Saturday, May 28, 2011
KK: cabaran 50 buku: (12) sungguh aku cinta
Sungguh Aku Cinta
Anis Ayuni
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-433-3
Halaman: ~512
kata kulit buku:
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
sumber: alaf21
kata KK:
pada awal permulaan cerita tentang maira dan fajar menarik. fajar yang sebenarnya mengambil langkah untuk berkenalan dgn maira. pertemuan mereka secara tidak sengaja ketika mereka menyertai aktiviti lasak. kerana mempunyai minat yang sama mereka disatukan. ringkas saja sinopsis dari penulis anis ayuni.
ulasan dari saya, gaya penulisan dan olahan cerita dari anis ayuni untuk novel ini masih seperti novelnya yang sebelumnya. biasa tapi watak maira dan fajar menarik hati saya. fajar yang setia dan tidak pernah putus asa. membaca novel ini santai dan tiada babak yang mendebarkan ada pun ketika fajar mendaki gunung kilimanjaro namun kerisauan untuk terjadi apa-apa pada fajar sangat tipis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment