising suka hati. dapat gaduh-kecik hati dengan adik. dapat habiskan masa sesuka hati. yalah tu...jadi, tak mahu sia-siakan masa ini.

awak mana tahu situasi saya.

Thursday, November 04, 2010

shoot me

i. Apakah benda paling penting dalam hidup?
Famili.

ii. Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
Beg for yiba.

iii. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?
Micasa.tema, ala-ala garden gitu. Warna putih cream. Simple.

iv. Adakah you all sedang bercinta sekarang?
Tak nak.

v. Berapa lama you all akan mencintai kekasih you all?
Untuk suami  saya bawa cinta ini sampai syurga. *cewah* 

vi. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Ivy bunga melur  by nazurah aishah tapi suruh kawan bacakan. Busan la.kisah yang complicated dan banyak confilict. buat saya bertambah stress ada la!

vii. Antara mak dengan ayah, yang mana lebih mesra?
Errr..ayah. but umi first in my heart.huhu.

viii. Namakan orang yang you all betul-betul nak jumpa dalam hidup?
Nabi Muhammad and para sahabat.

ix. Adakah you all basuh baju sendiri?
Dah laundry kat sini kene bayar per kg.kopakla duit. Kene la basuh sendiri.wuwu.

x. Tempat yang betul-betul you all nak pergi?
Sebab sekarang musim haji, teringin sangat nk pergi mekah and madina. Then next baru pergi japan.

xi. Pilih satu, peluk atau cium?
Bila salam, peluk dan cium.

xii. Tiga benda tentang orang yang tag you all?
Kak noi yang unofficially tag.hehe.
First, walaupun saya tak suka binatang but i like the way she adore to cat and hamster.and makes me want treat animal better.
Second, kak noi tak suka masak tapi suka tonton rancangan masakan. Hehe.
Third,kak noi sgt happy stay with her famili. I missed my family.sobs sobs.

xiii. Benda yang you all sayang sangat dalam hidup?
Family dan kereta kelisa and innova. Pernah sangat suka dengan Hagia Sophia kerana sejarahnya tapi dah hancur dan sakit.dah,jangan INGAT!

xiv. Lima lagu yang paling you all suka dan selalu dengar?
Current:Sami yusuf come first.next, outlandish.take me to your  heart by encik Michael belajar jadi rock. Hillary duff –so yesterday dan anyone of us – gareth gates.

xv. Bila tarikh lahir dan kat mana sambut tahun lepas?
11 october. Last year, junior sekola ajak main boling dan belanja makan! Sangat terharu!

xvi. Lima blogger yang you all nak tag?
Kawan KPJ saya! :D

counting my day!

Wednesday, November 03, 2010

trials of life

cik diamond ni pon stressed mcm tuan dia. dia dah mula buat hal. ampun.
album sami yusuf dah release.suka sangat. lepas 3 hari dapat url download.bukan sengaja.ikut hati mahu saja beli albumnya.tapi belum sampai malaysia. tak henti-henti dengar worry ends. make me strong. *senyum*

minggu lepas,sangat tabah.buat dgn penuh keupayaan.bukan dengan bersungguh.sebab diri ini masih lemah. merangkak untuk memulakan kembali.

cari ayah. ayah pesan jangan lupa banyak baca quran.
cari ummi. ummi pesan jangan lupa solat hajat. umi selalu doakan anaknya. *terharu*
adu momo: anggaplah masalah ini sebagai kiriman ALLAH untuk kamu kuat.

adu pada naqibah: selalu berwudhu. naqibah kata, cik khaulah sangat kuat dan tabah menghadapi ujian ini. kalau orang lain mesti tak dapat belajar.mesti dah x sambung belajar. oh, sangat inspirasi. ya, kerana tujuan hidup bukanlah mengaku lemah dengan masalah. ujian adalah untuk kita kuat.jangan pernah putus asa. kebetulan bagi tazkirah pasal sabar. yang kena pada diri. bukak surah ar-rad ayat 23.malaikat menyambut di pintu syurga. indah. kalau ingin nikmat di syurga jangan pernah henti utk bersabar.jangan pernah henti untuk berusaha. melawan dan menyelesaikan masalah.

"(yaitu) syurga-syurga 'adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak-cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. sambil mengucapkan, "selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu." maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu." [ar-ra'd: 23-24]

cari sahabat bawa ke syurga: lepak di surau dan solat jemaah and baca maathurat together. rasa bertambah kuat.

kaunselor bagi nasihat. bersabar. ini adalah ujian. ia tidak selesai sekarang tapi amik masa. banyakkan doa.

utk diri telah melakukan langkah-langkah keselamatan diri walaupun ia agak kejam tapi ia adalah kebaikan diri sendiri. diri yang bukan-dirinya.diri-yang hilang-dirinya.diri yang cuba bertahan. diri yg cuba membetulkan jalan yang kadang-kadang senget.

telah banyak airmata yang tumpah utk kesakitan ini. O ALLAH, make me strong.


saya rindu keluarga!