kehadapan umi dan adinda,abdul rahman.
salam adiladha dari Lala-chan.
pagi raya seperti kebiasaannya. kami solat sunat hari raya dimana ayah kene baca khutbah. pagi hari raya seperti biasa. ketika ayah baca khutbah muhammad dan kashfi buat bising. biasalah bila dua pupu ni bertemu. termasuk ali akmal sekali. *segan,uh*
kemudian, selesai solat sunat hari raya. kami singgah rumah mek yg tak seperti selalu *sad*. selesai di situ, singgah pula rumah ustaz din. sama seperti raya-raya yg lepas.
ayah pula seperti biasa. dia hero aidiladha [baca:tukang sembelih]. depan rumah kita juga ada org buat korban - ayah jimmy dan geng dia.
tapi, adiladha tahun ni berbeza sedikit suasana.kurang sedikit seronok. kerana dia yg selalu mengaturkan proses korban. tapi bila dia sudah tiada, kelam-kabut sedikit jadinya. lembu seperti merajuk. tak mahu berjalan ke tempat korban. maka tempat kejadian telah diubah mengikut keadaan lembu itu.
teringat aidiladha tahun sebelumnya, kita buat depan-sebelah rumah kitakan. tercapai hajat dia utk beraya di rumah kita seperti dia tahu dia tidak akan berkesempatan lagi. meriahnya suasana waktu itu. rindukan dia
oh ya, terlupa pula. aidiladha kali ini kami meraikan bersama anis, kawan sekolah nasibah. gantikan tempat abe ngoh. he-he.kerana keluarganya tidak membenarkan di pulang ke KAY EL..
kembali cerita aidiladha1430H, selepas jumaat kami balik rumah atuk&nenek. alhamdulillah cuaca sepanjang hari sgt baik namun sedikit hujan bila sampai di kem desa pahlawan. selepas itu cerah balik. sampai rumah atuk, tgk pak cik tgh uruskan daging korbannya. kami bersantap di umah atuk&nenek. dan malamnya pula sambil menonton nur kasih, kami bersantap di rumah tok abah pula. he-he.
di rumah atuk&nenek, sempatlah bertanya pada nenek cara-cara bersihkan perut lembu. takkan reti makan sahaja. mestilah kene tahu cara bersihnya.nnt lepas ni boleh buat sendirikan. rupanya nak basuh perut lembu proses amat susah dan letih.mula-mula kene rebus dulu perut lembu pastu baru kikis kotoran yg ada pada perut lembu. ringkas sahaja caranya tapi letih...
mungkin ini sahaja dapat anakanda,Lala-chan dapat kongsikan buat umi dan adinda,abdul rahman yg jauh di sana. buat adinda abdul rahman, bila baca yg kamu rindukan kami. tanpa sedar, air mata lala-chan juga megalir. adinda telah buat kakandamu ini menangis. aigoo..ini juga sebahagian dari berkorban jugakan?
harapnya, moga umi dan adinda juga gembira meraikan aidiladha diseberang sana.kunantikan kepulangan kalian.cewah.wassalam.
p/s: kalau mahu lihat gambarnya, lihat sahaja di facebook.
yang merindui kalian,
lala-chan.
kg kutan hilir,kelantan.