Tuesday, August 17, 2010

plese be tough


pesanan dia rasa sangat haru..

InsyaAllah it will be ok. try your best. Architecture is tough and it is tougher than medical. You have to work hard and steady. 
17-aug-2010|12:21 am

please be strong.keep pray.jaga hubungan dengan ALLAH.

Monday, August 16, 2010

sakit.pain



satu term.kemudian dijadikan satu formula.

click.pings.pain = healing.

langitnya  INDAH. 
 

luka parut lama ditoreh berdarah kembali.

Sunday, August 15, 2010

antara terawih

terawih malam ke-4.ada tazkirah antara 4 rakaat.satu tazkirah yang sangat best.

bulan ramadhan bulan ibadah.bulan ramadhan bulan kita buat amal-amal sebanyaknya.
kadang-kadang kita tidak sedar.Allah bagi waktu sahur untuk kita bangun malam sebelumnya.untuk kita qiyamullail.untuk kita tahajud.solat sunat hajat.dan barulah bersahur.bahkan digalakkan melewatkan sahur.

kemudian,dalam bulan puasa,pergi sekolah awal.pegi keje awal.sebab bangun sahur terus siap ke sekolah.bagi mereka bekerja masuk awal masih sempat untuk tunaikan sunat dhuha.tapi kita lupa.

waktu lunch,waktu ni tak ada makanan.isilah masa dengan tadarus quran.sambil tunggu masuk zohor.tapi kita ambil waktu ni untuk tidur.

petang pula,sekarang dah maju.bazar ramadhan berlambak.kalau malas nak masak,cari di bazar ramadhan.senang.dan masih banyak waktu untuk tunggu waktu berbuka.luangkan masa berzikir dan tadarus quran lagi.dan antara waktu mustajab adalah waktu antara berbuka puasa.mintalah sebanyaknya.

dan bila bukak puasa, kita kekenyangan sampai tidak tertunai untuk lakukan solat sunat awwabin.dan penat sampai tak tertunai terawih.

baru tersedar, sebenarnya dalam bulan ramadhan terasa sangat banyak waktu.tapi kita tidak gunakan sebaiknya.waktu inilah peluang untuk kita tambah amalan kita.

muga ini beri peringatan pada diri sendiri...


bulan puasa ni la nafsu tido lagi kuatkan?

Friday, August 13, 2010

3rd ramadhan

alhamdulillah.officially move to a new place where everyone excited about this place.they said its was nice and beautiful.me? no comment.

ini barang yang diangkut.terima kasih *im dead*


this is the new place.katil.wardrobe.meja studi.ikea thingy.

Wednesday, August 11, 2010

ramdhan dan sabar

tempat ini tiada meriah semarak ramadhan.

maka,kerana iman dan islam.cuba mencari semangat ramadhan.

malam satu ramadhan.satu ingatan yang tidak mahu diingat.syaitan tiada tapi manusia pula ingin menjadi seperti makhluk dilaknat Allah.malam satu ramadhan malam yang diuji.muga airmata ini menghapus dosa-dosa yang lepas.

kerana ingat dengan tazkirah pasal ramadhan,i would not so strong like this.
mak cik bagi nasihat.hati perlu diberi makanan.carilah makanan roh.dengar ceramah di masjid.
jaga pendengaran.dengar ayat-ayat al-quran.baca buku yang boleh menambah iman.like sirah,fiqah and hadith. baca article from website. *suka dengar orang tanya pasal agama setiap hari khamis pukul 6 di kelantan.fm*

orang tak selalunya boleh menjaga kita.kita sendiri yang kena jaga diri.jaga hati.jaga iman.
kalau diri tak leh jaga hati, jaga iman.kitalah yang merosakkan diri sendiri.sama seperti bertindak zalim pada diri sendiri. yalah,sengaja bagi hati lapar.perut penuh tak apa pula?

mak cik ustazah juga ada pesan sama seperti mak cik ustazah juga mencari makanan untuk roh dari ustaz-ustaz.pesannya, kadang-kadang kita nampak perkara itu remeh tapi it give big impact.macam doa bangun tidur.its simple thing that can practise. doa bangun tidor adalah tanda kita syukur.masih bernyawa.masih dapat teruskan hidup.masih dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA and khalifah. kalau susah nak bangun atau liat nak bangun means dah sedar tapi still not wake up lagi,so keep read this doa sampai betul-betul bangun.mata dah betul-betul terbuka..mana tahu masa tengah nk paksa diri bangun ALLAH ambil nyawa macam tu saja.

sama juga macam doa lepas amik wudhu.faham ke apa maksud doa lepas amik wudhu?
ada kalimah syahadah and doa mohon taubat.
jadi lepas ni boleh amalkan la.



satu. teringat pula, masa form 2 ustaz rashid selalu tanya rukun solat ada berapa? *cepat jawab*
dua.sabar is mybestfren di kiri dan ramadhan tetamu saya di kanan bersama menemaniku di sini. *senyum*

Monday, August 09, 2010

gombak-taiping-melaka

kalau ikut turutan entry, mahu update.mahu bercerita tentang adorable ali.


tapi interesting trip telah mendahului.

trip untuk project this sem.sebelum cuti sem, hati teringin sangat pegi zoo.
jadi beria-ia mencari teman.siap kene gelak lagi sebab ajak pegi zoo. tapi tetap pegi zoo.zoo negara.at gombak.puas hati.sebab tengok gajah! ha-ha.

bila start new, the lecturer said ada trip to zoo taiping.most of student feedback macam boring sebab kene pegi a place called zoo. tapi for me, its nice. berchenta dengan binatang.

bila fikir balik, my sixth sense can feel its sebulan sebelum itu. jadi, no wonder rasa nak sangat pergi zoo.ha-ha.

beza zoo taiping dgn kay el is zoo taiping ada nite safari. tapi students kene pegi both nite and day to get the experience.nite safari agak ok la. tapi siang punya sangat best, since we go during weekend. ramai kanak-kanak riang.comel! binatang pon comel!

dalam menunggu turn nk naik minikeretapi, ada kanak-kanak lelaki riang.comel.tidak bergigi depan.cakap banyak.dia hanya berdua dengan ayahnya.reminds me to ali akmal.kanak-kanak ini sangat excited nk tgk animal.siap cerita lagi, selalu tengok national geographic.tgk channel animal discovery.means, dia lagi suka binatang dari cartoons.comel! *lagi*

sebelum tu, ali akmal sempat call.said "yiba cakap lala tido dgn rimau" ngeh.
and he also asked "wonderpets ada?" ha-ha.
ada.found lenny.tuck. but ming ming no. geng g-force pon ada.hihi.

pusing zoo taiping sampai lebam.tapi visit zoo taiping macam bagi tazkirah pada diri sendiri.

teringat kisah nabi sulaiman. *refresh balik.cepat ingat*
dan bila tengok gajah, teringat kisah tentera abrahah nak serang kota mekah sebelum kelahiran rasulullah.

zoo bukan tempat untuk kanak-kanak.tapi untuk mereka yang sukakan binatang.

bila dah habis pusing zoo taiping, plan dengan kawan, next zoo is melaka!jom,sapa nak ikut.

gajah,zirafah and others sangat comel!

Wednesday, August 04, 2010

haru-haru

elok-elok lepas update blog.continue baca blog list di reader.

ada satu tajuk.

khas untuk Alah.

baca sampai habis.berulang-ulang kali.tak percaya.

oh tuhan! mata rasa basah.sangat terharu.

i love dia sangat.i will wait.wait. and wait.

i wont go anywhere.

cause u promise to me.

please,if u go i will wait.watever it is.come hell or high water.

dan dia di jauh sana.merajuk dengan dia.sebab dia sibuk.sibuk bekerja.sibuk dengan harta dunia.ye la.cari duit.harta dunia la kan.tapi saya dah maafkan dia.sebab dia tak bersalah.sebab saya yang sangat sensitif.sebab saya yang sangat rapuh ini.

dan saya.akan sibuk belajar ilmu sihir.dan saya nak sibuk jugak macam dia.nak sebarkan ilmu sihir.hehe.


saya tetap di sini

Tuesday, August 03, 2010

terus melangkah

31 july -1august.bermukhayyam.dengan hati yang berat.sebab nak stay di rumah lagi.bila nak buat benda baik tu la susah.dalam islam tak ada paksaan.tapi nak buat benda baik kene paksa sbb kalau buat benda jahat senang je buat tak yah nk fikir 2-3 kali.buat benda baik kene paksa baru la jadi habit rasa nk buat baik lagi nanti.

tema mukhayyam "tarbiyah digalas dakwah direntas".

disampaikan oleh ustz salam.tengok ustaz.hati berbunga riang.

tarbiyah digalas.dakwah direntas.ayat sastera sikit.

bukak tafsir Quran 49:14-17.

menceritakan tentang arab badui.

pada zaman rasulullah saw ada dua golongan arab badui dan ahli madinah. bukan arab hadhari. [Quran 9:101]

bercakap tentang orang badui.orang badui ini kan suka berpindah randah.jadi dia tidak tetap dan mereka tidak mendapat tarbiyah secara consisten.lain pula ahli madinah.mereka tinggal bersama-sama rasulullah. mereka dapat tarbiyah straight dari rasulullah.dan mereka memahami dan menghayati what is tarbiyah.

bila dah memahami tarbiyah sudah tentu mereka akan melaksanakan dakwah. jadi, mereka telah melaksanakan tarbiyah digalas,dakwah direntas.cth seperti abu bakar. apabila mendapat tarbiyah dari rasulullah, maka abu bakar juga melakukan dakwah yakni mengajak orang bersama.

fahamkan makud dakwah digalas dakwah direntas? *senyum*

dalam ayat Quran 49:14-17 ini menerangkan ada 4 golongan iaitu:
a. muslim dan beriman
b. muslim dan tidak beriman
c. bukan muslim dan beriman
d. bukan muslim dan tidak beriman.

dalam 4 golongan tersebut. ada satu golongan yang sangat berbeza. bukan muslim dan beriman. golongan ini bukan muslim dan mereka beriman yakni mereka mengkaji dan mendalami islam.bahkan memahami islam lebih dari muslim dan tidak beriman.ini bermakna mereka beriman tetapi mereka belum mengiytiharkan mereka ini muslim.

kalau tak faham boleh rujuk buku correspondence between maududi and maryam jamilah.

lagi, dalam ayat dalam surah 49 - al-hujurat ada menerangkan tentang orang badui yang mengatakan mereka telah islam. mereka hanya mengaku mereka telah islam tapi iman mereka masih belum masuk ke dalam hati mereka.

ingat balik apa itu islam.ingat balik apa itu iman.ihsan skali.

dalam surah 49:al-hujuraat juga menerangkan lagi ciri-ciri orang mukmin iaitu:
a. beriman kepada ALLAH.
b. beriman kepada Rasul
c.tidak ragu-ragu
d.berjihad dengan harta.
e.berjihad dengan diri sendiri.

reflect balik dengan diri sendiri. adakah kita mencapai ciri-ciri ini.

my explaination too formal.i dont know how to elaborate more.maaf.

ramadhan dah semakin hampir.apakah persiapan kita?

o ALLAH,make me strong

Tuesday, July 27, 2010

cerita hati

"pada awan biru ku melakar kata-kata,pada langit cerah ku panah semua cerita,
dengarlah mentari suara hatiku menyanyikan, berterbangan jiwa merentasi pelangi,

gerimis menitis membasahi bumi bagai menangisi sebuah cerita hati..."

Ada sebab saya suka langit biru.
Ada sebab untuk saya pilih langit biru.
Pelangi juga cantik, tapi bagi saya langit biru itu INDAH.
Langit biru buat saya tersenyum.
Langit biru seperti Ada kisahnya tersendiri.
Dalam penat2 memandu, lihat langit biru.hati jadi tenang.
Dalam marah2, lihat langit biru. Hati damai.

Hujan.
Hujan Ada ceritanya. Kenapa saya suka hujan.

Pelangi.
Bukan saya tak suka. Pelangi macam aiskrim.

Dalam ayat cintaNya, banyak sebut tentang langit Dan bumi.hujan membawa rahmat.menuyuburkan tanaman.bawa berita gembira.

Buat sahabat, tau tak saya rindu awak?
Saya tahu awak tak tahu sebab saya tulis dalam blog saya.
Sebab awak tak baca.sebab tu saya berani cakap saya rindu awak.
Saya tak pandai nak cakap rindu pada awak...
Angin sampaikan rindu saya, boleh?

Saya tau saya ni sombong

Sunday, July 25, 2010

tersepak batu.

sedang tersenyum tangan melebar melihat langit biru. tiba-tiba mata terasa pasir mencucuk mata.hati bagai tertikam. bak ayat click.pings.pain. itulah rasanya.cuba berkali-kali pujuk.menenangkan hati sendiri.tiada siapa yang tahu.tiada siapa yang perasan.tak tahu mahu perdengarkan pada siapa.

diri bagai terkaku.mendengar khabar berita.terasa kejamnya mereka.hati dengan luluh membicarakan ayat ini "sampainya hati mereka" .mulut mahu saja mengutuk-mengeji segala bagai ayat yang tidak sopan.tapi kerana sedar. mungkin bukan rezeki untuk kali ini. ini ujian dari DIA. manusia tidak akan berhenti dari diuji. bukankan ujian itu menguatkan hati.

mungkin ada silapnya sebab tu DIA uji begini. hati terpujuk. hati ditenangkan.

tapi untuk menghadapi hari-hari depan terasa lemah. mahu saja laungkan "cukuplah.sampai di sini saja". tapi tujuan hidup bukan setakat di sini.banyak tanggungjawab masih menanti.tugas tidak berakhir di sini. teruskanlah.perlahan-lahan. walau terpaksa merangkak sekalipun.

click.pings.pain.sakit ini berdenyut.masih belum sembuh.tetapi cuba merasa kesakitan ini. dan pasti ia meninggalkan kesan luka yang dalam. dan bila sembuh tentu ia meninggalkan parut.beringat dengan kesakitan ini.belajar dari kesilapan.dont lose hope. teruskan berdoa. have faith ini HIM.

rawat luka hati 

Wednesday, July 21, 2010

abu syaukah


hari khamis.baru bangun pagi. tok abah terpacak diluar. ajak pegi ke  kebun.dkat sungai.

respon: x mandi lagi.

tok abah: tak payah.pegi kebun je.

action: tukar baju. terus pegi dengan yiba. yiba berbasikal. me bonceng tok abah dgn motornya.

lalu, kawasan kubur. then, tok abah show tanah umi. dari pokok kelapa hingga pokok pisang. tak lebar tapi memanjang. boleh muat 2 biji umah. itu tok abah explain. pagar sebelah pokok tanah orang lain.katanya mahu buat chalet. hurm. tak tahu, tengok je lepas ni betul ke tak.



jalan-jalan cari durian.


 
durian kecik.belum masak.tengok tangkainya yang panjang.


 
ini durian yiba. dia dah chop.


 
durian buruk separuh. tapi setengah lagi boleh makan. makan bertemankan nyamuk.nga~ 

 
yiba makan di kebun. 

 
masih banyak lagi di pokok. malu barangkali mahu luruh. 

 
balik, letak depan rumah. nanti adalah yang makan tu.

buah durian yang berduri tajam bagi tazkirah pada diri sendiri. sedang asyik melilau mencari durian. ada bunyi jatuh. tahulah bahawa ada durian luruh. amazing. durian tak perlu panjat pokok nak ambil buahnya. tunggu luruh saja. kulitnya yang berduri-keras tidak rosa atau hancur walau jatuh atas tanah. kulit durian juga tidak berubah walaupun dibakar.unless bila ia dah buruk.barulah lebur kulit durian.


tangan & mulut bau durian....

Wednesday, July 14, 2010

what you waiting for?

hampir 2 minggu bercuti. teman-teman yang lain dah mula semester baru. selamat mengharungi semester baru!

semester lepas bukan sahaja belajar tentang seni bina.juga tentang silibus sebuah kehidupan.
semuanya datang sekali gus. terus kena absorb dengan cepat.
mula-mula march, cuba suaikan diri.terkejut pon ada.terkejut kena belajar balik.itu sahaja.
sebelum menjengah april, demam terkejut. tapi masih lagi boleh bertahan.
saat-saat jatuh & sakit, DIA datangkan kekuatan hati. DIA datangkan sigaraning.
DIA temukan dengan my other half.

april.titik-titik perubahan yang sangat ketara.
perubahan pada kehidupan. perubahan pada persekitaran. perubahan yang berputar kepada 180 degree.
kosong.sunyi.berseorangan.bersendirian.
tapi mesti &harus tabah menghadapinya.
kerana tahu DIA always be there.

mei.perubahan yang memberi kejutan.
stress tanpa sedar.stress dengan kerja sekolah.stress dengan dengan kelas kehidupan.
kalau ikut hati, mahu saja lari.
mahu saja kata, tolong selesaikan masalah ini untuk saya.
tapi kepala bagai diketuk.
tolonglah, belajar untuk selesaikan sendiri. takkan mahu lari selalu.
cubalah hadapinya. mohon tunjukkan jalannya...
sungguh. saat ini masih lagi boleh bertahan.

jun.kenyataan hakikat sebuah kehidupan masih belum boleh diterima.
final exam.hidup bagai kucar-kucir.
kadang-kadang hidup dalam denial.
hampir rebah.jatuh.berguling pon ada.
tapi tangan ini masih bersambut.
they hold my hand.
ada juga terdengar, i am here.
ditemukan kembali dengan sigaraning dan my other half.
seperti seolah-olah mendapat energy bersedia untuk peperangan seterusnya.
jadi jangan patah semangat. fokus.
jalan-jalan mencari ketenangan hati.
jalan-jalan melihat kehidupan.melihat alam.

julai.cuti bermula.
2 bulan setengah tak balik rumah. memang sangat-sangat bertabah.
sepanjang 2 bulan setengah terasa seperti robot.pegi sekolah.buat keje sekolah.
tidak cukup tidur.bila mula cuti. waktu tido kene adjust balik.
sampai otak macam dah bengong.sebab selalu tak cukup tidor.
tak boleh nak fikir dengan baik.

saat-saat balik rumah.rancang semuanya baik-baik.terasa sebulan itu sangat sekejap.
walaupun ada setengah kata sebulan itu panjang.
minggu pertama sampai rumah.
jadual penuh. walimah.bowling.camping.

camping.mukhayyam tarbawi.
macam mencari kehidupan that i've lost before.
rindu dengan suasana itu.
solat berjemaah.baca maathurat.qiyamullail.dengar ceramah dari ustaz.
dan paling penting berukhwah.
hati berbisik; mana sahabat seangkatan?
rindu untuk berbicara tentang tarbiyah.
rindu berkongsi rasa hati.
rindu untuk ditegur.
rindu diketuk kepala.
kesimpulan: zaman sekolah sangat best.
walaupun dulu macam-macam cara tak nak pegi qiyam, tak nak puasa sunat tapi sekarang jadi senarai mutabaah amal yang mesti dilaksanakan.

tinggal 2 minggu lagi cuti akan habis. selepas ini semester baru menjengah dengan cabaran baru.lagi hebat.
persiapkan diri sekarang. muga lagi tabah.ameen.


semester ini telah mendidik diri memahami rukun iman yang ke-6. beriman kepada qada' dan qadar. 

Wednesday, June 23, 2010

jangan bersendirian..

18.6.2010.
drawing axono saiz A1.5pagi siap.ditemani bunyi keretapi.rasa mcm dalam citer jab we met.siap dalam sedih.haru.
sempat buat panggilan bantuan.minta dipujuk. ayah cakap.pegi baca LUVLETTER banyak-banyak.
syukur.DIA beri ketenangan.dipermudahkan urusan.

 

20.06.2010.
hari bersejarah.menjadi saksi.famili reunited.
bersama buku history yang esoknya exam.
like ayah said,
awak selalu boleh buat.senang je.ameen.
^.^
terima kasih.kerana memberi kekuatan hati.disaat-saat sedang rapuh.
[salam,peluk,cium umi& ayah.rasa nk ikut balik je.hati sabarlah]


Wednesday, June 16, 2010

airplanes

duduk bersantai di ruang tamu. nampak cahaya kelip-kelip di luar.kapal terbang.sedang berlepas.barangkali.
kebetulan lagu ini kedengaran...


Can we pretend that airplanes in the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Can we pretend that airplanes in the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now 
airplane;B.O.B

INDAH.CANTIK.^_^.

Friday, June 11, 2010

praise to ALLAH

piya ask.salam.cik lala,are u ok?

replied: *sengih* siap buat keje luar alam lagi,adikku!adesh.
cuba cari masa nk jumpa cik piya.4 bulan x jumpa!

then.text umi.cakap ALHAMDULILLAH.

tak sampai seminit dapat panggilan.sengih.

me: ALHAMDULILLAH. dah boleh sengih.otak pom weng ni...

umi: ALHAMDULILLAH.thanx umi sebab dah jentik-slap-ketuk kepala.
dia pesan,jgn bergantung pada orang lain lagi.jangan berharap pada orang lain.sebab dia tahu anak dia mampu berdikari.dan she believes in me.sila kuat semangat!

lagu too phat pon ALHAMDULILLAH.

maher zain song tajuk ALHAMDULILLAH.

syukur.DIA bagi rasa susah dan DIA juga yg tunjukkan jalan. ;)




 
 

Wednesday, June 09, 2010

rain

tamat je cakap dengan umi.terus bersiap.sapu air mata.

umi: pegi keluar.pegi library.cari idea.jgn duk dalam bilik.nnt pecah x habis-habis.

action: bersiap.keluar.jalan kaki.pegi jelajah pyramid.lepak di popular.dapat idea. kerana sebelum ini diancam tempat ini tidak selamat.tapi redah saja.buat keje berani mati.jadi,kenapa takut.ALLAH kan ada. :)
balik.makan aiskrim.belasah 2bijiburger.dan mulakan kerja. ^.^

sebelum itu.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

kalau janji berdua.jangan tinggal dia sorang-sorang.

buat panggilan.minta bantuan.dia- princess umi pun sayu.sedang pecah-hancur-berderai.

nasihat princess-umi: solat sunat.maathurat.baca LuvLetter. kalau x ok.minta bantuan,my knight-shining-armor.

lega.dah nk tarik senyum.

tapi.sekali lagi.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

*receive text* pecah.

cari ketenangan.tido.bangkit.zohor.selesai zohor,dapat panggilan.sebelum jawab lagi dah pecah. dua hari sebelum tu, mahu dengar suara dia.rela dengar suara dia marahkan diri.tapi dia tiada suara.pecah.tapi akhirnya,dia ada suara.dengar dia bicara.ok.dia tahu apa yang terbaik.

bila dia suh buat begitu.ingat balik.dulu dia bila stress,pegi window shopping.ha-ha.salah satu therapy yg jadi ikutan.he-he.

kalau kat umah,drive malam-malam pusing KB - bukak tingkap luas-luas.rasa angin malam masuk. tak pun, makan aiskrim 20sen umah ucu.rindu ucu.tak pun,lepas send umi pegi sekolah,pegi pantai.tak pun dalam plurk, buat ayat *terjun bangunan* ha-ha.

to cik yummy-chan,sekarang dah rasa perasaan blank itu.. tapi aku pecah.hu-hu.

to cik momo- kalau aku tau mu ada uia.aku  buat keje aktiviti pelarian da smalam.

to me - hari sabtu idea datang,buat keje-berani mati. balik hari selasa.sehari.tapi sebab cuti sekolah.cancel.hari tu jugak,lpas terpikir keje gila - dapat tau ayah demam.umi no voice.wu-wu.

terima kasih sebab HOLD MY HAND, kalau tidak nnt jatuh-berderai.  :)

Thursday, June 03, 2010

slow reaction

awal mei lagi tak lalu nak makan..
bila makan rasa nk keluar balik.
kalau nk makan, kene pilih jugak.silap makan.habis.nnt rasa nk keluar balik.
lepas hampir sebulan,
buat kesimpulan.
mungkin sebab stress.
effect pada perut.
until now, still cannot eat macam-macam.

nasi ayam. sebab ada sup.tapi harga da naik 10sen.sup pulak da tak pure.macam tambah perisa je.
burger boleh terima.mungkin sebab bila tengok mak cik penjual burger ada feeling motherly love kot.haha.
nasi goreng macam terpaksa telan je.sebab da lapar.
choc bar as supplement bila da tak ada energi dan tak boleh nak makan walaupun perut rasa macam  kene hiris dgn pisau.

listing for next cuti: nak makan masakan umi and wishlist food...perut sabarlah..

Thursday, May 27, 2010

siang dan malam

a beautiful morning. taken in the middle last week. the sunset at that day also nice. *smile*



bulan purnama.last nite. teman saya tidak tidur sepanjang malam.



the view from the place. hari-hari tengok pyramid.huhu.




minggu-minggu yang tidak cukup tidur.

Wednesday, May 26, 2010

mei.jun.

psst: sebelah parking lot tu is kandang lembu.


after mei.jun.then july.cuti.

one of friend said that, may is wonderful month.
means we went to pulau redang.doing project 3.
its good.
but jun is terrible.the final.final exam coming.
july most month i've been waiting. holiday.yay!
want to runaway.

may give a short notice to me.
its shocked me.
change.
clueless.
i cant accept.
what should i do?
i miss my normal life back. which is i enjoy it eventhough its tough.
i rather life like that than NOW.

to much thing i missing.
famili.home.umah nenek.everything that give strength to me.
and i listing it.because i want do it during the semester holiday.
huhu.

ok.i'm off.

Sunday, May 23, 2010

memory in pulau redang.

040510.070510. [RIP]
site visit.project 3.


malam bertolak.


day 1:the bag.waiting the boat.

day 1: reached the pulau.play.waiting for lunch.


day 1:jungle trekking.exercise1-sketching

 

 

 



i like this.

 






i sketched this.

my friend sketched this.

 


wondering,what's this?


 
day 1: jalan keluar jungle trekking.very beautiful.rasa nk lompat mandi kat situ jugak.

last day :sunrise. alhamdulillah.nice.tengok sambil baca maathurat. ^.^

last day: sebelum naik boat.ini je yg termampu amik.

last day: nak amik bayang-bayang blakang.tapi jadi macam ni.hihi

second day:sibuk siapkan exercise skecthing.no photos.sorry.