Friday, December 30, 2011

KK: cabaran 50 buku : (48) Kasih Terpilih


Tajuk : Kasih Terpilih
Pengarang: Ummu Itqan
Terbitan: Galeri Ilmu
Halaman: 248 muka surat
ISBN: 978-983-097-263-3
Harga: RM17

Kata Kulit Buku:
Ketika Misali menyertai sebuah pasukan penyelidik untuk menyiapkan tesis sarjananya, dia tidak terfikir bahawa dia akan menghadapi konflik komunikasi dengan seorang rakan penyelidik yang ego.

Dia juga tidak terfikir bahawa misi penyelidikan madu di belantara Tasik Pedu akan menjadi titik penentu kepada perubahan status gadisnya. Malah dia tidak terfikir, misi penyelidikan itu akan bertukar menjadi misi penemuan jodoh buatnya.

Lebih Misali tidak terfikir, di satu tahap dia harus membawa watak kaum Ansar yang membela kaum Muhajirin.

Dia tidak terfikir ada ‘Muhajirin’ yang akan melintasi hidupnya dan mendamba kasih daripadanya ketika dia sudah di ambang jalinan ikatan suci dengan jejaka pilihan. Apakah Misali cukup kuat untuk menjadi ‘Ansar’? Apakah si dia juga bersedia untuk berkorban demi seorang ‘Muhajirin’?

Dua jejaka mengharap pada kasih yang satu. Dua ‘Ansar’ berdepan dengan seorang ‘Muhajirin’. Kasih siapakah yang ‘terpilih’?

Kata KK:
Saya mengenali penulis sewaktu dia belajar di USM dulu. Sudah lama tidak ketemu dia. Bilamana singgah di gerai galeri ilmu di pesta buku. Melihat tajuk buku dan nama penanya tidak saya kenali tetapi dikulit belakang ada wajah dia dan nama dia.

Waktu itu, hati berbelah bahagi mahu atau tidak. Ia buku tarbiah. Dakwah. Lalu, hati berkata apa salahnya sokong dia untuk terus berkarya selepas ini. lalu, inilah bukunya.

Cerita di kulit belakang mengisahkan semuanya. Senang dengan watak Misali. Juga dengan watak Aizam (saya lupa nama watak ini) dan Kenny.

Saat-saat Misali jejak tanah Kota Bharu mengimbau dimana tempat bas-bas akan tinggalkan penumpang tetapi sekarang sudah berbeza. Sekali lagi menggamit rindu saya pada Bandaraya Islam. Saya benar-benar menghayati tempat dalam novel ini.  malah saya tahu dimana kereta sahabat Misali mati. Cuma rumah sewa Kenny saja kurang jelas. Walaupun berdekatan dengan USM mungkin boleh terangkan perumahan. Kawasan Kubang Kerian tidak sebesar Subang Jaya yang berlambak dengan nama SS atau PJS.

Malah, saya kagum dengan watak Aizam (betulkan saya kalau silap). Walaupun kacukan Melayu-New Zealand tetapi dia masih lagi dengan cara hidup Islam. Bukan Misali saja boleh suka, saya juga pasti suka. Jarang – jarang untuk jumpa watak lelaki yang benar- benar muslim apabila watak perempuannya Muslimah. Senyum.

Watak Kenny juga menarik. Diantara dua lelaki ini menjadi Ansar dan Muhajirin. Diantara dua lelaki ini juga menjadi pilihan Misali.

Cuma saya sedikit terkilan, ranjau dan cabaran yang dihadapi Kenny kurang nampak beratnya beban yang ditanggung. Mungkin perlu penambahan muka surat. Beginilah yang selalu dihadapi dengan Novel Tarbiah. 
Kekurang muka surat. Terasa sekejap sangat untuk hadam buku ini. belum lagi masuk dengan penjelasan dengan projek penyelidikan mereka bertiga. Terlalu ringkas untuk difahami. Saya mahu lebih!

Apapun tahniah buat penulis.  Buku sama menarik dengan Mahar Cinta Cinderella. Malah saya lebih kagum watak Misali berbanding watak Johari dalam Dia Yang Kunikahi. [mungkin saya berlebih, tetapi DYK seharusnya lebih hebat dari KT.]

KK: cabaran 50 buku : (47) Roti Cicah Susu


Tajuk : roti cicah susu
Pengarang: Liza Nur
Terbitan: Buku Prima
Halaman: 480 muka surat
ISBN: 978-967-0184-28-9
Harga: RM 19.90

Kata Kulit Buku:
Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak.
Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak.

Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan.

Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?

Kata KK:

Baca sinopsis di kulit buku saya langsung tiada hati meneroka kisah Roti Cicah Susu. Persahabatan. Klise. Tetapi apabila ahli keluarga saya telah membeli buku ini dan mengatakan menarik, saya dengan paksa-rela bedah buku ini. 

Halaman pertama sudah memberi tanggapan yang kurang menarik [pendapat saya], dengan geng tengkorak. Kemudian saya ulang sekali lagi sinopsis buku ini. keterujaan terus merudum jatuh. La, ingat awal-awal cerita tentang watak utama tetapi ianya sebagai penggerak sebuah cerita.

Watak Mai dan Ayim pada waktu kanak-kanak lebih menarik berbanding apabila mereka sudah dewasa. Elmy tenggelam kerana watak Mai dan Ayim. Saya suka dengan watak Elmy. Bagi saya, Mai watak perlu lebih menyerlah lagi dengan keunikan watak dari kecil hinggalah dewasa. Kerana penyakit, watak Mai apabila telah dewasa terlalu klise. 

Kisah ketika mereka semua kanak-kanak menarik walaupun sedikit meleret. Namun, apabila mereka dewasa. Semuanya berpecah namun geng tengkorak menyatukan mereka.  Cuma, plot disitu perlu diperkemaskan lagi kerana big boss dalam RCS ni misteri tetapi pendedahan watak seperti belum hebat selaku ketua geng tengkorak. Mungkin saya mengharapkan wataknya dimatikan dengan lebih bermaruah. Entah. 

Keseluruhan ceritanya saya bayangkan seperti menonton drama. Sesuai untuk diaptasi sebagai sebuah drama. Menarik untuk ditonton.

Wednesday, December 21, 2011

r o u t i n e

2 minggu bertemankan diri sendiri.
bermula practical aka short semester
feeling like i found my passion again.
the result, ALLAH do his work in miraculous way.
ALHAMDULILLAH.
waiting for weekend.
my JAANE...

Saturday, December 17, 2011

KK: cabaran 50 buku : (46) Rindu Andalusia







Tajuk: Rindu Andalusia
Penulis: Radwa Ashour
Terbitan: Telaga Biru
Halaman: 395 muka surat
ISBN: 978-967-5102-20-2
Harga- RM 23.00 (Sem M’sia) / RM 25.00 (S&S)

Kata Kulit Buku:
Rindu Andalusia menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubah suai menjadi gereja dan Katedral.
Kalau ingin selamat minta sahaja dibaptis menjadi Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri “misi suci” pada hari Ahad di gereja.
Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup. Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadap? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik “misi suci” itu?

Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy).

Kata KK: 

Lama sudah buku ini saya beli. Tapi kerana menyahut cabaran 50 buku. Saya mengumpul kembali buku-buku yang masih belum dibaca.Rindu Andalusia adalah salah satunya. Sabarnya saya membaca buku ini kerana bahasa sasteranya sedikit tinggi dan sedikit bosan untuk dihayati.

Sinopsis di kulit menjelaskan perjalanan novel ini. ia adalah trilogi novel.RA adalah buku pertama. Apa yang boleh saya katakana RA adalah mukaddimah untuk novel ini. ia menceritakan permulaannya kerajaan Granada. Ia tentang keluarga Abu Jaafar. Walaupun Naem dan Saad pada awalnya adalah pekerja Abu Jaafar tetapi kemudian setelah penguasaan tentera Castile mereka menjadi sebahagian keluarga Abu Jaafar.
Paling memilukan saat buku-buku dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Perasaan saya sama seperti Abu Jaafar. Kerana sedih dan terlalu cintakan dengan buku, Abu Jaafar meninggal dunia kerana terkejut dan terkilan.

RA terlalu banyak watak untuk dikisahkan. Kerana ia bermula dengan generasi Abu Jaafar sehinggalah cucunya sudah dewasa. Perubahan waktu telah menunjukkan terlalu lama tentrera castile menguasai kota Cordova. RA adalah permulaan tentang kota Cordova dimana penulis memperkenalkan watak dan keadaan Andalusia sendiri. Bagaimana mereka menjalani hidup dengan agama Kristian sedangkan masih Islam dan cuba mempertahankan Islam mereka.

Pengakhiran cerita benar-benar tergantung kerana ia diakhiri dengan Saleemah, cucu Abu Jaafar juga isteri Saad. Nasib Saad masih belum diketahui. Bagaimana anak Hassan dan hidup Naem juga masih belum diketahui. Mungkin novel selanjut mengisahkan tentang mereka.

Untuk keseluruhan, saya kagum dengan penulis kerana mampu membawa kisah sejarah dan menulis dengan terperinci.

KK: cabaran 50 buku : (45) Arjuna Mencari Cinta





Tajuk:Arjuna Mencari Cinta
Penulis: Adlinz Alexandria
Terbitan: Jemari Seni sdn bhd
ISBN: 978-967-0201-20-7
Harga- RM 18.00 (Sem M’sia) / RM 20.00 (S&S)


Kata kulit buku:
Susahnya untuk jadi dewasa. Macam-macam kena fikir, itu, ini, dan terlebih-lebih lagi masalah cinta. Cinta pula cinta yang bersegi-segi. Siti Ezrina suka Nejad, tapi Nejad pula suka Vilma Faira. Antara mereka pula ada Nur Dalilah dan Iqram Muslimin. Lalu siapakah yang jadi pilihan Sang Arjuna Mencari Cinta itu!

“Siapa yang suruh kau bercinta? Setahu aku, di sekolah atau universiti pun pelajar tak belajar tentang cinta. Kalaulah cinta itu sangat penting tentu kerajaan akan wujudkan mata pelajaran Cinta.”

“Tapi Nejad dalam bahaya. Faira betul-betul nak rosakkan dia. Aku tak sanggup nak tengok semua ni.”

“Jadi, kau nak buat apa? Kau nak selamatkan Nejad? Kau ingat kau ‘superwoman’? Jangan buang masalah.”

Kalau berani bermain dengan api mesti berani juga tanggung sakitnya kena api.

*****

ADLINZ ALEXANDRIA, penulis lulusan jurusan Syariah Islamiah daripada Universiti al-Azhar, Alexandria ini menulis kerana percaya dengan tulisan, beliau mampu tebarkan rasa kasih dan sayang sesama manusia, supaya dunia akan penuh bercahaya.


Kata KK:

Hadiah kerana memenangi ulasan cabaran 50 buku yang mana boleh dikatakan sebagai hadiah hari jadi sebab saya terima ia bulan oktober. Hajat dihati mahu autograf dari penulis tapi tidak. *terkilan*

Pada awal cerita saya sedikit keliru, apa kaitan Dalilah dengan Nejad. Tetapi kerana ceritanya berlatarkan zaman sekolah. Zaman tingkatan lima. Mengimbau kembali pada zaman sekolah saya meneruskan AMC. 

Ketika membaca saya hampir terlupa dengan tajuknya. Bila lihat kembali tajuk buku saya keliru. Mana Arjuna. Siapa Arjuna. Nejad adalah sang arjuna yang menjadi pilihan Siti Ezrina dan Vilma Faira. Adakah perempuan layak menjadikan Nejad sebagai Arjuna? Tidak, tetapi yang menjadikan Nejad sebagai arjuna bilaman diterangkan bahawa Nejad yang kacak, bergaya lagi tampan menjadi rebutan untuk dijadikan abang angkat dan dendam Vilma Faira. Tetapi bagaimana Dalilah berhubungkait dengan Nejad?

Setelah terjadi berbagai insiden yang berlaku pada Nejad, tiba-tiba sahaja Nejad baik dengan Dalilah. Kerana dia meminta nasihat Dalilah. Kerana dia mengulang balik SPM dan belajar bersama-sama Dalilah. Sebenarnya saya masih samar-samar dengan watak Dalilah. Yang pasti dan saya tahu adalah Dalilah pilhan Nejad. Itu sahaja.

Watak Nejad sebagai Presiden Badan Pengawas berperangai seorang arjuna sekolah agama tidak pernah saya temui. Mungkin di daerah yang penulis nyatakan ada di situ. Kerana seorang pemimpin sudah tentu seorang yang berkaliber dan sangat dikagumi serta menjaga disiplin dan imej diri. Adapun, mungkin di sekolah-sekolah biasa sahaja. Tidak di sekolah agama. Ini diakui dengan pendapat orang-orang yang juga membaca buku ini. 

mungkin saya dan pendapat orang-orang sekeliling keliru tentang tempat Dalilah dan Nejad melanjutkan pelajaran iaitu setahu saya, kemasukan ke USM tidak terus dengan sijil SPM tetapi dengan keputusan Matriks ataupun sijil STPM. 

Keseluruhan cerita menarik  dan kemas Cuma kerana beberapa keadaan seperti yang telah diulaskan tadi menganggu jalan ceritanya dan buat saya seperti O_o ….