minggu ini sudah minggu ke-dua bersenang lenang di rumah.
sebelum balik bercuti sudah rancang itu dan ini. tapi kerana selesanya kembali ke tempat asal jadi lupa dengan itu dan ini.
dua minggu berseronok melayan movie di rumah. bersama keluarga. tukang download siapa lagi, tukang taip ini lah. sebelum bagi tengok, memang kene tapi dulu. untuk umum atau tidak.
setakat ini chronicles of narnia dah ulang tayang banyak kali. sampai lebam. ha-ha. diary of wimpy kids sekali.
kerja rumah yang paling konsisten baju. basuh. sidai. dan lipat. gosok masih malas. konsisten pun masih belum sempurna. ada saja yang tak kena. itu baru satu keje. dapur masih belum settle.
cakap pasal dapur. aim cuti kali ni nak tambah berat badan. jadi, kene buat betul-betul.
masih lagi menyusun jadual. nampaknya 2 minggu sudah cukup rehat. butakan mata. pekakkan telinga. kerja masih lagi banyak.
semangat kene kuat. hati kene tabah!
mari menikmati cuti yang sedikit panjang kali ini!
jadi, hari-hari kene tambah entri sebagai penanda aras cuti kali ini. ;)
No comments:
Post a Comment