semester pertama tahun terakhir.
wafa mengunjungi studio meja tempat untuk dia bekerja sepanjang tahun terakhirnya di situ sebelum sesi kelas bermula. sebelum cuti semester bermula, sudah dia 'book' mejanya untuk semester sekarang. apabila pertukaran tahun, ruang tempat bekerja juga berubah. awal-awal lagi dia, Andy, Ella, Chua dan Joanne memilih ruang kerja yang berdekatan dengan tangga. iaitu dekat dengan muka pintu. ruang kerja yang mereka boleh muat untuk 6-8 orang. bergantung kepada keluasan ruang yang mereka guna. Wafa pilih ruang hujung sekali. tersorok.
wafa perlu melewati ruang kerja temannya untuk sampai ke mejanya. ada satu poster melekat pada dinding ruang kerja sebelah mejanya. iaitu jiran meja kerja. poster menarik perhatian wafa. sebuah masjid. wafa memerhati dekat. masjid biru di Turki. tempat impian yang ingin dia kunjungi suatu hari nanti. wafa senyum.
'siapa yang letak gambar masjid biru ni?' detik hati wafa. tidak mungkin Andy atau Chua apatah lagi Joanne dan Ella. pada semester lepas masing-masing punya idea berbeza untuk projek tahun terakhir. jauh sekali project reka masjid. Wafa jadi penasaran. di meja yang terletak poster itu tiada nama. teruja pun ada. siapa yang berminat nak reka masjid ni?
"wafa!" tegur Joanne. nampaknya temannya sudah tiba dan bermakna kelas hampir bermula dibawah.
"hi, Joane!" balas Wafa sambil menghampiri Joanne. senyum ceria. semester sudah bermula.
"what are you doing?" ramah Joanne menegur.
"nothing, just come to check on our working area.let's go, i think lecture starting," Wafa mengalih perhatian Joanne dan mereka mula bergerak turun ke bawah. tiada yang menarik untuk dikongsi. walaupun misteri poster masjid biru belum selesai, Wafa yakin minggu akan datang misteri itu akan selesai. tidak perlu terburu-buru untuk dia mengetahui. juga, tidak penting untuk dia berkongsi dengan Joanne.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
hari rabu, hari kedua sesi tutorial untuk subjek studio design. lebih malang lagi, sesi wafa dengan pensyarahnya adalah selepas waktu tengah hari. sengaja wafa datang awal, pukul 9 pagi sebab dia berjanji untuk menyelesaikan kerjanya di studio.
wafa bersiap merapi mejanya. buku-buku rujukan di susun atas meja. butter paper dikeluarkan dari beg. laptop sudah sedia. studio mula berbunyi. bermakna masing-masing telah hadir untuk sesi kelas masing-masing.
"hi, morning!" suara ceria menegur wafa. bulat mata Wafa. terperanjat. pantas dia mengalihkan pandangannya. melihat pada empunya suara.
"oh, hi. morning. how its going," wafa membalas mesra. begitualh tatacara orang disini. menyapa dengan mesra dan bertanya khabar. suara yang menegurnya itu adalah Louis. Wafa yakin, Louis tidak mengenalnya berbanding Wafa mengenal Louis.
"so, your working area is it here?"soal si Louis. gaya untuk lebih mengenal dengan mendalam. Wafa mengangguk dan senyum. begitulah cara Wafa kurang bersuara dan lebih banyak tersenyum.
"means, we are neighbour. am sitting here," tambah si Louis. kejutan kedua Wafa terima dari si Louis. jadi, inilah orang yang menampal poster masjid biru tu.
"oh, really? hi, neighbour," untuk mengurangkan drama, Wafa menjawab dengan jenaka. Louis senyum. melihat Louis sedang menyiapkan mejanya, Wafa meneruskan kerjanya. dia masih belum ada keputusan untuk final projectnya. keliru. kalau ikut keinginannya, dia mahu reka perpustakaan tetapi dia belum sebab yang kukuh untuk dia teruskan.
Wafa memandang Louis sekilas. ada persoalan timbul di hatinya, apakah final project si Louis buat? adakah kaitan dengan Masjid biru ini? tetapi hati Wafa tidak meyakini dengan apa yang dilihat. mustahil si Louis yang bukan islam ini mahu reka masjid. kalau mahu reka masjid, dimana? adakah dia faham tentang Islam? yang penting, adakah pensyarah mereka akan menerima?
No comments:
Post a Comment