hampir 2 minggu bercuti. teman-teman yang lain dah mula semester baru. selamat mengharungi semester baru!
semester lepas bukan sahaja belajar tentang seni bina.juga tentang silibus sebuah kehidupan.
semuanya datang sekali gus. terus kena
absorb dengan cepat.
mula-mula
march, cuba suaikan diri.terkejut pon ada.terkejut kena belajar balik.itu sahaja.
sebelum menjengah
april, demam terkejut. tapi masih lagi boleh bertahan.
saat-saat jatuh & sakit, DIA datangkan kekuatan hati. DIA datangkan sigaraning.
DIA temukan dengan my other half.
april.titik-titik perubahan yang sangat ketara.
perubahan pada kehidupan. perubahan pada persekitaran. perubahan yang berputar kepada 180 degree.
kosong.sunyi.berseorangan.bersendirian.
tapi mesti &harus tabah menghadapinya.
kerana tahu DIA
always be there.
mei.perubahan yang memberi kejutan.
stress tanpa sedar.stress dengan kerja sekolah.stress dengan dengan kelas kehidupan.
kalau ikut hati, mahu saja lari.
mahu saja kata, tolong selesaikan masalah ini untuk saya.
tapi kepala bagai diketuk.
tolonglah, belajar untuk selesaikan sendiri. takkan mahu lari selalu.
cubalah hadapinya. mohon tunjukkan jalannya...
sungguh. saat ini masih lagi boleh bertahan.
jun.kenyataan hakikat sebuah kehidupan masih belum boleh diterima.
final exam.hidup bagai kucar-kucir.
kadang-kadang hidup dalam
denial.
hampir rebah.jatuh.berguling pon ada.
tapi tangan ini masih bersambut.
they hold my hand.
ada juga terdengar,
i am here.
ditemukan kembali dengan sigaraning dan my other half.
seperti seolah-olah mendapat energy bersedia untuk peperangan seterusnya.
jadi jangan patah semangat. fokus.
jalan-jalan mencari ketenangan hati.
jalan-jalan melihat kehidupan.melihat alam.
julai.cuti bermula.
2 bulan setengah tak balik rumah. memang sangat-sangat bertabah.
sepanjang 2 bulan setengah terasa seperti robot.pegi sekolah.buat keje sekolah.
tidak cukup tidur.bila mula cuti. waktu tido kene
adjust balik.
sampai otak macam dah bengong.sebab selalu tak cukup tidor.
tak boleh nak fikir dengan baik.
saat-saat balik rumah.rancang semuanya baik-baik.terasa sebulan itu sangat sekejap.
walaupun ada setengah kata sebulan itu panjang.
minggu pertama sampai rumah.
jadual penuh. walimah.bowling.camping.
camping.mukhayyam tarbawi.
macam mencari kehidupan
that i've lost before.
rindu dengan suasana itu.
solat berjemaah.baca maathurat.qiyamullail.dengar ceramah dari ustaz.
dan paling penting berukhwah.
hati berbisik; mana sahabat seangkatan?
rindu untuk berbicara tentang tarbiyah.
rindu berkongsi rasa hati.
rindu untuk ditegur.
rindu diketuk kepala.
kesimpulan: zaman sekolah sangat best.
walaupun dulu macam-macam cara tak nak pegi qiyam, tak nak puasa sunat tapi sekarang jadi senarai mutabaah amal yang mesti dilaksanakan.
tinggal 2 minggu lagi cuti akan habis. selepas ini semester baru menjengah dengan cabaran baru.lagi hebat.
persiapkan diri sekarang. muga lagi tabah.ameen.
semester ini telah mendidik diri memahami rukun iman yang ke-6. beriman kepada qada' dan qadar.