janjinya director Ar. pukul 9.30 pagi depan office. kemudian bergerak ke site. site visit. kawasan damansara juga.
initial D sebagai pemandu awal saja datang menjemput cik K bersama cute CM dan Tom Tommy. bersungguh pula sampai awal ke pejabat hari tu kerana ada site visit. dan juga Director Ar. itu sedikit scary. S 500 kepunyaan initial D sudah terpacak di depan pejabat yang lalu lintasnya selalu sibuk. menanti Director Ar.
15 minit kemudian, tiba kuda Director Ar berbunyi. bersedia untuk bergerak!
lajunya kuda Director Ar sampai S 500 initial D kelelahan. nasib baik initial D bijak mengejar ketangkasan Director Ar. aksi kejar-mengejar. kuda Director Ar, S 500 ikut juga. tapi S 500 tidak berani memecut lebih. bimbang tersasar dari haluan kuda Director Ar.
cik K tidak peduli dengan babak aksi yang berlaku antara S 500 dengan Kuda. asyik dia tenggelam dengan Sutera Bidadari. cuaca pada awal pagi itu cerah. tidak lama kemudian. tanpa cik K sedari mereka telah menghampiri site visit.
Director Ar. memulakan ceramahnya manakala semua yang ada khusyuk menerangkan. cik K khusyu; mendengar dengan keterangan landskap buatan yang dalam imaginasi sgt indah lagi-lagi dengan gabungan idea Stormwater. malah idea dan concept bangunan konkrit itu sgt menarik.
kalau tanya cik K, bahagian mana dia suka. semua dia suka. tambah-tambah lagi dengan design purposed.
director Ar. terus berhikayat dari awal bangunan sini ke tengah-tengah bangunan hinggalah penghujungnya. semua menambah pengetahuan cik K. sungguh setiap butir bicara Director Ar. terlayar seperti sebuah penggambaran filem. sungguh menarik. lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan adegan aksi yang mencemaskann.
di pengakhirannya hikayat Director Ar. hujan mula menitis. berkejarlah masing ke kenderaan masing-masing.
maka, pegembaraan diteruskan. awalnya S500 mengikut Kuda. tapi tanpa cik K sedari mereka terpisah. initial D dan cute CM asyik berbual. tahu-tahu saja mereka berkeputusan ke IKEA. tengah hari di sana. di kepala masing-masing terngiang-ngiang meatball.
disinilah kami berpuya-puya dengan seronok sekali. bersantap dengan penuh nikmat sehingga habis penuh muatan masing-masing. sambil bersantap sambil cuci mata. nakal sekali mereka sekalian. sedangkan cik K asyik benar dengan juadah tengah harinya.
selesai makan, Tom Tommy merasakan masa juga mahu berpuya-puya sekali. maka, mengembaralah mereka di alam IKEA. menikmati setiap khidmat yang ada. paling seronok cuba uji kerusi kerja. tempat beradu juga tidak ketinggalan. sepertinya sedang analisis material details. penat berpuya-puya.
sebelum pulang, menikmati dulu aiskrim sekupang. asyik sekali. sehingga tidak dapat cik K lupakan.
begitulah hari cik K bersama initial D, cute CM dan Tom Tommy berpuya-puya diwaktu orang lain berperah keringat. awal pagi yang menyeronokkan di gantikan dengan petang yang lesu. walau lesu, masing-masing masih lagi berwajah ceria.
bertambah ceria apabila staf mengadiahkan tanda hati sebagai kenangan.
berganda-ganda ceria apabila upah-upah diagihkan.
juga, berganda-ganda lah masing-masing berpuya-puya di malam hari.
malamnya, mereka berpuya-puya di mamak nasi lemak. menikmati nasi lemak dilorong antara belakang bangunan. habis makan. mereka berbual ceria pelbagai topik. sehinggalah semua penat dan beransur pulang.
itulah hari yang cik K mahu kenangkan. pengalaman yang pelbagai di dalam satu hari.
![]() |
| kurma cina.bird nest. ang pau. autocad drawing. |





