Saturday, December 17, 2011

KK: cabaran 50 buku : (44) Dikau Tidak Pernah Jauh



Tajuk: Dikau Tidak Pernah Jauh
Penulis: Nur Hatija
Terbitan: Jemari Seni sdn bhd
ISBN: 978-967-0201-20-7
Harga- RM 18.00 (Sem M’sia) / RM 20.00 (S&S)

Kata Kulit Buku:
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...

Apakah erti cinta?

Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!


Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.

Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.

Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia; 

dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.

“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.

“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?

* * *

NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.


Kata KK:

Buku ini hadiah dari ulasan cabaran 50 buku. Secara jujur, sangat perlahan untuk saya habis novel ini. kata kulit buku juga kurang mengujakan saya. Dengan kisah awal tentang Fadhil, Firdaus dan Aishah. Kemudian fasa kedua bermula apabila Firdaus melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi tempatan. Kemudian kemuncaknya, apabila Firdaus bertemu dengan ibunya. Dimana titik tolak berubahnya seorang Firdaus yang alim menjadi seorang yang cintakan dunia – harta dan wanita. 

Pendapat saya, mulianya Fadhil apabila dia memilih untuk hidup dengan serba kekurangan tetapi fadhil juga kelihatan pentingkan diri sendiri kerana dia membesarkan anak-anaknya tanpa membenarkan Firdaus melihat dunia yang sebenarnya. Walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk melindungi Firdaus tentang nikmat dunia. Juga tidak membenarkan anaknya untuk berdikari malah dimanjainya. Beruntung memang firdaus mempunyai Fadhil sebagai ayah. Tetapi fadhil seharusnya tahu kehidupan dunia makin mencabar. 

Namun kesannya dapat dilihat apabila Firdaus tinggal bersama ibunya. Didikan ilmu agama yang diberi Fadhil masih belum cukup kuat untuk Firdaus hadapi realiti kehidupan barunya. Dengan mudah dia terpedaya dengan godaan adik tirinya. Malah hubungan Firdaus dengan teman-temannya masih belum cukup kuat kerana mereka masih belum mampu untuk  dijadikan sebagai tempat untuk Firdaus berpaut. Mungkin NH sengaja membiarkan Firdaus berdakwah sendirian tanpa sokongan temannya dan menyebabkan Firdaus hanyut dengan nikmat dunia. Tetapi berdakwah bersendirian bukanlah jalan yang terbaik kerana akhirnya pasti akan jatuh. 

Setelah menghadapi segalah cabaran,Firdaus mengikut jejak langkah ayahnya Fadhil. Memilih hidup meninggalkan dunia dan memilih Mardhiah sebagai teman hidup. Disitu saya sedikit kurang setuju kerana terlalu mudah dia menerima Mardhiah dan watak Tina dibiar tergantung walaupun ada dinyatakan dia bahagia hidup jauh dari keluarganya yang sebenarnya langsung tidak meninggalkan kesan pada kisah hidup Firdaus. O_o

Ada juga sedikit tidak logik, kursus pengajian yang diambil oleh Firdaus di sebuah universiti tempatan perlu dirujuk kembali. Mungkin tempat pengajian perlu tempat yang lebih kukuh bersesuaian dengan kursus pengajian yang diambilnya. 

Mungkin ramai yang suka dengan DTPJ tetapi bagi jalan ceritanya sangat perlahan sehingga saya terasa penat dan mengambil masa yang lama untuk sampai muka terakhir. Entah kenapa akhir-akhir ini kebanyakan novel JS sangat mengecewakan.

KK: cabaran 50 buku : (43) Dia yang Kunikahi



Tajuk: Dia Yang Kunikahi
Penulis: Iqbal Syarie
Terbitan: Jemari Seni sdn bhd
ISBN: 978-967-0201-18-4
Harga- RM 19.00 (Sem M’sia) / RM 21.00 (S&S)

Kata kulit buku:
Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.

"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"

Adam Johari mengangguk.

"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"

"Sebab?"

* * *
Keindahan bahasa bukan terletak pada mahalnya sijil, tapi terletak pada penghayatan dan pertuturan si tulang bangsa. Begitulah juga dengan keindahan garapan cerita. IQBAL SYARIE tidak pernah terlibat dalam mana-mana bidang penulisan. Jauh sekali dengan kursus atau mana-mana bengkel penulisan. Anak muda yang sedang mengikuti kursus penyelenggaraan kapal terbang dengan syarikat penerbangan Malaysian Airlines Systems (MAS) sedang merubah arus – menulis dengan satu misi: DaBOM- Dakwah Buat Orang Muda!

Kata KK:

Komen saya, pandangan pertama saya berbelah bahagi untuk mengambil buku untuk dijadikan sebahagian koleksi kerana saya ragu-ragu dengan kata kulit buku tetapi ketika terasa ‘kaya’ lalu saya jadikan ia sebagai sebahagian koleksi kami.

Jalan ceritanya pada awalnya menarik Cuma watak Johari dengan latarbelakang keluarganya yang sempurna dan mewah itu secara logiknya sukar untuk saya terima. ada, memang ada tetapi apa yang digambarkan terlalu indah dan sempurna sedangkan jalan dakwah itu bukan senang dan mudah.

Muncul watak Aishah memang menarik. Aishah, teman Johari dari kecil. Bagaimana dia terpengaruh dengan suasana yang dibesarkan mempengaruhi cara hidupnya. Setelah dia bertemu Johari dan pengalaman hidup, ia titik permulaan bagaimana dia berubah. 

Nasuha, juga sebahagian dalam hidup Johari sebelum dia berubah. Perasaannya sukanya pada Nasuha juga tidak berubah masih sama. 

Dua-dua jadi pilihan Johari. Namun siapa dia yang kunikahi? DYK ada jawapannya.

Ulasan saya, mungkin IS kata kerana saya perempuan.lalu saya emosional. Tapi penamatnya bagi bukanlah yang terbaik. Apa yang boleh saya katakan ia seperti dibayangi dengan Ayat-Ayat Cinta. Itu yang menerpa diminda setelah saya menutup kulit buku ini.  

Mungkin kerana harapan saya terlalu tinggi dengan tajuk buku ini. apa yang saya harapkan buku ini dapat menghadam maksud dia yang kunikahi. Erti perkahwinan sendiri. Bukan poligami. Tujuan Johari mengahwini Aishah kerana dakwahnya. Tetapi apabila dia juga memilih Nasuha. Saya merasakan Johari memilih nasuha kerana nafsu. Nafsu kerana dia masih belum melepaskan cinta pada Nasuha. 

Hasil cakap-cakap dengan orang yang membaca buku ini juga, sebab Johari untuk menerima Nasuha masih belum kukuh. Kalau dihuraikan dengan maksud menjaga itu subjektif. Bukan mengambil Nasuha sebagai pilihan isteri.  

DYK terlalu perlahan dan meleret. Ada setengah bab tidak perlu untuk diceritakan. Terasa sedikit bosan dan penat menunggu siapa Dia Yang Kunikahi. 

DYK terlalu indah dan sempurna untuk misi dakwah buat orang buat muda. Kerana perjalanan dakwah bukanlah senang dan mudah seperti kisah hidup Johari tetapi ia adalah perjalanan pahit dan manis menuju syurga. Mungkin perlu sedikit realit dalam DYK.

Saturday, December 03, 2011

m o r n i n g


dalam movie heaven's postman,
ada seorang bapa kehilangan anaknya suka ambil gambar langit.



saya pun suka juga.
ini ambil dari tingkap.
kira ini belakang rumah.
waktu 7 jam berskype-tak-tidur-buat-assigment.


pemandangan tak cantik. tapi sebab langit cantik.
redah juga.

Friday, December 02, 2011

b o o k m a r k


masa birthday october lepas, tak malu mintak piya bagi bookmark ni.
randomly took this.
its purple.
and at the back, asked yiba to write 'wisdom word' for kakak yang mengada.

almost forgot where i put it,
then finally i found it.
ta-da~

so, this entry for piya and yiba.
as long as i read book, i will use this bookmark.
:P

Wednesday, November 30, 2011

rainfall vs rainbow


pernah kukatakan suka musim hujan di suatu daerah itu.
tetapi pernah juga ia menjadi ketidak sukaan dengan hujan juga kerana suatu daerah yang lain.

kini...
walaupun masih lagi ada rasa ketidak sukaan
tapi ia menggamit kenangan di suatu daerah itu.

lepas hujan ada pelangi kan?

Monday, November 28, 2011

KK: cabaran 50 buku : (42) Yes, Bos!




Tajuk: Yes, Boss!
Pengarang: Areila Sahimi
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
ISBN: 978-967-5067-81-5
Harga: RM 19 (sem. M’sia)/ RM 22 (S&S)
Halaman: 457 muka surat

Kata Kulit Buku:

Aryana… dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadai pembantu peribadi kepada berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos… kena turut. Setiap rentak bos… kena ikut. Semua kena yes,boss!

Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka. 

Ilham… dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan ‘teman tapi mesranya’ itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya?  Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naïf seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan: “yes, boss!”

Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Kata KK:

Orang putih kata first impression, terus dia diterima kerja tetapi hakikatnya bos yang sebenar tidak menyukainya. Hanya kerana penampilannya. Bermacam-macam arahan yang diberi oleh Ilham. Namun, Aryana hanya dibenarkan untuk menjawab “yes, boss!”

walaupun tanpa kerelaannya dia mesti patuh. Rasa hati tanpa dapat diduga, dalam senyap Aryana menyukai bosnya. Bosnya pula, setelah Aryana tiada baru dia menghargai pembantu peribadinya. Dia juga mula sedar rasa hatinya terhadap Aryana bila melihat Aryana baik dengan tauke kolam ikan keli.
Seperti novel sebelumnya AS, dari segi bahasa masih lagi sama. Cara penyampaian juga masih sama. 

Walaupun jalan ceritanya biasa, setiausaha jatuh cinta dengan bos tetapi AS bijak mengolah supaya ia Nampak lebih menarik dan bersahaja. Namun, ia masih belum meninggalkan impak pada saya.

KK: cabaran 50 buku : (41) Mahar Cinta Cinderella


Tajuk: Mahar Cinta Cinderella
Pengarang: Maya Iris
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN: 978-967-408-009-9
Halaman : 400 muka surat

Kata kulit buku:

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.

Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.

Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

Kata KK:

Entah kenapa pertama kali, terpandang kulit buku terus buat saya jatuh hati. Apatah lagi apabila membaca kata kulit buku bertambah jatuh hati saya padanya. Terus tanpa ragu saya mendapatkannya.

Kisah Nur Sayang seorang jururawat pelatih disebuah hospital telah menemukan dia dengan Dr. Andrew yang selalu memberi soalan cepu emas tentang Islam. Tanpa sedar, kerana soalan tidak diduga dari Dr. Andrew, Nur Sayang cuba memahami tentang Islam dengan memahami tafsir Al-Quran. Setiap masa terluang, Nur Sayang akan berkongsi ilmu yang baru dia pelajari dengan Dr. Andrew.

Akhirnya Dr. Andrew memeluk Islam. Namun Islamnya kerana sukakan Nur Sayang. Apabila rasanya ditolak oleh Nur Sayang, Dr Andrew jadi keliru. Keliru dengan agamanya. Lalu, dia membawa diri ke Palestine. Dr Andrew mempelajari kehidupan dan Islam. Begitu juga dengan Nur Sayang. Dia juga mengalami konflik dengan dirinya sendiri. Apakah Dr. Andrew mampu mempertahankan Islamnya? Apakah Nur Sayang menemukan dirinya? Bagaimanakah hubungan Nur Sayang dengan Dr. Andrew? MCC ada jawapan.

Keseluruhan cerita menarik dan perjalanan ceritanya sangat lancar sekali. Suka dengan MI kerana dia membawa pembaca dengan suasana di Palestine. Seperti yang semua tahu bagaimana keadaannya Palestine. Isu yang dibawa MI sebenarnya adalah berat tetapi MI mampu mengolahnya dalam MCC. Tentang syurga dan neraka. Tentang al-quran. Dan tentang palestin.

Sungguh, MCC benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada saya.

Sunday, November 27, 2011

KK: cabaran 50 buku : (40) Valentino Nervosa



Tajuk: Valentina Nervosa
pengarang: Nurul Syahida
terbitan: Buku Prima
harga: RM19.00 (sem M’sia) /RM22.90 (s&s)
ISBN: 9789670184371
muka surat: 517 halaman

Kata kulit buku: 

Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya Din yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Din meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?

Kata KK:

Mariyyah seorang yang fobia dengan Hari Kekasih atau nama lain Valentino Nervosa. Hanya kerana putus kasih pada Hari Kekasih. Ia sebuah kisah bagaimana dia berjumpa dengan orang yang mengatakan padanya ada penyakit sumpahan lampu merah. Tidak lupa juga dengan isu dengan teman serumah,juga berkait dengan Hari Kekasih. Isu dengan kawan baik yang tersuka dengan abang yang buat dia jadi Valentino Nervosa. Tanpa disangka juga, bekas kekasih tersuka balik pada dia saat dia berjaya menghadapi fobianya. Cuma, siapakah yang jadi pilihan Mariyyah nanti?

DRAMA!

Satu perkataan yang boleh saya terangkan keseluruhan cerita ini. Penulis mengangkat isu Hari Kekasih. Budaya masyarakat melayu masih lagi meraikan Hari Kekasih sedang terang lagi bersuluh haram hukumnya meraikan Hari Kekasih. Cuma, mereka buat tidak peduli. 

Perjalanan cerita terlalu panjang sehingga saya penat menanti apakah yang berlaku. Terlalu banyak monolog Mariyyah tentang fobianya dengan Hari Kekasih. Putus kasih memanglah perit tetapi sepatutnya janganlah dilayan sangat dengan perasaan itu. Putus kasih bukanlah segalanya tetapi belajar untuk kita merasa sakit seketika.

Friday, November 25, 2011

KK: cabaran 50 buku : (39) Kasih Benar Kasih


Tajuk : Kasih Benar Kasih
Pengarang: Aleya Anesa
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman: 550 muka surat
ISBN: 978-983-124-668-9
Harga: MYR21.00

Kata Kulit Buku:
Mereka saling tak kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. lalu, mereka mencuba dengan alasan 'dia kosong, aku pun kosong

Pertama kali bersua muka, Annura berasa jengkel sedangkan Dinzley bersikap ala-ala kelaki tak berperasaan. Sudahnya seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu dititik yang sama. Namun masing-masing tak pernah mengatakan 'tidak' sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata 'tidak' bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak setiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Kata KK:
Muka depan kulit buku ini sangat menarik dan manis. Buat saya tertarik untuk membelinya lagi-lagi bila membaca sinopsis di belakang kulit buku. 

Awal-awal cerita lagi mereka sudah bersua muka. Dinzley tiba-tiba sahaja bersetuju untuk berkenalan dengan Annura. Annura pula hanya menerima. Perjalanan cerita ini lancar sahaja. Suka dengan watak Annura. Cuma hati Dinzley sukar untuk dibaca kerana AA tidak banyak mengolah perasaan hati Dinzley. Saya tidak mengerti apa yang bermain dalam hati Dinzley. 

Konflik  kecil timbul bila Syirin muncul. Sebab Syirin timbul masih belum kukuh tetapi apakan daya kalau sudah cinta. Cinta menyebabkan dia buta. Dinzley pula tidak mempertahankan rasa sayang pada Annura menurut kemahuan Syirin. Tanpa sedar dia telah melukakan hati Annura. 

Untuk keseluruhan, KBK masih belum capai kecomelannya seperti muka depan.

Thursday, November 24, 2011

unproductive

this week is study week.
but currently i;m in unproductive mood.

the only things left,
my design studio.
i know i have to put more effort.
but still the progress is slow.
yesterday i should met my lecturer
yet, i'm in unproductive mood.
back to malay mood. haha.
ada benda yang nak direpekan.
tapi...
saya lupa. dan tak tahu untuk express melalui perkataan.
unproductive mood effect my updating blog also. arghh.

apa yang boleh dikatakan.
rasa da makin dewasa.
apabila melihat how you solve your problem.
how face the problem it explain who you are.
tahniah khaulah!

Saturday, November 19, 2011

i n s p i r a s i

menangis. menagis bila dapat assigment group.
sebab mana ada kawan nak buat group.
macam orang lemah saja bila minta bantuan lecturer.
waktu itu buta, buta sebab nak buat keje mesti kene buat dengan kawan.
hikmah tidak akan terbentang depan mata.
kene lalu dan cari baru jumpa.

hari ni tersenyum.
senyum dengan group assignment tu.
bukan yang terkini saja. tetapi yang lepas-lepas.
ada saja kenangan manis indah.
rasa tidak rugi.
dah jumpa hikmah dia.

satu, dapat bergaul mesra dengan orang lain.
dua, mengenali watak-watak yang berbeza.
tiga, dapat menilai kemampuan diri bila menghadapi setiap kumpulan.
empat, dapat pengalaman yang berbeza dan ilmu yang baru.

begitulah setiap kali dapat group assigmen.
macam ketagih pula. lepas ni nak buat group, cari lecturer.
haha. teruk.

setiap kumpulan memang berbeza.
tapi yang pasti mereka beri inspirasi.
kadanng-kadang motivasi pada diri sendiri.

Wednesday, November 16, 2011

r e l a x

diuji dengan presentation semalam.
kecewa dan menangis.
sehabis usaha buat board.
bila tunjukkan hasil.
sungguh tak dapat maafkan diri sendiri.
sebab ulang kesilapan sama.

terpujuk hati bila cakap dengan ummi.
nak mengadu je pasaal presentation tu.
presentation is okay.
but the board is not okay.
terus saja laju ia mengalir.

seru semangat kembali.
bisik pada diri sendiri.
mulakan semula.
masih ada lagi peluang.
yang lepas biarlah berlalu.
tapi ambil la pengajaran.

tak sedih dengan apa yang berlaku.
tapi sedih dengan diri sendiri yang masih tak move on.
hu-hu.

tamat kisah sedih.
nak bercerita. no, macam nk buat review drama tv pula.
sengal khaulah.
tertengok dan terlekat dengan drama baru Tentang Dhia.

pertama, tengok siapa penulis skrip.
kemudian, tengok pengarah.
akhir sekali, penerbit.
kenal nama-nama ini menerusi beberapa drama sebelum ini.

sekarang ni, kerana asyik buat cabaran 50 buku
 terkesan jugak melihat skrip2 drama.
skrip drama Tentang Dhia agak baik dan menarik buat masa sekarang.
halal, haram, solat dan jodoh.

cuma, plot cerita sahaja masih lagi drama yang sebelumnya.
tapi itu menunjukkan begitulah budaya dan cara orang melayu.

hah, gaya macam juri saja.
okeh. itu saja.

dah nak masuk study week. 

Saturday, November 12, 2011

J e a l o u s

tersenyum. dia cemburu kami pakai hijab.
saya, sudah tentu bangga.
i take it as compliment.







jom, berhijab.
jaga aurat. 
:)

pssstt: oh, terjatuh!saya suka dia!

Friday, November 11, 2011

d e a d l i n e


kalau ikutkan masa memang tak cukup.
tapi manusia suka main-main dengan masa.
macam sekarang.

dua, sengaja bagi soalan macam tu.
teringat pula dengan kata-kata dr. muhaya.
manusia suka bagi alasan.

tiga, berkongsi rasa.
dengan ucapan itu terasa dapat sedikit kekuatan.

empat, dilanda sakit.
orang lain sakit demam.sakit fizikal.
diri sendiri lagi parah.
sakit rindu.

lima, saya mesti tamatkan entri ini.

Thursday, November 10, 2011

7 jam 39 minit


raya sudah habis semalam.
sepanjang hari tashriq tak lepas pasang takbir sambil ikut takbir sekali.
jauh dari rumah tak bermakna tak dapat sambut raya.

cuaca sepanjang raya sangat indah dan cantik.
paling bermakna semalam.
cerah.langit indah. berangin.
hati ringan-ringan saja.

malam-malam memulakan kerja.
schematic drawing.
sudah 7 jam berskype dgn kawan sekelas.
kerjanya senang tapi ambil masa.
kalau tak paham susah juga.

hari makin cerah.
saya masih belum tidur.
teman serumah pula mengalami masalah tidur
dua insan berbeza.
entah pape repekannya.

ok. entri akan berakhir.
tujuan utama adalah untuk mengurangkan rasa ngantuk dan penat.
ada satu lagi drawing nk kene siapkan.
water supply. benda lain sebenarnya nak cakap tapi tulis benda
walaupun masih mencapai objektif.

mood nk mulakan drawing water supply sudah datang.
kemudian ada tutorial untuk theories.
studio.
submission.
landscape.

dua sumission sudah selesai.
ada lagi empat.
jangan mati sebelum mati!

Monday, November 07, 2011

K o r b a n

aidiladha 1432H tahun ni sedikit berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

pertamanya, 3 banaat wan zul tidak balik beraya. maksudnya 3 banaatnya ini beraya di perantauan dengan kisah berbeza-beza. rancangannya lain tapi rayanya lain. punyalah rancang begitu begini tapi hasilnya, masing-masing beraya ditempat masing.

piya di penang. di tempat pengajiannya. yiba di damansara tempat dia posting. saya di subang jaya.

awalnya rancang dengan yiba beraya bersama. oleh kerana dia sedang posting, maka dia harus menjaga pesakitnya. namun, rezekinya pesakitnya dapat keluar awal dan dia sebenarnya boleh beraya bersama saya.

saya khabarkan padanya saya tidak mahu beraya ke mana-mana. alasannya kerana malas mahu keluar dan seorang teman serumah juga tidak pulang beraya. yiba juga berkeputusan seperti saya. dia juga punya teman serumah yang masih perlu menjaga pesakitnya dan mahu menyiapkan kerjanya. saya juga begitu. tetapi proses kerja yang saya lakukan sangat perlahan. kecewa.

maka, kami ada tiga aidiladha yang berbeza.

umi siap kata lagi, sekurang-kurang berpengalaman beraya di tempat lain.

dua, kisah aidiladha saya. malam raya, teruja menanti takbir raya berkemundang tetapi sunyi. heh, sunyi la sangat. sunyi sebab berada di kolej siapkan kerja. tapi masih juga tidak siap. aigoo. kemudian balik. subuh-subuh dah bangun.

malam tadi, ayah da bagi amanat supaya jangn lupa solat sunat aidiladha. apalah erti aidil adha kalau solat sunat hari raya pun tak boleh lakukan.

pukul 7 dengar orang surau da bertakbir. makin laju bersiap. waktu solat sunat aidiladha lebih awal dari aidilfitri. pukul 8, berjalanlah kami ke surau. lalu pasar pagi di sini masih meriah seperti hari biasa. pasar pagi di sini kebanyakan peniaganya adalah kaum cina dan india sebab itu ia masih berjalan seperti biasa.

selesai solat sunat, bermulalah ibadah korban. saya tidak melihatnya kerana segan dan tidak biasa dengan penduduk kawasan perumahan disini. maka terlepas sesi yang kemuncak aidiladha. saya balik rumah kemudian sebelum tengah hari kami kembali ke surau. kononnya mahu membantu mereka bergotong-royong memasak tetapi semuanya sudah hampir siap. tengok dan tunggu untuk makan sahaja. Alhamdulillah, rezeki raya korban. dapat daging 2 kilo. pengerusi surau kenal kami dan beri daging korban.

cuma, sedikit malang dapur rumah masih lagi tidak berfungsi. rosak apakah tidaklah kami ketahui. sabar sajalah.

itulah korban kami 3 beradik beraya di tempat masing dengan pengalaman sendiri.

sungguh, aidil adha sangat significant. kita digalakan puasa sunat pada hari arafah dan menyambut aidil adha + 3 hari tasyrik. 4 hari kita digalakkan untuk bertakbir. jangan lepaskan peluang ini.