Saturday, January 21, 2012

berpuya-puya

date: 19/1/2011

janjinya director Ar. pukul 9.30 pagi depan office. kemudian bergerak ke site. site visit. kawasan damansara juga.

initial D sebagai pemandu awal saja datang menjemput cik K bersama cute CM dan Tom Tommy. bersungguh pula sampai awal ke pejabat hari tu kerana ada site visit. dan juga Director Ar. itu sedikit scary. S 500 kepunyaan initial D sudah terpacak di depan pejabat yang lalu lintasnya selalu sibuk. menanti Director Ar.

15 minit kemudian, tiba kuda Director Ar berbunyi. bersedia untuk bergerak!

lajunya kuda Director Ar sampai S 500 initial D kelelahan. nasib baik initial D bijak mengejar ketangkasan Director Ar. aksi kejar-mengejar. kuda Director Ar, S 500 ikut juga. tapi S 500 tidak berani memecut lebih. bimbang tersasar dari haluan kuda Director Ar.

cik K tidak peduli dengan babak aksi yang berlaku antara S 500 dengan Kuda. asyik dia tenggelam dengan Sutera Bidadari. cuaca pada awal pagi itu cerah. tidak lama kemudian. tanpa cik K sedari mereka telah menghampiri site visit.

Director Ar. memulakan ceramahnya manakala semua yang ada khusyuk menerangkan. cik K khusyu; mendengar dengan keterangan landskap buatan yang dalam imaginasi sgt indah lagi-lagi dengan gabungan idea Stormwater. malah idea dan concept bangunan konkrit itu sgt menarik.

kalau tanya cik K, bahagian mana dia suka. semua dia suka. tambah-tambah lagi dengan design purposed.

director Ar. terus berhikayat dari awal bangunan sini ke tengah-tengah bangunan hinggalah penghujungnya. semua menambah pengetahuan cik K. sungguh setiap butir bicara Director Ar. terlayar seperti sebuah penggambaran filem. sungguh menarik. lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan adegan aksi yang mencemaskann.

di pengakhirannya hikayat Director Ar. hujan mula menitis. berkejarlah masing ke kenderaan masing-masing.

maka, pegembaraan diteruskan. awalnya S500 mengikut Kuda. tapi tanpa cik K sedari mereka terpisah. initial D dan cute CM asyik berbual. tahu-tahu saja mereka berkeputusan ke IKEA. tengah hari di sana. di kepala masing-masing terngiang-ngiang meatball.

disinilah kami berpuya-puya dengan seronok sekali. bersantap dengan penuh nikmat sehingga habis penuh muatan masing-masing. sambil bersantap sambil cuci mata. nakal sekali mereka sekalian. sedangkan cik K asyik benar dengan juadah tengah harinya.

selesai makan, Tom Tommy merasakan masa juga mahu berpuya-puya sekali. maka, mengembaralah mereka di alam IKEA. menikmati setiap khidmat yang ada. paling seronok cuba uji kerusi kerja. tempat beradu juga tidak ketinggalan. sepertinya sedang analisis material details. penat berpuya-puya.

sebelum pulang, menikmati dulu aiskrim sekupang. asyik sekali. sehingga tidak dapat cik K lupakan.

begitulah hari cik K bersama initial D, cute CM dan Tom Tommy berpuya-puya diwaktu orang lain berperah keringat. awal pagi yang menyeronokkan di gantikan dengan petang yang lesu. walau lesu, masing-masing masih lagi berwajah ceria.

bertambah ceria apabila staf mengadiahkan tanda hati sebagai kenangan.

berganda-ganda ceria apabila upah-upah diagihkan.

juga, berganda-ganda lah masing-masing berpuya-puya di malam hari.

malamnya, mereka berpuya-puya di mamak nasi lemak. menikmati nasi lemak dilorong antara belakang bangunan. habis makan. mereka berbual ceria pelbagai topik. sehinggalah semua penat dan beransur pulang.

itulah hari yang cik K mahu kenangkan. pengalaman yang pelbagai di dalam satu hari.


kurma cina.bird nest. ang pau. autocad drawing.

Sunday, January 15, 2012

wasiat 2

hari ni dia-dia tambahkan wasiat. makin bervariasi. dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya.

1. bersedekah dalam apa jua perkara
2. senyum selalu
3. satu minggu satu ayat hafazan
4. setiap hari, minimum setengah jam baca buku atau majalah atau buku-buku yang bermanfaat
5. setiap hari, sebelum solat minum 1 cawan dan selepas solat 1 cawan. inshaALLAH, nanti rasa segar 
6. setiap hari, bagi nasihat atau peringatan tak kira apa jua cara. FB, jumpa orang, etc.
7. setiap hari, bangun pagi baca doa bangun tidur. selalu baca doa sebelum tidur tapi selepas kita selalu terlupakan?
8. setiap hari, simpan sekurang-kurangnya RM1.  yang bulanan tak dikira! hehe.

selamat beramal.

^____________^

Wednesday, January 11, 2012

school

bila dah masuk minggu ke-dua persekolahan.

setelah observe ibu bapa menemani anak-anak masuk sekolah, reminds me how i'm went to school.

kalau ingat-ingat cerita umi dulu, teruja nak pegi sekola lagi-lagi bila momo dah mula tadika.

ingat lagi, pegi sekolah sehari je. di pasti. dekat umah tok abah. lepas tu entah kenapa tak mahu pegi dah.

kemudian bila 5 tahun pegi tadika iman. elok je pegi sekola. siap main panjat pokok lagi bila tunggu ayah datang ambil.

masuk darjah satu dulu, saya panggil sesi-kenal-kelas sebab masuk-masuk kelas cari nama sendiri dan duduk di situ. pastu bila sekolah mula tak da pula umi ayah tunggu.

mungkin kerana ada kakak-kakak sekalian sekolah sekali makanya tiada rasa takut. tapi ingat saya tak ada pula menangis atau apa. elok-elok saja. begitu juga dengan adik-adik yang lain tiada masalah. kalau pun ada kakak, tak da pula kakaknya kena tunggu adik depan kelas. masing-masing di kelas masing-masing. belajar.

well, my last brother muhammad. kisahnya unik sikit. tahun 2010 atau 2011. pada waktu itu dah mula tadika. awal januari dia main tarik tali. pegi sekejap kemudian tak pegi. tak pegi sebab ada orang dirumah. kemudian bila tiada orang dirumah rajin pula dia pegi tadika. the funny part, ada satu pagi dia tak mahu ke tadika tapi dia mahu ke sekolah abangnya junaidi. nak pakai baju warna biru - pengawas. menangis dia bila hantar pegi tadika. adeh, adinda muhammad!

well, kalau tanya saya sebab kenapa tak nak pegi sekolah. sebab utama dia tak suka sekolah sebab itu dia perlu ayahanda dan umindanya menemaninya ke sekolah. kalau peringkat remaja, ponteng sekolah sebab tak suka dengan rakan sekelas atau cikgunya.

tapi zaman saya rasa tak nak pegi sekolah. datang penyakit. bukan penyakit apa. sakit demam la. sakit mata la. jadi ada sebab untuk tidak ke sekolah.ngeh2. psikologi betul. badan pun da macam paham bahasa tuannya. bertindak mengikut rasa. hehe. senang tak payah la susah-susah nak berjawab soalan dengan ayah bila tanya kenapa tak pegi sekolah.

reflect balik kenapa perlu berteman ke sekolah.

kalau tanya saya, saya paling suka ke sekolah. saya suka zaman sekolah saya. dari tadika hingga zaman sekolah menengah.

Tuesday, January 10, 2012

happiness

almost 5 weeks now and they counting till next week.

sometimes i feel myself so easy and think simple.

i heard they talking, babbling, mumbling from the first day. may be can consider as complaining.

but i myself satisfied with what i had. what i've got.

i found myself again through all these weeks. i gain knowledge. i got some input.

and i contented.

but i reflected myself, have you got nothing to complain?

what i know, i just put trust to ALLAH. HE the best planner. and always BELIEVE HIM.

Sunday, January 08, 2012

baitul muslim

sebelum ketemukan dia..

kene doa. dari sekarang.

nak doa apa?


And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous." (25:74)

bukan saja dia saja soleh. malah juga  zuriat keturunan juga soleh-solehah.

inshaALLAH. DIA tahu jodoh terbaik untuk kita.

:)

Saturday, January 07, 2012

love in disguise

accidentally, i found this movie when i search randomly movie in youtube.

and i discovered that i know this guy. looks very familiar.


the storyline is typical movie. but what it different and i like it is about traditional classic music and finding soulmate.







i like DMH said at first : its about finding soulmate, not love. *something like that*

well, i agree to this point.

cinta tak sama. seseorang yang kita cinta tidak semestinya belahan jiwa kita. bahkan cinta pertama kita bukanlah belahan jiwa kita.

i like the story of Boya and Ziqi. its about soulmate.






Soulmates are hards to finds, may you'll see it too one day - DMH.

others, the song from this movie also nice. i like the ending song and 18 martial arts.

compare korean drama HEARTSTRING, i more prefer to this movie.

they found their soulmate by music. how about you?

its ur soulmate is the person "the coolnes of the eyes"?

:)

Friday, January 06, 2012

r o u t i n e at dca

alhamdulillah. da minggu ke-empat as trainee. short semester a.k.a practicum semester. practical yang sangat pendek dan sangat limited untuk dapat segala ilmu tu.

sepangjang empat minggu. kerjanya hari-hari buat model. kiranya macam dah boleh master la bab model making ni. ha-ha. potong board ada teknik. pakai cutter. blade cutter pula ada macam-macam saiz. model making pula ada scale. standard 1:100. ada juga 1:200. kalau bangunan besar macam commercial building pakai scale besar sikit 1:250 atau 1:500.

buat model bukan model rumah saja. tapi termasuk sekali dengan site. paling mencabar bila site ada contour.

dan paling terbaru buat banglo empat tingkat. besar punya. paling tak tahan dengan column dia. satu saiz saja tak mengapa tapi ini ada 3 jenis size. satu column saja tak mengapa ini lebih 50 column. huhu.

itu tempat keje.

rutin pegi keje juga menarik. pagi-pagi siap-siap. selalu bazirkan masa hampir 30min. pastu terkejar-kejar la bersiap. nak kejar bas pula lepas tu. naik bas. kemudian jalan kaki ke tempat car-pooling. 15 min. boleh saja naik bas ke sana terus tapi malas nk tengok jadual bas tersebut. apa salahnya jalan. sambil sihat sambil buang masa. muslim itu bukan sihat rohani tapi sihat tubuh badan juga kan? 15 minit sehari berjalan. kali dengan seminggu. ok la. tak perlu ke taman untuk bersenam.

cakap pasal bersenam. pagi-pagi memang lalu dekat taman. comel saja tengok kanak-kanak kecil bermain di taman. ajar dari kecil untuk sihat. generasi sekarang sudah lupa apa itu taman. ada juga yang tak pernah pergi. tak patut!

kemudian 9 pagi bergerak ke office. ambil masa 30min untuk sampai kalau jammed. kalau biasa-biasa 10-15 min boleh sampai. tak sedar nikmat yang satu ni. sepanjag 4 minggu ni seronok menaiki kereta. maksudnya saya sentiasa bergerak.

9.30 sampai keje sampai petang. sampai rumah tak sah kalau tak pukul 8. kira ok la sebab tak buang masa sangat sebab balik-balik rehat. online kejap. pastu layan movie atau novel. then terus tido.

begitulah rutin.

but sometimes i feel like a robot. tapi ada satu membezakan robot dengan muslim iaitu ibadah. selain solat, keje juga dikira ibadah. keje juga part of sebahagian ilmu. like me, a trainee. learn one thing now, model making. model making juga boleh jana duit tahu. boleh cecah RM10,000.

buat rutin yang sama juga kadang-kadang bosan. like now. hmmm

Wednesday, January 04, 2012

weekend

during december. my weekend is full.

start with first week of december. i'm busying doing my final project.

second week, i went back home before friday. and saturday and sunday  i join kanak-kanak camping, as fasi. never expected that my group will get the best group. they only kanak-kanak comel saja. our group perform demi matahari song. comel! tapi tak boleh lupa, budak kecik 8 tahun nama muaz. mengada-ngada! tapi sebelum balik dia merajuk. dengan siapa tak tahu. sebab juga tak tahu. tahu-tahu da balik. sad.

continue to the next week, my housemate had engineering fair but they didnt go. and i had daurah and ayah also come to kl but no time to meet him.

then, following week is the best week ever. ayah and ummi came to KL and homestay at my rent-house. ha-ha. and i also join Twin of Faith. and meet lots of people. also had a great memory there. tujuan utama pegi sana sebab nak tengok Boona Mohammad je. dan tercapailah hasratnya. hihi.

the last week of December. the last week of 2011. went to Himpunan 1000 jiwa 1 Hati. not join as participant just as an outsider join for qiyammullail. Shoutul Harokah is OSEM. what not oOSEM is its not appropriate when you put sister side neat speaker especially when Shoutul Harokah perform. they even not need the speaker, its already over-loud. sakit hati! plus, the seat, PICC is better compare to this hall.

that's my december week yang buat saya sangat-sangat sibuk. dan tidak sedar 2011 sudah pergi.

Tuesday, January 03, 2012

m i r a c l e

tajuknya miracle.

sebelum tu, 2012 da masuk tapi masih belum terasa umur dah meningkat dan 2011 dah tinggalkan saya.

minggu-minggu yang sibuk!

back to the topic.

tahun 2011 tahun mircale. tak percaya benda-benda ajaib? tak mustahil.

ada letak status di FB kopipes dari seorang kenalan.

ALLAH give you in miraculous way. lebey kurang macam tu la.

kenapa miracle. sebab doa sekilas terlintas di hati saya ALLAH makbulkan. bukan setakat yang saya doa saja tapi ALLAH bagi lebih dari itu. mula-mulanya rasa syukur tapi seketika kemudian sedih pun ada. sebab doa saya itu.


pernah saja saya luahkan katakan tak pernah terlintas untuk saya doakan dia begitu. cuma saya minta begini untuk diri saya sendiri tapi ALLAH bagi lebih. DIA maha pemurahkan? sangat-sangat murah.

walaupun ia baik untuk saya tapi ujian untuk dia. saya hanya mampu doakan moga dia tabah.

yang paling terkesan, masa hari raya bila cik tim text cakap makbul doamu cik lala.

at  that time, i was "huh" but what can i do. that what i asked.

then,again before end of this year. i never thought i will passed for this subject.

during pre-submission, laju saja airmata menitis saat-saat kedengaran suara ayah. and i wasnt expected umi also know and care. at that time, i never stop to pray. and after two weeks, the result out, i'm passed and the result even better than what i aimed. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

then, i reflected myself. apa lagi yang kuragu. apalagi yang ku  was-was. ALLAH answer your doa in miraculous way. then, i should have confident in HIM.letakkan urusanmu pada ALLAH. DIA akan uruskan. yes, HE KNOWS EVERYTHING.

but the only thing. satu-satu perkara yang masih tak mampu saya lakukan tapi saya akan lakukan bila tiba masanya. HE WILL GUIDE ME TO DO THAT. SOON. inshaALLAH.

“Firman Allah SWT (dalam hadith qudsi): Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam satu jemaah, Aku mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sejengkal, Aku mendekatinya pada kadar sehasta. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sehasta, Aku mendekatinya dalam kadar sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR al-Bukhary dan Muslim]


teruskan berdoa. yep, mungkin bukan sekarang DIA makbulkan doa kita. tapi bila Allah makbulkan, DIA akan beri lebih dari yang kita sangka. sama kau akan syukur atau tidak. itu saja.

Saturday, December 31, 2011

p u r p o s e d

bahagian pertama. 

akhirnya. akhirnya tamat. bukan tamat. berjaya habiskan 50buku untuk tahun 2011.

tujuan. salah satu tajuk yang nak conteng di sini.

tetapi nak berkisah tentang cabaran 50 buku tu.

banyak kali juga la cakap-cakap pada orang.
saya baca buku sebab untuk cabaran 50 buku.

ada je orang perlekehkan saya dengan baca novel. dari zaman sekolah menengah lagi.

tapi lepas masuk cabaran 50 buku tu. saya imbas balik.
saya lambat membaca. 7 tahun baru boleh baca. tapi zaman tu ayah selalu beli komik. tak pandai baca pun tapi buat dialog sendiri tengok kepada lukisan tu. tiap-tiap minggu dari 5 tahun lagi.

bila da masuk 7 tahun, saya dah pandai membaca. mungkin latihan komik tu buat saya boleh membaca.sedar-sedar dah boleh baca komik. saya membesar dengan komik.

meningkat remaja. saya mula tertarik dengan novel. novel pertama saya baca hati seorang wanita.
bermula dari situ saya mula mencari bahan bacaan yang baik. ayah juga ajar baca majalah. kami beli majalah siswa.

umur 16 tahun saya berjinak dengan e-novel. paling lekat dihati 5 tahun 5bulan.

pastu berminat juga nak menulis. berjinak-jinak dengan blog friendster masa form 5.

ah-ha. paling membanggakan masa form 5 saya berjaya habiskan buku Menjadi Wanita lebih bahagia - bahasa indonesia. buku motivasi yang paling saya suka. sekarang saya ada yang english version. memang terasa bahagia.

kemudian saya semakin dewasa tidak membesar. hu-hu. dengan cabaran ini saya mula tidak peduli dengan orang kata. orang yang mengata saya baca novel tapi dia kurang membaca.

hasil didikan umi ayah, saya boleh pilih bacaan mana yang saya suka. novel yang saya buat ulasan bukan semua saya suka. tetapi dalam memahami masyarakat kita melalui penulisan mereka. ada yang menulis hanya kerana ingin menulis. ada yang menulis dengan ilmu. pilih yang mana kamu suka.

tetapi satu saja kekurangan saya. kurang berminat dengan novel english. entah kenapa. mungkin bahasa. tetapi faktor utama adalah kerana saiz tulisan. kecil sangat! nnt ada la orang kata cari la tulisannya yang besar sikit. tapi kalau Dan Brown yang pemes tu pon novelnya bertulisan kecil macam mana nak baca. pastu nak kene hadam bahasanya pula. penig-pening.

kerana runningman, saya mengukuhkan pendirian saya untuk terus baca buku bahasa melayu. kerana penulis korea tu ada banyak sangat buku di rumah mereka. dan mereka menulis dengan bahasa korea. bangga dengan bahasa mereka. jadi, saya akan teruskan baca buku bahasa melayu. cuma buku motivasi english lebih dekat dengan saya banding bahasa melayu. bahasanya terang dan jelas.

kalau tanya english atau arab. saya teringin nak baca novel bahasa arab. mesti menarik. senyum.

namun, sejak rajin membacanya. boleh lihat gaya penulisan dan pengisian saya. begitu juga cara percakapan. ia benar-benar membantu. saya makin suka membaca.

you are what you read.

jadi, fikir-fikir tujuan membaca. nak baca cerita murahan itu atau kita menganalisis penulisan mereka dan penyampaian mereka?

yang sebenarnya tajuk ini adala tujuan menulis.

ok. mari kita masuk tujuan menulis.

bahagian dua.

sama juga dengan tujuan menulis.

banyak sangat dapat respon negatif. terus saya diamkan blog ini. maksudnya saya tak publisitkan sangat.

tetapi sekarang terasa seperti sedikit terkenal. terkenal dikalangan penulis. sebab saya ulas buku mereka. haha.

yang pasti saya tahu, sahabat-sahabat saya tidak membaca blog saya. suka ada. terkilan pun ada. tapi tak mengapa. saya kene betulkan tujuan saya menulis.

pertama, respon negatif. ada seorang terjumpa blog saya lalu dia komen. "saya tak nak baca blog privasi awak yang macam diari". huh! terkilan. terkilan sangat. tak nak sudah. pergi jauh-jauh.

hampir dua tahun saya mencari tujuan menulis. hampir saja mahu tutup blog ini. namun,saya temukan  tujuannya dan saya cuba kumpulkan dalam entri ini.

menulis adalah bukti sejarah. lihat zaman islam berada di kemuncak. para ilmuwan menulis 10-20 muka surat sehari. sejarawan yang mengembara juga menulis sebagai bukti perjalanan mereka. abdullah munsyi menjadi orang penting dalam mencatat sejarah [betulkan saya].

begitu besar kesan dengan menulis.

malah, untuk kes-kes jenayah di rujuk di mahkamah ada tukang tulis.

jadi, apa salahnya menulis. walaupun sebuah diari. diari kehidupan.

tulis di sini seringkas mungkin tetapi kesannya untuk kemudian hanya penulis yang tahu apa yang berlaku pada tarikh tersebut.

jadi, saya akan terus menulis bukti seorang khaulah sa'adah ini wujud. saya akan tulis apa saja. manfaat atau tidak. mesti tulis. ingatan untuk diri sendiri dan orang lain.

dan kini saya senang, orang kurang kenal blog saya. saya akan tulis apa saja. saya juga kurang suka publisiti. heheh!

juga, mohon ampun kalau saya jarang-jarang balas komen.

entri terakhir untuk 2011. panjang sungguh!

Friday, December 30, 2011

KK: cabaran 50 buku : (50) Kot Putih



Tajuk :Kot Putih
Pengarang: Majlis Mahasiswa JUST
Terbitan: Majlis Mahasiswa JUST
Halaman:298 muka surat
ISBN: -
Harga: -

Kata Kulit Buku: 

“oh, Irbid! Mekarlah engkau bersama penyambung generasi. Di sini aku belajar menjadi manusia. Di sini aku belajar mengenal manusia. Di sini aku belajar membentuk manusia…”

Buku ini menghimpun kisah-kisah yang dilalui oleh para pelajar Jordan University of Science and Techology, Irbid, Jordan. Lima hingga enam tahun mereka mengharungi liku-liku hidup demi mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan hidup ini cuba diabadikan dalam 58 tulisan yang dikarang sendiri oleh mereka.

Irbid merupakan sebuah Bandar yang terletak 90 kilometer di utara Amman, ibu Negara Jordan. Bandar kedua terbesar ini dihuni kira-kira 660,000 orang penduduk termasuk 600 orang pelajar Melayu Malaysia.

“satu buku yang menarik, mempunya 1001 erti ketika menelursuri pembacaannya, menyingkap 1001 perkara dalam kehidupan pelajar Perubatan dan Pergigian di Joran. Rencah pengalaman dan ilmu bersulam erat mencipta 1001 erti yang menghidupkan”
[Hilal Asyraf – Langit Ilahi-]

Kata KK:
Buku ekslusif di datangkan dari Jordan dari seorang kenalan atau juga sahabat KPJ. Buku terakhir untuk ulasan cabaran buku ini. takut juga untuk mengkritik atau komen buku ini. bukan seorang tetapi dua orang yang saya kenal juga menulis dalam buku ini.

Mahu ulasan yang baik-baik saja atau sebaliknya?

Saya berbelah bahagi. Mula-mula mahu kritik semua 58 karangan tu tapi terlampau pula rasanya. Lalu, saya ambil dengan membuat ulasan secara keseluruhan dan pembahagian kandung dalam buku ini. jangan orang Jordan jumpa blog saya. Habislah!

Mulanya,saya sangka ia seperti sebuah buku yang motivasi seperti chicken soup for the soul ataus seperti himpunan kisah-kisah para sahabat, tabi’, tab’iin.  Tetapi tidak. Sama sekali berbeza. Itu memang menarik.
Buku ini dibahagikan kepada tiga, iaitu akademik, kehidupan dan masyarakat. Untuk bahagian akademik semestinya ia bercerita tentang kot putih. Tentang pengalaman seorang pelajar perubatan. Namun, 50% sahaja saya faham yang lainnya bahasa doktor. Mungkin pihat editor terlepas pandang meletakkan glosari untuk beberapa perkataan bahasa saintifik. Walaupun diterangkan untuk pembaca seperti saya yang kosong tentang ilmu perubatan mesti mahu tengok kamus. Untuk faham lebih lanjut.

Manakalah bahagian kehidupan ada yang menarik ada yang tidak. Ada juga pengulangan kisah walaupun penulis dan tajuknya berbeza. Masyarakat arab lebih menarik untuk dibaca berbanding masyarakat melayu di tanah Jordan itu sendiri.

Untuk seluruh 58 karangan itu ia bukanlah semuanya cerita tetapi ada juga lebih kepada sebuah artikel yang bercampur bahasa melayu dan inggeris. Sebab itu ia dikatakan karangan. Bukan buku motivasi atau himpunan cerpen. Tetapi bagi saya, saya lebih suka kepada penceritaan yang member inspirasi.

Dari 58 karangan juga, boleh saya lihat golongan yang pernah baca buku inspirasi atau motivasi. Golongan yang tahu dan pandai menulis walaupun mereka pelajar perubatan. Juga golongan yang sekadar ingin menulis.
Namun, terkilannya. Kisahnya mereka terlalu pendek. Purata minimum 3 muka surat setiap karangan. Malah ada juga yang bercerita tetapi cerita tidak habis. Juga menyekat pembaca untuk mengetahui sesuatu cerita dengan lebih lanjut kerana terlalu fokus denga tajuk yang ingin dibincangkan. Buat pembaca yang rasa sedikit termotivasi terus jatuh merudum semangat mereka.

Untuk akademik, saya suka dengan pengalaman mereka tetapi ada sesetengah karang tersebut terlalu padat sehingga tak tahu yang mana ingin dikongsikan. Prolog dan epilog sudah menarik tetapi isi ditengah-tengah perlu disusun dengan lebih teratur. Supaya saya seorang pembaca melihat ada perjalanan cerita disitu. Ataupun tidak perlu prolog dan epilog itu kalau ingin letakkan karangan yang berbeza.

Peranan penyunting dan editor bukanlah senang tetapi seorang editor juga perlu banyakkan membaca dan perbetulkan karangan-karangan ini supaya ia lebih menarik dan hebat sama seperti dengan bidang perubatan itu sendiri.

Apapun, untuk kenalan saya teruskan menulis. Saya akan menyokong. Muga sedikit ulasan ini membantu untuk meningkatkan lagi mutu Kot Putih untuk edisi akan datang. Senyum.

KK: cabaran 50 buku : (49) Grrr...geramnya



Tajuk : Grrr… Geramnya
Pengarang: Feeza
Terbitan: Jemari Seni
Halaman: 527muka surat
ISBN: 978-967-5118-66-1
Harga: MYR21.00 (Sem’ Msia) MYR 24.00 (S&S)

Kata Kulit Buku:

Senario 1:  
“Gaji awak naik berapa?”
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.
“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”

Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari...
“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!

nafsu amarah yang keterlaluan itu sifatnya syaitan
FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.

Kata KK:
Hadiah menang ulasan buku yang saya terima bulan ramadhan lepas. Saat-saat menerima bungkusan dan melihat isi dalam, saya sedikit terkilan. Kecewa. Sebab dapat buku ini. langsung, sedikit pun tidak rasa teruja untuk membedah buku ini. apa lagi melihat muka suratnya yang menjangkau 500 halaman. Syukur kerana saya tidak mengeluarkan wang untuk dapatkan buku. Rezeki saya harus terima dengan hati terbuka.

Apa kata saya? Geram. Memang geram. Tahniah buat penulis juga buat Jemari Seni.

Geram untuk Ila berhenti kerja itu memang betul. Untuk seterusnya sehingga saya perlahan-lahan merangkak hampir 200 halaman masih dengan rasa geram yang bagi saya telah membazirkan masa saya untuk rasa geram itu.  Rasa geram yang tidak ada nilai. Tidak saya nampak geram Ila itu. Setiap geramnya tidak berkaitan. Betul, tidak berkaitan itu tidak mengapa. Tetapi untuk melonjak rasa geram itu mungkin lebih rasional. Malah hidup Ila juga mendatar membuatkan saya geram. Geram kerana tiada peningkatan hidup atau perkembangan watak. Yang hanyalah geram yang sangat meleret.

Geramnya lebih kepada monolog diri sendiri bukan diluahkan. Malah sehingga saya terasa bosan untuk membaca setiap perkataan yang diolah penulis.

Ia mengambil masa 3 minggu untuk saya tutup buku ini cepat-cepat. Kerana apabila saya tutup buku ini rasa seperti – itu saja. Itu saja geramnya. Kemunculan watak Firdaus dan seterusnya biasa-biasa saja. Seperti tidak kuat dengan grrr..geram Ila tu. Bila jumpa Firdaus tiada pula geramnya. Seperti tiada kaitan langsung dengan grrr..geram itu dengan jodoh Ila. Ada, tetapi sedikit. Malah, penamatnya pula ringkas pula. Eh, tamat begitu saja?

Kadang-kadang juga geram yang entah apa-apa yang tidak nampak untuk perjalanan keseluruhannya. Tidak ada sebab untuk dijadikan ia sebagai satu plot.

Apapun, grrr..geram untuk 500 halaman tidak berbaloi. Terlalu berlebihan malah telah membazirkan kertas dan dakwat. Seharusnya ia lebih ringkas dan padat. Ada unsur dakwah dimana Ila berubah tetapi sedikit sangat. Lebih banyak grrr..geramnya.

Mungkin penulis juga perlu menyejukkan pembaca bukan geram dari awal sehingga muka terakhir.

Hadis nabi kata La Taghdab (3 kali). Jangan marah.

Kalau terlebih grrr..geram dalam novel, apa yang kita dapat dosa atau pahala? Rasa geram itu tercapai  dalam buku ini tetapi syaitan mungkin gembira melihat dengan sikap kita begini. Fikir-fikirkanlah. Saya pun menulis ulasan dengan penuh grrr..geram. aura negatif terlalu kuat. Apa perlu saya saran untuk baca buku ini? Tanya diri sendiri.

KK: cabaran 50 buku : (48) Kasih Terpilih


Tajuk : Kasih Terpilih
Pengarang: Ummu Itqan
Terbitan: Galeri Ilmu
Halaman: 248 muka surat
ISBN: 978-983-097-263-3
Harga: RM17

Kata Kulit Buku:
Ketika Misali menyertai sebuah pasukan penyelidik untuk menyiapkan tesis sarjananya, dia tidak terfikir bahawa dia akan menghadapi konflik komunikasi dengan seorang rakan penyelidik yang ego.

Dia juga tidak terfikir bahawa misi penyelidikan madu di belantara Tasik Pedu akan menjadi titik penentu kepada perubahan status gadisnya. Malah dia tidak terfikir, misi penyelidikan itu akan bertukar menjadi misi penemuan jodoh buatnya.

Lebih Misali tidak terfikir, di satu tahap dia harus membawa watak kaum Ansar yang membela kaum Muhajirin.

Dia tidak terfikir ada ‘Muhajirin’ yang akan melintasi hidupnya dan mendamba kasih daripadanya ketika dia sudah di ambang jalinan ikatan suci dengan jejaka pilihan. Apakah Misali cukup kuat untuk menjadi ‘Ansar’? Apakah si dia juga bersedia untuk berkorban demi seorang ‘Muhajirin’?

Dua jejaka mengharap pada kasih yang satu. Dua ‘Ansar’ berdepan dengan seorang ‘Muhajirin’. Kasih siapakah yang ‘terpilih’?

Kata KK:
Saya mengenali penulis sewaktu dia belajar di USM dulu. Sudah lama tidak ketemu dia. Bilamana singgah di gerai galeri ilmu di pesta buku. Melihat tajuk buku dan nama penanya tidak saya kenali tetapi dikulit belakang ada wajah dia dan nama dia.

Waktu itu, hati berbelah bahagi mahu atau tidak. Ia buku tarbiah. Dakwah. Lalu, hati berkata apa salahnya sokong dia untuk terus berkarya selepas ini. lalu, inilah bukunya.

Cerita di kulit belakang mengisahkan semuanya. Senang dengan watak Misali. Juga dengan watak Aizam (saya lupa nama watak ini) dan Kenny.

Saat-saat Misali jejak tanah Kota Bharu mengimbau dimana tempat bas-bas akan tinggalkan penumpang tetapi sekarang sudah berbeza. Sekali lagi menggamit rindu saya pada Bandaraya Islam. Saya benar-benar menghayati tempat dalam novel ini.  malah saya tahu dimana kereta sahabat Misali mati. Cuma rumah sewa Kenny saja kurang jelas. Walaupun berdekatan dengan USM mungkin boleh terangkan perumahan. Kawasan Kubang Kerian tidak sebesar Subang Jaya yang berlambak dengan nama SS atau PJS.

Malah, saya kagum dengan watak Aizam (betulkan saya kalau silap). Walaupun kacukan Melayu-New Zealand tetapi dia masih lagi dengan cara hidup Islam. Bukan Misali saja boleh suka, saya juga pasti suka. Jarang – jarang untuk jumpa watak lelaki yang benar- benar muslim apabila watak perempuannya Muslimah. Senyum.

Watak Kenny juga menarik. Diantara dua lelaki ini menjadi Ansar dan Muhajirin. Diantara dua lelaki ini juga menjadi pilihan Misali.

Cuma saya sedikit terkilan, ranjau dan cabaran yang dihadapi Kenny kurang nampak beratnya beban yang ditanggung. Mungkin perlu penambahan muka surat. Beginilah yang selalu dihadapi dengan Novel Tarbiah. 
Kekurang muka surat. Terasa sekejap sangat untuk hadam buku ini. belum lagi masuk dengan penjelasan dengan projek penyelidikan mereka bertiga. Terlalu ringkas untuk difahami. Saya mahu lebih!

Apapun tahniah buat penulis.  Buku sama menarik dengan Mahar Cinta Cinderella. Malah saya lebih kagum watak Misali berbanding watak Johari dalam Dia Yang Kunikahi. [mungkin saya berlebih, tetapi DYK seharusnya lebih hebat dari KT.]