mulakan kisah hari jumaat semalam. ada submssion report. kena hantar hardcopy. tidak tidur dan kepenatan. bersama air mata. maka update post ditangguhkan hari ini.
kisah hantar report ni sangat tragis. sebahagian saya simpan sendiri. sebahagian saya akan ceritakan disini. sebagai pengalaman. dan kenangan. juga sebagai catatan sebuah kesedihan. sebelum kisah submission ini, saya ada seorang kawan yang kurang sosial berbanding dalam maya. setiap waktu dia akan bertanya kepada saya. saya ini manusia juga, kadang-kadang saya tidak mahu layan dia dan tidak mahu berkongsi dengan dia. ada ketika saya mahu bantuannya saya cari dia balik. namun responnya bila awak tak tahu awak bertanya jadi awak kena tolong saya. tanpa saya sedari saya masa membantunya kadang-kadang menyekat saya. kejadian benar-benar terjadi semalam. dia dahulu siap dari saya bila sudah hantar dia tinggalkan saya.
saya seorang cepat nervous dan stress. makin stress makin nervous makin slow kerja saya. walaupun hanya 10% ia akan ambil masa berganda berbanding orang biasa. semalam, saya akhirnya sendirian menghantar report tersebut. sudah print, saya pegi binding. oh, studio di sini sangat best, ada tempat binding sendiri. tak payah bayar. kalau print pun beli kertas sahaja. kos lain ditanggung fakulti. tambahan pula, saya ada keyakinan kerana pernah buat kerja-kerja fotostat dan binding. bukan susah. tapi ternyata semalam kerana saya sangat nervous, report binding saya tidak menjadi. saya hubungi seorang teman. jawapan dia, oh saya penat dan mengantuk. dan akhirnya separuh report saya hancur di makan alat binding. di sini lah kisah sedih nak campak hati sakit dalam badan bermula. saya pasrah.
walaupun berjaya hantar report dengan keadaan report yang tidak berapa baik keadaannya saya terpaksa hantar juga. membazir untuk saya print sekali lagi. 40% report tersebut. dan saya kesuntukan masa. saya hantar saja. sedikit sedih mesti pensyarah tersebut memandang rendah dengan report saya. maafkan saya, tuan. apa sahaja keputusan nanti saya terima.
saya juga berkeputusan untuk tidak mendedahkan banyak maklumat kepada teman ini lagi. kalau saya maklumkan padanya saya tidak tahu atau saya belum mulakan mungkin dia akan kurang bertanya. saya tak mahu lebih ke depan darinya. saya ini kura-kura. bukan arnab. bukanlah tidak mahu berbuat baik tapi kalau buat saya sedih lagi itu pun kira saya aniaya diri sendiri.
sekali perlu saya tekankan, saya ini sendiri. orang takkan cari saya kalau saya tak cari mereka. saya tak mahu paksa diri saya jadi macam orang lain. mahu orang nampak saya.
next, misi menjadikan studio sebagai rumah kedua masih dalam proses penyesuaian. sebab kawasan meja saya orangnya tidak tetap di studio, memudahkan urusan solat saya. cuma tentang makan saya cuba konsisten bawa bekal. kadang-kadang penat nak memberitahu saya tak makan tengahhari. sarapan pagi saya makan kenyang-kenyang. saya hanya akan makan malam kemudian. antara 5.30 petang hingga 7 malam. apa sarapan pagi saya? sebab saya makan antara 9-10 pagi, air coklat panas bersama roti bakar disalut marjerin campur jem atau nutella. kalau nak kenyang lagi, makan dengan telur, bersama cheese dan sayur timun. heavy kan? sebab tu saya boleh tahan sampai 5 petang.
minggu ini juga, saya sedikit sibuk selain menyiapkan report. jumpa doktor. keluar ke taman. Hunter Valley Garden. bekas teman rumah saya mengajak saya ikut bersamanya. nak tengok gamba ada dalam google+ nanti. senang dengan photo apps dari google ni. dia detect lokasi dan buatkan album. tak ramai orang tahu tentang ini.
hari ni baru pergi shopping. selalunya saya pergi tengah minggu. di sini setiap hari rabu hypermarketnya akan keluarkan katalog untuk harga istimewa. seminggu saya sibuk berulang alik ke studio jadi tanpa saya sedari stok makanan saya kehabisan. sebab setiap minggu saya membeli-belah. misi april ini saya mahu jimat. kurangkan kos membeli entah apa-apa.
cerita projek saya pula. saya masih buntu. namun, sedikit keyakinan. saya akan teruskan project ini hanya untuk wanita. sambil buat report saya banyak baca pasal sukan dan wanita. sukan dan wanita muslim. banyak isu sebenarnya tetapi tidak diketengahkan di dalam bidang architecture. walaupun ada akan ada yang kata ianya diskriminasi, jadi saya kena faham tahap manakah ia dikatakan sebuah diksriminasi. juga, sejauh mana wanita akan ke kompleks sukan. wanita kurang bersukan sebenarnya. macam saya. bila fiikir balik, kenapa tak bersukan. sebab tak ada alat. sebab tak ada kawan. kena ada motivasi baru nak pergi. sebab kekangan masa. rasa banyak lagi benda penting. sekarang ini membuak hati nak pergi jogging. tapi tak da kasut. huhu.
tambah lagi, apa yang nak saya sediakan untuk komplek sukan saya ni. saya hanya fokus pada sukan renang dan gym fitness. sebab kalau buat aerobic lagi mudah dan bebas. juga dua-dua sukan ni memang terdedah kepada masalah pakaian juga. saya masih pertimbangkan untuk masukkan aktiviti sukan lain. macam sukan pertahankan diri. sukan sunnah. menjadi isu sekarang, apa sebabnya. apa relevannya.
tulis begini akan menjana idea-idea baru sebenarnya. saya dinasihatkan untuk sentiasa bercerita tentang projek ini. supaya saya faham dan cari kelemahan. kelemahan yang boleh buat orang salah faham dan orang tak tahu jadi keliru dengan projek ni.
saya masih ada 2 tugasan yang akan dihantar dalam tempoh dua minggu ini. concept design dan ecology. rasanya saya mahu tangguh untuk satu tugasan ini. menyedari kelemahan saya yang cepat stress ini. rasanya tak mampu nak buat dua sekali gus. saya bukan multitask person.
No comments:
Post a Comment