berbaki 2 hari lagi untuk selesai semester ini.
topik hari ni. pengalaman menjadi muslim dari malaysia bertemu muslim serta mengenali bangsa-bangsa dunia.
sejak hadirnya seorang teman rumah yang baru berasal dari Pakistan, hidup ini lebih meriah. sepertinya hadirnya ahli keluarga yang sangat dengan diriku. persamaannya dia punya 5 saudara perempuan yang punya hubungan sangat baik. tidak pernah bergaduh serta berkongsi banyak hal bersama. dia seorang muslim yang menyuntik semangatku untuk menyerlahkan bahawa AKU SEORANG MUSLIM.
kemudian, hampir dua minggu berkampung di library atau lebih tepat AIC. tempat belajar 24/7 , selepas pukul 5 kami akan berkampung disana sehingga lewat malam. sebelum ini, awal semester hari tu berkampung juga disitu tapi sorang-sorang dan balik dengan security shuttle bus (sy ada hutang untuk cerita pasal security guard ni).
kami, bukan sahaja si gadis dri Pakistan ini. masih ada dari Nepal dan India. diversity kan? yang dua lagi ini bukan muslim. bila mereka berbicara sesama sendiri, menggunakan bahasa ibunda mereka, saya hanya akan tersenyum. bahagia.
berkampung di AIC, mengenali bangsa-bangsa lain. orang tempatan pun ada juga belajar disitu. kadang-kadang sepet mata mereka tak semestinya mereka cina dari Tanah Besar. ada dari Indonesia. pastilah, kerna omongnya guna bahasa indonesia. bukan mandarin. kalau mandarin, sekarang dah boleh kena. mandarin pun ada dialek dia juga. yang paling best, mata sepet tapi bising-bising duk berbual tu dari Korea. kalau tak kenal bahasa korea, memang hangpa bukak ahli K-pop la kan. yang paling rare nak jumpa, orang jepun. macam mana saya tahu, tengok gaya dia. ini lelaki, mata sepet juga tapi rambut dia warna putih. pastu akhirnya keluar suara, yakinlah dia dari jepun. hihi.
betapa diversitinya berkampung disitu. kemudian, kenal seorang mak cik ni. dengar dia cakap macam tuki or arab tapi sebenarnya dari Iraq. setiap kali bertemu, kami saling membalas senyum. baik sekali.
ada peristiwa lucu, sebab meja komputer di AIC ini rounding. jadi satu meja ada beberapa PC. datang seorang lelaki datang menyapa duduk di sebelah bagi salam dan bertanya "apa khabar?" sememangnya jelas dan nyata, dia menegurku. ha-ha. pelik dan awkward bila disapa begini.
satu tempat tapi engkau bertemu ragam manusia. ini bangsa-bangsa yang mengajarkan mu tentang hidup. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment