Wednesday, November 03, 2010

trials of life

cik diamond ni pon stressed mcm tuan dia. dia dah mula buat hal. ampun.
album sami yusuf dah release.suka sangat. lepas 3 hari dapat url download.bukan sengaja.ikut hati mahu saja beli albumnya.tapi belum sampai malaysia. tak henti-henti dengar worry ends. make me strong. *senyum*

minggu lepas,sangat tabah.buat dgn penuh keupayaan.bukan dengan bersungguh.sebab diri ini masih lemah. merangkak untuk memulakan kembali.

cari ayah. ayah pesan jangan lupa banyak baca quran.
cari ummi. ummi pesan jangan lupa solat hajat. umi selalu doakan anaknya. *terharu*
adu momo: anggaplah masalah ini sebagai kiriman ALLAH untuk kamu kuat.

adu pada naqibah: selalu berwudhu. naqibah kata, cik khaulah sangat kuat dan tabah menghadapi ujian ini. kalau orang lain mesti tak dapat belajar.mesti dah x sambung belajar. oh, sangat inspirasi. ya, kerana tujuan hidup bukanlah mengaku lemah dengan masalah. ujian adalah untuk kita kuat.jangan pernah putus asa. kebetulan bagi tazkirah pasal sabar. yang kena pada diri. bukak surah ar-rad ayat 23.malaikat menyambut di pintu syurga. indah. kalau ingin nikmat di syurga jangan pernah henti utk bersabar.jangan pernah henti untuk berusaha. melawan dan menyelesaikan masalah.

"(yaitu) syurga-syurga 'adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak-cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. sambil mengucapkan, "selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu." maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu." [ar-ra'd: 23-24]

cari sahabat bawa ke syurga: lepak di surau dan solat jemaah and baca maathurat together. rasa bertambah kuat.

kaunselor bagi nasihat. bersabar. ini adalah ujian. ia tidak selesai sekarang tapi amik masa. banyakkan doa.

utk diri telah melakukan langkah-langkah keselamatan diri walaupun ia agak kejam tapi ia adalah kebaikan diri sendiri. diri yang bukan-dirinya.diri-yang hilang-dirinya.diri yang cuba bertahan. diri yg cuba membetulkan jalan yang kadang-kadang senget.

telah banyak airmata yang tumpah utk kesakitan ini. O ALLAH, make me strong.


saya rindu keluarga!