Wednesday, November 16, 2011

r e l a x

diuji dengan presentation semalam.
kecewa dan menangis.
sehabis usaha buat board.
bila tunjukkan hasil.
sungguh tak dapat maafkan diri sendiri.
sebab ulang kesilapan sama.

terpujuk hati bila cakap dengan ummi.
nak mengadu je pasaal presentation tu.
presentation is okay.
but the board is not okay.
terus saja laju ia mengalir.

seru semangat kembali.
bisik pada diri sendiri.
mulakan semula.
masih ada lagi peluang.
yang lepas biarlah berlalu.
tapi ambil la pengajaran.

tak sedih dengan apa yang berlaku.
tapi sedih dengan diri sendiri yang masih tak move on.
hu-hu.

tamat kisah sedih.
nak bercerita. no, macam nk buat review drama tv pula.
sengal khaulah.
tertengok dan terlekat dengan drama baru Tentang Dhia.

pertama, tengok siapa penulis skrip.
kemudian, tengok pengarah.
akhir sekali, penerbit.
kenal nama-nama ini menerusi beberapa drama sebelum ini.

sekarang ni, kerana asyik buat cabaran 50 buku
 terkesan jugak melihat skrip2 drama.
skrip drama Tentang Dhia agak baik dan menarik buat masa sekarang.
halal, haram, solat dan jodoh.

cuma, plot cerita sahaja masih lagi drama yang sebelumnya.
tapi itu menunjukkan begitulah budaya dan cara orang melayu.

hah, gaya macam juri saja.
okeh. itu saja.

dah nak masuk study week. 

Saturday, November 12, 2011

J e a l o u s

tersenyum. dia cemburu kami pakai hijab.
saya, sudah tentu bangga.
i take it as compliment.







jom, berhijab.
jaga aurat. 
:)

pssstt: oh, terjatuh!saya suka dia!

Friday, November 11, 2011

d e a d l i n e


kalau ikutkan masa memang tak cukup.
tapi manusia suka main-main dengan masa.
macam sekarang.

dua, sengaja bagi soalan macam tu.
teringat pula dengan kata-kata dr. muhaya.
manusia suka bagi alasan.

tiga, berkongsi rasa.
dengan ucapan itu terasa dapat sedikit kekuatan.

empat, dilanda sakit.
orang lain sakit demam.sakit fizikal.
diri sendiri lagi parah.
sakit rindu.

lima, saya mesti tamatkan entri ini.

Thursday, November 10, 2011

7 jam 39 minit


raya sudah habis semalam.
sepanjang hari tashriq tak lepas pasang takbir sambil ikut takbir sekali.
jauh dari rumah tak bermakna tak dapat sambut raya.

cuaca sepanjang raya sangat indah dan cantik.
paling bermakna semalam.
cerah.langit indah. berangin.
hati ringan-ringan saja.

malam-malam memulakan kerja.
schematic drawing.
sudah 7 jam berskype dgn kawan sekelas.
kerjanya senang tapi ambil masa.
kalau tak paham susah juga.

hari makin cerah.
saya masih belum tidur.
teman serumah pula mengalami masalah tidur
dua insan berbeza.
entah pape repekannya.

ok. entri akan berakhir.
tujuan utama adalah untuk mengurangkan rasa ngantuk dan penat.
ada satu lagi drawing nk kene siapkan.
water supply. benda lain sebenarnya nak cakap tapi tulis benda
walaupun masih mencapai objektif.

mood nk mulakan drawing water supply sudah datang.
kemudian ada tutorial untuk theories.
studio.
submission.
landscape.

dua sumission sudah selesai.
ada lagi empat.
jangan mati sebelum mati!

Monday, November 07, 2011

K o r b a n

aidiladha 1432H tahun ni sedikit berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

pertamanya, 3 banaat wan zul tidak balik beraya. maksudnya 3 banaatnya ini beraya di perantauan dengan kisah berbeza-beza. rancangannya lain tapi rayanya lain. punyalah rancang begitu begini tapi hasilnya, masing-masing beraya ditempat masing.

piya di penang. di tempat pengajiannya. yiba di damansara tempat dia posting. saya di subang jaya.

awalnya rancang dengan yiba beraya bersama. oleh kerana dia sedang posting, maka dia harus menjaga pesakitnya. namun, rezekinya pesakitnya dapat keluar awal dan dia sebenarnya boleh beraya bersama saya.

saya khabarkan padanya saya tidak mahu beraya ke mana-mana. alasannya kerana malas mahu keluar dan seorang teman serumah juga tidak pulang beraya. yiba juga berkeputusan seperti saya. dia juga punya teman serumah yang masih perlu menjaga pesakitnya dan mahu menyiapkan kerjanya. saya juga begitu. tetapi proses kerja yang saya lakukan sangat perlahan. kecewa.

maka, kami ada tiga aidiladha yang berbeza.

umi siap kata lagi, sekurang-kurang berpengalaman beraya di tempat lain.

dua, kisah aidiladha saya. malam raya, teruja menanti takbir raya berkemundang tetapi sunyi. heh, sunyi la sangat. sunyi sebab berada di kolej siapkan kerja. tapi masih juga tidak siap. aigoo. kemudian balik. subuh-subuh dah bangun.

malam tadi, ayah da bagi amanat supaya jangn lupa solat sunat aidiladha. apalah erti aidil adha kalau solat sunat hari raya pun tak boleh lakukan.

pukul 7 dengar orang surau da bertakbir. makin laju bersiap. waktu solat sunat aidiladha lebih awal dari aidilfitri. pukul 8, berjalanlah kami ke surau. lalu pasar pagi di sini masih meriah seperti hari biasa. pasar pagi di sini kebanyakan peniaganya adalah kaum cina dan india sebab itu ia masih berjalan seperti biasa.

selesai solat sunat, bermulalah ibadah korban. saya tidak melihatnya kerana segan dan tidak biasa dengan penduduk kawasan perumahan disini. maka terlepas sesi yang kemuncak aidiladha. saya balik rumah kemudian sebelum tengah hari kami kembali ke surau. kononnya mahu membantu mereka bergotong-royong memasak tetapi semuanya sudah hampir siap. tengok dan tunggu untuk makan sahaja. Alhamdulillah, rezeki raya korban. dapat daging 2 kilo. pengerusi surau kenal kami dan beri daging korban.

cuma, sedikit malang dapur rumah masih lagi tidak berfungsi. rosak apakah tidaklah kami ketahui. sabar sajalah.

itulah korban kami 3 beradik beraya di tempat masing dengan pengalaman sendiri.

sungguh, aidil adha sangat significant. kita digalakan puasa sunat pada hari arafah dan menyambut aidil adha + 3 hari tasyrik. 4 hari kita digalakkan untuk bertakbir. jangan lepaskan peluang ini.

KK: cabaran 50 buku : (38) Tinta Elipsis



Tajuk: Tinta Ellipsis
Pengarang: Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
Terbitan: DBP
Halaman: 382 muka surat
ISBN: 9789836296467

Kata kulit buku:

"…tiga titik berurutan itu seakan melambangkan dilema yang dihadapinya ketika itu. Antara dua hati itu ada perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digugurkan. Walaupun tekadnya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu. Apakah kerana Amjad, dia harus menggugurkan janjinya dengan Wardah. Memikirkan itu, daun hatinya terasa pecah-pecah dilibas ranting gelisah. Sukar memahami apa yang harus ditentukan seperti titik elipsis ini yang tidak merungkaikan jawapan apa-apa. Realiti sebenarnya dia sudah kalah dalam jerit tangis dan ilai tawa seorang anak yang jauh ditinggalkan itu ...”

Kata KK:

Buku ini dibeli di pesta buku 2010 namun saya berkesempatan untuk membaca pada tahun ini. melihat pada tajuk buku ia sangat unik dan saya sangka kisahnya juga seunik tajuknya. Sinopsis di belakang kulit buku bermain-main dengan bahasa buat saya tidak memahami keseluruhan cerita.

Namun setelah saya habiskan buku dalam tempoh yang panjang, saya sedikit kecewa. Kisahnya hanya mudah dan ringkas sebenarnya tetapi diberatkan dengan pengolahan oleh IAK. 

TE berkisar tentang seorang Amir Afif lulusan dari Jordan dan berkahwin dengan Wardah. Kerana masalah yang dihadapi oleh Wardah yang bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka, Amir Afif memohon jawatan baru dalam bidang penerbitan. Dugaan dan cabaran menimpa diri setelah dia mula bekerja di syarikat penerbitan itu. Dia juga bekerja sebagai imam di surau di tempat tinggal barunya. Ada sahaja yang menimpanya dari masalah majikannya, menjadi imam di surau dan juga isterinya,Wardah. Namun, takdir mengatasi segalanya Wardah pergi meninggalkannya setelah selamat melahirkan Amjad. Hilang isterinya disayangi, kehidupan Amir Afif tidak seperti dulu. Mampukah dia menjaga Amjad seorang diri? Bagaimana dia mengatasi hubungan dia dengan majikannya? Adakah dia sebagai imam di surau tersebut dia tidak layak untuk bersuara dan menyelesaikan salah faham Antara Ahli Jawatan Kuasa surau? Hanya TE yang akan menjelaskannya. 

Dari segi bahasa, bahasa yang digunakan IAK bagi saya sangat berat. Malah pengolahan cerita terlalu berjela dan terasa penat untuk sampai kepada cerita sebenarnya. Perjalanan TE terasa sangat jauh dan penat untuk saya menanti penamatnya.  Saya juga masih tidak memahami tentang  situasi yang dialami Wardah ketika  dia belajar di Jordan? Dia pernah lemas di Jordan dulu dan apakah yang menyebabkan dia trauma dengan kejadian itu, saya masih tidak mengerti. 

Apa yang saya kagum IAK bijak mengolah bidang penerbitan yang digarapnya dalam TE. Lebih-lebih lagi bidang penerbitan buku teks sekolah menengah. Ternyata untuk menghasilkan sebuah buku teks juga bukan senang dan ia mempunyai garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kementerian pendidikan yang mesti dipatuhi. 

Apapun TE dari DBP kali ini sangat mengecewakan.

Saturday, November 05, 2011

letter

untuk awak,
nak tulis surat hari-hari!
sampai tamat tempoh.



Friday, November 04, 2011

oh!

november already coming.
soon eidul-adha.
and i realize i keep blogging most of everyday.

yeah. writing is my passion.
no. not really.
just a therapy.
when you have a thought.
then u share
then you need something to express
then u share
everything rapu-an-repekan khaulah is here.

hahah. become part of my life.
my history.

seriously, i will try write anywhere i can write.
books. blog. meja. wall. paper.
 anything.

why?
kalau zaman kegemilangan islam dulu,
masa zaman abbasiyyah,
they can write almost about 15-20 page a day.
so amazing. not a novel. tapi penemuan ilmu. philosophy.
wah, sungguh. engkau?
me? hmmm...tulis dalam blog je la....

but, actually, writing is not easy.
i realize if u want write or published a good book,
then you need a lot of knowledge
a lot of reference.
haih, phenomenology research essay!

rasa sangat kagum dengan penulis korea masa tgk dlm running man,
half of his house full of book.
no wonder he a  famous author!
so, lepas ni mari beli buku banyak2!

eh, dah panjang repekan malam ini.
yep,  rasa masa makin pantas.
will i able finish my assignment on time?

3 assigment submission next. start from tuesday.
that why tak rasa nk raya langsung..huhu.
then, the following week interim.
next, portfolio.
then final exam.

ok. jaa-ne. teacher fatimah, how's my writing? :P

Wednesday, November 02, 2011

two different

dua benda yang berbeza nk katakan..

it always be my dream ever..
when said that
i realize..
ia adalah my hidup and mati..*hahah*
i realize..
i wont give up...
i will go for my dream! yeah..

another thing..
how should i say...
rasa lagi tenang dan lega
bila berjaya elak sesuatu perkara
yang kita tahu nanti akan lukakan kita...
ringan saja dan dipermudahkan.. 

bagus khaulah..
semoga sentiasa bersemangat...
selamat bertabah!
inshaALLAH.

you get what you asked
beware before u make a wish...

Monday, October 31, 2011

b i g

berlapang dada...
bukan senang...
virus-virus ukhwah?

apa yang kamu tidak suka..
tinggalkan..
mungkin lebih baik untuk kamu..
jangan berkata apa-apa...
boleh jadi ia bawa fitnah atau keburukan pada kamu kemudian hari...

Saturday, October 29, 2011

wasiat


sebelum berpisah tadi, dia dan dia dan dia bagi wasiat.. *senyum*

1. mulakan bismillah bila buat sesuatu..
2. jangan tinggal dhuha
3. maafkan orang setiap hari
4. khusyu. *deep meaning*
5. baca doa keluar rumah setiap kali keluar
6. amalkan solat sunat rawatib
7.tahajjud 3 kali seminggu

saya wasiatkan pada dia, dia, dia, dia dan awak juga.. 

amalkan solat awal waktu sekurang-kurang sekali setiap hari.. :)

awak, nak wasiatkan apa pada saya?

hati saya macam karamel. mereka berjaya cairkan saya. i'm melting. rezeki hari ni dapat makan dessert : pudding karamel!

Friday, October 28, 2011

tak suka

its annoying when i try to read some blog from google reader, they cut half of their entry..
you think i have time to click your blog link and read there..
for me, it doesn't matter as long as reader can read your blog wherever they can read..

its annoying when you tell other people you gain extra weight
because you feel like gemuk
it doesnt matter, its show you happy and you enjoy your life by eating
for me, i feel very grateful if i can gain someweight
because people keep saying aaah, keciknya!

kadang-kadang tak suka baca entri yang melalut untuk sampai kepada topic.
better ringkas dan padat..
ayat anna KCB ....light but solid

hari ni tak sempat balik rumah
hujan sudah turun~
berteduh di surau..

thats why i hate hujan in kl..



dah maghrib. STOP.

Thursday, October 27, 2011

langkah pertama


take a first step
whatever you do
don't wait other people

kadang-kadang mahu saja mengeluh
kerana kenapa mesti aku yang mulakan dulu
ambil langkah pertama
kenapa tidak mereka

mungkin saja mereka tidak yakin
aku juga tidak yakin
tetapi engkau lebih berani dari mereka
kerana itu engkau yang mulakan pertama

maka,
mereka hanya mengikut
engkau yang memandukan mereka
beruntunglah.. 

Wednesday, October 26, 2011

t w i s t

sedar tak sedar
kita...
suka bersangka-sangka.
bersangka pula bukanlah yang baik-baik
tetapi lebih kepada negative

apa kata putar-balikkan benda tu.
jom bersangka baik.
kalau tak mampu,
kalau benda itu perlu tahu
tanya lah
ataupun biarkan saja
kalau itu bukan kaitan dengan kita

tetapi itulah kita..
manusia..
yang negative itulah yang nak ikut
yang baik pula rasa berat dan susah nk ikut..


sedang muhasabah diri...


Tuesday, October 25, 2011

k i t a r a n

kitaran yang selalu berlaku.
tetapi sentiasa terlupa.

baru tersedar.
2-3 hari terasa letih.
ingatkan kerana tersalah tidur.
tetapi tidak.

minggu ini minggu cuti.
sudah 4 hari dibazirkan dengan tidur.
entah bila mahu mulakan.
malam ini?
esok pagi?
yang pasti bertangguh-tangguh sudah jadi habit.

habit.
ingat lagi,
kata-kata dari sungkyunwan scandal...
kalau selalu buat nnt jadi habit..
nanti check balik.
da ingt nt post di sini.

mahu merapu lagi..
tapi otak kosong.
tak boleh nak fikir.
maksundya STRESS..

dalam 4 minggu ini,
melayan RUNNINGMAN...
da sampai episode yg terbaru.
nk tunggu amik masa lagi.
tiba-tiba sahaja
rasa macam kosong.

wonder,
mcm mana nk buat habit tak tidur lepas subuh?
zaman ramadhan dulu, boleh je tak tidur lepas subuh
lepas ramadhan da jadi balik habit tidur lepas subuh tu.
macam mana tak tidur kalau kelas semua mula lepas tgh hari
seronok habiskan masa mcm tu saja..

Friday, October 21, 2011

h a m p a

jiwa ini terlalu banyak rasa.


teruskan hidup. kuatkan hati. hidup dengan tabah.

cik momo,
the is coming.
i'm waiting.

cik piya,
am i stupid..??

i event can't comfort myself.
-____________________-

Thursday, October 20, 2011

KK: cabaran 50 buku : (37) Contengan Jalanan


Tajuk: Contengan Jalanan
Pengarang: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 262 + 291 muka surat
ISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/ RM24.00 (Sabah/Sarawak)

Kata kulit buku:

Dua contengan dalam satu coretan ~ Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan

Kata KK:

Pertamanya dua cerita berbeza tapi dengan satu tema iaitu "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.”

Kedua, buku ini saya beli ketika di pesta buku 2011.  Perasaan saya tidaklah teruja seperti orang lain sebaik saja melihat buku ini kerana kisah pertama pernah disiarkan diblognya pada ramadhan tahun lepas. Maka, awal ramadhan tahun ini saya yang ingin semarakkan ramadhan  mula membuka lembaran buku ini. Cuba mendapatkan roh ramadhan dengan perjalanan seorang Fend.

Ketiga, mari saya kisahkan tentang Fend. Fend, hatinya mudah tersentuh iaitu mudah saja dia menerima hidayah hanya dari kata-kata seorang perempuan. Maka, ketika di bulan ramadhan dia bersama sepupunya ke Australia. Perjalanan dia mencari Tuhan bermula disitu.  Cemburu benar bila Fend dan Chad dapat habiskan ramadhan mereka dikalangan orang baik-baik. 

Keempat, kisah kedua dalam CJ ini iaitu K2. K2 cuba memamahmi apa yang Fend alami tetapi perjalanan k2 mencari Tuhan bukan di Australia tapi di Indonesia. Dua Negara berbeza dari segi bangsa, agama dan budaya. Pada awal pencariannya dia rasa sangat sukar namun dalam sekelip mata hidayah itu datang. Dari seorang yang bukan islam.  Akhirnya dia memahami apa yang Fend cuba sampaikan walaupun dia menemuinya dengan cara yang berbeza.

Lima, ada dua perspektif yang berbeza H cuba garapkan. Saya, secara jujur lebih senang dengan penerimaan Fend. Lebih terkesan berbanding dengan K2. Walaupun penerimaan K2 saya kurang gemar tetapi saya lebih berharap perjalanan K2 mencari Tuhan lebih mencabar sesuai dengan watak K2 itu sendiri - hati kering.

Enam, karya H kali ini saya rasa sedikit hambar dan bimbang.  walaupun keterujaan H cuba menceritakan tentang lukisan, muzik, fotografi tetapi saya tidak mencapai rasa itu.

Walauapapun, saya suka mesej H cuba sampaikan. Fend – sekarang dan K2 – masa depan. Bagaiamana rasanya perasaan untuk berubah dan bagaimana kita mengajak orang lain sama-sama berubah atau adakah anda akan mengajak orang yang anda sayang berubah?  Sungguh, untuk mengajak orang terdekat dengan kita mencari Tuhan bukanlah senang.

Wednesday, October 19, 2011

KK: cabaran 50 buku : (36) Quartet


Judul: Quartet
Pengarang : Saidatul Saffa
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 471 halaman
ISBN: 978-967-5118-60-9

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia) /RM23.00 (Sabah/Sarawak)


Kata Kulit Buku:
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
________________________________________
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Kata KK:
Kisah Misa dan rasanya. Kisah Misa dan cintanya. Kisah Misa dan lelaki. Kisah Misa menjadi baik. Kisah Misa yang makin berubah. Ia lebih kepada tentang arah hidup seorang Misa.
Bagi saya, melihat dari sinopsis saya mengharap lebih dari tu. Saya lihat bukanlah tentang isu yang ibu Misa kemukakan tetapi tentang pemahaman Misa terhadap Islam.
Apa yang sedikit terkilan adalah perjalanan kisah Misa seperti terlompat-lompat. Sekejap begitu kemudian begini buat saya keliru. Tentang empat lelaki tersebut tidaklah saya tahu Misa pernah dikecewakan awal-awal lagi. Selepas muncul Irfan baru saya tahu dan faham. Maka, Bilal bukan lah yang pertama.  Setelah itu muncul pula Ustaz Mustaqim. pendekatan Misa untuk dapatkan Ustaz Mustaqim bagi saya kurang sesuai. Sebagai seorang saya, saya sangat segan untuk dekat dengan seorang ustaz. Kerana  bagi saya seorang ustaz itu yang sangat dihormati. Ilmunya juga tinggi. Walaupun ustaz itu masih muda.
Tapi pengalaman yang dialami Misa pasti dialami oleh setiap perempuan. Dilemma. Dilemma mencari lelaki yang baik. Dilemma dengan diri sendiri. Apakah diri sendiri sudah cukup baik.
Saya suka  SS akhirkan  kisah ini dengan ayat
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

[Surah At-Talaq, ayat 2 - 3]

Tuesday, October 18, 2011

KK: cabaran 50 buku : (35) Bedar Sukma Bisu



Judul: Bedar Sukma Bisu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat: 312 halaman
ISBN: 978-983-62-9652-8
Harga: RM 25.00

Kata kulit buku:

Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wefada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut saudara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu-Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. Menjadi sukma di hati. Sebuah saga  tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luak. Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.

Kata KK;

Kisah tentang kapal. Tentang Wefada.tanggungjawab Wefada pada perniagaan keluarganya. Tentang sejarah keluarga Wefada. Tentang sejarah kumpulan Bedar Sukma. Bagaimana ia bermula sehingga Wefada terpaksa menerima kehilangan demi kehilangan dari datuknya, ibu bapa dan abangnya. Dia kehilangan semuanya akibat kemalangan. Berkisah tentang Wefada dari seorang pencita akademik kemudian bertukar bidang – dari teori kini dia harus mempraktikkannya.

Begitulah Bedar Sukma Bisu. Pada awalnya, saya bingung dan kurang paham apakah bedar. Apakah kaitannya laut dan darat. Namun, perlahan-lahan muka surat diselak makin bertambah dan saya mula faham. Makin saya mengerti. Ia bermula dengan pembinaan sebuah bedar sehinggalah ia menjadi sebuah perniagaan syarikat perlancongan yang banyak memberi sumbangan dalam ekonomi Negara.  Seperti sebelumnya, FT tidak lari bercerita tentang teori ekonomi dalam bukunya. Syarikat Wefada banyak mengupas isu ekonomi selain bercerita ketelitian pembinaan sebuah bedar. Seronok kerana BSB tidak sahaja bercerita syarikatnya tetapi juga bercerita tentang rasa hati Wefada, Elimine, Haiqal, Chen dan  Muawiyah. Setiap watak ada sejarahnya. Ada cerita cintanya sendiri. 

Siapakah yang berjaya menawan hati Wefada? Siapakah Haiqal pada Wefada? Marilah meneroka Bedar Sukma Bisu di lautan yang tak terduga.

after 7 days


tak pernah rasa tertekan kecuali tahun ini.
kerana 13 hb ada submission.
tetapi terima kasih buat housemate yang sediakan semua ini.
sungguh terharu bila dapat cik singa ini.
tidak lah mengharapkan kek sebab da makan kek masa di UIA hari tu
tapi lagi sekali dapat makan kek lagi.
tapi sekarang pun masih nak makan cake lagi. ha-ha.
terima kasih sebab ingat tarikh ini.

sengaja biar tarikh ini terpampang di FB.
sungguh, ucapan dari orang asing boleh buat senyum dari pipi ke pipi.
kebanyakan ucapan dari teman biasa-biasa saja.
apa-apa pun terima kasih pada mereka.
menceriakan tarikh ini.

lagipula, ada dua orang sambut sama tarikh ini.
tapi tak sempat nk bagi ucapan istimewa.
kepada kembar pun tak sempat.
hanya simple saja.

satu tahun lagi bertambah.
tapi makin dekat dengan kematian.

akhir sekali....

do your best, we've reached the age where we can't just dream.
we've reached the age where we have to face reality.lets try our best and not give up until the end..
[naoki, buzzer beat]

Monday, October 17, 2011

KK: cabaran 50 buku : (34) Impikan Mentari

Judul: Impikan Mentari

Pengarang: Shahzy Hana

Penerbit: Jemari Seni

Muka surat: 398 halaman

ISBN: 978-967-5118-55-5

Harga: RM 18.00 (Sem. M’sia) / RM 21.00 (S&S)


Kata kulit buku:

Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?

Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?

Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.

Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?

SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?


Kata KK:

Synopsis di kulit buku  jelas menerangkan segala plot cerita ini. Dugaan datang bertimpa-timpa. Kalau lihat dari muka saya hamper patah hati. Suram. Bimbang kisah ini berakhir dengan sedih. Cuma, mungkin pengolahan kadang-kadang meleret sampai saya penat menunggu apa yang terjadi. Konflik antara adik-beradik juga tidak melukakan dan tidak berpanjangan malah selesai dengan baik.

Apa yang boleh saya kata saya memang IMPIKAN MENTARI diakhir buku ini!

Sunday, October 16, 2011

KK: cabaran 50 buku : (33) Suria vs Kaca Mata


Judul: Suria Vs Kaca Mata
Pengarang: Farihah Iskandar
Penerbit: PTS ONE Sdn Bhd
Muka surat: 229 halaman
ISBN: 078-967-5406-90-4
Harga: RM 13.50 (Sem. M’sia) / RM 15.50 (S&S)

Kata kulit buku:
Cik nerd! Cik nerd!
Suria mengalami masalah rabun jauh yang semakin serius. Banyak kemalangan kecil yang suria alami akibat masalah rabun. Jihan selalu mengusik dia ‘Cik nerd’ apabila membayangkan Suria berkaca mata. Ini menambahkan lagi ketidakinginannya pakai kaca mata.
Power mata kiri: 200
Power mata kanan: 275
Tidak cukup dengan itu, suria juga mengalami masalah silau! Oh! Tidak!

Kata KK:
Karya Farihah Iskandar buat saya senang dan tidak teragak-agak untuk mendapatkannya.

Suria kawan Jihan. Suria tinggal di asrama. Suria ada masalah. Masalah baginya adalah sesuatu yang cacat bagi dirinya iaitu masalah rabun. Kerana rabun, Suria juga mengalami kemalangan. Atas pertolongan kawan-kawannya, Suria menerima keadaan dirinya dan harus memakai cermin mata.
Novel ini sesuai untuk golongan muda remaja. Cerita Suria bagi saya adalah comel. Buat saya teringat kembali zaman sekolah walaupun tidak pernah tinggal di asrama tapi zaman sekolah adalah zaman terindah. Untuk keseluruhan ceritanya adalah menarik. Buku ini banyak berkisar tentang persahabatan. Saling sokong-menyokong terutama Suria yang mempunyai rasa rendah diri yang tinggi.

Wednesday, October 12, 2011

mari menulis

esok ada submission.sudah beberapa waktu dibazirkan.
bukan malas. hati tiada di situ.
menulis sebagai terapi.
 nak dapatkan kembali idea.
yang berterabur macam puzzle.
susah nk suai-padan.
dah bukak autocad.
nak mula drawing.
tetapi ada sesuati yg tertinggal.
apa dia?
dimana?
bagaimana?

mudah-mudahan esok berjalan dengan lancar.

-_____________________-

Monday, October 10, 2011

prolog 23 tahun

sungguh hati diuji lagi. saat-saat otak kacau fikir mana satu yang harus di dahulukan. lalu, ambil keputusan ikut saja apa yang terjadi.

lintasan hati datang mengingatkan. hari sabtu. bila waktu tiba untuk keluar hujan turun dengan menggila. ada lagi agenda yang harus dilakukan hari tu. hati berbelah bahagi. redah atau tidak.

berteduh 2-3 minit sebelum membuka langkah untuk meredah hujan. peduli saja kalau demam di kemdian hari. yang penting harus pergi.

sampai rumah masuk tergesa-gesa. berkemas, masa semakin suntuk. buat kerja laju-laju. bila selesai terus keluar. dalam hati berdoa dapat kejar bas pula. diluar masih lagi hujan tapi tidak selebat tadi.

keluar dari kawasan perumahan bas terpampang depan. terus rentas jalan tanpa peduli kereta. alhamdulillah. dapat naik. dapat kejar masa. masuk bas, cari purse. purse yang warnanya purple. dimana? hati berdegup kencang. jangan kata... TIADA!

oh, hati makin mendebar. bas bergerak makin jauh. text housemate. dengan pantas dia membalas, ya, purse ada di rumah. ohm tuhan! ditangan di dalam beg langsung zero duit. hati berdoa dan meredah. mohon seringgit dengan seorang kakak.sungguh, dia baik. kerana percayakanku. seringgit sangat besar nilai waktu itu.  hanya ucapan banyak-banyak terima kasih sahaja padanya yang turun di sunway pyramid.

menarik nafas panjang. lega. tapi masih belum berakhir. diuji lagi. salah komunikasi. orang yang menunggu tidak menunggu ditempat sepatutnya.  terduga lagi. macam mana. duit tiada. hanya telefon comel itu saja tempat bergantung. sampai di subang. masih lagi hujan.

akhirnya dipermudahkan.seorang kakak boleh tumpangkan dari situ ke putra height. hati mahu saja menangis. mahu saja. tiba-tiba marah dengan sendiri. sedih sebab susah dengan kenderaan awam. susah untuk bergerak. selalu saja tumpang orang. cuba, cuba untuk berdikari. guna kenderaan awam. tetapi pilihan yang ada hanyalag teksi yang cekik darah. mahu makan apa kalau selalu guna teksi.

hati memujuk. ini hanya ujian. ujian bila ingin buat baik. untuk lihat sama ada kita makin kuat atau makin lemah. untuk melihat kebergantungan kita padanya. untuk melihat sama ada kita ingin terus melangkah atau berhenti di situ. kesimpulan, jangan mudah kalah!

alhamdulillah. akhirnya sampai putra height. untuk balik fikir nanti. berprogram. tentang layanan anak terhadap ibu bapa. nampak ringan tapi secara aplikasinya sangat berat dan bukan senang. lebih-lebih lagi anak perempuan. bincang nnt entri akan datang.

selesai. tempat seterusnya, kajang! sekali lagi, dipermudahkan. ada yang akan ke kajang. purse yang tertinggal tidak menjadi masalah. benar-benar mudah urusan petang itu. selamat sampai ke kajang dan bertemu ayah. menikmati masakan timur tengah.

saat-saat makan terasa sangat nikmat. hari ni perut tak perlu rasa tidak selesa. makanan orang arab tidak. warnanya merah. merah tomato. kenyang dan berpuas hati sebab bila selesai terus saja terlena. penat. ya, hari ni bangun pagi siapkan keje sekolah untuk hantar hari isnin. hampir siap. tinggal untuk fasa kedua.

berseronok sehingga hari ahad. ahad yang dinanti. ahad bersama keluarga. dan kembali lagi ke UIA. seronok. terasa jiwa tertinggal di situ. UIA terlalu banyak kisah untuk di kenang. ha-ha. menanti orang yang berconvo berpusing di kawasan tengah uia tu. duit yang diberi untuk pujukan juga habis. paling terkesan bila belon seorang budak kecil ini terbang tinggi. bukan sekali tapi dua kali! sedih. mcm hati saya. uhuh!

sungguh ada rasa di UIA. nikmat yang tidak dikecapi di sini. saat-saat ini sangat berharap untuk tidak jauh. tapi untuk sebuah kejayaan inilah yang harus di hadapi. selamat bertabah!

dua kali belon dia terbang. kali kedua muka dia merah. sedih.tapi comel!

Saturday, October 08, 2011

space & place

 understand phenomenology in term of architecture is quite hard.
 it different between space and place.

ha.sudah! makin paham benda ini.
mula la nak keluarkan macam-macam teori.

teori khaulah. bukan. saja je.
just a thought.
when u don't like living in this environment.
u may start create a space or a room that make you feel happy.
u wont allow others coming into that room.
that room become your world.
you feel the world that u living now is insecure.
and you think better stay alone in your world.
only people very close to you can come into your world.

ah.sudah. makin mengarut. sambung. phenomenology!