Saturday, July 23, 2011

KK: cabaran 50 buku (18): Cinta yang ku rasa


Tajuk: Cinta Yang Kurasa
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan: Alaf 21
Muka surat: 638 halaman
ISBN: 978-983-124-677-1
Harga: RM 25.00 (Sem. M'sia) / RM 28.00 (S&S)

Kata Kulit Buku:


Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih tang mendasari hati tidak disembunyi Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shariman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati .Lalu, dia pasrah mebiarkan hubungan mereka bergerak mengikut tadir ILAHI.

"AKU mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila... aku mengoyak hati sendiri."

Kata KK:

Pertamanya, banyak-banyak novel yang dikarang oleh Anis Ayuni,  Cinta Yang Kurasa sedikit kena dengan jiwa saya. Bagi saya ia boleh dikatakan realistik. Cuma penamatnya tidak berapa saya berkenan. Masih belum mencapai tahap untuk saya rasa puas.

Keduanya, Cinta Yang Kurasa bawa saya kembali ke Turki (gaya macam pernah jejak tanah Turki tu). Di awal cerita, dimana Turki menjadi sebagai titik tolak bermulanya hubungan Laila Nabila dan Mir Shariman. Cuma, pelancongan mereka dalam CYK ini sangat klise bagi saya. Turki tidak kelihatan sebagai tempat yang unik untuk perhubungan mereka.

Ketiganya, watak LN belajar di Australia mengambil jurusan seangkatan dengan jurusan yang sedang saya pelajari juga. Mungkin faktor ini menyebabkan saya boleh menerima CYK walaupun LN bagi saya sedikit berlagak kerana pernah hidup mewah dan tidak membenarkan ibunya bekerja sebagai pengasuh anak-anak jiran mereka. Bagi watak MS pula ada sesetengah tindakannya tidak saya fahami. Mungkin penulis mahu pembaca membuat penilaian sendiri barangkali.

Empat, watak Raid yang diterangkan di kulit buku tidak memberi impak terhadap CYK ini. Bagi saya, kalaupun tiada Raid CYK tiada perbezaan tetap sama perjalanan ceritanya.

Lima, satu-satu yang saya suka CYK adalah kulit depannya berwarna ungu.

nak pergi Turki!
--
-khaulah khalid-

Friday, July 22, 2011

KK: cabaran 50 buku (17) : Baju melayu hijau serindit


Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka surat: 430 halaman
ISBN 978-967-5118-59-3
Harga: RM 19.00 (Sem. M'sia) / RM 22.00 (S&S)

Kata Kulit Buku:
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah

Kata KK:


buku terbaru Syud yang saya beli di Pesta Buku 2011 adalah buku pertama saya baca. Syud berjaya mengalih cinta saya dari Azril kepada Pacai, Muhammad Firas.

Mustahil bukan untuk mengingati seseorang  kemudian bertemu dalam tempoh yang lama. Sebulan atau dua bulan bagi saya adalah sangat lama untuk ingat rupa seseorang yang pertama kali bertemu. Baju Melayu Hijau Serindit dan Kasut Merah Dorothy itulah buat Wardah dan Pacai saling kenal antara satu sama lain. Bagi saya kalau itu jodoh tidak mustahil untuk kita kenal seseorang itu walaupun hanya berjumpa sekali sahaja.

Suka dengan watak pacai bak dikarang oleh Syud sendiri, Pacai kalau dalam Tentang Dhiya digambarkan sebagai lelaki yang pasang banyak perempuan sebenarnya pencinta setia seorang Annisa, Bagi saya Pacai adalah sangat 'cool'. Watak Wardah adalah sangat comel macam saya. SANGAT PERASAN. Tidak. Watak Wardah juga berlainan dari Lisa dalam Tentang Dhiya. Kerana itulah saya boleh terima Pacai digandingkan dengan Wardah. Comel!

Watak Pacai juga tidaklah serumit Adil dalam Untuk Awak, Teja Aulia. Watak Pacai yang kadang tidak peduli tentang orang lain tetapi bila sekali dia ambil berat tentang seseoran, dia akan jaga betul-betul.

Akhir sekali, saya senang dengan pengolahan Syud tentang Pacai dan Wardah. Cuma satu saja, ingin saya tanyakan pada Pacai bagaimana dia,Azril, Adil dan kawannya sangat tabah ambil jurusan seni bina.Huhu.

Hei, Pacai itu Wardah punya la! Eh, baju raya tahun ni warna hijau serinditkah?

Thursday, July 21, 2011

KK: cabaran 50 buku : (16) Biarkan aku jadi orang Palestin

sumber : ibnhassan

Tajuk : Biarkan Aku Jadi Orang Palestin
Penulis : Selenggaraan JIM Media & Karisma International
Penerbit:  JIMedia
Harga:RM 15 (sem. Msia)

Kata KK:

Cerpen-cerpen yang ditulis oleh orang ramai yang ada di antara pengarang tersebut saya kenal namanya. Mereka menulis tentang Palestin, tanah yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini. Walaupun begitu,setiap cerita dari buku ini dikarang bagai mereka pernah mengalami peristiwa tersebut. Bagi saya ini adalah salah satu sumbangan yang boleh mereka lakukan dalam menyedarkan kita tentang Palestin.

Buku ini tidaklah tebal tapi setiap cerpen sangat mengesankan jiwa. Kalau mengikut pendapat saya cerpen yang terawal dan yang terakhir mampu buat saya rasa terharu dan menitiskan air mata. Bahasa yang mereka gunakan bagi sangat dekat dengan hati. Membaca buku ini mengingatkan saya apakah sumbangan yang telah saya lakukan untuk membantu mereka di Palestin.

ingatkah kita disini bermula sejarah isra' mikraj?

Sunday, July 10, 2011

KK: cabaran 50 buku: (15) secangkir teh pengubat letih


sumber : Jamal Rafaie

Tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu
Mukasurat : 280 halaman
ISBN: 978-983-097-238-1
Harga:RM 25 ( sem. Msia) / RM 27 (sabah/Sarawak)

Kata Kulit Buku:

Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, 'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khalifah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggi jalanan. Semua itu adalah cara ALLah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.

Kata KK: 

Ya, buku ini seperti pengubat letih saat-saat penat bermain perasaan dengan manusia. Pada mulanya, saya berat hati untuk membaca buku ini kerana ia berkisar tentang Turki. Bagi saya apalah yang ingin diceritakan tentang Turki, negara sekular yang terkenal dengan banyak masjid di sana.

Sebelum ini, saya pernah menyukai Turki tapi hanya kerana saya punya sejarah dengan Hagia Sophia buat saya jadi hilang rasa suka pada Turki ini. Kisah saya dengan Hagia Sophia buat saya kecewa dan putus rasa dengan Turki. Namun, setelah mengembara dengan SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH saya kembali jatuh cinta dengan Turki.

Travelog Tarbiah dari ustaz Hasrizal ini adalah sekitar zaman 90-an ketika beliau sedang belajar di Jordan. Turki menjadi rumah kedua atau dengan kata lain yang saya suka gunakah adalah sebagai tempat pelarian sepertimana UIA pernah menjadi temapat pelarian saya suatu ketika dahulu.

Ustaz hasrizal berjaya mengalih persepsi saya tentang Turki walaupun penduduknya berada dalam era sekular tetapi masih ada yang mengamalkan Islam yang sebenarnya. Sekolah Tahfiz sangat banyak dan rata-rata pemuda Turki adalah seorang hafiz. Masing-masing mula menghafal al-Quran  dari kecil. Ini buat saya jatuh cinta dengan pemuda Turki banding dengan pemuda Malaysia susah nak ketemu pemuda Hafiz.

Malah diceritakan juga bahawa kesedaran rakyat Turki tentang politik dan isu semasa sangat tinggi. Akhbar-akhbar Turki sentiasa laris dan berita di televisyen sangat diberi perhatian. Kagum dengan rakyat Turki yang sangat cakna dengan  perkembangan isu semasa dan akhbar-akhbar mereka seperti sumber yang boleh dipercayai  sebagai rujukan kalau dibandingkan dengan Malaysia.

Sesuatu yang sangat terkesan adalah orang-orang Turki sangat mementingkan adab makan. Mereka sangat menghargai makanan dan mereka akan pastikan makan sampai licin sehingga tiada apa yang boleh dimakan lagi. Sekali lagi saya membandingkan dengan kita, orang Malaysia sukar untuk menghabiskan makanan. Buktinya lihat saja dalam drama -drama yang disiarkan.

Akhir sekali, teh yang menjadi tajuk utama dalam buku ini turut diceritakan  oleh penulis. Orang Turki sangat menyukai teh dan sepanjang pembacaan saya sering saja terbayangkan teh panas ini. Rakyat Turki berjaya buat saya makin gemar dengan teh apatah lagi Malaysia juga sinonim dengan pengeluaran teh tempatan seperti Boh. Apa yang berbeza adalah cara penyediaan teh orang turki tidak sama dengan orang Malaysia.

Pengakhiran travelog penulis menceritakan tentang perubahan politik di Turki dan ketika itu pengharaman pemakaian tudung di sekolah adalah isu besar. Sekolah tahfiz juga telah ditutup. Namun sekali lagi, penulis berjaya mengekalkan persepsi  saya terhadap Turki walaupun wanita Turki mengalami kesukaran untuk hadir ke sekolah, sekolah tahfiz ditutup, mereka menggunakan masalah ini dengan melihat satu sudut yang lain dan masih positif dengan masalah ini.

Setelah berakhinya pengembaraan di negara yang berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh  ini, saya jadi rindu pada negara ini.

Nak ke Turki tapi tak nak tengok Hagia Sophia.

Friday, July 08, 2011

KK: cabaran 50 buku: (14) tinta

sumber: jemari seni

Tajuk : Tinta
Pengarang :Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
Penerbit : Jemari seni publishing
Mukasurat : 551 halaman 
ISBN: 978-967-5118-57-9
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)

Kata kulit buku:
Tiga ceritera dalam sebuah
TINTA
Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”

Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
***
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?


Kata KK:

3 kisah yang berbeza.

penyusunan jemari seni dalam menggaulkan 3 cerita berbeza dalam satu novel kali ini sangat menarik.

wajah ketiga
ceritera pertama iaitu wajah ketiga  oleh nasron sira rahim mengisahkan tentang satu kes yang berkait dengan novel pertamanya. cara pembunuhannya yang sangat kejam dan ngeri untuk saya gambarkan tetapi saya masih boleh meneruskan bacaan hingga akhir. walaupun kes ini agak sama dalam novel pertamanya namun kes ini lebih menarik berbanding kes dalam novel pertama. kerana cinta boleh buat manusia menjadi kejam. unsur suspen dalam novel ini lebih kuat dari kes novel pertama kerana saya tidak menjangka siapakah penjenayah itu. sungguh penulis pandai bermain psikologi dalam penulisannya.

 Dia dalam ramai 
ceritera kedua iaitu dia dalam ramai oleh syud. syud tidak pernah mengecewakan saya. cuma untuk kali ini bagi saya penamat masih belum memuaskan sebab  tergantung. mencari, kemudian bertemu kembali. watak sufi dan ameer ini seperti bermain tarik tali. masing-masing cuba memahami bahasa jiwa mereka. jodoh itu datang tak kira jauh atau dekat. kalau nak jadi, maka jadi lah.

Ada & Evan
ceritera ketiga dari pingu toha iaitu ada & evan. cerita paling menarik dalam novel ini. saya sangat terhibur menghayati karya pingu toha. karya kali ini santai dan bersahaja. saya senang membaca kisah Ada dan Evan. Baca Ada dan Evan seperti baca komik manga.

ada ke orang macam Ameer dab Evan?

Thursday, July 07, 2011

KK: cabaran 50 buku: (13) menunggu hujan

sumber: jemari seni
Tajuk : menunggu hujan
Pengarang :Adileah
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN: 978-967-5118-56-2
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Mukasurat : 452 halaman

kata kulit buku:

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama.  Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?


kata KK:

kisah tentang Malisa yang bekerja sementara sebagai pembantu peribadi di tumah orang kaya iaitu cik Puan Juita. Tempat itu menemukan dia dgn cucu bongsu cik Puan Juita iaitu Hafiz.

kesimpulan dari menunggu hujan: walau lari ke hujung dunia kalau sudah jodoh, ia tetap akan kembali jua.

sebenarnya untuk perjalanan keseluruhan cerita ini saya memahami cuma untuk penamatnya saya selalu keliru apa yang ingin adileah sampaikan. kerana maksud yang saya fahami tidak tercapai dengan apa yang adileah tafsirkan.

berpijaklah dibumi nyata..

dream...


The Dream of a Seagull
 
My foot does not separate from the ground,
I'm simply afraid,
I'm afraid to fly to the sky,
Because im used to the ground, I'm unfamiliar to the sky,
Do i have the wings,
Do i have the dreams of before?


poem ini ambil dari cerita Goong. berfikir. bertanya. adakah aku punya impian?
apakah impian itu? terasa seperti seagull itu. Tapi Hamza Namira mengajak dream with me my friend..
adakah kamu mahu bermimpi bersama aku?

Tuesday, July 05, 2011

cukupkah sebulan ini...???

julai dah datang. syaaban juga sudah menjelma.
julai adalah cuti semester.
bulan lepas, 3 minggu di bulan jun terasa macam terlalu laju.
terlalu jauh untuk dikejar. cukupkah masa ini...

sekali ditampar..
katakan adakah julai ini untuk kamu berehat-rehat?
adakah dengan rehat ini mampu untuk kamu bersedia  memberi jawapan pada hari esok.
terkedu.

selepas 3 minggu yang menggila.
tekanan yang buat jiwa makin kacau
otak tak mampu menghadam
waktu tidur tidak tentu
tiba-tiba ditempelak begitu

hati sendiri memujuk
ciri-ciri peribadi muslim - sihat tubuh badan
badan sihat - tidurnya cukup
otak mampu berfikir dengan rasional
bukan kacau bilau
sihat tubuh badan - selera makan bagus
perut tidak mengalami masalah penghadaman

hati lagi memujuk
take ur time and plan ur time and ur schedule
istilah saja cuti tapi targetnya banyak
berkampung saja dirumah tapi agenda banyak
sampai dia lupa
sampai dia leka
sungguh dia masih belum ketemu jawapan

siapa yang dapat berikan jawapan...

satu sahaja ciri-ciri peribadi muslim  dijadikan isu
adakah  ciri ini sudah kelihatan sempurna untuk muslim itu?
belum tentu sedangkan 9 ciri lagi mahu campak ke mana?

tetaplah optimis.
ALLAH tidak akan ubah nasib seseorang itu melainkan diri sendiri mahu berubah.

keputusan?

Saturday, June 11, 2011

sekejap

minta maaf utk cabaran 50 buku. berhenti untuk seketika.
currently almost 10 books i've read but didnt have time to write review about it.
inshaALLAH, by julai i post it all here. until kak wan penat nk review. har har har
by julai also, i might achieve this challenge. i think in july i will read 20 more books. *angkat kening double jerk*
so, by the end of this year i might read more than 50 books. wohoho! who knows. yeah!
semangat khaulah!!!

sepertimana semangat menyahut cabaran 50 buku tu...
currently situation im preparing for final exam.
within a week. but still lots assignment to do. not lots. only 4.
but still torture me. as all my classmate said arhictocture. hmmmm...

so, wish me luck. please pray for me.
and, kalau ada buat salah silap  terkasar bahasa mohon maaf semua.
YA ALLAH, permudahkan urusan ku ini.
SANGAT-SANGAT STRESS.
mode: sedang merajuk dgn housemate. sbb stress hati sgt nipis. huhu.

till then.

Saturday, May 28, 2011

KK: cabaran 50 buku: (12) sungguh aku cinta


Sungguh Aku Cinta
Anis Ayuni

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-433-3
Halaman: ~512

kata kulit buku:

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

sumber: alaf21 

kata KK:


pada awal permulaan cerita tentang maira dan fajar menarik. fajar yang sebenarnya mengambil langkah untuk berkenalan dgn maira. pertemuan mereka secara tidak sengaja ketika mereka menyertai aktiviti lasak. kerana mempunyai minat yang sama mereka disatukan. ringkas saja sinopsis dari penulis anis ayuni.


ulasan dari saya, gaya penulisan dan olahan cerita dari anis ayuni untuk novel ini masih seperti novelnya yang sebelumnya. biasa tapi watak maira dan fajar menarik hati saya. fajar yang setia dan tidak pernah putus asa. membaca novel ini santai dan tiada babak yang mendebarkan ada pun  ketika fajar mendaki gunung kilimanjaro namun kerisauan untuk terjadi apa-apa pada fajar sangat tipis. 

KK: cabaran 50 buku: (11) murabbi cinta

sumber:  kedai esastera

Tajuk : murabbi cinta

Pengarang :Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit : Galeri Ilmu

ISBN : 978-983-097-259-6

Harga: RM25.00 (sem. M'sia) RM27.00 (S&S)

Mukasurat : 278 halaman

kata kulit buku:



sumber: surau rakan ar-rashidin

cinta menjadikan manusia suka disuruh. agar dengan cinta itu kita disuruh lagi disuluh. namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadikan tidak tentu arah. cinta menjadi penunduk kehambaan. hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

buang emak. buang saudra.
kerana cinta yang bukan lagi cinta.

lautan api sanggup direnagi, ikrar pecinta yang sudah gila dibius cinta. hinga api neraka hilang gerunnya.

cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.

cinta yang diteladani daripada seorang Nabi.

seorang Murabbi.
MURABBI CINTA.


kata KK:


pengalaman membaca buku ini adalah ketika hati tidak berapa tenang dalam tempoh sehari semalam tanpa sedar akhirnya menghabiskan buku ini. murabbi cinta yang buat saya banyak berfikir secara positif dan secara tidak langsung bagai menjawab persoalan-persoalan yang timbul sebelum ini. ustaz hasrizal mengajak untuk melihat cinta dari perpektif yang berbeza. penerangan yang ditulis oleh ustaz Hasrizal sangat jelas dan mudah difahami. malahan, segala yang diterangkan di dalam buku ini adalah lebih kepada praktikal. amalah seharian yang selalu kita lakukan. walaupun manusia itu tidak sempurna tapi buku ini menyedarkan kita untuk mejadi lebih baik dalam menyebarkan cinta.


walaupun buku ini berkisar tentang cinta tetapi tumpuannya bukanlah cinta antara lelaki dan wanita tetapi mendidik kita dengan cinta pada ALLAH, cinta pada manusia, cinta pada ibu bapa. cinta sebelum hadirnya seorang untuk kita katakan aku terima nikahnya. cinta yang dipupuk dalam tempoh kita membesar - iaitu sebagai anak. ibu bapalah yang bertanggungjawab mengajarkan kita tentang cinta.

Friday, May 06, 2011

KK: cabaran 50 buku: (10) Like Father Like son


*maaf. tiada imej utk sementara waktu* 

Tajuk : like father like son

Pengarang :mohammad zaki ali farisi

Penerbit : kharisma Network SDN BHD

ISBN: 978-967-5029-45-5

Harga: RM19.00 (sem. malaysia) RM21.00 (S&S)


Mukasurat : 296 halaman


kata kulit buku:
dari habiburrahman El-shirazy:
buku ini memaparkan aneka kisah yang sarat dengan hikmah yang bukan hanya memikat, malah membangun moral diri dan menguatkan ketauhidan jiwa.



Kata KK:
Ia bukan novel. Ia hanyalah sebuah buku ilmiah untuk mengisi minda. Buku motivasi memneri inspirasi. Kisah teladan dari zaman sahabat sehingga sekarang. Ia juga mengukuhkan keyakinan kita kepada islam sambil muhasabah diri dengan apa yang telah kita jalani di dunia fana ini.
Buku ini sangat positif dalam mengalami masalah rasa tertekan dan dnuia ras gelap. Sepertinya sebuah cahaya yang mendorong kita sentiasa postif dan hanya kepada DIA kitea memohon pertolongan. Hanya DIA bias menunjukkan jalan.

Monday, May 02, 2011

KLIBF'11

pesta buku 2011.pwtc.
komen: tak sebest taun lepas. kelam-kelibut. tak smpat nk jelajah semua.
tu pun penat dgn orang ramai. bukan penat dgn buku.
traffic yg sesak (di dalam pwtc)
susun atur booth.

tapi jumlah pembelian buku makin bertambah setiap tahun.

tahun ni inshaALLAh boleh capai target cabaran buku 50.

ngeee~

Saturday, April 23, 2011

apa makna kerjasama...


terkilan.tak suka.
kesannya demotivated. malas.

lemah.rasa tersadai.
tapi bila diketuk dgn peringatan ciri-ciri peribadi muslim.
tersusun urusannya.astaghfirullah.
jom sibukkan diri!

stop complain.
sila berlapang dada.
jangan berhenti senyum.
ikut saja arus.
muga dipermudahkan...amiin.

teruskan melangkah untuk another 7 weeks.

Friday, April 22, 2011

day. month. year


monday, im waiting tuesday,
im still waiting to see see see if you are fine wednesday,
you're still not here neither in the morning,
nor later thursay is alo empty friday or saturday or evern sunday
none of the day that i dont miss you 
none of the day that you will come back to be in our old days
how long it will be like this?
i don't know how many months or years?
how many billions of our past memory
i never don't miss you..

I MISS before 2008...

diyana.waniey.kak cuemax.5ibnumajah.LKD.Komander.komander muda.the junior.the school.the teacher.and frens.
T____________________T

KK: cabaran 50 buku: (9) 9 nyawa


Tajuk:9 Nyawa
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf21 SDN BHD
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-487-6
Halaman: 512 muka surat

kata kulit buku:

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal? 
sumber: alaf 21 

kata KK:


Saya mengakui kata penulis “ ini bukan stail baru, Cuma diaplikasikan dalam persembahan novel..”

Kerana kisah semalam mereka bertemu kembali. Intan Suryani dan Hakimi sendiri terlupa tentang kejadian tersebut tetapi hakikatnya sejarah tetap menghantui mereka. Intan mengidapi sakit jantung dan hakim buta kerana kemalangan. Dalam dunia paranormal intan bertemu hakimi. Hakimi seperti membuka pintu hakikat sebenar kepada haryani. Dunia paranormal itulah yang merungkai segalanya.

Saya bersetuju dengan penulis. Biasa. Tidak sehebat trilogi novelnya tetang laksamana susan yang lebih lekat dihati saya. 9 nyawa mengingatkan kita bahawa kita – orang melayu masuh percaya kepada mitos dari Islam sendiri. Pada penghayatan saya, penulis seolah cuba menyampaikan mesej salah satu ciri-ciri peribadi muslim iaitu aqidah yang sejahtera. Kenapa tidak kita teguhkan hati dengan rukun iman. Sahabat-sahabat nabi dulu disiksa hanya mempertahankan uman kenapa tidak kita? mungkin inilah yang penulis mahu sampaikan.

Thursday, April 21, 2011

KK: cabaran 50 buku: (8) lagukan senandung itu




Judul: Lagukan Senandung Itu
Pengarang : Serunai Fakir
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mukasurat : 311 halaman
Harga : RM18.00
ISBN : 9789836296092

kata kulit buku:

Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.

Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya.

sumber: serunai faqir



Kata KK:

Buku sastera yang dibeli ketika pesta buku tahun 2010. Cuma cuti semester kali ini sahaja saya berkesempatan untuk membacanya.
Fatimah watak utama dalam buku ini bukanlah cik Tim Fatimah tetapi Fatimah serikandi yang berjuang untuk memartabatkan ilmu gendang. Dari kecil dia telah didedahkan dengan permainan gendang dan serunai. Malan dalam keluarganya dialah yang bersemangat waja untuk mewarisi ilmu gendang  dari ayahnya walaupun diah seorang perempuan. apabila dia dewasa, Fatimah kemudian membuka syarikat perusahaan gendang tetapi telah menghadapi kesukaran apabila perusahaan gendangnya telah difitnah. Namun, kesakitan yang dialaminya terubat bilamana syarikatnya diundang untuk menyertai pertandingan gendang di Korea. Pengakhirannya dia mendapat anugerah atas usahanya itu dan membuka sekolah untuk warisan tradisional.
Menariknya membaca buku sastera ini. Saya didedakan bahawa belajar gendang bukanlah senang seperti yang dilihat malah gendang mempunyai pelbagai jenis tidak termasuk dengan gendang dari Negara lain seperti korea, afrika, dan juga Negara timur tengah. Malah bertambah pengetahuan tentang pembuatan gendang dan serunai.

Kebanyakan permainan tradisional seperti ini rupanya masih terikat dengan adat namun kalau tiada ilmu afama di dada pasti ada yang terpesong dengan ilmu gendang tersebut. Begitulah kayanya adat dan budaya melayu.
Kesimpulannya, saya sedikit tersentuh kerana tidak mengetahui tentang permainan tradisi mealyu seperti ini. oleh kerana saya orang Kelantan saya masih menghargai diikir barat sememangnya terkenal sebagai budaya Kelantan. Sekurang-kurangnya saya tahu tentang permainan tradisional negeri Kelantan.

Wednesday, April 20, 2011

KK: cabaran 50 buku: (7) melur bunga ivy

Tajuk : Melur Bunga Ivy
Pengarang :Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Mukasurat : 473 halaman

Kata kulit buku:

Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
* * *
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.
Sebuah kisah cinta sewangi melur!


Kata KK:
Seaktu di kedai, saya antara mahu warna atau melur bunga ivy. Keliru, kedua-dua ingin say abaca. Dua-dua dari jemari seni tetapi yang pasti saya mesti satu novel saja.
Akhirnya saya memilih melur bunga ivy hanya kerana kulit depannya Nampak menarik dan seperti menjemput saya untuk duduk bersantai menikmati novel ini.
Melur bunga Ivy berkisar tentang Ivy seorang usahawan baru sahaja membuka kedai bunga di Johor menemukan dia dengan Azam yang sebenarnya adalah abang ipar arwah suaminy, Azlan. Azam pada mulanya tidak mengetahui akan hal tersebut akhirnya mendapat jawapan apabila dia mula mencari isteri dan anak arwah adiknya sepertimana yang dipesan dalam surat terakhirnya. setelah mengetahui kedudukan sebenar, kerana sukakan Stephanie Ivy, azam sanggup memikul tanggungjawab tersebut.namun begitu konflik berlaku di dalam keluarga Stephanie seperti ayahnya Gabriel telah membuang Stephanie dari keluarga, malah Gabriel cuba membunuh ibu Stephanie. Lara dam juga terbongkar sejarah seorang Gabriel.

Komen dari saya, dari novel pertama sehingga terkini cara nazurah aishah tidak sesuai dengan jiwa muda saya kerana ketiga-tiga novelnya lebih kepada kehidupan rumahtangga dan terlalu banyak konflik membuatkan saya terasa letih dan penat untuk menghabiskan buku ini. 
namun, keseluruhan dari novel ini  bagi saya penamatnya saya sangat MENARIK. Berjaya buat saya tersenyum.


Friday, April 01, 2011

kita bako je!

kejadian semalam mengimbau sejarah semalam.

marah.dendam. kalau dah jahat dah lama baling buku.
kalau sarcastic dah lama laser dpan-dpan.
tapi sebab hati ini masih baik.
masih cuba memaafkan.
cuba mengikhlaskan diri.
menonong je keluar tanpa berbuat apa-apa.

always remember, jgn kata kalau x mampu nk buat.
action speaks louder than words.
sejarah tak berubah tapi ia mungkin berulang.

sekarang ni masih lagi rasa nak jerit


KITA BAKO JE!


sekarang ni sapa yang tak profesional?

Tuesday, March 22, 2011

seketika


sudah mula semester baru. sudah pun masuk minggu ke-4.
cik tim dan cik yummy akan graduasi tidak lama lagi. muga cemerlang hari ujiannya ya!
cik piya sedang praktikum di sekolah selama seminggu barangkali. tidak lama lagi bakal jadi cikgu.
cik yiba pula tidak lama lagi akan praktikal di hospital. bagaimana nanti dia melayan pesakit. hihi.

sudah 4 minggu berjauhan dari keluarga. tp minggu ke -3 sempat ke temu ayah dan cik yiba.
minggu lepas pula ketemu sama cik tim untuk jemputan kenduri. hihi.

tapi sungguh sangat bersyukur.
walaupun jauh dari keluarga
masih lagi dikurniakan ibu-mak-umi muda-muda.
bersama anak-anak kecil sepertinya adik sendiri.

jadi  seperti berkata pada diri sendri..
walaupun kekurangan sahabat sebaya, sahabat seperjuangan
masih ada kesayangan disisi
masih ada yang sudi singgah my own world.

tidak lah perlu rasa lemah lagi.
muga terus tabah.
mohon juga terus diringankan hati.
muga senyuman itu sentiasa terlekat di bibir...
jangan pernah berhenti.

Sunday, March 20, 2011

KK: cabaran 50 buku: (6) karipap-karipap cinta


Tajuk : karipap-karipap cinta
Pengarang :Nazri M. Annuar
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5136-52-8
Jumlah Muka Surat : 256
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

kata kulit buku:

Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

sumber: karipap-karipap cinta

kata KK:


karipap-karipap cinta. tajuknya sudah mengingatkan saya kepada blog saya ini. kerana dulu nama blog ini namanya karipap. hanya kerana saya sukakan karipap saya namakannya.hihi. tengok tajuk pada buku ini saya buat saya tersenyum.


kulit depannya menarik seperti poster untuk sebuah filem. disangkakan buku dari filem rupanya tidak. mungkin juga seronok membacanya sambil dihidangkan dengan karipap panas.


kisah tentang seorang wartawan bernama Ali bekerja di syarikat akhbar WADAH RAKYAT milik datuk razali bunari seorang tokoh politik yang sudah beberapa kali kalah dalam pilihanraya. disitu ali bekerja untuk bukan untuk menulis laporan berita politik tetapi lebih kepada mengambil gambar. dia juga bekerja untuk majalah MISTERI & HANTU yang juga keluaran syarikat yang sama.


ali kemudian jatuh cinta pandang pertama dengan sarah ketika dia makan di kedai  berdekatan tempat kerja teman serumahnya rambai merangkap rakan sekerja sarah.


namun pertemuan pertama mereka adalah ketika ali cuba bertindak hero menyelamatkan beg sarah dari dirompak. malang sekali kerana bukan ali menyelamatkan sarah tetapi sebaliknya kerana sarah ada ilmu silat.


selepas itu ali dan sarah berkawan walaupun sarah berkelulusan dari al-azhar tetapi tidak menghalang ali dari terus berkawan dengan sarah.


seterusnya beberapa kejadian berlaku ke atas ali hanya demi sarah. kerana sayangkan sarah. kerana cintakan sarah. malah ali sanggup belajar buat karipap sedap untuk mendapatkan hati sarah. ha-ha.


semuanya hanya kerana sarah.


gaya bahasa yang penulis adalah seperti menulis blog. santai. sempoi. kadang-kadang sinikal .ada juga unsur humor tetapi entah kenapa saya tidak ketawa. hati batu betul.mungkin kerana penat.

apapun saya suka watak ali dan gengnya, kerana mereka mempunya misi dan wawasan walaupun misi dalam kisah ini adalah semuanya kerana sarah. hi-hi.

dapat maklumat karipap-karipap cinta telah difilemkan.

Monday, February 28, 2011

KK: cabaran 50 buku: (5) bintang-bintang ke syurga


Tajuk : Bintang-bintang ke syurga
Pengarang : Xarine
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN : ISBN: 978-967-5118-22-7
Harga: RM19.00
Mukasurat : 452 halaman

kata kulit buku:
Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang  kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
* * * *
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi. 


kata KK:
 bintang-bintang ke syurga,,tajuknya sangat-sangat menarik dan INDAH. saya beli tahun 2009 tapi ia mengambil setahun lebih untuk saya khatam kerana buku ini banyak tangan yang meminjam. pada tahun tersebut saya hanya menghayati beberapa helai muka depan sahaja kemudian terbiar sehinggalah tahun 2011 saya cuti semester dan mengambil peluang ini untuk membaca sehingga ke muka surat terakhir.

kisah tentang pemuda bernama Imran baru sahaja tamat belajar dalam jurusan kejuruteraan di USM pulau pinang. baru putus cinta dengan Aisyah. keluarganya miskin.tinggal ke pasir pekan,kelantan. (tempat saya membesar)


oleh kerana baru sahaja putus cinta, Imran mengikut ayahnya bekerja di kilang kayu di sungai siput. di sini dia mengenali safia yang mengalami masalah keluarga. dia juga dipertemukan kembali dengan suzila, juga belajar di usm tetapi lain bidang. kerana imran, suzila secara perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik tidak lagi mengejar nama dan populariti semata-mata.


banyak masalah yang menimpa imran ketika di sungai siput dan kemudian dia ke pulau pinang untuk mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan ijazahnya. di pulau pinang hatinya diduga lagi. imran diberi pilihan untuk meneruskan atau menyerah kalah. 


bahasa yang digunakan oleh penulis biasa tapi kadang-kadang agak meleret dan agak busan mungkin ini adalah salah satu faktor untuk saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya.


unsur nasihat yang diketengahkan agak padat dan juga buat saya seperti membaca buku motivasi. ia mengambil masa untuk saya hadam semuanya tapi berbaloi. namun disitulah kekuatan bintang-bintang di syurga.



buku kedua penulis masih saya belum baca. katanya lebih menarik berbanding dengan buku pertama. tapi siapa pinjam buku tu?

Sunday, February 27, 2011

KK: cabaran 50 buku: (4) 3 campur 1 = satu

Tajuk : 3 campur 1 = satu
Pengarang : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni publishing
ISBN : 978-967-5118-49-4
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Mukasurat : 436 Halaman


kata kulit buku:


I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.
“Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.
II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.
III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

***
ANA FARHANA menulis untuk grup ‘muda’ yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan ‘sempoi’. Sekiranya grup ‘tua’ tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah ‘terawet’ Laughing dengan jayanya.

kata KK:
pertama kali baca kulit belakang buku ini saya seperti teruja tetapi setelah mendapatkan buku ini, 4 saudara perempuan saya telah membacanya terlebih dahulu. kata mereka, biasa saja dan tidak menarik jika dibandingkan dengan buku lain terbitan JS. maka saya orang yang terakhir yang membaca buku ini. hilang sudah perasaan teruja tersebut.


bagi saya, 3 campur 1 = satu bukanlah menceritakan tentang khairina dan abangnya tetapi sebenarnya, lebih menceritakan tujuannya iaitu hakimi yang mencari jodoh setelah didesak oleh ibunya. begitulah permulaannya, kemudian ia seperti tersasar dan lebih fokus kepada khairina dan 3 abangnya. hakimi hanyalah sekadar watak sampingan.


hakimi bersama tiga abang khairina merancang untuk memberi peluang kepada khairin untuk merasa perasaan disayangi. cadangan daripada abang khairin, hakimi cuba mendekati khairin dan mereka kemudiannya mula berkawan rapat. sedikit konflik iaitu sejarah hitam yang di alami oleh khairina yang menjadikan khairina sukar  menerima hakimi walaupun hakimi menerima khairina seadanya kerana dia telah ikhlas menyayangi khairina.


bagi saya, watak along, angah dan acik tidak kuat. ketiga-tiga watak telah disatukan dan mungkin itulah maksudnya tajuk yang diberi penulis. tapi bagi saya, along,angah dan acik sepatutnya mempunyai watak tersendiri  dan unik walaupun  masing-masing ingin melindungi khairin. watak khairina pula nampak tenggelam. hanya hakimi yang memberi sedikit warna dalam novel ini.


bahasa yang digunakan biasa-biasa saja dan santai sama seperti tipikal novel yang lain.


saya juga sangat kecewa dengan JS selaku penerbit buku ini. ia seperti sedikit tersasar dari matlamat JS dan juga keunikan JS tidak menonjol dalam buku ini. mungkin saya usia sudah 'terawet' dengan jayanya kerana tidak dapat menerima buku ini tetapi apa yang saya dapat hanya 3 campur 1 = satu adalah sebuah kehidupan yang mungkin terselit dalam dunia realiti ini.


sebenarnya cerita abang dengan seorang adik perempuan sangat menarik. kerana saya ada 5 adik lelaki yang sayangkan 5 kakaknya!

Saturday, February 26, 2011

KK: cabaran 50 buku: (3) 143..maksudnya I love you


Tajuk : 143...maksudnya  I love you
Pengarang : Pingu Toha
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN : 978-967-5118-30-2
Mukasurat : 521 halaman
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

kata kulit buku:

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?
Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.

1
Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.
Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.

4
Empat bulan darinya. Dulu.
EXs
Tentang Elina dan Kéri.

3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet
Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.

Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.
* * *
Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya.

kata KK:

sambungan dari kisah L.U.V.E yang saya sudah ingat-ingat lupa jalan ceritanya. 1 4 3 ...maksudnya I love you saya mula membaca akhir tahun lepas walaupun dah lama beli waktu pesta buku dulu. itu pun hanya beberapa helai sahaja. kemudian  saya kembali membacanya pada akhir januari ketika cuti semester saya bermula. namun saya membacanya sangat perlahan. ia mengambil masa selama seminggu untuk dihabiskan.hu-hu.

saya sangkakan 1 4 3 berkisar tentang uth dan lana sahaja sebab itulah saya membacanya dengan perlahan macam siput tetapi sebenarnya tidak. 1 4 3 adalah 3 kisaha cinta yang saling berkait antara satu sama lain. ha-ha.

1. cerita cinta biasa.
cerita cinta antara uth dan lana yang masing-masing cuba main tarik tali. kononnya lana penat menunggu dan tak mahu menunggu lagi dan uth yang masih menunggu. setelah setahun uth kini jadi penulis novel dan penyanyi lagu ost. ha-ha. lana telah berjaya menjadi bintang popular dan kononnya sedang bercinta dengan haikal.lisa muncul sebagai peminat uth.

secara jujur saya tidak berapa suka cerita cinta antara uth dan lana.haikal. juga lisa.kisah mereka agak perlahan dan tidak kena dengan jiwa saya. ha-ha. terlalu jiwang. cerita cinta biasa ini sesuai untuk mengulit mimpi saya.

4. Exs
setelah lompat masuk kisah kedua iaitu EXs. ia berkisar tentang keri dan Elina. bahagian ini yang paling saya suka. he-he. Keri yang melarikan diri dan bertemu Elina ketika perjalanannya ke London. pada awal pertemuan keri dikenalkan dengan orizuru.origami.paper crane.bangau kertas.dan orizuru jugalah yang menemukan mereka kembali di bumi tanah Ratu Elizabeth itu. keri tanpa sedar dan pantas telah jatuh suka dengan Elina. mereka bertemu. saling suka atas sebab yang sama iaitu Broken heart. atas sebab broken heart juga mereka jadi rakan niaga untuk e-shirt. uniknya keri dan elina adalah bila keri pulang ke malaysia mereka saling berutus surat. klasik!


3.merah biru violet.
bab paling akhir kisah tentang vee dan bucks. vee yang tomboy dan telah tamat pengajiannya dalam jurusan seni kulinari dan bertemu dengan buck si penjual burger berdekatan kawasan kediaman mereka.mereka bertemu dengan yang cara tidak berapa baik menyebabkan setiap kali mereka bertemu pasti bergaduh. rose yang comel muncul sebagai penyelamat dan cuba mendamaikan vee dan bucks. bagi saya walaupun kisah vee dan buck adalah biasa, merekalah buat saya banyak ketawa. gelak besar. he-he. bahagian yang tidah boleh lupa bila vee jatuh sakit dan muntah atas baju bucks dan bucks guna selimut pingu vee sebagai ganti baju ketika di klinik.menarik bahagian ini tiap kali bucks melihat vee berbicara, dia seakan melihat-lihat ada warna yang keluar dari mulutnya.satu saja saya tertanya-tanya bagaimana rupa dan rekabentuk selimut pingu vee dan ada tak dipasaran tak? saya nak satu boleh? he-he.

Encik pingu ada tulis pada muka depan buku: dearest K.H.A.U.L.A.H-love make the impossible POSSIBLE. live.life.love. hee~

Friday, February 25, 2011

KK :cabaran 50 buku: (2) nama atas kertas

Tajuk : nama atas kertas
Pengarang : nasron sira rahim
Penerbit : Jemari seni publishing.
ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

kata kulit buku:

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…” 

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

kata KK:
novel thriller yang sangat menarik dan memang menguji minda bilamana penulis cuba berteka-teki tentang siapakah pembunuhnya. biasanya, pembunuh adalah orang yang boleh dijangka. naum, dalam novel ini pembunuhnya adalah tidak disangka-sangka. oleh kerana IQ saya agak tinggi boleh la saya menjangka dari awal pembacaan lagi. he-he.

novel atas nama kertas membawa saya ke utara  Malaysia dengan 3 kes bunuh yang berbeza dalam satu tempoh yang tertentu. ketiga-tiga kes ini membawa pentunjuk kepada pembunuh yang sama  dengan meninggalkan bukti di tempat kejadian dan menggunakan teknik yang sama pada ketiga-tiga mangsa iaitu menikam mangsa di tengkuk dengan sangat kejam dan ngeri bagi saya.yep. saya sedikit trauma.

kes bunuh yang pertama adalah seorang lelaki yang kononnya baik dan budiman tapi telah melakukan jenayah yang tak disangka. kes bunuh yang kedua pula adalah seorang imam yang nampak alim tetapi melakukan perkara menyalahi agama dan undang-undang. kes bunuh yang ketiga adalah seorang perempuan biasa dan melakukan kesalahan biasa juga iaitu menganggu ketenteraman kawasan kejiranannya.

watak utama adalah inspektor lelaki dan wanita yang saya lupa namanya. hehe. merekalah yang berjaya menyelesaikan kes ini dengan menemui saksi untuk kes yang pertama.

keseluruhannya, cerita ini menarik kerana ia berbeza daripada novel thriller yang lain.sangat mendebarkan sebab saya tidak behenti dari terus membacanya. namun saya sedikit gerun dengan ketelitian penulis tentang teknik jenayah yang dilakukan oleh pembunuh.


pernah baca tentang seorang lelaki melakukan jenayah dengan meniru daripada novel.

Thursday, February 24, 2011

KK: cabaran 50 buku: (1) Journal seorang pelaut


Tajuk : journal seorang pelaut
Pengarang : Hasrul Syah b. Hassan
Penerbit : ar-risalah product sdn. Bhd.
ISBN :983-2672-19-8
Mukasurat : 442 Halaman
Harga: Rm 15.00

kisah seorang pelaut bernama zamri yang telah bertugas di atas kapal sebagai jurutera hampir 9 bulan.setelah tempoh itu dia dibenarkan pulang bercuti dan  semasa dia sedang berkemas untuk pulang bercuti dia terjumpa diari seorang pelaut yang juga bekerja sebagai jurutera di atas kapal tersebut tetapi menghilangkan diri.

'walaupun membaca diari orang lain adalah melanggar hak keperibadian seseorang, namun Zamri tetap membacanya kerana keinginannya untuk mengetahui cerita sebenar membuak-buak'

sambil mengemas pakaiannya zamri mula membaca diari tersebut. di dalam diari tersebut tidak disebut empunya nama. malah tuan diari tersebut  hanya membahasakan dirinya sebagai aku. malah segala maklumat peribadinya juga tiada dalam diari tersebut. untuk mengetahui apa yang terjadi pada jurutera tersebut zamri terus membaca diari tersebut hingga ke muka surat terakhir diari tersebut.

namun diakhir pembacaannya, 'pesanan aku kepada sesiapa yang membaca diari aku, tolong jangan buangkan diari ini ke laut. kalau boleh tuliskanlah kisah hidup aku ini buat tatapan orang lain.ini adalah bagi tatapan mereka yang sentiasa memandang rendah dan salah faham terhadap diri seorang pelaut.'

setelah selesai membaca diari tersebut, kapal zamri juga telah sampai ke pelabuhan. cutinya telah bermula dan dia mengalami konflik dengan teman wanitanya yang kononnya tidak suka ditinggalkan lama-lama.



tajuk novel ini adalah sangat biasa tetapi menarik. kerana kita jarang didedahkan dengan kehidupan seorang pelaut. malah melihat kepada penerbitan buku ini tidaklah dikenali ramai.jalan ceritanya biasa  sahaja tapi buat saya tertarik untuk membaca sampai habis. bahasanya tidak terlalu berat dan santai sahaja. dalam buku ini juga, didedahkan tentang bagaimana kerjaya seorang pelaut dan juga cabaran-cabaran yang mereka hadapi. bahagian paling seronok jadi seorang pelaut adalah mereka naik kapal dan belayar di laut yang luas. seronok sebab boleh tengok langit yang biru. boleh rasa angin. jadi seorang pelaut juga boleh banyak berjalan. yalah, sebab mereka akan berhenti di pelabuhan tertentu untuk hantar dan ambil kargo. 


tapi untuk jadi seorang pelaut mestilah kental dan tabah. sebab kene berjauh dari keluarga dan orang tersayang untuk tempoh tertentu.siapa sanggup kene tinggal selalu. pelaut juga memang kene kuat sebab dalam novel ini diceritakan pelaut-pelaut akan berseronok mencari perempuan-perempuan murahan dan minum arak apabila mereka berhenti di pelabuhan untuk seketika. antara sebab inilah ada yang masih memandang serong terhadap kerjaya pelaut ini.


buku ni dah lama beli tapi baru skarang nak baca.huhu.

Friday, February 18, 2011

hatinya sakit

semangatnya hilang berterbangan 
seperti benih-benih dandelion ditiup angin..

lalu hatinya bertanya
bagaimana?


Wednesday, February 16, 2011

sigh


susahnya bila 
rajuknya sangat panjang...
huh~

Thursday, February 10, 2011

18.break sem feb

bangun terkejut. istighfar dalam hati. rupanya satu keluarga bangun lambat. sebelum tu dah sedar tapi tak tahu pukul berapa cuma kejut muhammad bangun pegi sekolah.lepas dua tiga kali kejut dia bangun bawa selimut. lega. sambung tido kejap. sedar-sedar dah lambat.

solat subuh baru turun dari kayangan. tengok-tengok si kecil adik Mu sambung tidur di bawah. ingatkan dia kejut orang lain bangun.aish. sebab selalunya bila dia bangun awal dia yang bising kejutkan ali dan junaid bersambung dengan abe ngoh.

tapi sebab dah lambat, semua orang bangun siap-siap pegi sekolah tak da yang bising kata dah lambat or wat-so-ever. ahmad siap sembang dengan ayih jiran sebelah sambil tunggu nak pegi sekolah padahal dah  lambat.

kerana dah lambat ayah suruh hantar si abe ngoh dan ahmad pegi sekolah. sampai-sampai sekolah semua orang dah siap solat dhuha. aiseh. bila masuk kawasan sekolah habis semua student tengok.aiseh. segan. habis perlahan bawa kete tu tapi sebab jalan batu-kuda-kepang tak da maknanya nak gerak secara senyap. tetapi sebab hantar hero pegi sekola kene la buat-buat macho. ha-ha.

balik-balik hantar adik-adik kacak kene buat delivery pula. umi ada call masa tengah-tengah hantar adik-adik kacak minta belikan nasi. rupanya adik kecil muhammad kirim nasi dan donut. kononnya nasi tadika tak sedap. aiwah. mentang-mentang kakak comel sedang bercuti boleh pula dia request macam-macam gaya macam tuan muda anak orang kaya saja. dua kali juga la singgah kedai moknoh. first round belikan nasi untuk umi. second round belikan nasi untuk adik kecil pula. mok noh pula seperti biasa bising-bergurau macam zaman muda-mudi dulu.

balik-balik dah tak boleh tido. sebab kerja menghantar hari ni terlebih overtime. jadi duduk relaks sambil kemas kawasan tv bila adik kacak kata bersepah. kawasan tv dan di mana ada mainan di situ la adik kecil yang sepahkan. sambil kemas sambil tunggu tv panas. boleh tengok fulhouse. haha.

sedar-sedar dah petang. siap-siap amik umi dan adik-adik comel dari sekolah. tapi alih-alih adik comel saja yang balik. untuk makan tengahhari singgah di kedai kuih traditional dekat masjid telipot. adik-adik comel konon berjiwa besar, bila singgah kedai kata dah kenyang. tapi balik rumah ada lah drama bersiaran dari luar tv nanti. jadi, paksa mereka belikan makanan juga. ini kene latih begini baru mereka kenal erti lapar waktu balik sekolah. tak da la nak meragam bila sampai rumah.

cuma muhammad dua tiga hari ni meragam sedikit. tak sempat sampai rumah dah tidur dalam kereta.bila masuk rumah mulalah dia menangis ataupun sambung tido dan bila sedar menangis cari umi. tak paham kenapa. biasanya kalau begitu ada sesuatu yang dia mahu tapi tak terucap. eheheh.

umi tak balik sekali ikut ayah amik innova yang discharge hari ni. nampak hitam berkilat.maknanya dibasuh sekali la tu. haha. satria neo dah pulang ke tempat asal. ta-ta. jumpa lagi.

balik amik adik comel mata mengantuk. terus terbongkang dengan adik comel. sedar bila dah petang. tak sepatutnya tidur waktu petang begitu. tapi sebab dah manja sangat tertidur jgak. adei. petang-petang seperti biasa. berlepak di tangga rumah orang. yep. hari ni dengan golongan mak-mak pula. haha.

oh ya, beberapa hari lepas coursemate text tanya pasal register subject. semua dah cuak bila tak dapat nak register. biasanya register subjek dalam portal.online. empunya diri sudah agak, portal dalam proses upgrade and maintainance system, memang tak dapat nak register subjek. jadi tidak la kalut semacam. tapi begitu lah, lucunya bila coursemate tu orang kl text dengan orang kota bharu. gaya kota bharu lagi dekat subang tu. haila, sabar je la. bukan ke senang terus pegi campus tanya sendiri orang divisional office.tak mengapa la. benda dah settle bila text balik coursemate tanya apa cerita. jangan risau. masuk sem baru nanti pegi la register.bukan risau sangat tapi sampai kalut dalam FB siapa yang tak risau.

tapi mesti ramai yang pegi divisional office bila bukak sem nanti. aish. malasnya nak berebut dengan orang.

satu lagi sempat tengok satu rancangan beberapa ketika saja, topiknya krisis suku umur kehidupan entah apa istilahnya. hmmm. menarik. tapi tak dapat banyak input sangat sebab berebut dengan junaid yang tengok berita sukan.hmmm.

tambah lagi, hari ni polis masih berjaga depan lorong masuk rumah. ingatkan dah habis operasi memerhati-kereta di jalanan. tapi nasib baik hari ni mood baik-baik saja bawak kereta tu. kalau tidak, ada la yang kene nanti. huhu.

suka dengar ali mengaji. lepas maghrib tadi suruh ali mengaji. dia baca surah alam nashrah dengan sungguh-sungguh walau ada silap. masih belum lancar.


2 orang tereffect bila tengok saya makan aiskrim milo. aha!

Wednesday, February 09, 2011

19.break sem feb

heh!

tetiba rasa macam nak tulis journal untuk cuti kali ni. yep. journal macam diari. tapi diari lebih kepada privacy dan dibaca untuk hak milik sendirian berhad. manakala journal lebih kepada dibaca umum dan disimpan oleh pihak library untuk rujukan. ha-ha.

yep. hari ni. sekali lagi kalah. selesai hantar umi ke sekolah, balik-balik rumah terbongkang sambil tv terbukak yang bersiaran MHI di tv3. seronok jugak melayan tv hanya keluar suara macam dengar radio dan gambar keluar jalur. itu maknanya tv sedang melewati hari-hari nazaknya. lepas lama untuk beberapa ketika setelah enjin [kononnya] panas baru keluar gambar yang tak berapa nak clear.

menarik juga perbincangan dalam MHI tentang bankrupsi. banyak kriteria yang dipertimbangkan sebelum di sahkan seseorang itu menjadi muflis. dan paling menarik perhatian bilamana menerangkan tentang si peminjam dan penjamin. kalau si peminjam tidak membayar hutang-hutang mereka maka si penjamin turut terkena effectnya. tak ke naya? fikir-fikirkan lah.

sambil layan tv. sambil baca buku karipap-karipap cinta.bagi saya tidak menarik. busan. walaupun ayat ada sedikit sinikal tetapi macam busan untuk orang seperti saya. kalau menarik saya akan segera habiskan. tetapi untuk cerita ini saya baca dengan malas-malas. baca untuk ulit mimpi-mimpi saya. malah buat saya tidak teruja untuk teruskan pembaca dan tidak berkeinginan untuk mengetahui apakah yang berlaku seterusnya. ampun wahai penulisnya ya!

petang-petang baru mood rajin datang. hari ni berkemas dapur. sikit. tak banyak. kemas bekas plastik. dan basuh pinggan sambil masak air yang dah kekeringan. yep, dapur rumah kami tidaklah menarik kerana siang juga seperti malam. gelap.tak tahu patut tak salahkan arkitek atau tidak? sepatutnya arkitek yg mendesign rumah kami perlu pertimbangkan kadar penggunaan tenaga elektrik. dapur gelap kena pasang lampu. ini seperti menambah perbelanjaan bil. setakat saya belajar cahaya luar juga penting malah menjimatkan tenaga.abaikan.

petang, meninjau keadaan luar rumah. depan rumah ada padang bola. geng-geng junaid selalu main di situ. tapi untuk beberapa hari ni ada belia remaja yang kononnya samseng kampung pisang menyertai geng junaid main bola. setakat ni masih lagi keadaan selamat. bukan apa bimbang dipukulnya & dibulinya kanan-kanak sekolah rendah. ada yang kene sound nanti.

tak cukup lagi bersantai di kedai ucu sambil mendengar cerita anak gadis sekolah menengah tentang sekolah mereka. terkedu. budak perempuan nak tunjuk gangster. hari-hari pegi sekolah tujuannya adalah cari gaduh. pukul orang tak kira laki atau perempuan. tak tahu nak salahkan siapa. hmmm

oh ya, innova kene tahan ward sebab ada major service untuk dua hari. dua hari ni ayah pakai satria neo. pinjam. tapi macam lawak saja ayah bawa kereta. macam tak sesuai. hihi.

penat nak jaga hati.

Saturday, February 05, 2011

5th February

february dah masuk 5hb. cuti sem dah masuk hari ke-10.

penin.

satu.pening nak manage waktu tidur. walau mata da mengantuk tapi sebab dah biasa tidur pukul 1pagi maka pukul 1pagi la baru boleh tidur. bukan tak nak lawan tapi nak ubah waktu tidur dan bangun tidur ambil masa juga.
dua, pening bila bangun tidur. tiba-tiba saja tak tahu nak buat apa. bila mengadap PC pun dah blank nak buat apa. main-main internet cari movie or drama online. selain tu macam blur-blur nak buat apa. padahal keje untuk suri rumah tu belambak tetapi tak rasa semua tu perlu dibuat segera.adei.buku-buku pun tak tahu nak baca buku. banyak je buku berlambak nak kene baca. keinginan nak membaca pun hilang. lagi-lagi sekarang, nak tengok tv juga kurang sebab tv tu tunggu masa nak campak dalam sungai kelantan saja. huhu.




You Are Whimsical




You don't ever really have a set plan for your day or your life. (yup. sekarang cuti sem. blank. tiba-tiba rasa lost pasal tujuan hidup)

You believe that if you leave yourself open to whatever might happen, some pretty amazing things take place. (yup. betul. sampai tak sedar dah menyakitkan diri sendiri.tapi ada juga perkara-perkara indah. seperti sekarang, berada di rumah. SO HEAVEN)



You crave adventure. You're willing to go almost anywhere or try almost anything. (SANGAT! tapi kalau nak betul-betul adventure kene la rancang dari sekarang.evil grin!)

You prefer to experience something before you judge it. You want to walk a mile in everyone's shoes.

(perlu tahu perkara sebenar sebelum judge orang lain. kita semua berbeza pendapat. buka hati dan terima. diam dan dengar. :) )

keliru.

tiba-tiba muncul pelbagai persoalan. soalan-soalan yang mengelirukan. soalan-soalan yang tidak jawapan. soalan-soalan yang tidak mampu dijawab. terkedu. mungkin terlalu banyak berfikir. sebab tu rasa mahu berhenti berjalan seketika. malas mahu melihat dunia. mencari-cari jawapan untuk setiap persoalan.sampai terdiam. tiada respond.

adakah ini simptom untuk menjadi lebih dewasa?

hmmm...

Thursday, January 27, 2011

Day 28 – Your favorite movie.

UP disney movie.



tengok berkali-kali tak pernah puas. i like the story. the sweet romantic old couples.banyak pengajaran. dan saya ingin terbang!

the chronicles of narnia.

two of the three story of it i already watched. but the third one waiting the dvd's out. yang ni pun tengok berkali-kali rasa nak pergi narnia je. first narnia kami tengok gaya macam dekat pawagam je. in the nite. dark room with the rains and windows open. pasang projector dekat dinding bilik. lagi best. ^_______________^

tadaima

Monday, January 24, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.

pulau ketam, klang.
akhir tahun. akhir semester 2. complete first year. sebelum balik kelantan.
berjalan menghilangkan tensen. bersama 5 orang classmate dan seorang pasangan seseorang.
jadi 3 perempuan, 4 lelaki. sebelum tu ada beberapa orang nak join tapi cancel.

ada kata pulau ketam tiada yang menarik. tapi biarlah. asal boleh berjalan. melihat dunia sudah memadai.
jadi, naik ktm berhenti di klang. end of station. kemudian berjalan sedikit ke jetty.
harga tiket depends on bot yang anda naik.

sampai di sana. ada pro and cons.
pulau ketam boleh dikatakan separa mesra alam. sebab, takkan jumpa kereta di sana. betul.
sebab ia adalah pulau-not-so pulau. jadi mereka hanya pakai basikal. motorsikal pula agak rare nak jumpa.
best pula nampak mereka naik basikal. masa tengah jalan nnt ada bunyi loceng basikal dr belakang. supaya tak da la block penungang basikal mau lalu nanti.

tapi buruknya sebab banyak sampah sarap.
penduduknya masih belum sedar tentang kebersihan.
mereka hanya buang sampah begitu sahaja.
kalau mereka menjaga kebersihan sudah tentu boleh jadi tempat tarikan pelancong yang menarik.
tapi kalau anda pencinta alam, tempat ini sesuai untuk research tentang environment sustainability design.
lebey kurang la.

rumah di pulau ketam juga macam best je.
rumah kayu. ada je rumah batu bata. setingkat.
pattern rumah juga macam lebih kurang sama saja.
mereka design sesuai dengan climate pulau ketam.
kelihatan ruang tamu sangat luas. dan beberapa bilik.
bukan mengintai tapi nampak sebab mereka bukak pintu luas-luas jadi nampak la.
walaupun siang hari panas. tapi malamnya mesti best. sejuk je. tak payah pakai aircond. agak je ni.

apa sebab orang suka pegi pulau ketam adalah kerana makanannya.
pulau ketam femes dengan makanan laut mereka.
tapi kena hati-hati untuk cari kedai halal. sebab majoriti penduduknya adalah kaum cina.
kalau boleh pergi ramai-ramai lagi bagus. enjoy sikit makan.

tapi classmate saya kebanyakannya terkilan.
sebab environmentnya kotor. tiada yang menarik sangat untuk di lihat.
makanannya agak mahal.
saya *shrug*

sebenarnya 2-3 hari lagi dah nak habis short sem. dan dah merancang dengan kawan-kawan mau ke broga hill. tapi cancel. tiket habis balik kelantan. sibuk dengan cuti raya cina. jadi untuk sem ni tidak merancang ke mana-mana sebelum balik.huhu.cuma termimpi-mimpi mahu ke pantai saja. tapi inshaALLAH untuk next sem nt sy merancang untuk berjalan lagi. ke mana kene search tempat menarik la. bila lagi nak spend masa dengan kawan-kawan. tapi next sem nampak banyak je trip nak kene pegi. huhu.

teringin nak main archery!