Sunday, December 19, 2021

Disember Banjir

 Hanyalah entri yang pendek untuk aku ceritakan bulan disember 2021. 

bulan ni duk kejar target nk habiskan baca buku 12 buah untuk setahun tapi sebulan nk kejar. ha-ha.gila! nak capai target! setakat entri ni, dah baca 6 buah buku. ada lagi 6 nk kena kejar!

12.12 hari tu terjebak beli barang harga 12 sen dengan RM0 free shipping. lepas tu mabuk nk beli lagi. 

dan bulan ni jugak, adik beradik berkumpul. ingat nak cuti selasa sampai khamis, tapi dapat ahad dan isnin. aduhai. 

dan sejarah untuk tahun ini pula, shah alam yang tak pernah banjir telah mengalami banjir. rekod banjir setakat ini. minggu lepas cuaca baik-baik sahaja. tetapi seperti yang dijangka bila dah masuk hujung tahun, adalah banjir. teruk atau tidak je. 

the mood swing still on and off. 

lagi? 

buat 25 days self love journal. sebab duk mood swing. 

itu je la ringkasan disember. tak teringat nk tulis blog hujung tahun ni. ada lagi 11 hari berakhir 2021. 

Saturday, November 13, 2021

emosi itu

 aku sebenarnya malas nak tulis tapi sebab benda bermain-main dalam minda aku buat aku jadi penat. aku perlu tulis untuk let go. nak tulis sendiri pun aku masih ragu-ragu. perlu atau tidak. 

tapi sensitif aku masih tak mahu lupakan walaupun dah lama. aku ingat lepas dua tiga hari ok la. 

tapi tak. aku cari sebab. kerana aku skip ubat. aku jadi tak boleh lupa. aku skip ubat. aku jadi letih. aku skip ubat emosi aku jadi lebih terasa. 

silap aku tapi aku tak ucap maaf. silap aku sebab aku lupa nak tulis maaf. sebab aku semua jadi kacau bilau. maka, apa yang jadi sekeliling aku, aku jadi lebih perasa. hanya sekali aku skip ubat. bukan kehendak aku. aku salah perkiraan sebab aku skip ubat.

sebenarnya aku boleh tenang walaupun aku terskip ubat sehari. tapi sebab sekeliling yang aku tak boleh kawal, maka emosi tak mampu nak bertenang. 

sebenarnya aku tak suka berada dalam emosi ini. terlalu lama rasa. terlalu lama mendalam dengan rasa ini. aku tak tahu apa yang perlu aku perlu ganggu minda aku dari fikir semua ini. 

bukan aku nak jadi rasa begini. aku tak mampu nak kawal walaupun aku dah bertenang. aku perlu biarkan rasa ini untuk dua tiga hari lagi. sungguh emosi aku sekarang sangat-sangat rapuh. sensitif. 

aku tak berani nak tulis untuk perasaan sebenar sebab aku takut orang kecewa. orang terasa. entah, aku takut untuk lukakan hati orang lain lagi. aku memang tak pandai nak jaga perasaan orang. aku memang dan selalu lukakan hati orang. sebab tu aku tulis tentang rasa aku sahaja. aku yang sensitif. aku tak tahu sampai bila aku perlu bergantung pada ubat. sebab aku tak suka tunjuk aku marah. aku tak suka tunjuk bad side sebab aku rasa aku akan jadi monster. aku takut untuk lihat diri aku begitu. 

aku harap aku boleh lupa rasa ini esok hari. sebab aku tahu aku boleh lalui benda ini. cuma aku perlu masa. 

Monday, November 08, 2021

FULL NOVEMBER

 ok, first entry november. masa tulis ni baru realise, eh dah nak hujung tahun! and i manage to update every month. GREAT JOB KHAULS!

ok, kita cerita pelan bulan november ni dulu. 

sebab bulan oktober lepas baru boleh rentas negeri, jadi bulan november ni macam bulan berjalan-jalan walaupun sekarang dah masuk musim tengkujuh atau musim hujan. 

awal minggu lepas, mula masuk november dengan appointment doktor. doktor psikiatri, doktor psikologi dan doktor gigi. gigi bongsu belah kiri ni pula buat hal. setakat ni tak berapa sakit sangat tapi tak selesa. 

kelam kabut dengan appointment, nak masuk kerja lagi. nasib baik lah,semua ok. dipermudahkan. 

kemudian perubahan pelan last minit, last day kerja, hari rabu kena balik kampung. dari office sampai kampung nenek macam jauh sangat sebab dua jam perjalanan. padahal kalau ikut biasa, 30-45minit dah boleh sampai. 

bersuka ria sekejap sebab famili umi semua berkumpul. seronok jumpa orang berbual macam-macam cerita. then, rushing balik sebab nak kemas beg. hari khamis nk ke penang pula.

cerita trip ke penang ni pun last minit pelan dengan del. pagi khamis bertolak dengan kak rah sekali. seronok dengar cerita untuk trip ni. sebab keluarga masing-masing kenal. dan kami kenal pun dari sekolah kemudia selalu keluar bersama. beautiful friendship yet complicated. so, tema trip kali ni reunion sekolah lain batch. hi-hi. 

trip ke penang excited sikit sebab kali ni betul-betul berjalan. jalan-jalan cari makan. tapi tak makan banyak pun. bila tengok gambar balik. hi-hi. dan OOTD sikit. 

tempat-tempat yang pergi pun macam down memori lane sebab pergi tempat site visit. bila dah sampai baru ingat. ingat-ingat lupa. dan aku tak ingat langsung hotel yang kami stay. entah dekat mana sebab aku hilang terus memori tu. yang aku ingat buat measurement drawing sahaja. 

memang enjoy habis dan aku survive drive di Penang. kalau tanya, ok ke tak. memang aku cakap ok dan puas hati. plus, dah lama tak keluar berjalan. dapat lepas, memang enjoy la. and we had a lot of confession regarding relationship. ha-ha. geng single macam ni la. 

cerita trip, kita cerita next entri la kot. 

Penang done!

Dabong uncertain.

Johor coming soon....

Thursday, October 28, 2021

End of October

 Rasa macam cepat je bulan 10 ni. nak kata sebab hari jadi tak juga. tahu-tahu minggu ni dah dapat gaji. 

mungkin sebab excited dengan dah boleh rentas negeri pada 11 oktober hari tu. 

bulan 11 ni pula dapat cuti umum untuk sultan je. Deepavali bos tak ambil jadi kena ambil cuti. down la sikit. 

tapi tup-tup, ramai pula offer untuk berjalan dan ada yang nak balik kg. rasa nak keluar tapi tak tahu nak ke mana. 

oh, lepas 11hb tu cik bah balik. hari khamis, junaid bawa pegi pantai. seronok boleh pijak pasir pantai. melompat macam tak pernah ke pantai. kata ali macam dalam gua nampak pantai excited terlebih. boleh rasa kaki tu lega. 

then pagi sabtu pegi ke Jeram Mengaji dekat Pasir Puteh. kali ini pijak batu. memang terapi tapak kaki la. rasa darah tu dah function sampai ke otak. 

itu yang cerita lepas. ke dah cerita. ha-ha. malas nak tengok. ok, end. 

then cerita pasal desktop pula. sebelum ni asyik layan netflix, untuk bulan ni dah langgan balik viu. seronok la melayan drama di viu pula. ada variety. balik kerja layan variety show. tapi ada isu denga speaker asyik habis battery. sebab tak tahan nak tunggu 12.12. pay day sale shopee 25hb ada promo terus grab. berbaloi la harganya. dalam bajet. sekarang lagi seronok la nak layan drama. bak kata abe ngoh dah macam wayang. 

dan projek architecture aku semua terbengkalai. tak ada mood nak buat. cerita pun tak boleh nak tulis memang hilang terus mood. tapi kena cari momentum. rasa macam dekstop ni untuk entertainment pulak. alahai. 

kira complete dah la menata rias dekstop. haha. gamba cukup la dalam status WA je. 

and last sekali, sebab cerita november tu rasa macam tak nak hadap november. tiba-tiba ramai ajak pergi cuti. jadi excited nk sambut november. 

dan alhamdulillah, i manage hadap tragedi oktober tu. kisah scam dua tahun lepas. 

akhir sekali, tak sangka durian runtuh bulan ni. dapat rm500. rezeki sangat. while i was wondering and lost in my faith. ia macam mengukuhkan my faith and reminder to myself. i am nothing. 

Tuesday, October 19, 2021

Ubat Habis

hari ahad lepas ubat habis, isnin aku pergi klinik. tiba-tiba aku rasa irritating, bukan tak puas hati tapi macam serabut dan entah tak jumpa perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu.
 
aku pergi klinik. tunjuk kad dan cakap ubat aku habis. orang yang dekat kaunter tu ambil kad aku je dan tak dengar penerangan aku. kemudian misi panggil aku untuk bacaan bp dengan berat. 

aku rasa macam lama aku kena tunggu. aku pergi kaunter balik. aku cakap aku nak kad dan aku nak balik. aku tak nak jumpa doktor. bila aku buat aksi macam tu. doktor panggil. aku dah nekad tak nak jumpa. buang masa aku. aku datang sebelum pukul 8.30 lagi tapi kena tunggu hampir 45 minit. aku tak boleh sabar. 

doktor kemudian keluar. dia tanya betul tak nak jumpa doktor? aku cakap ya! aku datang bukan sebab nak jumpa doktor. aku cakap ubat aku habis. aku nak masuk kerja. aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. ni dekat 9.30 lama kot aku kena tunggu. kemudian doktor masuk dalam dan keluarkan resit ubat. resit ubat tu tunjuk aku nak kena tambah dua-dua ubat yang aku makan. 

aku marah lagi. ubat aku habis yang ni sahaja. aku tunjuk plastik ubat yang habis. doktor nak marah aku sebab tak beritahu. aku cakap tak ada orang tanya. aku cakap aku tak boleh ambil hari ni. aku datang hari lain. doktor dah annoyed dengan aku. doktor tawar mc pada aku. aku yang banyak kerja rasa nak jerit je. doktor saya nak masuk kerja. 

doktor dah risau sebab aku datang hari rabu ambil ubat. doktor mana tahu, aku kena tunggu lagi untuk ambil ubat. aku tak nak buang masa. aku ambil resit ubat dan aku cakap pada doktor pandai-pandai la aku hidup. 

dan kejadian ini menghantui aku untuk satu hari. aku buat kerja sambil benda ni bermain-main dalam minda. sungguh la aku rasa macam kecewa dan tertekan. benda aku nak cakap tak ada orang dengar. aku rasa aku nak sound je doktor dan misi tu nanti appointment aku nanti.

aku rasa mereka ingat aku ni sakit jadi layan aku macam ni apa. rasa nak marah je, tolong beritahu dan jelaskan dan tanya apa yang patut. penat. penat nak fikir. penat nak distract diri jangan fikir. penat sampai satu hari. 

frustrated. annoying. irirtating. rasa macam kena pijak. 

Monday, October 11, 2021

11.10.2021


 Untuk tahun ni aku mahu raikan dengan senyap. Biasa-biasa je macam hari yang lain. 

Tapi alhamdulillah, dapat kejutan dari sibling. 

dapat kek, sambutan sederhana dari geng ofis. 

ada hadiah dari kawan-kawan terdekat. itu sahaja. aku rasa bahagia. tak perlu nk gembar-gembur sangat.

sebenarnya aku rasa sangat bersyukur untuk tahun ni. aku rasa tema untuk tahun untuk aku kira rasa syukur dengan nikmat yang aku dapat. setiap hari ada sahaja yang aku rasa syukur. macam bawa kereta sorang-sorang balik kerja tengah jem tu. pastu sekarang ulang-alik kerja ada orang ambil. Lepas tu, balik kampung tidur rumah nenek. bergaduh manja dengan adik lelaki. solat jemaah dengan imam-imam yang ada. walalupun gaji ciput tapi selalu ada makan-makan. staff yang bekerjasama. 

dapat duduk dengan umi ayah. kerja dekat kelantan. tak perlu stress tak boleh kampung. 

tahun ni juga menguji aku, ye la. aku rasa tahun ni la aku jumpa ramai orang. anxiety tu masih tapi manageable. aku boleh communicate dengan mereka. ada masa juga aku rasa berdebar - debar tapi boleh kesan dengan cepat. 

dan tanpa aku sedar ALLAH kabulkan doa aku dengan cara yang aku tak sangka. dalam waktu pandemik begini. disebalik ujian ini ada hikmahnya. 

dan ALLAH will bring what you wish for in the most beautiful way. yes,indeed. susunan perjalanan hidup aku, ALLAH susun dengan baik dan indah sekali. memang rasa macam hiccup atau tercekik/tersedak tapi ia bukan bahaya pun. just untuk aku beringat. itu saja. 

aku nak tulis panjang lagi tapi aku macam dah lupa dan mengantuk pun dah datang. nak update dekat FB lagi. hailaa..rasa mcm menyesal pula makan ubat. harap-harap otak boleh fungsi lagi lepas ni. untuk 2-3 minit lagi...

anywa, HAPPY 33th Year of Life, Khaulah. 



Sunday, October 10, 2021

Jamuan dan Gaji 1.2K

 dua tiga minggu naik lagi isu gaji 1.2K.

ada benda aku setuju dan ada benda aku tak setuju. 

sebabnya, seminggu ni ada isu air pula. Aku rasa penat juga. hilang moral orang kata. Gaji aku dah la rendah. pastu moral-moral lain pun tak membantu aku untuk semangat buat kerja. 

ya, aku setuju untuk yang fresh graduate, nak kerja kalau gaji permulaan 1.2k tu. tapi untuk aku yang dah pengalaman lebih dua tahun pun dibayar gaji sama dengan fresh graduate tak patut sebenarnya. awal-awal dulu aku ok la. ingatkan lepas dah permanent naik banyak la. sebab projek aku buat tu banyak la juga. tapi hanya naik 150 sahaja untuk aku yang dah ada pengalaman kerja. kalau naik sikit lagi aku terima. aku ingat naik la 1500 tapi tak. takat tu saja. sembang je lebih. cakap ada kenaikan. naik juga tapi tak berbaloi. aku nak bayar membership PAM pun tak lepas ni. sekarang ni sakit kepala macam mana nak kumpul CPD dan maintan GA aku ni. 

kemudian aku baca pos, orang yang backup patut gaji 1.2. dulu-dulu pun aku starting kerja gaji pun rendah juga tapi sekarang dengan pengalaman aku, gaji makin rendah. bukan makin naik. rasa tak ada value la juga. ada orang cakap kenalah empati dengan majikan. eh, kalau majikan boleh bercuti luar negara. hantar makanan pada anak-anak courier hari-hari kira lebih mampu la kan. aku gaji banyak tu pun tak lepas nk beli kereta. kalau bos aku bersederhana aku terima. tapi dia extra berbelanja kira tak patut la. 

dan aku nak cari kerja lain pun, nak kena update portfolio dan resume lagi. benda ni pun makan masa juga nak buat. bukan tak nak. dan keadaan sekarang ni masih belum stabil terpaksa la hadap. hu-hu. so, sekarang ni kena bersabar la. 

iklan-iklan yang aku tengok semua nak revit. aku pun revit tak berapa nak pakar lagi. bukak revit hari tu blurr..tak tahu mula apa. bayangkan la 5 tahun dah aku tinggal. memang kena ulangkaji la. kerja pula habis pukul 5.30 memang susah la aku nak susun masa. 

itu pasal gaji. tapi untuk kebaikak kerja sini, makan selalu ada susbisidi. ada jamuan. itu je la yang seronok. staff pun semua ok. lepas 9 bulan kerja ni baru aku boleh adapt. dah boleh kawan dengan semua. jadi, aku boleh nak ikat perut kalau kerja sini. sebab nak bayar benda lain. nak belanja adik beradik. 

cerita pasal jamuan ni, boleh kata setiap bulan ada jamuan. raikan budak praktikal habis Latihan industri. Jamuan hari jadi staff. dan adalah sebulan sekali makan-makan dengan staff. itu je la rezeki lebih dekat sini. huhu. 

tapi urusan kewangan aku ketat la sikit sekarang. nak selesaikan hutang. dan buat simpanan lagi. gitu la. orang kata cukup je sebenarnya bulan-bulan tu. entah, aku tak tahu. sebab aku selalu ada terlebih belanja. mungkin aku patut betul-betul ikat perut. 

Saturday, October 09, 2021

September End 2021

 September macam-macam jadi. 

beli dekstop.

cucuk vaksin 2nd dos. 

pergi rumah nenek. 

tidur rumah nenek. 

dan peristiwa subuh pagi jumaat. 

cuti yang banyak. amik cuti sebab appointment doktor. 

cerita yang tertangguh untuk aku ceritakan. pertistiwa subuh. 

cerita dia bermula, malam sebelum tu aku ada usrah atau program apa ntah dekat GM. pastu aku tertidur. selalunya by 5.30 atau 5.15 mcm tu aku akan tersedar untuk tutup kipas. lepas subuh tu nnt aku akan bangun. 

tapi masa tu aku tak terbangun, cuma macam tersedar. kemudian aku ada terdengar bunyi yang kuat. aku tak tahu nak terangkan bunyi tersebut mcm mana. yang aku tahu, aku cemas ingat junaid dah kena serang cramp satu badan. sbb bunyinya kuat sangat. aku terus jerit sbb aku tak tahu keadaan junaid mcm mana. aku jerit sekuatnya dengan cemas. 

waktu menjerit aku intai katil junaid tidur. tiada gegaran. aku cuba beranikan diri. sebab bunyi tu masih ada. aku dah jerit abe ngoh pula. patutnya abe ngoh sedar la. untuk bantu junaid. masa jerit tu aku masih duduk dikatil. lepas tu baru aku bangkit untuk keluar bilik. pintu bilik tak tutup sebab aku boleh nampak katil junaid. 

aku nampak rexy kucing kesayangan junadi lari masuk dapur. disebabkan katil junaid tak gogek pun. aku jadi fikir ada orang pecah masuk ke? abe ngoh tengan lawan dengan pencuri ke? aku keluar dengan perlahan. ayah dah bukak pintu bilik dia. aku keluar dan tengok abe ngoh yang merangkak dari ruang tamu masuk tempat junaid tidur. dan kemudian aben ngoh bukak mata. matanya merah. dan tiada siapa2 pun. hanya abe ngoh. 

menurut abe ngoh, dia diheret oleh lembaga hitam. aku percaya cerita dia. lembaga tu hilang bila aku keluar bilik dan aku nampak abe ngoh kena heret tu. masa aku rasa macam misteri sangat dan bulu roma aku menegak. dada aku berdebar-debar. 

dan pagi tu, semua bangun dan solat jemaah subuh. adik-adik yang lain lambat ambil tindakan sbb ingatkan jeritan aku tu adalah mimpi. seharian la benda tu menganggu aku. 

dan malamnya pula, aku minta muhammad teman tidur aku dalam bilik. sampai sekarang. 

itu je la untuk kali ini. 

aku asyik lupa nak update blog. sebab banyak kerjaaan. gitu la. tapi aku kena tulis lagi sebab oktober ni bulan istimewa untuk aku. 

Saturday, September 11, 2021

Dos Kedua Eps Dua

 Sebab yang semalam aku mislead tajuk. hari ni bercerita pasal dos kedua yang benar dan betul. Hi-hi.

Dos kedua aku dijadualkan pada 2 september 2021. 

Dan ada kejutan sebelum vaksin tu, abe ngoh dia balik dah kelantan for good. Nak cari kerja dekat kelantan pula katanya.

Kenapa sebut abe ngoh, sebab pada hari nak gi vaksin tu,..ramai pula yang nak ikut. Mula-mula ingat nak pegi dengan Junaid sahaja. sebab Junaid dah dapat lesen besar. Dan umi keluar gi shopping dengan abe ngoh. tapi silap, keluar la berempat. pukul 10 baru keluar pada temu janji pukul 10. 

Temujanji je pukul 10, bukan kena tepat pun. kalau pegi ngam-ngam pegi 10, banyak juga kereta sebenarnya. oh, untuk dos kedua ni, tak perlu ke dewan. ada pilihan untuk drive -thru je. tak perlu tunggu lama. tunggu dalam kereta je. 

so, keluar la pkul 10 tu. kereta banyak betul masa nak lepas jambatan. sampai di USM, oh tempat vaksin aku di USM. tempat drive thru tu tak tunggu lama sangat sebab dah kurang. kalau sebelum tu, dari jauh dah nampak kereta bersusun. aku tahu sebab junior sekolah dulu kebetulan hari yang sama cucuk vaksin pertama dan kedua. dia pergi dulu dan share video. haha. 

proses untuk dos kedua pun tak lama. scan app. tengok kad dan boleh cucuk dah. 

dan untuk dos kedua ni, aku dapat nurse. tahu nurse sebab dia pakai baju warna purple. staff usm pakai warna ungu. dan dia cucuk tu tak sakit sangat. banding dengan yang pertama. yang pertama tu, lepas cucuk terus sakit wei. dan yang kedua ni, macam lenang dan lega sikit. tak rasa lenguh sangat. 

drive -thru ni bawah basement, dekat parking dewan USM tu. teduh la sikit. kemudian, lepas cucuk tu nampak ada orang amik gambar. sebab ramai dalam kereta aku pun apa lagi, heret Junaid jadi tukang amik gamba dan ada la secebis kenangan dos kedua tu. hi-hi. bukti la. aku dh dos kedua. 

lepas cucuk tu, terus pergi billion sbb barang-barang banyak dah habis. huhu. berjimba la lepas cucuk tu. sakit kepala tu mula rasa petang tu, lepas asar. malam tu terus amik panadol. tapi suhu tak tinggi la. sakit kepala dan sakit urat/ sendi. 

cik bah tanya demam tak? aku jawab tak demam pun cuma sakit kepala je. kira ok la. tak demam maksudnya suhu badan aku tak naik. dapat vaksin hari khamis. jumaat dan sabtu aku dapat rehat. kira ok la. memang rehat sungguh2. hihi. tak buat apa-apa sangat. 

ahad tu dah ok sepenuhnya. 

dan tunggu 14 hari untuk tukar status fully vaccinated. he-he. dan boleh la nak keluar jalan-jalan. yay!

dan jumaat 10.9.2021 ada peristiwa lain. nanti aku cerita next entri. 

Friday, September 10, 2021

Dos Kedua

 Cerita minggu lepas tarik bawa ke minggu ni. Banyak yang jadi. Sebab ada baby baru. Baby Kha. 

CPU sampai elok2 pada hari pertama September. Dengan gembira. kemudian bila sampai cuba la pasang dulu walaupun tak da monitor lagi pada waktu tu. tapi tengah berperang nak memilih monitor yang dalam bajet. 

Masa bayar CPU tu, cukup-cukup duit bayar sekali dengan gaji. Nak makan pun rasa tak cukup. Tak sempat tunggu i-citra masuk. jadi nak menunggu sehingga 6hb tu sesak la. 

berkira-kira dalam duit akaun lain yang simpanan untuk benda lain. 

Kemudian tengok shopee lagi, keyboard yang dah masuk bakul tu ada harga promosi. jimat rm10. apa lagi, harga dalam bajet yang aku nak. terus rembat. Monitor tak beli. sebab masih lagi belum ada keputusan. 

lagi pun, masa tu stok monitor yang aku nak habis. jadi, kecewa la. Maka, aku ambil keputusan bila dah restok aku akan beli. ada la dua tiga kedai aku letak monitor dalam bakul. dan semua tu, habis dalam tempoh satu hari. Memang jem sekejap otak. Yang aku nak dah habisssss!

pasrah la. untuk dua tiga hari tu. 

Ada satu kedai dia restok, aku terus beli. dan berkira-kira sebab dalam bajet. lepas settle beli monitor. 

ada dua lagi benda aku nak kena beli. Masa beli cpu tu, dia provide windows pro tapi tak ada activation code. jadi, kena la beli satu. dan yang aku beli ni dari cina. ni duit hasil dari BKC. rezeki. jadi. cukup la makan aku untuk bulan ni. 

activation code akan sampai dalam dua minggu lagi. jadi, aku kena tunggu sampai benda tu baru aku beli antivirus. 

itu la cerita Baby-Kha. 

Eh, sebenarnya nak cerita pasal vaksin dos kedua tapi aku cerita benda lain. Apapun aku dah dapat dos kedua! yay! next entri la pula cerita. he-he. 

Tuesday, August 31, 2021

Tragedi 25hb

 Aku ingat nak update blog hari sabtu lepas tapi lupa sebab banyak benda aku nak fikir. 

Sebab hari ni cuti, aku cerita hari ni la. last day august. 

cerita 25hb hari  pasal shopee payday sale. dan aku tengok ada promosi yang berharga ribu-ribu boleh dapat dengan rm25. Mana la tak kelabu mata. 

Ada dua benda yang aku nak beli. dua - dua tu telefon pintar. ye la, nak beli dua sebab nak hadiahkan pada adinda tercinta. dua-dua tak da telefon. ada tapi bila-bila masa boleh rosak. gi tu la. kalau dapat beri baru kan best. begitulah hasratnya. 

sebab dia punya sale 12am - 2am jadi aku minta la junaid belikan. aku? tidur la sebab nak kerja. tak da kerja la aku nak menahan mata semata. banyak kali juga aku cek, waktu dia punya sale. kejap kata 12am kejap kata pkul 1, ada pukul 2. 

aku pun sebagai nak support junaid aku kunci jam nak bangun pukul 1 nanti. dan aku bangun sebab nak cek betul ke tidak? sekali dah tak da. memang la shopee ni scam orang. waktu pun dia putar pegi 12am balik. kesian orang nak beli. 

sebab dah habis dia punya sale tu, aku sambung tidur la. nak termimpi-mimpi la promosi rm25 tu. walaupun tak da rezeki tapi aku tetap teringat. dah macam mengigau. 

kemudian esoknya, junaid cerita dia dah hampir dapat tapi waktu nak bayar tu asyik refresh ikut harga asal. maka, cancel la junaid beli telefon tu. tak apa. 

lepas ni, kalau ada sale macam ni, aku tak nak beli dah. 

kalau ikut rela aku, aku rela bangun awal dari tak tidur semata nak menunggu sale ni. 

aku terjebak dengan promosi ni dari pemburu tiket murah di telegram. suka la tengok promosi dekat channel telegram ni. hehe. 

tak pe la, nak pakai apps shopee pun aku malas. aku rela beli dekat website. aku lebih yakin dan aku suka view dekat web dari apps. limited aku rasa. nk shopping tak puas. 

ok la. ni cerita tragedi RM 25 pada 25hb. ha-ha

Friday, August 27, 2021

Set PC

 kalau tengok tajuk tu, aku pelan nak beli pc ni nnt dh cukup duit hujung tahun atau bulan 10. 

niat nk negotiate harga je dengan spec aku nak. lepas dah kedai pc ni buat quoatation ni. harga dia mula-mula murah sangat. 

kemudian aku mitak upgrade RAM. sebab yang lain tu aku tak berapa tahu sangat tapi macam dah ok. sebab sambil tanya sambil aku tengok page kedai dia. since lebih kurang spec motherboard dgn graphic card. aku pun ok la.

RAM asal dia bagi 8 atau 16 aku tak pasti. aku minta 32. ok setel. masa ni harga dia bagi dah naik sikit. tapi masih dalam bajet aku.

kemudian storage dia bagi 240gb je. kecik la sebab utk aku punya software je dah 100gb. tak kira basic software dengan os. aku takut hang je. kemudian dia bagi 480gb, baru aku puas hati. dan yang pun sikit lagi nk lebih dari bajet aku. 

dan alhamdulillah, tak lebih. jimat RM73. balance ni boleh beli keyboard set dengan mouse yang kawan aku bagi link shopee. 

oleh sebab pc aku nk tengah promo. aku tahu tu dia punya gimik je.  tapi sebab free postage dia hantar ke rumah nnt, aku terus bayar full. installment ada surchage. mahal juga la. lebih rm350. so, sekarang ni kena tunggu dia sampai je. 

sambil nak tunggu dia sampai, aku tak beli lagi monitor. aku masih keliru nak beli. yang aku berkenan dell tapi yang built in speaker tu, tak ada stok (rasanya utk malaysia). aku dah buat kajian, tengok youtube, consult dengan yang pakar tapi tak boleh nak beli lagi. sungguh aku pening. so, tunggu la esok aku review lagi. nak bayar pun 6hb nnt la baru boleh beli. hu-hu. sebab duit aku dah kering. 

kena tunggu i-citra masuk dulu. 

nanti dah complete set, aku cuba share gambar di sini. 

sekarang ni pening duk buat kira-kira. sebab duit yang patut aku simpan tak cukup lagi tapi aku dah bayar pc dengan duit yang ada. gila! sekarang ni, aku stuck. 

minggu depan punya plan kacau la! ish...

Saturday, August 21, 2021

Sejarah 20.8.2021

 untuk tarikh tajuk kali ni, sejarah baru terlakar. iaitu lantikan PM-9. 

kalau untuk ceritakan perasaan, sungguh la. kecewa. mencari sisi pandangan yang berbeza. 

kalau orang lain, menerima apa sahaja berita yang dikeluarkan tetapi terlalu banyak lapisan berita yang tidak diungkapkan. aku melihat beberapa sisi. bukan satu sisi. bukan terima berita tu bulat-bulat. 

kecewa la, sebab kita semangat mengundi. tetapi yang naik adalah mereka yang kalah. 

kalau nak bandingkan zaman piliharaya antara trump dgn hillary tu dah rasa worst. pilihan dua-dua yang teruk tetapi kena pilih. 

begitu juga untuk kali ini, untuk pilih antara dua, aku rasa lagi teruk dari yang US punya. sebab salah satu tu antara yang terbaik tetapi yang terbaik itu tidak dipilih. dipilih yang teruk. kita tengok la macam mana. tak berharap sinar cahaya baru. tak berharap negara akan jadi lebih baik. sebab kalau dah khianat, aku tak yakin dia akan amanah dan bertanggungjawab sepenuhnya. dan tak jujur. integritinya dah tercalar dulu lagi.

hak undian rakyat telah dirampas dan dikhianati. sungguh aku kecewa. orang lain mungkin berbeza menerima dengan baik tapi untuk aku sangat kecewa. kalau orang cakap, sebelum perlantikan tu, kalau kes turun orang lain dapat nama tetapi sekarang ternyata. tak. bukan orang lain dapat nama. orang yang sama. nothing better.

macam salin baju dalam main bola. atau kau pusing roundabout tu berpuluh kali kemudian kau masuk balik jalan yang kau keluar. siapa tak marah. 

walau kena terima hakikat tetapi yang sanggup keluar mengundi rasa sangat-sangat kecewa dan marah. apa lagi hak rakyat untuk memilih pemimpin. tiada lagi. dah la masa nak mengundi tu dia pilih hari orang bekerja. tak nak orang mengundi. 

tak bermakna dah demokrasi tu. 

setakat ini je la aku boleh cerita dan beri pandangan. 


Saturday, August 14, 2021

Vaksin Dos 1

 cerita vaksin ni, mula dengan pendaftaran. 

masa awal -awal pendaftaran, tak daftar sebab aku malas nak tunggu giliran tu. sebab daftar awal pun, untuk golongan muda ni dapat masa fasa 2. fasa dua maksudnya lambat lagi. sebab buka daftar dalam bulan 2 gitu. bulan 8 tu, adalah 6 bulan lagi. jadi, buat tak tahu je la. 

sekali, kerajaan keluarkan statistik cakap peratusan pendaftaran bagi kelantan adalah terendah. jadi, untuk menunjukkan sokongan, daftar bulan 4 la gitu..tengok bukan anti-vaks tapi malas nak beratur. 

lepas tu, tiba-tiba KL dia bukak temujanji untuk vaksin AZ. keliru la sekejap. lepas tu bukan untuk negeri Johor, Penang, selangor dan KL. jadi ada la yang cepat dapat. 

Umi Ayah pun sebenarnya tak daftar vaksin lagi waktu ni tapi lepas ditawarkan walk-in apa lagi terus dapat. cepat la umi ayah dapat. lagipun ayah golongan berisiko. 

Cik Bah dengan Abe Ngoh la yang paling awal dapat sebab golongan frontliner. dan seterusnya adik beradik lain juga. cuma Ali dengan Muhammad belum lagi sebab bawah 18 tahun. Ali tak cukup lagi kalau ikut tarikh lahir. sabar je la. 

boleh cakap hari-hari dekat office tu si officemate ni, kata bukan antivaksin cuma antivaksin covid sahaja. sebab baca macam-macam teori. haih, penat nak layan. penat nak dengar. 

aku lambat daftar sebab malas tunggu. sekali lagi diulang. malas nak tunggu. sebab kalau dah daftar nak kena cek selalu. dan nak kena update selalu. jenuh la. 

so, bila tengok ada kawan dah dapat first dose, cemburu jugak la. 

ha, ada kawan ni, dia dah complete dos 2 sebelum hari raya aidilfitri lagi. entah la, tak tahu nak kata apa. sebab high chance untuk dapat cepat sebab ayah dia doktor. gitu je la. kalau tak kenapa boleh cepat. tapi aku malas nak fikir. biar lah dia dapat 2 dos pun. sikit cemburu la, kita ni kena tunggu lama. 

untuk dapat vaksin ni, pasrah je la. sebab si officemate ni cakap tak nak dan aku pula cakap aku nak tapi tak dapat lagi tarikh temujanji. so, second bos aku suruh bagi detail, aku bagi je la detail tapi tak berharap pun. dan ketika itu, si officemate yang tak nak vaksin pun dah kena panggil. ha-ha nak gelak pun ya. 

aku tak paham. diorang punya claim tu, orang tu amik vaksin pun mati. dan aku macam, huh? ya, semua akan mati. cuma pilih, nak mati dalam ICU orang tak boleh tengok kau, tak boleh cium dan tak boleh peluk atau mati lepas vaksin yang kemungkinan bukan positive covid. kesan post-covid tu, banyak. tak baca ke. haih, penat.

so, orang lain dapat temu janji lepas bagi nama. begitu juga. kenapa cakap macam tu sebab tempat amik vaksin ni dekat USM. sah-sah la doktor tu bagi nama. orang lain dapat call dan aku dapat notifkasi dari mysejahtera. kira aku ikut saluran betul sikit la. haha. 

notifikasi aku dapat dua hari sebelum hari pergi suntik vaksin. piyah sehari sebelum aku. dan aku la yang last dapat vaksin untuk golongan 18 tahun ke atas. ha-ha. bangga sekejap. 

tu cerita vaksin. 

masa hari kejadian, aku jadi anxiety sebab orang ramai. lawan la juga tak nak bagi kaki numb. nak kurang debar di dada. banyak isitghfar. proses semua smooth cuma menunggu bawa khemah tu lama sikit sebab guard tu tak pandai panggil. ikut suka dia je nak panggil. nasib baik masa turn aku cepat sikit. 

oh, masa awal tu kena scan apps. kena scan borang guna fb. isi borang dua helai kertas baru masuk beratur bawah khemah. masa beratur tu kena scan lagi skali. aku isi borang betul. yakni. potong yang tak berkaitan. dan dalam borang tu kena isi nama vaksin. alhamdulillah, dapat pfizer. hi-hi. kemudian dia cek IC pula. dapat no. giliran. 

daripada duduk beratur dengan kerusi. sekejap -sekejap pindah ke depan sampai masuk dewan. 

dalam dewan tu, doktor akan sign saksi pada dua borang tu. dan dua orang akak akan cek ic dan bagi lagi no. yang dilaminate. 

pastu lagi sekali tunggu. kaunter tanya lagi sekali keadaan aku. no. telefon. bukak app. 

dan baru la dapat vaksin. alhamdulillah, dapat perempuan. dia tunjukkan dos yang aku dapat pada jarum tu. 0.3ml tak silap. ada isi la. kemudian dia cucuk. weh, sakit dia cucuk. mula-mula dia suntik. sakit. kemudian dia tekan bagi vaksin masuk. sakit. lepas tu aku dah start lenguh2. 

lepas suntik dia bagi kad B pulak. aku kena scan lagi sekali untuk sijil vaksin. kemudian pergi kaunter lagi sekali. bukak mysejahtera tengok sijil. kemudian last kaunter dapat kad temujanji untuk dos ke-2. tak payah observer apa-apa. sebab aku orang muda kot. kemudian dah boleh balik. siap. 

umi dah tunggu dekat parking. tunggu je la. 

balik tu, rehat je la. dua hari ni untuk pagi jadi penat. aku sambung tidur lepas subuh. sepatutnya aku nak mengaji. jadi mengaji malam la. untuk hari kedua dah boleh angkat dah. lenguh dah kurang. 

gitu la cerita vaksin dos 1 aku. dos kedua nanti aku boleh pandu lalu je. lagi senang. 

oh, tak da gamba official sebab photobooth dia bukan dalam dewan. tak ada masa la aku nak cari photobooth tu. ada,ada la. tak da tak pe. kita simpan gamba sijil sudah la. hihi. 

Friday, August 13, 2021

2 Hari Kerja

 Minggu yang kacau. 

bermula dengan Ahad. Ada appointment dengan doktor. ingat dua appointment rupanya silap. dan sebab rasa tak nak masuk kerja, nak minta MC macam melampau pula. Tapi ditakdirkan, doktor tawarkan MC sebab ingatkan ada satu lagi appointment. rupanya salah tarikh. down juga la. ingatkan doktor salah rupanya aku salah tengok. Bila fikir balik, hikmah MC supaya tak rasa down sangat masa kerja. mesti tak boleh buat kerja. dan perasaan guilty because salah aku yang terlepas pandang tarikh tu. padahal hari mingg tu aku dh tengok kalau-kalau aku salah. ye la, kita dah ready nak buat sesi kaunseling tapi tak jumpa doktor. 

isnin tu masuk kerja, buat la kerja. rasa boleh fokus buat kerja. sebab bila tengok kalendar, hari selasa cuti. hi-hi. ada la nampak macam rugi sebab ahad cuti. masuk kerja isnin. selasa cuti balik. tak kisah pun sebab cuti pun tak boleh pergi mana pun. cuma dapat rehat lebih la untuk minggu ni. 

nak dijadikan cerita, setiap minggu akan gosok untuk seminggu terus. sebab terlupa, hampir gosok 5 pasang baju. hi-hi. 

hari selasa tu pula, dapat tahu piya dah dapat tarikh untuk vaksin. another feeling a little bit down. yalah dia ibu menyusu dah dapat tarikh. daftar pun lewat pada kita. tapi dapat dulu. hu-hu. dan selasa tu fokus menulis cerita dengan 2000 patah perkataan. dan sepatutnya hari ni pun fokus juga. tapi, masih lagi mencari mood. 

tapi rezeki hari selasa, petang tu tengok dapat notifikasi untuk temu janji vaksin! yeah! excited sampai tak sanggup tengok tarikh. minta junaid tengokkan. boleh dia kata minggu depan. bila tengok. eh, dua hari lagi. maksudnya hari khamis. 

minggu yang lucu.

niat nak masuk kerja lepas kena vaksin. tapi hasil hasutan dari kawan sekerja kata tak payah masuk. tak masuk la. sebab temujanji pukul 10. siap dalam pukul 12. sebab nak menunggu giliran tu ambil masa juga la. 

malam sebelum tu kalut la nak cari baju yang sesuai untuk selak dapat suntikan tu. akhirnya pilih jubah ada zip. dan duk doa dapat tukang suntik tu perempuan. alhamdulillah.  tengok orang lain sempoi ja datang pakai baju. aku pilih baju sebab senang nak suntik. 

cerita kena suntik vaksin next entri la. nak cerita minggu kerja yang...seronok. kejap cuti. kejap kerja. he-he. 

sebab hari khamis tak masuk kerja. keliru kejap. nasib ingat hari, kalau tak..mengigau pergi kerja. hi-hi. 

minggu ni sebenarnya banyak peristiwa. ahad tu layan kierin. tapi dapat pingat silver. feeling olimpik tu masih terkesan dalam jiwa aku. sebab aku duk fikir diorang ni dah sumbang pada negara dan life diorang. tapi aku, apa je aku buat. 

yesterday we were smiling and today we are mourning. 

habis olimpik, esoknya dapat berita pemergian seorang artis. kalau cerita pasal olimpik mereka dah buat sumbangan pada negara. dan artis ni, pun ada kisah dia banya bersedeqah dan kebaikan yang telah dia lakukan. rasa seperti kena tampar pun ya. 

ha, apa yang kau dah buat ketika hidup. bermanfaat pada orang lain tak? double down juga la. mencari motivasi untuk terus buat kebaikan. terus istiqamah dengan ibadah kecil yang kita sembunyikan daripada orang lain. cukup lah ALLAH tahu. 

nak pujuk hati ni pun bukan senang. 

dah ready ke nak mati? cukup ke amalan yang kita buat. tersentak juga la. bagaimana pengakhiran kita sendiri pun tak tahu. dan doa selalu semoga pengakhiran kita buat baik-baik juga. inshaALLAH, amin. 

Friday, August 06, 2021

Olimpik Tokyo 2020

 Olimpik tahun ni berbeza. sebab, PKP. dan pandemik Covid-19. just perasaan dia berbeza. nak cerita sikit je. 

bila tahun ada link boleh tengok siaran langsung semangat la kita nak layan. sebab rumah tak ada tv. ada tv tapi tak ada channel. hu-hu. 

bila boleh tengok online. semangat la nak tengok. konon nak tengok zi jia. tapi bila tengok game team malaysia  yang lain seronok nak tengok. 

lepas tu, dapat tahu tahun ni ada game skateboard. boleh layan yang game wanita sahaja. sebab yang liputan yang tu je. yang lelaki tak dapat. kecewa. terus adrenalin Ed Sassin dengan AO. kalau dapat diorang in real life seronok dapat baca ulasan. berangan! kurang-kurang tahu la jugak trick and flip game ni. 

tengok diving yang wanita je. lelaki tak minat tengok. sebab sukan air ni, faham-faham je la. nak tengok game pun terganggu sebenarnya. 

lagi, badminton tengok gitu2 je. sebab tak berapa kenal. dan tiap kali tengok kalah. macam tak feel la nak tengok. huhu. 

dan tunggu esok, last game dari malaysia. 

tengok olimpik ni perasaan dia bercampur baur untuk aku. sebab, bila tengok menang kita pun gembira. tapi bila tengok semangat kesukanan dia berlawan tu aku lemah. terlalu tinggi. dan ada beberapa benda aku rasa tak setuju. macam training 8-10 tahun untuk satu pingat. aku risau tak da life. kena training setiap hari. gitu la. sebab tu aku cakap perasaan dia bercampur-campur. aku rasa yang dah dapat masuk olimpik pun satu achievement. bila dapat emas, memang pencapaian paling tinggi la dalam hidup mereka. dan aku buat aku rasa, apa aku dah buat. apa aku dah sumbang. 

dan aku ada benda nak share satu lagi. memori olimpik aku. olimpik 1988, aku baru lahir. aku tahu lepas tengok reply 1988. kemudian olimpik 1992 baru nk tadika. tak tahu apa-apa lagi. olimpik 1996, aku ingat dekat atlanta. masa ni tak da tv lagi. nak tengok tak da feeling. olimpik 2000 beri kenangan manis untuk aku. sebab masa tu dah habis upsr. jadi-jadi bila pergi pustaka boleh tengok olimpik. seronok la. walaupun tak tahu apa-apa. tapi kenangan la. pegi sekolah tengok olimpik. hi-hi. dan tengok closing ceremony. 

olimpik 2004 tak tengok sangat sebab sekolah jadi susah nak tengok. olimpik 2008 dah sambung belajar. tak ada tv nak tengok. jadi tak layan. olimpik 2012 pun sama. masa tu tengah gila dengan projek. dan olimpik 2016 aku tak layan sebab duk gila buat master pula. dan tahun ni, curi2 tengok masa kerja. bos pun tak leh nak marah la, dia tengok bola masuk lambat. aku tengok sambil buat kerja. tengok pun, kerja siap. kena bagi can la untuk aku. 

lepas ni tak ada dah. ahad ni last. sekejap je rasa. dan cepat. 

itu je la nak share.  

Saturday, July 31, 2021

31 Julai 2021

dari last update sampai last julai ni, 

banyak tengok drama. duk marathon dari drama ke drama. minggu lepas berjaya reset rutin harian. kalau sebelum ni, tidur lepas subuh. cabar diri tak tidur lepas subuh. berjaya. kalau makan ubat awal dan tidur awal pukul 10. jadi, boleh la tak tidur lepas subuh. 

lepas reset rutin, jadi semangat sikit. reset alarm ubat. buat alarm belajar mandarin. lepas subuh baca quran. rasa lain sikit dan ringan nak bangun. target lepas ni. nk bangun tahajjud seminggu sekali. bukan nak riak tapi nak target baru. 

drama pula, tak lekat sgt dh. amik turn tengok. sebab tak rushing nak layan. sebab nk tidur awal, boleh let go la drama-drama semua tu. 

cuti raya haji hari tu duk marathon drama la. 5 hari cuti. 5 hari tengok drama. hu-hu.

minggu lepas, budak praktikal diploma last dan budak praktikal intake degree pula masuk. mujur la 3 orang yang masuk. lagi balance nnt tengah ogos. rasa tenang la sikit dua minggu ni. penat sebenarnya kalau ramai-rama dekat ofis tu. bising. tak boleh nak fokus. lagipun budak praktikal untuk architecture sorang je. hu-hu. 

dan aku macam malas nk buat bonding sebab kenal sekejap2 je. kalau attached sgt susah pula. biar la dia. kalau nak belajar datang mengadap. aku nak fikir life aku sekarang. dan aku tengah belajar untuk orang datang dan pergi. aku rasa overwhelmed sikit sebab sekali datang budak praktikal ramai. dah la penat dengan ramai orang. nak kena buat bonding lagi. penat

dan bulan julai juga, aku berjaya keep on track bajet makan dan belanja lain2. memang rasa struggle tapi aku berjaya divert semua tu. sebab tak boleh nak shopping kena la divert mindset tu. supaya tak terasa sangat tak boleh shopping. gitu la. 

aku sebenarnya lupa nk update blog masa raya sebab macam cakap tadi. layan drama sangat. drama cina. drama korea. semua. jadi, hari last julai kena update juga.

oh, sekarang tengah demam olimpik. aku masih demam dengan game archery. turki menang. malaysia awal2 dah terkandas. mula-mula tengok sebab malaysia. final tu sokong negara lain la sebab malaysia tak lepas. sebab turki pun pertama kali menang game archery macam aku pula dapat pingat emas tu. rasa macam termimpi2 pula. 

awal-awal olimpik lagi layan sebenarnya. tengok badminton. dan terlayan skateboard. sebab tengok tony hawk punya post dan teringat hlovate yang kenalkan game ni. layan game skateboard tu pula yang wanita. memang lekat la. pastu archery ni. dan diving. support team malaysia. game lain tak tengok sangat walaupun nak tengok gymnastic dengan renang tapi sebab channel tengok tu tak ada game tu. jadi, macam...tak pe la. kita tengok game apa yang ada. pasrah. 

ok la, sekian untuk julai. 

Saturday, July 10, 2021

SYUKUR PKP

awal bulan enam hari tu, aku sempat PKP 7 hari je. Lepas tu dapat notis kena masuk kerja tu memang aku terkejut la. tiba-tiba sahaja. sebab otak aku dah set untuk 14 hari tapi jadi 7 hari je. masuk kerja tu pulak, dapat notis petang tu, esok terus masuk. jem otak. 

disebabkan itu, tiga minggu aku jadi lesu tiap kali hari jumaat. dan lepas tu baru aku sedar, badan sedang murung. stress tambah murung. stressed lain dengan murung. murung sebab aku tak da mood nk buat benda yang aku nak buat. nak menulis cerita. nak buat 3d. nak baca novel. nak update blog hari-hari. marathon drama. hanya marathon drama je aku buat. nak buat benda lain tu aku sentuh je. tapi tak boleh nak buat. 

selera makan pun aku mcm tak lapar. waktu tengahhari aku makan je tapi tak rasa lapar. rasa kenyang ada la. dan bila balik kerja aku macam penat sangat. tiga minggu untuk aku sedar badan aku sedang berperang dengan semua tu. aku tak rasa sedih. aku tak rasa down. aku boleh jalani hidup aku macam biasa. tapi penat dalam susah nak cerita pada orang. aku tak rasa down sebab aku makan ubat. jadi struggle lain. aku tak overthinking. berjaya distract dari fikir lebih2. 

lepas tiga minggu tu, aku shutdown diri aku dari WA. available waktu kerja je. dan waktu ni aku dah boleh  view life aku berbeza. aku patut syukur apa yang aku jalani sekarang. dapat duduk rumah. ada orang yang suka sakat aku. adik lelaki yang tiga orang tu. umi ayah tak bising pun. yang lebih bebel adalah adik lelaki. ha-ha. dan minggu ni aku mula lihat aku patut belikan sesuatu untuk adik-adik aku. dan pergi kerja masih ada kereta. walaupun aku malas nak drive. huhu. tak perlu bayar sewa rumah. kalau tak cukup duit, umi ayah ada. kelisa rosak hari tu, umi ayah la yang backup. nak guna gaji aku habis dulu la. tak cukup. nak beli kereta baru pun tak lepas. cerita pasal kereta cerita entri lain. dan, aku dapat solat jemaah. masak-masak nanti ada yang makan. bahagia untuk aku. kalau aku nak list tu, memang banyak. tapi ni saja yang aku ingat. 

dan aku juga macam bersyukur juga dapat kerja dekat kelantan. 

pertamanya, orang lain tak da kerja. tapi aku masih ada kerja walaupun gaji sikit. syukur.  bos besar pula aku tak berapa attached sangat. bos kedua la yang selalu bagi susbsidi duit makan tenghhari. bos aku yang sebenar muda lagi dari aku, aku hanya ikut arahan dia la. walaupun ikut pengalaman aku banyak lagi tapi dia dah kerja dekat kelantan lebih lama dari aku. so, kena dengar la arahan dia. aku pula masih lagi belum adapat sepenuhnya. banyak sangat perbezaaan dari kerja johor dengan kelantan. gitu la. 

kedua, yang aku sebut tadi ada subsidi makan tengahhari. bukan hari-hari tapi dalam seminggu adalah sekali dua kali. dan ada sahaja makanan dekat ofis tu. kalau bukan gula-gula, ada goreng pisang. dan ada yang bawa makanan. macam aku hari tu bawa durian. seronok mereka dapat makan durian. aku tak pernah rasa nikmat kena beli durian ni. sebab selalu makan dari kebun. jadi, mereka yang tak da kebun ni kena beli rasa syukur bila aku bawa durian ni. tapi tak boleh bawa selalu sebab buah tak banyak. hu-hu. 

ketiga, walaupun aku lambat adapt dengan suasana kerja baru. aku rasa kawan sekerja ni bagus. setakat ni la. diorang buat kerja memang kerjasama bagus. tak faham tanya. saling membantu. dan aku la yang banyak belajar sebab company aku ni civil dan structure. dapat la belajar fasal infra. pasal struktur bangunan. size beam. saiz colum. jenis foundation. dan kiraan paip dan tangki. walaupun arkitek yang design, jurutera la yang kena kira. 

keempat, masuk lambat pun tak pa sebab tak da card. lambat sebab jalan jem tu biasa la. sebab mereka ni kebanyakan tinggal satu daerah dengan aku. jadi, bila dah sampai nanti ada yang bertanya. polis tanya ke? oh lane sebelah laju je. hari ni, rajin pula polis, rela nak cek surat. atau ada kemalangan semua boleh tahu. nak cuti pun pakat ramai-ramai. cuti raya la. he-he. 

lima, part ni aku suka. sebab nak makan sama-sama kena sepakat. sejak PKP tak boleh makan kedai. jadi, adalah skrip makan apa hari ni. seronok. sama-sama kena fikir. sebelum makan meja masing-masing. sebab ada budak praktikal. ramai. 9 orang. sekarang PKP diorang tak boleh datang. sunyi la sikit ofis. kalau tak riuh je. lepas ni ada lagi 12 orang. ramai. yang ramai-ramai ni aku kurang suka sangat sebab crowded sangat. jadi, aku malas nk rapat sangat dengan mereka ni. 


Thursday, July 08, 2021

007

 dah masuk bulan julai.

aku dah jadi staff permanent kalau ikut tangga gaji. dan gaji aku naik tak berapa naik macam gaji masa probation. 

dan aku dah buat rancangan kewangan untuk 6 bulan akan datang. 

bila muhasabah balik, aku mungkin bertahan untuk setahun di situ. gaji tu biarlah dulu banyak tu dulu. sekarang ni banyak orang susah tak dapat kerja. tak dapat makan. 

ada banyak yang aku perlu bersyukur. sangat-sangat.

dan aku pun buat perancangan untuk 6 bulan pertama tahun depan. 

gitu la. 

untuk dua minggu ni, lepas pukul 5, aku off WA. Setakat ni, tak da yang kacau aku. dan kalau nak reply WA waktu kerja je. kena beri masa pada diri sendiri. aku mencari keseronokan. bukan seronok dunia. tapi mencari benda yang boleh buat aku jangan fikir sangat. kalau tengok FB tu macam-macam kes. orang kemurungan. kes dera. dan cerita politaik. yang boleh buat hati rasa sesak. 

dan cerita minggu ni. hari ahad hari tu singgah aeon. sakan membeli. adalah satu jam aku pusing-pusing dalam tu. sambil cari bahan masakan korea. cari dekat aeon sebab halal yang boleh dipercayai. kalau kedai lain tu kena fikir dua kali la. usha juga dalam shopee.

oh, sekarang dah tak da mood nak beli dalam shopee sebab barang aku nak beli tak da free shipping. dan barang aku nak beli tu baju dan beg. dan bila umi sebut, musim2 sekarang kena tahan diri beli barang yang tak perlu sangat. ramai lagi yang perlukan makanan.

dan aku divert benda tu, makanan yang best aku makan akan bawa balik pada adik-adik juga. sebelum sentap dengan junaid cakap, aku dah remind diri. masa di aeon, ingat belikan vitagen. dan junaid cakap aku tak beritahu dia. kalau cakap pun, bukan boleh pergi pun. ada roadblock. hehe

dan minggu ni pun rasa doa terkabul, sebut pada junaid dengan ali nanti hujung bulan nk rasa kb brewster. tengok2 esoknya bos belanja kb brewster. orang lain minum yang sedap2 tapi aku pilih americano. sebab tu je limit yang aku boleh minum. orang sakit kemurungan kalau boleh elak minum kafein. 

sejak balik malaysia. kerja johor aku belajar minum semua tu. duk aussie tu tak minum. oh, minum waktu part time keja tu. kopi yang aku boleh minum. sedap dia buat. tapi aku tak tahu kopi apa. 

jadi, sepanjang minggu ni. tiap kali balik kerja ada saja makanan untuk adinda tercenta. walaupun diorang duduk rumah tapi rasa nak raikan juga. ye lah duduk rumah pun stress juga. aku yang kerja pun stress. tapi bawa balik makanan buat aku happy juga. bagi orang makan. diorang pun bila kakak dia balik bawa makanan pun suka. give and take. ha, gitu. 

dan aku rasa selagi aku dengar cerita kemurungan aku pun akan rasa murung. walaupun dah makan ubat. 

dan americano hari tu aku minum sikit je tapi dia boleh buat shaking dan hati berdebar-debar. ofismate pun rasa. dan kesimpulan aku lepas ni no more americano. cukup la dah rasa. aku punya limit minum extra caffein gini, sebulan sekali je. hari tu dah rasa starbuck americano double shot. fuh. rasa kafeein dia. rasa segar sekejap. 

setakat ni aku masih contemplate nak share pasal kemurungan aku pada semua. nanti la. perlahan-lahan kayuh. 

Saturday, June 26, 2021

Apa Yang Tak Kena

 aku rasa minggu ni, aku ok je. 

atau tak.

hari ahad hari tu, kereta tiba-tiba mati. dan bukan big deal pun. settle dengan cepat sebab dekat denga rumah. 

hari-hari berikut, pergi kerja umi hantar naik DEA la...

hari-hari kerja tu, aku tak fokus sgt buat kerja sebab tak ada kerja urgent. 

hari-hari kerja tu, aku rasa happy je. sebab makan sama-sama. order foodpanda. decide nak makan apa. dan aku bawa durian. 

ada hari yang rushing sebab bos nk kena pegi kl. 

aku je la yang penat. tiap-tiap pagi lepas solat subuh, sambung tidur. 

minggu ni, alhamdulillah. boleh ikut track mengaji quran. 

tapi still aku rasa badan aku penat. tak nak bagi kerja sama. benda yang aku nak buat dah jadi aku rasa tak nak buat. tak gembira. rasa tertekan. aku masih mencari kenapa. 

tiga kali jumaat dah, aku buang masa tidur sepanjang hari. 

dan aku ponteng usrah. 

atau aku sebenarnya penat dengan rutin ni. atau aku sebenarnya tak nak buat apa-apa tapi aku paska diri?

 serius, aku tak boleh figure out lagi. 

cuma aku tak bukan WA lagi untuk hari sabtu ni. aku rasa ok sikit. 

aku perlu time out ke? 

sungguh, aku nak kene reset balik life routine aku ni...