hari kedua dah masuk kerja. ye lah kelantan mana ambil cuti new year. sikit la cuti kelantan.
cerita pasal cuti. rasa tercekik sekejap sebab raya cina bos amik satu hari sahaja. orang nak cuti pun dua tiga kali. sepatutnya dua hari, dia potong satu sahaja. kalau bayar pun harga sama je gaji tu. hu-hu. tapi sebab dah niat nak cari kerja nanti, biarlah. setakat tu je la, jodoh dan rezeki dengan bos.
cerita pasal perancangan besar untuk tahun 2022, aku susun begini :
January - kemaskan resume. isi dengan betul semua kerja dan projek. jadi aku perlu listkan projek yang dah aku handle. dengan linkedIn sekali.
February - aku perlu update portfolio aku. walaupun aku pun tak tahu apa lagi nk buat dengan portfolio. pening nak fikir. nanti la kita sketch dulu idea tu.
March - dah boleh start usha-usha kerja kosong.
April - boleh dah ready dengan interview. kena doa bulan puasa.
May - raya la dulu. sambil2 apply kerja dan hantar surat resign.
Jun - semoga dapat kerja baru.
itu je la. its time tu lebarkan sayap aku. enough dengan dreaming life.
itu perancangan kerja. selain itu, macam aku dah tulis entri semalam. skill yang aku improve.
aku patut buat sedikit review pasal buku baca dan benda-benda lain kot.
hari ni ada masa sebab tak terlalu layan drama sangat. banyak juga drama ni nk tgk. hu-hu. memang kena disiplin dengan masa la. kalau tak hancur lagi rancangan 2022.
dan bagi banyak sikit entri awal tahun ni. dan nak istiqamah lagi dengan blog dan plurk ni. plurk tu...alahaaaaiiii, bila nak capai karma 100 ni. so, kena gigih hari-hari update dengan macam biar mencanak naik karma tu sebelum jun ni. hu-hu.
kena semangat!
No comments:
Post a Comment