9.30 malam, rabu.
destinasi: KAY EL.
--------------------
6.20pagi: Khamis.hentian putra.hujan.
6.50 pagi: menuju ke KEPONG SENTRAL. elok saja selesai beli tiket, train sampai. nasib baik.
7.++pagi: destinasi seterusnya ke umah sewa.jumpa zati dan kak huda.
8.30pagi: menuju ke kolej bersama zati. nak amik result. energi: kuey teow + nasi goreng cina + sedikit air kosong sejuk. *hujanlah!*
zati ada last paper. dan saya, satu pagi yg telah di bazirkan di finance. phone battery low. petang baru urusan boleh siap. terpaksa cancel appointment dengan ramzan. sangat-sangat bersalah pada dia. minta maaf. jumpa skjap miss mir tapi lupa nk amik gambar model traditional house yg sgt tidak cantik pernah dibuat. punya la semangat bawa kamera!
lepas lunch baru urusan selesai. tapi
selesai.bekejar ke tempat ayah pula.mtak pak cik prebet hntrkan tapi sgt menyakitkan hati.20minit telah dibazirkan. amik keputusan jalan kaki.nasib baik. elok je sampai, train dtg.berebut dgn org balik kerja. aigoo... kali terakhir singgah umah sewa - tuan rumah sudah jual. tak tahu lah berjumpa lagi ke tidak dgn zati dengan kak huda.
nak amik gamba lain. gamba ni pula ditangkap.
---------------------
jumaat, pagi.hujan.pukul 7++. selesaikan urusan kedua. berebut dengan orang nak pegi keje plak.adesh!budget siap dulu dari ayah. heh!
energi: roti twist + air mineral + 100plus. perut meragam. conan edisi 65 sudah keluar! ha-ha.
sampai destinasi. subang jaya. urusan kedua ditangguhkan. 9.30pagi baru dapat diselesaikan. ingatkan mudah. tapi kene berkejar sana sini -binding.withdraw duit. hampir saja kene marah. nasib baik mereka tolong. patutnya bila ada kesulitan begini rasa mahu nangis saja tapi boleh pula tenang dan pasang telinga apa yg patut buat. phone buat hal -orang call tak dengar.kene call balik.kredit yg banyak sebelumnya laju saja mengalir berkurangan.huh.
masa masih berjalan. pukul 12.30 urusan selesai. ayah dah gerak. waktu jumaat hampir tiba. cari teksi. sambil berjalan kaki. sekali lagi. beg makin berat pula patutnya makin ringan. dapat teksi. pak cik teksi kata stesen subang jaya dkat saja. ye aku tau. tapi sudah penat. nasib baik dia mahu tolong. sampai stesen. nasib baik lagi. elok je nak rentas jejantas train sampai. ayah dah tunggu. sampai-sampai cari bus. nasib baik, duduk sekejap dalam bus. bus terus gerak. penat tapi tak terasa mahu lelap.kaki dah sakit.belakang dah keras tak boleh nk bongkok-bongkok dah.
sampai-sampai,bagitahu ayah lapar. dapat nasi lemak. nyum!
elok je sampai kelantan. ramainya umat. tepuk dahi. lupa. kapal pertama orang balik haji sampai pagi tadi di KLIA.
poof. satu pagi jumaat kelelahan ke sana sini. petang jumaat dah sampai kelantan. tarik nafas. penat!
--------------------
pemandangan malam menara kuala lumpur ini sangat cantik.