week 3 bermula dengan sesi tutorial yang menarik. datang lambat jadi orang terakhir buat sesi perbincangan si tutor kalau-dia-ada-misai-lebih-hensem. sedangkan waktu itu lecture pak cik Tucker. tak mengapa sebab pak cik Tucker tengah explain pasal perubahan struktur akademik selepas batch kami. kali ini lebih tenang explain pada tutor abang-tiada-misai. explain tenang-tenang. satu-satu. lebih jelas. cerita keadaan politik dan budaya. pada minggu lepas proposed nak buat sport complex untuk wanita terus abang-tiada-misai tak setuju. pada anggapanku, mungkin dia faham nak buat stadium. bila kali ini kata lebih pada sukan air. dengan mengasingkan space antara lelaki dan perempuan abang-tiada-misai kemudian mencadangkan "apa kata buat untuk wanita sahaja. sebagai tempat eklusif untuk perempuan sahaja. kebarangkalian untuk orang lelaki nak protest agak tinggi." hailaaaa...macam2 la abang-tiada-misai.
dia bagi tips dengan menekankan "awak lambat". nanti buat presentation awak kena fikir awak nak mengurat pelanggan awak dengan projek awak ni. bagaimana awak cairkan hati dia. chia chia chia bak kata jep. oh imaginasi. minggu ini abang-tiada-misai suka dengan projek ini. hati rasa ok. boleh teruskan mengembangkan idea ini. cuma sekarang tengah buat slide ini. keliru. pening. sentiasa berlaku. apa nak buat ni...model pun tak tahu lagi nk buat macam mana.
kemudian sesi kedua dengan lecture yang lebih berpengalaman. ada 5 orang termasuk pak cik Tucker. sebab minggu lepas dah jumpa pak cik Tucker. kali ini jumpa pak cik Richard. sila bayangkan pak cik dalam cerita up. itulah dia. rasanya umur dia dah hampir 80 thn. rasanya lah. dia suka malaysia. tahu sejarah malaysia. pak cik Richard sangat positif. nasihat buat presentation nanti jangan hanya tunjuk gambar tapi fikir apa yang awak nak sampaikan. hmmmm... keliru lagi.
disebabkan tiada orang nak bercakap. si teman pakistan ada hidup dia yang sentiasa dipenuhi panggilan dari ahli keluarganya tak kisah jam berapa. maka dia tidak memerlukanku dalam hidup dia. sebab waktu tidurnya tidak tentu dengan kerjanya lagi kami makin jarang bertemu dan berbual kosong. tanpa ku sedari setiap minggu hari-hari akan keluar membeli barang. sila maklum di sini bukan kedai tepi jalan boleh singgah. sini lebih kepada shopping ala mydin, giant gitu. sekali masuk pasti ada yang nak beli. kali ini lebih parah. dah terjebak dengan membeli secara online.
bukan baju yang dibeli. lebih kepada gadget. pastu barang harian pun beli online. sejak malas nak keluar dan mengangkut barang berat. maka lebih baik lah suruh mereka hantar bukan. cuma masalah beli online selalu buat aku tertunggu sahaja. macam tak boleh fokus nak buat kerja pula. hailaaaa...bagusnya terapi untuk diri sendiri.
sekarang ni kurang sikit memasak. tapi bila balik kelas rasa stress terus amik kuali pasang gas. jadi masak apa sahaja. asal boleh makan dengan nasi. ada beli salad tapi silap simpan jadi layu maka instead of try making salad it turns to be seaweed soup gitu. tapi boleh tahan. sedap untuk kali pertama.
kerja gila lagi. menginstall crack software di laptop ni. kebanyakannya hilang setelah diformat. huhu.
berkenaan tajuk border line. masih ada yang saya takuti. takut untuk memasuki kawasan tersebut. takut terluka lagi. takut untuk apa2 expectation. sungguh jiwa dan diri masih lemah untuk sesetengah perkara. hmmm....takut untuk berdepan dengan orang ramai. takut dengan orang tak berapa kenal pada kali pertama.
gambar diatas quiz tentang bagaiamana anda lihat satu perkataan dengan warna. kira seimbang la ye. sedangkan hari ni. telah terserlah perangai sress tu. tak mahu bercakap dengan orang. tidur banyak. tapi masih lagi lalu makan. paling kritikal bila lapar tapi tak boleh telan.
hari selasa ada presentation pertama untuk semester ini. bismillah....

No comments:
Post a Comment